[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

31 Mac 2011

Gambar panas Christina Aguilera tersebar lagi di internet!.

Kongsi 1 comments
31 Mac 2011


Kini dikatakan beratus gambar intim penyanyi Christina Aguilera telah tersebar di dunia maya.

Gambar-gambar nie semua muncul setelah Aguilera dikatakan kehilangan kad memori kamera di sebuah hotel di Perancis.

Menurut Daily Mail pada 29/3/2011, gambar-gambar tu menunjukkan Aguilera dalam pelbagai situasi termasuk ketika menghadiri pesta Nicole Richie. Sebahagiannya yang lain memperlihatkan wanita 30 tahun tu sedang berada di dalam bilik bersama teman barunya, Matthew Rutler.

Gambar yang dirakamkan dari Jun hingga November tahun lalu tu muncul kerana ianya telah dijual di sebuah laman web di Amerika Syarikat oleh seorang lelaki yang dipercayai memiliki kad memori kamera milik Aguilera tu.

Website tu mendakwa yang mereka juga mempunyai gambar 'romantis' Aguilera dan Rutler. Beberapa gambar memperlihatkan pasangan tersebut bercumbu di beberapa lokasi. Sementara gambar yang lain pula menunjukkan Aguilera dan Rutler sedang berbaring di atas katil.

Aguilera dan Rutler dikatakan berkenalan tahun lalu di Burlesque. Aguilera ketika tu baru saja bercerai dengan suaminya, Jordan Bratman, pada Oktober 2010.

Dikatakan ada 50 puluh gambar yang lain memperlihatkan Aguilera sedang menghadiri pesta Nicole Richie di Cabo San Lucas, Mexico, September lalu. Menurut Radar iaitu laman web yang menjual gambar tersebut, gambar-gambar tu menunjukkan Aguilera dengan bunga-bunga di rambut sambil merokok, minum, dan berpose bersama Nicole Richie.

Radar juga memberitahu antara gambar tersebut terdapat Aguilera sedang berpose sedang melakukan seks oral dengan pisang, menari di atas meja dan berpose dengan lelaki bogel.

Ni bukan pertama kali gambar peribadi Aguilera tersebar di dunia maya. Disember lalu juga telah tersebar gambar yang menunjukkan pose Aguilera tanpa pakaian.

Juru cakap Aguilera kini belum memberikan apa-apa komen mengenai gambar-gambar tersebut.


Read more >>

Keranda Liz Taylor bernilai USD$ 11,000.

Kongsi 0 comments
31 Mac 2011



Bintang filem CLEOPATRA yang meninggal pada usia 79 tahun tu akhirnya dimakamkan di Forest Lawn Memorial Park, California pada 24/03/2011 lalu.

Apa yang uniknya keluarga Dame Elizabeth Taylor atau nama popularnya Liz Taylor telah menghabiskan wang berjumlah USD$ 11.000 hanya untuk kos menyiapkan kerandanya saja.
Menurut website TMZ, keranda untuk Liz Taylor ni adalah diperbuat dari kayu mahoni yang dilapisi dengan baldu merah, lengkap dengan bantal kepala yang warnanya juga sesuai dengan alas baldu tersebut. Ni dilakukan untuk mengingati Liz sebagai seorang bintang besar yang layak dihormati.

Walaupun acara pemakaman ni eksklusif untuk keluarga terdekat saja, namun kesan mewah memang sangat tergambar. Keluarga Liz telah mengaturkan acara termasuk pembacaan puisi karya Gerard Manley Hopkins yang berjudul The Leaden Echo and the Golden Echo yang telah dibacakan oleh Colin Farrell.

Liz Taylor meninggal pada 23/03/2011 di Cedars-Sinai Medical Center, Los Angeles kerana kegagalan jantungnya. Liz juga telah dimakamkan dalam tradisi Yahudi kerana makamnya telah dihiasi bunga violet, gardenia, dan lili.


Read more >>

Filem X-Men 4 dan X-Men 5 sedia menemui peminat.

Kongsi 0 comments
31 Mac 2011


Kini dikatakan para produser Fox benar-benar ingin memuaskan hati para peminat filem superhero X-MEN.

Walaupun belum lagi X-MEN: FIRST CLASS ditayangkan, namun sambungan sekuel filem mutan ni iaitu X4 dan X5 kini sudah siap menjalani penggambaran.

Setelah proses perbincangan yang panjang tentang sekuel X-MEN berjudul X4 ni pada September 2009, produser Lauren Shuler-Donner akhirnya mengumumkan bahawa filem keempat superhero mutan ni memang akan ada sambungannya. Malah X5 pun sudah disiapkan untuk menghibur para peminat yang masih belum puas.

"Kami mengajukan hal ini pada Fox dan mereka menyukai idea itu. Maka X4 pula akan bersambung ke X5," kata produser tersebut.

Dalam wawancara yang sama juga Lauren menyatakan bahawa X4 akan menjadi lanjutan filem populer sebelumnya, X-MEN: THE LAST STAND dan X5 pula adalah sambungan sekuel X4.

Tungguuu.....

Read more >>

30 Mac 2011

Elizabeth Taylor di kebumikan bersama surat cintanya.

Kongsi 0 comments
30 Mac 2011


Aktres Elizabeth Taylor telah pun dikebumikan pada 24 Mac lalu.

Apa yang peliknya Liz telah dimasukkan ke liang lahat bersama surat cinta dari suaminya Richard Burton.

Liz yang meninggal pada usia ke-79 tu telah dimakamkan di Forest Lawn Memorial Park Los Angeles. Surat penuh kata cinta dari Richard yang telah disimpan Liz selama 27 tahun tu dikatakan ikut sekali dikebumikan bersama jasad aktres tu.

Mail Online semalam melaporkan Liz memang pernah mengemukakan keinginannya dimakamkan bersama surat dari Richard tu. Surat tersebut ditulis Richard sebelum aktor tu meninggal pada 1984 di usia 58 tahun.

Cinta Liz terhadap Richard sangat mendalam. Walaupun Richard bukan suami terakhirnya, namun keduanya pernah bernikah dua kali.

Pemergian Liz meninggalkan koleksi perhiasan yang bernilai US$ 150 juta. Kabarnya semua perhiasan tu akan dilelong tak lama lagi.


Read more >>

Elton John mengaku dirinya perempuan moden.

Kongsi 2 comments
30 Mac 2011


Baru-baru ni Elton telah menggelar dirinya sebagai perempuan moden.

"Seperti mereka katakan saya sekarang adalah perempuan moden. Kita sudah masuk abad ke-21," kata Elton seperti dilapor Showbiz Spy semalam.

Penyanyi yang sebelum nie pernah bernikah sesama jantina dengan David Furnish tu dikatakan sentiasa mengikuti kecanggihan teknologi. Hal tersebut juga diakui oleh pasangannya tu.

"Elton baru saja menbeli iPad 2 pertamanya minggu lalu kerana ianya ada dua kamera," jelas David.

Kini Elton menggunakan teknologi Skype agar sentiasa dapat melihat putera kecilnya ketika mereka berjauhan. Pasangan yang sudah bersama selama 13 tahun tu mengaku kehadiran si kecil Zachary telah mempereratkan lagi hubungan mereka.



Read more >>

Hugh Jackman nak berlakon di Bollywood.

Kongsi 0 comments
30 Mac 2011


Dijangkakan selepas ni Hollywood bakal kehilangan satu bintang besarnya yang bernama Hugh Jackman.

Ni kerana aktor yang popular melalui wataknya dalam X-MEN ni mengaku tertarik untuk beraksi dalam filem Bollywood pula!

Minatnya pada produksi filem India ni dinyatakan ketika Jackman diundang sebagai juri acara tahunan FICCI Frames pada 23-25 Mac lalu. Setelah bertemu dengan para bos dan pengarah Bollywood, bintang yang berasal dari Australia ni menyatakan bahawa dirinya ingin sangat berlakon dalam salah satu produksi filem mewah di India ni.

"Aku benar-benar ingin berlakon dalam filem Bollywood. Aku akan menemui para pengarah," nyata Hugh.

Dalam waktu yang sama juga dia telah menunjukkan kebolehannya menari tarian traditional India bersama bintang Bollywood, Shahrukh Khan. Jackman juga mengakui bahawa dirinya adalah peminat fanatik Khan. "Aku adalah fans Shahrukh Khan dan aku suka filemnya yang bertajuk MY NAME IS KHAN. Aku ingin membuat sekuel filem ini dan akan diberi tajuk MY NAME IS JACKMAN. Bollywood memang hebat," tutup Jackman sambil bergurau.


Read more >>

29 Mac 2011

Demi Lovato pernah jumpa hantu.

Kongsi 0 comments
29 Mac 2011 Pasti ramai diantara kita tak percaya dengan sesuatu yang namanya hantu.


Tapi masih ramai juga orang yang masih lagi mempercayainya dizaman millinium ni termasuk aktres muda yang bernama Demi Lovato.


Dia ternyata percaya yang hantu tu memang ada. Malahan dia mengaku pernah melihat hantu ketika dia masih kecil dulu. Mungkin pengalaman buruk tu tak dapat dia lupakan sampai sekarang. Tapi yang penting dia tak tak malu untuk mengakuinya.


"Saya pernah melihat hantu. Benar-benar menakutkan. Hantu itu ada di dalam almari saya, waktu itu saya baru berumur lapan tahun dan hampir membuatkan jantung saya gugur," ujar Demi Lovato seperti dilapor Splash News.


Tak dapat dipastikan sama ada Demi benar-benar melihat hantu itu atau hanya imaginasinya saja. Tapi yang pasti aktres yang meletup melalui CAMP ROCK ni seperti tidak ragu sama sekali. Dia malah menggambarkan dengan jelas peristiwa yang terjadi sepuluh tahun silam tu. "Hantu itu tiba-tiba keluar dari almari saya dan saya benar-benar ketakutan!" tambah Demi. Memang tak ada bukti tapi itulah yang sangat diyakini Demi Lovato.
Read more >>

Justin Bieber suka makan nasi campur.

Kongsi 1 comments
29 Mac 2011 Siapa kata Justin Bieber cuma makan burger dan hanya nak lepak di Miami Beach saja?

Sapa tau yang Bieber ni sebenarnya suka juga makan nasi campur!. Buktinya apabila gambarnya dirakamkan ketika makan nasi campur dan melepak di tepi sawah. Pelik kan...

Korang layanlah gambar-gambar ni kalau tak caya. Tapi Bieber nie lebih terkenal dengan menggunakan nama Chiko, alias Chiko Bieber. hua...hua...hua.


Kebelakangan nie para pengguna internet sering menjadikan Chiko sebagai bahan lawak dan gurauan bahkan ramai telah 'terhibur' dengan Chiko yang dianggap seiras dengan Justin Bieber ni.

Banyak komen di berikan untuk Chiko tak kira yang memuji atau yang mengkritiknya. Serupa tak serupa, terima tak terima, kita bukan juri yang layak untuk menilai Chiko mirip dengan penyanyi asal Kanada tu atau tidak. Ni kerana MTV 'The Seven' sebelum nie telah menganjurkan satu rancangan 'audisi mirip Bieber' sebagai tanda sokongan dari para peminatnya yang memiliki wajah dan penampilan mirip Bieber.

Tapi malangnya Chiko dikatakan tidak menghadiri audisyen yang telah dianjurkan The Seven MTV ni dan audisyen mirip Bieber ni sudah pun ditutup pada 27 Januari lalu. Hmmm sayang sekali, siapa tahu Chiko Bieber ni boleh menang dan akan setanding Justin Bieber satu hari nanati, tanpa harus malu makan di warong!

Read more >>

28 Mac 2011

Hugh Grant tak suka susahkan tenaga perubatan.

Kongsi 5 comments
28 Mac 2011


Pelakon Inggeris Hugh Grant semalam dikhabarkan telah dikejarkan ke hospital kerana pengsan, merasa pening dan sesak nafas dengan tiba-tiba.

Grant sebelum tu menolak untuk memanggil ambulans kerana tak mau membuang masa ahli perubatan. Maka, Grant dihantar ke rumah sakit dan terpaksa menunggu selama satu jam di Chelsea and Westminster Hospital tanpa banyak kerenah.

"Kami sampai tidak tahu bahawa dia adalah pelakon besar," kata seorang sumber di hospital kepada The Sun. Pelakon berusia 50 tahun tu kemudian dibenarkan pulang malam tu juga setelah keadaannya kembali ke sedia kala. Tapi juru cakapnya tak bersedia memberi komen.

Grant beberapa hari lepas memuji tenaga perubatan di England atas kelayakkannya sebagai duta Marie Curie iaitu sebuah lembaga dana amal bagi penghidap kanser.

Ibu Grant juga meninggal dunia pada tahun 2001 kerana kanser pankreas. "Para jururawat itu sangat hebat. Terutama mereka yang sepanjang hidupnya bekerja dalam ketenangan luar biasa, merawat mereka yang dalam keadaan sakit atau tenat," kata Grant ketika itu.


Read more >>

Robert Pattinson tolak seks sebarangan.

Kongsi 2 comments
28 Mac 2011


Pelakon Robert Pattinson mengaku bukan jenis lelaki yang mudah berganti pasangan. Robert selalu menolak seks yang tidak didasari cinta.

Perempuan bagi bintang 'Twilight' tu adalah sesuatu yang paling dia hormati. Pelakon berusia 24 tahun ni telah membesar bersama saudara perempuannya.

"Membesar bersama dua kakak perempuan membuat saya punya rasa hormat yang besar pada perempuan. Seks dan perasaan bagi saya perlu datang bersama," kata Robert seperti dilapor Female First semalam (27/3/2011).

Lelaki yang berasal dari England tu mengaku tidak selesa bila perempuan terlalu mendedahkan tubuhnya. Perempuan yang ingin mendapatkan hati Robert mestilah mereka yang pandai dalam berpakaian.

Robert tak pernah berfikir dengan terburu-buru tentang masa depannya. Kekasihnya Kristen Stewart dianggapnya sebagai bakal isteri yang sederhana dan ingin mendapatkan beberapa anak di samping mereka.


Read more >>

27 Mac 2011

Lindsay Lohan marah bekas kekasih cium perempuan lain.

Kongsi 4 comments
27 Mac 2011



Belum selesai beberapa masalahnya, Lindsay Lohan dilihat sekali lagi sakit hati.

Bintang muda ni dikabarkan berang kerana melihat foto-foto bekas pasangan lesbiannya, Samantha Ronson, yang sedang mencium gadis lain!

Bukan hanya berang, Lohan juga mendedahkan bahawa dirinya merasa sakit hati dan dikhianati selepas gadis lesbiannya yang bekerja sebagai DJ ni dirakamkan bercanda, bermesraan, dan berciuman dalam sebuah kereta dengan seorang gadis berambut gelap di Los Angeles.

Khabarnya, Lindsay beranggapan bahawa Samantha tiada berhubungan dengan siapapun kini selepas putus dengan dirinya. Lindsay pun sudah merancang untuk 'menyoal' Sam jika bertemu Sam di New York nanti.

Sam sekali lagi dirakamkan sedang bermesraan dengan 'gadis lain pada 24 Mac. Keduanya menghabiskan waktu bersama sambil bersiar-siar Los Angeles dan selepas tu dilihat meletakkan kenderaan sambil beranjak ke tempat duduk belakang kereta si gadis tu sambil berpelukkan.

"Keduanya bercumbu selama dua puluh minit dan tak boleh melepaskan tangan antara satu sama lain. Sebelum keluar dari kereta, Sam menarik kepala gadis tu dan menciumnya dengan penuh nafsu. Sangat intense," kata seorang saksi.


Read more >>

Kim Kardashian guna waktu hujan untuk basuh kereta.

Kongsi 3 comments
27 Mac 2011


Sesetengah orang mungkin akan demam bila terkena hujan atau akan mengganggu beberapa jadual dan perjalanan.

Namun, lain halnya dengan Kim Kardashian yang mengaku bersyukur kalau hujan turun. Kerana, Kim tak perlu turun tangan dan mencuci keretanya!

Hal ni dilaporkan oleh bintang reality show ni melalui akaun Twitternya. Kim menyatakan bahawa dirinya terlalu malas memegang span dan baldi untuk mencuci keretanya. Maka hujan yang turun dirasakan sebagai 'berkat tersembunyi' olehnya.

"Aku suka kalau kereta ku kotor dan hujan mulai turun. Membuatku merasa tak terlalu buruk walau kereta ku kotor. Aku suka cuci kereta percuma ini!" tulisnya.

Daripada mencuci kereta, Kim lebih suka menggunakan waktunya untuk memerhati orang-orang di sekitarnya, seperti pengalamannya yang ditulis melalui Twitter.

"Aku sedang di Restoran, menunggu seorang teman dan ada pasangan nenek tua duduk di sebelahku. Aku merlihat mereka sangat saling jatuh cinta. Aku cinta cinta!"



Read more >>

Lindsay Lohan tukar nama!.

Kongsi 2 comments
26 Mac 2011


Artis menukar nama mungkin sudah biasa untuk menaikkan populariti.

Namun, bagi Lindsay Lohan, dia ada alasan tersendiri untuk menukar namanya. Ni adalah kerana masalah permusuhan antara dia dengan ayahnya.

Jadi apa ganti nama untuk nama bapanya yea?
Keputusan Lindsay Lohan untuk menukar namanya ini dibenarkan oleh ibunya sendiri, Dina Lohan. "Lindsay membuangkan 'Lohan', dan hanya menggunakan nama 'Lindsay'," kata ibu pelakon tu.

Selain Lindsay, seluruh anggota keluarganya, termasuk ibu dan adiknya, ternyata juga merancang menukar nama. "Tambah, aku dan (adik Lindsay) Ali, akan secara rasmi menggunakan nama belakang kami dengan nama gadisku, Sullivan," terang Dina.

Lindsay dan ibunya akhir-akhir ni dilihat saling bermusuhan dengan si ayah, Michael Lohan. Keluarga ni dilanda pelbagai masalah dan cukup rumit, Michael yang baru-baru ni dituduh melakukan kekerasan pada kekasihnya. Lindsay pula akan segera menghadap hakim untuk kes kecurian rantai yang dituduhkan kepadanya.


Read more >>

26 Mac 2011

iTunes dapat hak siar majlis pernikahan Putera William.

Kongsi 0 comments
26 Mac 2011


Pada 29 April ni seluruh mata dunia akan tertumpu ke Westminster Abbey.

Hari tu adalah hari bersejarah buat seluruh warga Inggeris. Bagi yang tak dapat menghadiri acara ni, masih ada harapan kerana kabarnya majlis ni akan dirakam dan dijual oleh iTunes.

Hasil rakaman royal wedding ni boleh dimiliki hanya beberapa jam selepas majlis berlangsung.

Dari berita yang dilapor Splash News, Decca Records berjaya mendapatkan hak untuk merakam majlis ni ke dalam format audio. Setelah dikeluarkan dalam format digital di iTunes, Decca Records merancang mengedarkan hasil rakaman ni dalam bentuk CD, kaset, dan piringan hitam satu minggu kemudian. Kemungkinan besar format digitalnya pun boleh didapati di beberapa online store selain iTunes.

Decca Records sudah punya pengalaman. Sebelum ni Decca juga pernah merakam majlis pernikahan Putera Charles dan Puteri Diana pada tahun 1981. Decca juga berjaya mengedarkan hasil rakaman acara pemakaman Puteri Diana pada tahun 1997 lalu. Untuk kali ni Decca Records mungkin tak akan mengalami kesulitan.

Dalam berita yang sama juga disebutkan majlis pernikahan di Westminster Abbey ni akan diiringi oleh Paduan Suara Westminster Abbey, London Chamber Orchestra, Chapel Royal Choir, dan fanfare Team dari Central Band of the Royal Air Force.


Read more >>

Steven Backman buat potret Putera William dari pencungkil gigi.

Kongsi 1 comments
26 Mac 2011



Korang kenal Steven Backman? dia adalah seorang seniman yang biasa menggunakan pencungkil gigi dalam menghasilkan karya-karya seninya.

Dalam perkahwinan Putera William dan Kate Middleton, dia telah membuat sebuah lukisan wajah kedua mempelai tu juga dengan menggunakan media pencungkil gigi. Bagaimana jadinya ya?

"Ini adalah sebuah karya cinta," ujar Steven Backman seperti dilapor Splash News. Backman menggunakan 137 batang pencungkil gigi untuk menghasilkan karya seni ni.

"Walaupun pecungkil gigi ini dipasang pada permukaan datar namun hasilnya kelihatan seperti tiga dimensi," ujar Steven Backman lagi. Masa yang diperlukan Steven Backman untuk menyelesaikan lukisan tiga dimensi ini adalah tiga minggu!

Steven Backman bukanlah orang baru dalam dunia seni. Dia yang menetap di San Francisco ni sudah melibatkan diri dalam lukisan pencungkil gigi sejak 40 tahun lalu. Dia juga sudah berkali-kali membuat lukisan wajah para selebriti dunia termasuk Barack Obama dan Madonna. Dia juga telah membuat replika jambatan Golden Gate dari 30 ribu batang pencungkil gigi.

Karya terbaru Steven Backman ni juga adalah karya yang istimewa kerana Putera William dan Kate Middleton adalah individu yang istimewa buat Backman. "Mereka adalah simbol dari generasi baru kemakmuran buat warga Inggeris," jelasnya.


Read more >>

Ronan Keating dah insaf.

Kongsi 0 comments
26 Mac 2011


Salah seorang anggota Boyzone yang sebelum ni berpisah dengan isterinya, Yvonne, kerana ditagkap curang kepada Francine Cornell mengaku yang dia dan kini keluarganya telah kembali bahagia.

Ayah kepada tiga anak tersebut juga mengaku bahawa tournya musim ni sentiasa ditemani oleh keluarganya.

"Saya sudah bersikap baik selama tour ni. Saya bahkan selalu tidur lebih awal," kata Ronan Keating.

"Ini hanya tour biasa. Tapi saya sangat menikmatinya. Isteri dan ketiga anak saya sentiasa mengikut tour saya. Saya merasa tour ini seperti tour keluarga, "tambah Ronan.

Dalam tour musim ni Boyzone sudah tak lengkap lagi. Salah seorang anggotanya, Stephen Gately telah meninggal dunia pada tahun 2009 akibat serangan jantung. Namun hingga kini mereka tetap berusaha mengekalkan band mereka seperti biasa.



Read more >>

25 Mac 2011

Kate Middleton teruja dengan gaun Victoria Beckham

Kongsi 1 comments
25 Mac 2011



Kate Middleton mengaku tertarik dengan gaun yang direka oleh Victoria Beckham. Dia berkata akan memakainya ketika berbulan madu nanti.

Kate dikatakan juga ingin memakai gaun malam rekaan Victoria. Rancangannya pasangan tu akan berbulan madu di Australia.

"Victoria mengaku gembira kerana Kate menyukai pakaiannya, dia pun dengan senang hati akan memberikan tips rumah tangga," kata sumber seperti dilapor showbizspy, semalam.

Bukan hanya Kate yang menyanjung Victoria dengan gaun-gaunnya, malah isteri David Beckham tu juga sebelum ni mengaku sangat mengagumi susuk tubuh Kate. Menurutnya ia adalah gadis muda yang cantik dan mempunyai figure yang menarik.

"Sangat terharu bila ia boleh memakai pakaian saya. Saya akan merasa sangat dihormati sekali," kata Victoria.

Putera William dan tunangnya Kate Middleton akan berkahwin pada 29 April 2011 ni. William mengaku sangat suka menyelam di Great Barrier Reef, Queensland, Australia dan akhirnya mengajak Kate untuk berbulan madu di sana.


Read more >>

Slipknot takut selepas kematian Paul Gray.

Kongsi 0 comments
25 Mac 2011


Selepas kematian bassis, Paul Gray pada 25 Mei 2010 lalu telah menjadi halangan besar bagi Slipknot. Mereka kini masih takut untuk menggadakan konsert.

Vokalis Slipknot, Corey Taylor mengaku setelah kehilangan Paul dirinya sangat takut untuk kembali ke pentas. Bayang-bayang rakan rapatnya tu masih terpatri di benaknya.

"Ini akan menjadi persembahan pertama kami, kami akan benar-benar diuji. Ini sangat sukar, dia masih terbayang di benak saya," katanya seperti dilapor aceshowbiz semalam

Rancangannya band metal tersebut akan memulakan konsert tour Eropah mereka di Sonisphere musim panas ni. Sejak ketiadaan Paul, Slipknot telah bercuti selama beberapa bulan.

"Saya takut mati dan saya tak dapat membayangkan apa yang akan terjadi nanti, pasti akan penuh dengan emosi," lanjutnya.

Paul Gray dijumpai mati pada 24 Mei 2010 di sebuah hotel di Des Moines, Iowa.

Menurut hasil otopsi, Paul meninggal kerana overdose.


Read more >>

Elizabeth Taylor ingin sentiasa dampingi Michael Jackson.

Kongsi 0 comments
25 Mac 2011



Semua orang tahu mendiang Elizabeth Taylor adalah sahabat rapat mendiang Michael Jackson.

Walaupun pelakon legenda Hollywood ni tak ikut menghadiri penghormatan terakhir mendiang Jacko, namun kabar mengatakan dia sempat berwasiat ingin dimakamkan berhampiran dengan kubur Michael Jackson.

Setakat ni belum ada kepastian soal lokasi pemakaman walaupun ada yang menyebutkan legenda layar perak ni akan dimakamkan berhampiran dengan makam orang tuanya. Pelakon yang menghembukan nafas terakhirnya pada 23 Mac ni memang tak henti-henti dengan menyatakan bahawa ia ingin dikebumikan di Forest Lawn, tempat peristirahatan terakhir mendiang Jacko.

"Setelah mengikuti acara pengkebumian Michael di Great Mausoleum, dia berkata pada teman-teman dekatnya, 'Aku merasakan kedamaian di sana dan itu belum pernah kurasakan sebelumnya.'," kata seorang sumber kepada ShowbizSpy.

Dalam berita yang sama juga disebutkan Liz sentiasa berusaha mencari lokasi pemakaman tak jauh dari tempat Michael dikebumikan. Tapi kemungkinan besar mendiang akan dikebumikan di Pierce Brothers Westwood Village Memorial Park Cemestry, dekat makam kedua orang tuanya.

Khabarnya, makam ni juga jadi jadi tempat peristirahatan terakhir banyak bintang besar seperti Marilyn Monroe, Natalie Wood, Roy Orbison, Farrah Fawcett, Dean Martin, Merv Griffin, dan Truman Capote.


Read more >>

Natalie Portman takut kuman.

Kongsi 0 comments
25 Mac 2011


Bintang filem BLACK SWAN yang kini sedang hamil anak pertamanya dilaporkan sangat bimbang dengan kuman di persekitaranya.

Natalie Portman dikatakan sentiasa membawa pembersih antiseptik tangan kemanapun dia pergi untuk memastikan dirinya berkeadaan bersih menjelang kelahiran bayinya.

"Menjelang kelahiran bayinya, Natalie sedikit waspada dengan kuman. Dia selalu membawa pembersihan tangan kemana-mana. Dia tidak suka berjabat tangan, dan juga tidak suka berdiri terlalu dekat dengan orang lain, "kata seorang sumber.

Namun tunangannya, Benjamin Millepied, dilihat menyokong tindakan Natalie ni. Dia malah menyediakan peranti pembasmi kuman yang ditempatkan dalam rumah mereka di Los Angeles.

"Ben sangat hebat! Dia mampu membahagiakan Natalie," tambah sumber tersebut lagi sebagaimana dilapor majalah National Enquirer.

Natalie antara artis yang terlalu takut dengan kuman. Begitu juga dengan Jennifer Lopez ketika melahirkan bayi kembarnya pada tahun 2008. Jennifer telah memasang dispenser berisi hand-lotion anti kuman untuk para tetamu yang ingin menjenguk anaknya supaya bebas dari kuman.

Begitu juga pasangan Gwyneth Paltrow dan Chris Martin. Mereka tidak mengizinkan seorang tetamu pun menjenguk bayinya kecuali mereka telah mencuci tangan mereka dengan sabun antiseptik yang mereka telah sediakan.


Read more >>

24 Mac 2011

Putera William dan Kate Middleton dalam filem cinta.

Kongsi 1 comments
24 Mac 2011



Sudah pasti perkahwinan paling popular tahun ni adalah perkahwinan antara Putera William dan Kate Middleton yang akan diadakan pada 29 April ni.

Sejak sebulan yang lalu, kisah tentang dua mempelai ni tak pernah berhenti menghiasi pelbagai media. Kini ada khabar baru lagi. Dikatakan kini sudah ada filem yang akan mepersembahkan kisah asmara Putera William dan Kate Middleton.

Menurut laporan Splash News, filem berjudul WILLIAM AND KATE ni tak di restui oleh pihak kerajaan Inggeris. Filem yang dibuat khusus untuk ditayangkan di rangkaian televisyen Lifetime ni akan dibintangi oleh pelakon New Zealand, Nico Evers-Swindell dan pelakon Inggeris, Camilla Luddington. Nico akan memegang watak Putera William sementara Camilla akan menjadi Kate Middleton.

Filem ni akan mengisahkan tentang 'pencerobohan media' ke dalam kehidupan peribadi dua mempelai yang sedang dilamun cinta ni. Dalam trailer yang sudah tersebar di YouTube ni memperlihatkan Nico sempat berkata, "I just want to keep our relationship private." Di adegan lain terlihat Camilla sedang berendam di bath tub sambil minum segelas wain. Untuk lebih kepastian jom tengok trailer tentang filem nie.

Layannn...



Read more >>

Tom Cruise hadiahkan mesin jahit untuk isteri.

Kongsi 0 comments
24 Mac 2011


Katie Holmes menyatakan bahawa masa yang paling bermakna dia nikmati adalah ketika menghabiskan masa menjahit dan membuat pelbagai kerja rumah bersama putrinya, Suri.

Kini dilihat, suaminya Tom Cruise, menyokong hobinya ni. Tom dikatakan telah memberikan hadiah berupa mesin jahit ketika ulang tahun Katie baru2 nie. "Ibu saya dulu membuat semua langsir dan bantal sendiri. Semua yang dijahit oleh ibu saya membuatkan rumah kami terasa hangat. Oleh itu saya ingin melakukan hal yang sama dengan putri saya. Suami saya sangat menyokong saya hinggakan memberi hadiah mesin jahit pada hari ulang tahun saya, "kata Katie Holmes.

Katie yang berkahwin pada tahun 2006 ni juga mengaku bahawa dia sangat menyukai kerja-kerja kraf tangan. Kadang dia juga menghabiskan masa bersama Suri untuk mencari barang-barang yang menurutnya bagus.

"Ambillah pensil warna, gam, dan kertas yang bagus. Maka anda akan dapat mengubah bilik di rumah anda menjadi tempat yang hangat dan penuh suasana kekeluargaan, "kata Katie seperti dilapor Women's Wear

Pelakon filem Kennedys ni menyatakan bahawa dia cukup gembira menikmati hari-harinya. Walaupun dia dan suaminya cukup sibuk, Katie menganggap kesibukan ni sebagai cabaran. Sebagai seorang wanita, dia terpaksa menjalani dua tanggung jawab iaitu sebagai ibu dan sebagai wanita bekerja.


Read more >>

Elizabeth Taylor meninggal dunia.

Kongsi 1 comments
24 Mac 2011



Beberapa tahun kebelakangan ni keadaan kesihatan legenda layar perak, Elizabeth Taylor memang semakin teruk. Baru-baru nie dia dikejarkan ke rumah sakit dan terpaksa dirawat di sana selama beberapa hari.

Hari ini, khabar duka merebak di internet. Elizabeth Taylor telah tiada. Legenda layar perak tu telah pulang kepada Pencipta.

Sebelum ni Liz dilarikan ke Cedars-Sinai Medical Center namun beberapa jam kemudian juru cakap pelakon ni mengatakan Liz tidak dalam keadaan kritikal.

Menurut Mirror.co.uk, keadaan kesihatan pelakon kelahiran London ni memang sudah teruk. Ia didiagnosis mengidap tumor otak, kanser kulit, pneumonia, dan lemah jantung, termasuk mesti menjalani pembedahan tulang pinggul. Pelakon yang pernah digelar wanita paling cantik di seluruh dunia ni juga berkali-kali mengalami kemalangan, termasuk ketika dia menjadi bintang kecil.

"Pasti ada alasan kenapa Tuhan masih menginginkan saya hidup. Pasti ada sesuatu yang masih harus saya lakukan. Dan saya mencari jawabannya dan menyelesaikan misi terakhir saya," kata Elizabeth Taylor beberapa hari yang lalu.

Selamat jalan legenda.....



Read more >>

19 Mac 2011

Video emosi seorang bayi.

Kongsi 1 comments
19 Mac 2011


Laaa nie kita layan video tentang seorang bayi yang sedang bermain dengan perasaannya. Bayi nie berasal dari London bernama Emerson. Emerson yang baru berumur 5 bulan ni tiba-tiba saja menunjukkan ekspresi wajah ketakutan seperti baru melihat hantu. Sekejap kemudian, ia tertawa terbahak-bahak.

Seperti dilapor DailyMail video tersebut meraih populariti yang tinggi dan kini jumlah aksesnya di You Tube sudah melebihi dari sejuta kali.

"Pagi itu, ketika aku membunyikan hidung dia dilihat ketakutan, lalu tertawa. Aku melakukannya lagi dan reaksinya sama. Jadi aku melakukan apa yang biasa diperbuat oleh orang tua yang baru memiliki anak, iaitu merakamnya," nyata ibu tu di YouTube.

Populariti video ni sehinggakan diulas dalam rancangan Amerian Idol. Ryan Seacrest telah membahas tentangnya.

Layannn.....




Read more >>

Video klip Black Eyed Peas untuk mangsa tsunami

Kongsi 0 comments
19 Mac 2011


Kini dilihat bantuan untuk gempa dan tsunami Jepun akan terus mengalir dari para selebriti Hollywood.

Kini, bantuan datang dari Black Eyed Peas pula yang mengaku 'hampir' terlibat dalam bencana dahsyat ini.

Black Eyed Peas kini mendedikasikan video klip lagu
Just Can't Get Enough untuk mereka yang menjadi korban bencana. Video ni baru selesai dibuat di Jepun satu minggu sebelum tsunami melanda.

Anggota Black Eyed Peas merasa sangat bernasib baik kerana dapat menyelesaikan videonya satu minggu sebelum tsunami. Oleh kerana tu, video ni didedikasikan sekaligus digunakan untuk menggutip dana.

Di akhir video,
Interscope Records bersama BEP memberikan detail lanjut bagaimana untuk menderma dana kepada mangsa bencana.

Layannn.....





Read more >>

Iron Maiden jual t-shirt untuk tsunami.

Kongsi 0 comments
19 Mac 2011



Walaupun konsertnya di Jepun terpaksa ditunda kerana tsunami, namun hal ni tak mematahkan semangat anggota Iron Maiden yang dilihat lebih aktif mengumpul dana amal untuk warga Jepun.

Band rock yang berasal dari UK ni sedang sibuk menjual t-shirt limited edition mereka untuk membuat sumbangan bagi membantu para korban bencana di Jepun.

Ketika gempa dan tsunami melanda pada Jumat (11/3) lalu, band ni juga waktu tu sedang dalam perjalanan ke Tokyo untuk mengadakan konsert disana. Iron Maiden akhirnya terpaksa menukar arah penerbangan mereka ke Nagoya untuk mengelak dari bencana.

Kedua-dua konsert mereka memang terpaksa dibatalkan, tapi anggota Iron Maiden memutuskan untuk menjual t-shirt disetiap konsert mereka untuk membantu Palang Merah Jepun yang kini sedang bekerja keras mengumpulkan dana bagi membantu para korban.

Baju ni menampilkan Eddie maskot mereka dengan logo band di bahagian depan. Di bahagian belakang pula ada sebuah tulisan berbunyi, "Japan 2011. The Final Frontier."

Read more >>

Wonder Woman design baru.

Kongsi 0 comments
19 Mac 2011



WONDER WOMAN kini dengan wajah 'baru'!.

Superhero cantik ni dulu terkenal dengan kostum merah dan seluar dalam pendek berwarna biru tapi tahun ni dia akan berkostum baru yang dilihat lebih seksi walaupun tak perlu buka-bukaan.

Adrianne Palicki pemegang watak WONDER WOMAN, untuk pertama kalinya mepamerkan kostum baru super hero tu dengan kostum ketat berwarna merah dan biru berdasarkan material PVC. Kostum ni dilihat sama dari kostum dahulunya, cuma ada beberapa perubahan yang membuatnya tampak lebih moden.

Layannn.....



Read more >>

Lindsay Lohan langgar tempoh pemerhatian.

Kongsi 0 comments
19 Mac 2011


Lindsay Lohan sekarang pasti merasa dirinya seolah-olah terbelenggu dengan segala perhatian yang sentiasa diberikan kepadanya sejak dirinya sering menimbulkan kontroversi yang melampau.

Walau ada banyak pihak yang meragui janji Lindsay, tapi aktres tu tetap mengaku tidak pernah melanggar tempoh pemerhatian keatas dirinya yang dikenakan oleh mahkamah.

Tapi ! aktres muda yang sedang dalam pemerhatian tu kini mengalami kontroversi lagi apabila baru saja dirakam gambarnya sedang menghadiri sebuah pesta di New York. Turut dilaporkan bahawa Lohan telah melanggar masa pemerhatian dengan minum alkohol.

Mendengar 'tuduhan' ni, Lindsay pun menapikan berita tu dengan cukup keras, seperti kenyataannya pada TMZ. "Aku tidak minum.... Aku tidak minum....!!!"

Bintang MEAN GIRLS ni baru saja selesai menjalani rawatan di pusat pemulihan dadah dan alkohol. Dalam masa pemerhatian ni Lindsay mesti menjalani beberapa percubaan untuk mengetahui kadar alkohol dalam tubuhnya. Antara kes lain, Lindsay juga sedang terbelenggu dengan kes rumit tentang pencurian rantai mahal yang dituduhkan keatasnya.


Read more >>

Kevin Costner jadi ayah Superman.

Kongsi 0 comments
19 Mac 2011


Sekitar bulan lalu timbul cerita Kevin Costner sedang cuba berusaha mendekati Zack Snyder untuk membodek bagi mem promote dirinya dalam projek terbaru SUPERMAN: MAN OF STEEL.

Kini khabar tu menjadi benar bila Zack Snyder sendiri memberikan pengakuan bahawa aktor senior tu memang akan terlibat dan akan membawakan watak sebagai Jonathan Kent iaitu ayah kepada Superman.

"Jonathan Kent adalah satu-satunya watak ayah buat Clark, orang yang selalu ada untuk membantu Clark memahami takdirnya di bumi sebagai Superman," kata Zack Snyder seperti dilapor Splash News. Ni jelas sebagai berita baru untuk memastikan khabar angin yang berlalu tu benar.

Zack yang kini juga sedang mengarahkan sebuah filem bertajuk SUCKER PUNCH
menegaskan bahawa Kevin Costner adalah aktor yang bakal membawa watak Jonathan Kent.

"Saya yakin Kevin akan membuktikan kekuatan tersembunyinya sebagai lelaki sederhana Amerika dan kebetulan menjadi individu yang membesarkan superhero terhebat sepanjang zaman," tutup Zack Snyder.


Read more >>

Bakat terbaik Thailand.

Kongsi 0 comments
19 Mac 2011



Industri hiburan Thailand juga sebenarnya ada bakat-bakat terpendam yang dimiliki oleh penyanyi dan pendatang baru. Seperti yang JenTik bawakan kali ni adalah satu persembahan dari talent-talent yang dicungkil dari rancangan THAILAND GOT TALENT.

Kini pencarian tersebut berjaya menemui satu bintang baru bernama Bell Nanthita yang nama sebenarnya adalah Nantita Khumpiramon. Bell berjaya memukau perhatian juri dan penonton dengan suara merdunya. Tapi! yang menarik disini adalah kerana dia memiliki dua suara merdu sebenarnya.

Bell Nanthita telah membuat juri dan penonton terpukau dan tertawa apabila dia mula mengubah mengubah suaranya dari wanita ke suara lelaki. Antara pakej lain yang dimiliki Nanthita adalah kecantikannya yang turut memukau sesiapa melihatnya.

Dalam persembahan tu dia membawakan sebuah lagu yang berjudul Unlovable yang dipopularkan oleh Mild.

Jom layan.....




Read more >>

Gaun tembus dalam tunang Putera William dilelong.

Kongsi 0 comments
19 Mac 2011



Pada tahun 2002, Kate Middleton pernah memekai gaun tembus pandang berwarna hitam ketika dia melangkah di atas catwalk St Andrews University.

Itu adalah waktu pertama Putera William mula terpikat pada wanita cantik yang kini sudah berusia 29 tahun tu. Tapi kali ni gaun 'bersejarah' tu telah dilelong dan kutipan yang diterima jauh lebih tinggi dari harga sebenarnya.

Menurut Splash News, gaun ni mulanya bernilai US$50, kini dijual dengan harga US$125.884. Pereka busana ni merasa sangat bangga kerana namanya akan menjadi sebahagian dari sejarah Inggris. "Waktu itu saya tidak tahu siapa Kate Middleton dan bukan saya yang memilih dia untuk mengenakan gaun itu. Benar-benar sebuah kebetulan," kata Charlotte Todd, pereka gaun tersebut.

Asalnya dari fashion show tulah cinta mulai tumbuh di hati Putera William. "Semua orang tahu dari acara peragaan busana itu adalah awalnya kisah asmara mereka," lanjut Charlotte lagi.

"Jadi sebahagian kecil dari kisah diri saya akan menjadi sebahagian dari sejarah kerajaan. Benar-benar gila," tutupnya. Gaun tembus pandang tu telah dilelong dalam rancangan Kerry Taylor Auctions Passion for Fashion bersama gaun yang pernah dipakai Putri Diana dan lingerie milik Duchess of Windsor, Wallis Simpson


Read more >>

Rain lulus sebagai juru terbang jet.

Kongsi 0 comments
19 Mac 2011


Dari website berita selebriti Korea, allkpop.com, dua gambar setting dari filem terbaru Rain yang berjudul RED MUFFLER dipaparkan pada umum.

Shooting filem ni sudah bermula sejak 15 Mac lalu di sebuah kelab di Kangnam.

Dalam filem ni, Rain bekerja sama dengan Kim Sung Soo, Lee Ha Na, dan Lee Jong Suk dan memeggang watak sebagai seorang juru terbang pesawat tempur F-15K.

Untuk mendapat kesan yang lebih baik, Rain dan Lee Jong Suk telah menerima latihan dari angkatan tentera udara di Air Force Aviation Center.

Selain tu, The Korea Defense Daily telah melaporkan bahawa Rain juga telah lulus untuk 9G Acceleration Drill, yang mana program tu hanya diberikan sebagai latihan untuk para juru terbang, sedangkan seorang juruterbang sendiri pun sukar untuk melepasi latihan ni.

Selama tiga minggu ni para pelakon akan menyempurnakan jadual shooting utama dari filem ni. Filem ni jangkanya akan ditayangkan pada bulan November 2011.


Read more >>

Gambar Jeniffer Aniston dari bayi hingga sekarang.

Kongsi 0 comments
19 Mac 2011


Laaa nie kita layan gambar Jennifer Aniston dari dia bayi hingga lah ke sekarang nie yea. Korang boleh tengok perubahan dia tahun demi tahun dari dia bayi hinggalah terkenal seperti sekarang nie. Senang kata dia nie memang mantain cute lah dari bayi sampai lah ke tuek nie. Walaupun usianya kini telah menjangkau 40 tahun, tapi dia tetap superb dan boleh lagi mencabar setiap gadis-gadis sunti di luar sana.

Oklah, cakap banyak tak guna. Layannn.....


1971

Jennifer Aniston - from Baby to Woman (26 pics)

1972

Jennifer Aniston - from Baby to Woman (26 pics)

1976

Jennifer Aniston - from Baby to Woman (26 pics)

1982

Jennifer Aniston - from Baby to Woman (26 pics)

1985

Jennifer Aniston - from Baby to Woman (26 pics)

1986

Jennifer Aniston - from Baby to Woman (26 pics)

1987

Jennifer Aniston - from Baby to Woman (26 pics)

1990

Jennifer Aniston - from Baby to Woman (26 pics)

1992

Jennifer Aniston - from Baby to Woman (26 pics)

1994

Jennifer Aniston - from Baby to Woman (26 pics)

1995

Jennifer Aniston - from Baby to Woman (26 pics)

1996

Jennifer Aniston - from Baby to Woman (26 pics)

1997

Jennifer Aniston - from Baby to Woman (26 pics)

1998

Jennifer Aniston - from Baby to Woman (26 pics)

1999

Jennifer Aniston - from Baby to Woman (26 pics)

2000

Jennifer Aniston - from Baby to Woman (26 pics)

2001

Jennifer Aniston - from Baby to Woman (26 pics)

2002

Jennifer Aniston - from Baby to Woman (26 pics)

2003

Jennifer Aniston - from Baby to Woman (26 pics)

2004

Jennifer Aniston - from Baby to Woman (26 pics)

2005

Jennifer Aniston - from Baby to Woman (26 pics)

2006

Jennifer Aniston - from Baby to Woman (26 pics)

2007

Jennifer Aniston - from Baby to Woman (26 pics)

2008

Jennifer Aniston - from Baby to Woman (26 pics)

2009

Jennifer Aniston - from Baby to Woman (26 pics)

2010

26Jennifer Aniston - from Baby to Woman (26 pics)



Read more >>
Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords