Sapa tau yang Bieber ni sebenarnya suka juga makan nasi campur!. Buktinya apabila gambarnya dirakamkan ketika makan nasi campur dan melepak di tepi sawah. Pelik kan...
Korang layanlah gambar-gambar ni kalau tak caya. Tapi Bieber nie lebih terkenal dengan menggunakan nama Chiko, alias Chiko Bieber. hua...hua...hua.
Kebelakangan nie para pengguna internet sering menjadikan Chiko sebagai bahan lawak dan gurauan bahkan ramai telah 'terhibur' dengan Chiko yang dianggap seiras dengan Justin Bieber ni.
Banyak komen di berikan untuk Chiko tak kira yang memuji atau yang mengkritiknya. Serupa tak serupa, terima tak terima, kita bukan juri yang layak untuk menilai Chiko mirip dengan penyanyi asal Kanada tu atau tidak. Ni kerana MTV 'The Seven' sebelum nie telah menganjurkan satu rancangan 'audisi mirip Bieber' sebagai tanda sokongan dari para peminatnya yang memiliki wajah dan penampilan mirip Bieber.
Tapi malangnya Chiko dikatakan tidak menghadiri audisyen yang telah dianjurkan The Seven MTV ni dan audisyen mirip Bieber ni sudah pun ditutup pada 27 Januari lalu. Hmmm sayang sekali, siapa tahu Chiko Bieber ni boleh menang dan akan setanding Justin Bieber satu hari nanati, tanpa harus malu makan di warong!



1 comments:
mencapap lebihh
Catat Ulasan
Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)