[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

Memaparkan catatan dengan label Linsday Lohan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Linsday Lohan. Papar semua catatan

8 Apr 2011

Lindsay Lohan jadi anak gangster!

Kongsi 0 comments
8 April 2011


Gagal menjadi ikon pornografi tapi Linda Lovelace atau Lindsay Lohan dilihat tetap tidak sepi dari populariti.

Buktinya masih ada yang berminat untuk menggambil aktres yang sering bermasalah ni berlakon. Kabarnya Lindsay Lohan baru-baru ni sudah di peringkat akhir perbincangan untuk melakonkan watak Victoria iaitu anak perempuan kepada John Gotti si mafia terkenal.

Rancangan untuk membuat filem tentang John Gotti memang sudah lama dan kini pihak studio sedang sibuk mencari pelakon yang sesuai untuk memegang watak dalam filem ni.

Walaupun belum dipastikan lagi statusnya namun seperti pasti Lindsay Lohan bakal mendapat watak Victoria ni. Jika khabar ni benar, maka ini adalah kontrak pertama yang ditandatangani Lindsay Lohan setelah dia 'lulus' dari rawatan pemulihannya.

Dalam berita yang sama juga disebutkan yang Lindsay Lohan bukanlah satu-satunya bintang yang berusaha mendapatkan watak dalam filem ni. John Travolta juga sedang dalam peringkat perbincangan untuk memegang karakter utama dalam filem ni selaku John Gotti. Filem ni dikatakan sudah siap untuk produksi lantaran dana sekitar US$75 juta sudah diluluskan untuk perbelanjaan produksi filem ni.


Read more >>

27 Mac 2011

Lindsay Lohan marah bekas kekasih cium perempuan lain.

Kongsi 4 comments
27 Mac 2011



Belum selesai beberapa masalahnya, Lindsay Lohan dilihat sekali lagi sakit hati.

Bintang muda ni dikabarkan berang kerana melihat foto-foto bekas pasangan lesbiannya, Samantha Ronson, yang sedang mencium gadis lain!

Bukan hanya berang, Lohan juga mendedahkan bahawa dirinya merasa sakit hati dan dikhianati selepas gadis lesbiannya yang bekerja sebagai DJ ni dirakamkan bercanda, bermesraan, dan berciuman dalam sebuah kereta dengan seorang gadis berambut gelap di Los Angeles.

Khabarnya, Lindsay beranggapan bahawa Samantha tiada berhubungan dengan siapapun kini selepas putus dengan dirinya. Lindsay pun sudah merancang untuk 'menyoal' Sam jika bertemu Sam di New York nanti.

Sam sekali lagi dirakamkan sedang bermesraan dengan 'gadis lain pada 24 Mac. Keduanya menghabiskan waktu bersama sambil bersiar-siar Los Angeles dan selepas tu dilihat meletakkan kenderaan sambil beranjak ke tempat duduk belakang kereta si gadis tu sambil berpelukkan.

"Keduanya bercumbu selama dua puluh minit dan tak boleh melepaskan tangan antara satu sama lain. Sebelum keluar dari kereta, Sam menarik kepala gadis tu dan menciumnya dengan penuh nafsu. Sangat intense," kata seorang saksi.


Read more >>

Lindsay Lohan tukar nama!.

Kongsi 2 comments
26 Mac 2011


Artis menukar nama mungkin sudah biasa untuk menaikkan populariti.

Namun, bagi Lindsay Lohan, dia ada alasan tersendiri untuk menukar namanya. Ni adalah kerana masalah permusuhan antara dia dengan ayahnya.

Jadi apa ganti nama untuk nama bapanya yea?
Keputusan Lindsay Lohan untuk menukar namanya ini dibenarkan oleh ibunya sendiri, Dina Lohan. "Lindsay membuangkan 'Lohan', dan hanya menggunakan nama 'Lindsay'," kata ibu pelakon tu.

Selain Lindsay, seluruh anggota keluarganya, termasuk ibu dan adiknya, ternyata juga merancang menukar nama. "Tambah, aku dan (adik Lindsay) Ali, akan secara rasmi menggunakan nama belakang kami dengan nama gadisku, Sullivan," terang Dina.

Lindsay dan ibunya akhir-akhir ni dilihat saling bermusuhan dengan si ayah, Michael Lohan. Keluarga ni dilanda pelbagai masalah dan cukup rumit, Michael yang baru-baru ni dituduh melakukan kekerasan pada kekasihnya. Lindsay pula akan segera menghadap hakim untuk kes kecurian rantai yang dituduhkan kepadanya.


Read more >>

19 Mac 2011

Lindsay Lohan langgar tempoh pemerhatian.

Kongsi 0 comments
19 Mac 2011


Lindsay Lohan sekarang pasti merasa dirinya seolah-olah terbelenggu dengan segala perhatian yang sentiasa diberikan kepadanya sejak dirinya sering menimbulkan kontroversi yang melampau.

Walau ada banyak pihak yang meragui janji Lindsay, tapi aktres tu tetap mengaku tidak pernah melanggar tempoh pemerhatian keatas dirinya yang dikenakan oleh mahkamah.

Tapi ! aktres muda yang sedang dalam pemerhatian tu kini mengalami kontroversi lagi apabila baru saja dirakam gambarnya sedang menghadiri sebuah pesta di New York. Turut dilaporkan bahawa Lohan telah melanggar masa pemerhatian dengan minum alkohol.

Mendengar 'tuduhan' ni, Lindsay pun menapikan berita tu dengan cukup keras, seperti kenyataannya pada TMZ. "Aku tidak minum.... Aku tidak minum....!!!"

Bintang MEAN GIRLS ni baru saja selesai menjalani rawatan di pusat pemulihan dadah dan alkohol. Dalam masa pemerhatian ni Lindsay mesti menjalani beberapa percubaan untuk mengetahui kadar alkohol dalam tubuhnya. Antara kes lain, Lindsay juga sedang terbelenggu dengan kes rumit tentang pencurian rantai mahal yang dituduhkan keatasnya.


Read more >>

16 Mac 2011

Lindsay Lohan berhenti merokok.

Kongsi 0 comments
16 Mac 2011


Dengan pelbagai masalah yang melanda, Lindsay Lohan kini dikatakan sedang berusaha ke arah 'hidup yang lebih baik'.

Kini dikatakan yang dia semakin mendalami agama. Bukan setakat tu malah aktres muda nie dilihat cuba mencapai satu lagi perubahan kearah kehidupan yang lebih sihat iaitu dengan cuba memhentikan tabiat merokoknya.

Bintang 24 tahun ni sering bermasalah dalam penagihan dadah dan alkohol, bahkan dia juga telah terpaksa dimasukkan kedalam wad pemulihan sehingga bulan Januari lalu. Walaupun dia mengaku sudah bebas dari ketagihan namun Lindsay masih lagi tak dapat meninggalkan tabiat merokoknya yang serius.

Kini setelah mengalami masalah serius dengan pihak berkuasa diatas tuduhan mencuri rantai dari sebuah kedai perhiasan, Lindsay dikatakan sedang berusaha sedaya upaya dan berazam untuk meninggalkan tabiat merokoknya.

Selain berhenti merokok Lohan juga kini sering dilihat bersukan bersama jurulatih pribadinya bagi meningkatkan stamina sekali gus menjalani kehidupan sempurna.

Bintang MEAN GIRLS tu kini sedang menjalani proses perbicaraan yang cukup lama kerana tuduhan mencuri kalungnya tu. Lindsay sebelum ni sudah diberi kesempatan terakhir untuk membuat pengakuan bersalah dimahkamah, tapi nyata dia tidak mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.


Read more >>

13 Mac 2011

Lindsay Lohan pindah sebab Tsunami.

Kongsi 0 comments
13 Mac 2011



Walaupun jauh dari pusat gempa, namun tak dijangka bencana tsunami tersebut sampai juga ke Amerika. Ini menyebabkan Lindsay Lohan pun terpaksa meninggalkan rumahnya yang berada di pinggir pantai selepas tsunami melanggar Jepun.

Kondominium aktres nie dikatakan berada di pinggir pantai Venice, California. Disebabkan bencana ni semakin mengganas Lohan pun terburu-buru pindah untuk sementara waktu ke tempat yang lebih tinggi kerana peringatan bahaya tsunami telah diberikan kepada penduduk di kawasan tersebut.

Khabarnya bintang yang kini sedang bermasalah dengan pihak berkuasa kerana didakwa mencuri rantai di satu butik ni dah tak terlalu khawatir dengan propertinya. Lindsay lebih mendengar kata adik perempuannya, Ali Lohan, yang ketakutan dengan bencana tsunami ni dan meminta agar mereka segera berpindah ke tempat yang lebih tinggi dan selamat.

Bintang FREAKY FRIDAY ini dikabarkan menginap sementara di The Peninsula Hotel di Beverly Hills sejak amaran bencana ni dikeluarkan di kawasan tempat tinggalnya



Read more >>

10 Mac 2011

Lindsay Lohan saman kedai perhiasan!!!.....

Kongsi 1 comments
10 Mac 2011


Lindsay Lohan dikatakan berniat untuk mengambil tindakan kepada Kamofie & Company, kedai barang kemas yang telah menuduhnya mencuri. Lindsay merasa dirinya seolah dipergunakan oleh syarikat itu untuk mengaut keuntungan dengan penjualan rakaman CCTV yang menunjukan dirinya ketika berada di dalam kedai berkenaan.

Seperti dilaporkan Celeb Mania, semalam (9/3/2011), Kamofie & Company telah menjual video tersebut dengan harga US$ 40 ribu. Video itu ditayangkan di ruangan 'Entertainment Tonight' pada 8 Mac lalu.

"Kami berharap semua tak menyalah anggap tindakan ini kerana kami menerima banyak sekali permintaan yang ingin melihat video CCTV itu," kata peguam dari pihak Kamofie & Company.

Lindsay dikatakan merancang untuk membuat tuntutan kepada syarikat itu kerana telah mempergunakan dirinya untuk meraih keuntungan tanpa izin.

Dalam persidangan yang diadakan di Los Angeles, Li-Lo mengaku tak bersalah di depan hakim diatas tuduhan mencuri tersebut. Lindsay telah dituduh mencuri rantai di satu butik Kamofie & Company di California. Perhiasan berupa rantai itu bernilai US$ 2500.


Read more >>

9 Mac 2011

Video bukti Lindsay Lohan mencuri!!!.....

Kongsi 1 comments
9 Mac 2011


Sebelum nie JenTik dah dedahkan gambar ketika Lindsay Lohan berada dikedai perhiasan dimana dia telah dituduh mencuri seutas rantai berharga $ 2,500.

Dan ini pula video yang dikatakan bukti Lindsay Lohan mencuri di kedai tersebut!

Ini merupakan antara bukti yang akan dibawa ketika di perbicaraan kes tersebut. Walaupun nie bukan video penuh tapi pergerakan yang di muatkan adalah pergerakan yang menimulkan syak ketika Lindsay berada dalam kedai tersebut. Mungkin mencuri atau mungkin dia tidak mencuri kalung berharga $ 2,500 tu, melalui video ini lah akan dipastikan sama ada dia bersalah atau tidak.

Pita asal yang berdurasi 42 minit penuh menunjukkan empat sudut kamera yang berbeza. Pelakon itu dilihat sedang mencuba beberapa perhiasan sambil ditemani oleh seorang teman laki-laki.

Bergantung pada rakaman ini belum dipastikan lagi dapat menyelesaikan kes LiLo atau tidak, dan jika diperhatikan tak banyak yang boleh dibuktikan dari video ini. Tapi hanya beberapa hari lagi dia akan kembali ke mahkamah dan disitu akan dipastikan sama ada benar dia bersalah atau tidak.

Layannn...





Read more >>

7 Mac 2011

Gambar Lindsay Lohan ketika mencuri barang kemas!!!.....

Kongsi 0 comments
7 Mac 2011


Entertainment Tonight, hari ini (7/3) menyebarkan gambar-gambar yang dikatakan diambil dari video rakaman cctv di kedai perhiasan dimana tempat Lindsay Lohan dituduh mencuri rantai.

Dalam gambar dari video itu Lohan dilihat jelas berada di kedai tersebut sambil mencuba beberapa perhiasan.

Bulan lepas Lohan ditangkap atas kes mencuri rantai leher dari kedai barang kemas. Ketika di depan hakim, Lohan mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu. Tapi jika dia terbukti bersalah, dia akan dikenakan hukuman penjara. Lohan dituduh mencuri rantai berharga AS$ 2500.

Entertainment Tonight mengatakan bahawa video lengkap itu akan tayangkan di TV pada Isnin (7/3/2011) malam.

Kini video itu akan disebarkan di mana-mana kerana kedai perhiasan Kamofie & Co. telah menjualnya kepada pihak ke tiga.

"kedai perhiasan tersebut ingin cuba mencari untung sebanyak mungkin," kata sumber. Entertainment Tonight salah satu pihak yang membelinya.

Menurut RadarOnline, kedai perhiasan itu meraih AS$ 35 ribu dari hasil jualan video tersebut.







Read more >>

1 Mac 2011

Lindsay Lohan hasilkan buku fotografi bogelnya!.....

Kongsi 0 comments
1 Mac 2011


Aktres Lindsay Lohan kini sedang kembali membangunkan imejnya yang rosak kerana ketagihan alkohol dan masalah peribadi yang lain. Nampaknya dia terdesak untuk segera kembali membina namanya semula.

Baru-baru ini Lohan telah dipujuk oleh seorang fotografer untuk ber'pose' seksi di sebuah buku fotografi. Lohan yang baru saja selesai menjalani pemulihan ketagihan minuman keras itu sudah menandatangani kontrak bernilai RM 15 juta untuk aksi berahi tersebut.

Terry Richardson, seorang fotografer Amerika Serikat orang yang bertanggung-jawab memujuk Lindsay yang sedang berjuang untuk mendapatkan pekerjaan lain di Hollywood kata sumber yang dilaporkan Showbiz Spy, Selasa (1/3/2011). Menurut sumber lagi, buku fotografi yang berisikan foto bogel Lindsay dijangkakan akan mengalahi populariti buku fotografi bogel Madonna di tahun 1992.




Read more >>

23 Feb 2011

Lindsay Lohan pegang watak liar...

Kongsi 0 comments
23 feb 2011


Aktres Lindsay Lohan akan mula shooting filem baru dia tak lama lagi. Kali dia akan memegang watak dalam filem 'Escaping The Game' yang wataknya sama dengan kehidupan peribadinya yang liar tu.

Seperti dilaporkan Showbiz Spy, Rabu (23/2/2011), kisah yang ditampilkan 'Escaping The Game' sebenarnya tidak jauh beza dari kehidupan Li-Lo. Iaitu, tentang artis yang memiliki permasalahan peribadi yang teruk.

Produser filem tu Nathan Folk mengaku dah berbincang dengan Lindsay tentang wataknya tu. Lindsay pun telah menerima tawaran tersebut. Lagi pun tak susah untuk dia melakonkan watak tu. Tak payah pun nak menghayati, cuma rileks-rileks aje.

"Dia (Lindsay) adalah aktres yang hebat. Kita akan membuktikan kepada dunia yang dia dah kembali," kata Nathan. Tapi Nathan belum beri tahu bila filem tu akan mula ditayangkan.

Sementara, Lindsay sekarang nie masih sibuk menghadiri perbicaraan atas kes curi nya. Dia telah dituduh mencuri kalung perhiasan di butik Kamofie & Company, California.




Laporan asal : detikhot.com
Read more >>

10 Feb 2011

Lindsay Lohan di tangkap kerana mencuri

Kongsi 0 comments
Lindsay Lohan naik mahkamah lagi. Apalah nak jadi dengan minah sorang ni yer. Tak habis-habis kontroversi dia nie. Rasanya cerita kontroversi dia saja dah melenyapkan cerita orang tentang bakatnya. Kes mabuk dan dadah tak payah certalah. Tak habis lagi orang menceritakan tentang kes tu dah timbul lagi kes baru. Tak habis-habislah dia ni. Tak reti duduk diam agaknya.

Kes terbaru yang mengheretnya ke mahkamah ialah kerana merembat seutas rantai di sebuah kedai perhiasan bulan lalu. Kata selebritiii...duit berjuta-juta. Tapi takkan rantai USD 2,500 pun tak mampu nak beli. Kalau tak mampu pun buat-buat lah sabar kumpul duit sikit-sikit. Tulah orang suruh menabung tak nak. Tapi yang pelik ikat jamin USD 40,000 bleh
bayar plak. Kan nyaya diri namanya tu. Di sebabkan atas kesalahan tu Lindsay Lohan bakal didenda dan penjara 3 tahun. JenTik rasa dia ni memang gian sangat nak duduk kat dalam lokap tu lah. Seronok agaknya.

Sebelum-sebelum nie pun dia sudah beberapa kali turun naik mahkamah. Pada 2007 dia telah ditahan dua kali oleh polis kerana memandu dalam keadaan mabuk dan penyalahgunaan dadah. Ganaz betullah dia ni. Mengalahkan lelaki...

Akibat dari kesalahannya itu , pelakon filem 'Mean Girls' ini telah dihumban ke penjara. Apabila dia keluar dari penjara, dia telah mendapat peringatan yang keras dari hakim. Jika dia tetangkap lagi memandu dalam keadaan mabuk maka ida bakal dikenakan tindakan keras. Tapi dia ni bukan makan saman punnn. Negara pun dah macam tak ada undang-undang di buatnya.





Read more >>

27 Sep 2010

Linsday Lohan masuk lokap lagi

Kongsi 0 comments

Linsday Lohan sempat merasai kehidupan di dalam lokap di Lynwood, California, pada hari Jumaat (24/9/2010) yang lalu. Namun dia bernasib baik kerana dapat semula menghirup udara segar setelah membayar wang ikat jamin sebanyak US$ 300 ribu. Pelakon yang sering keluar masuk penjara itu kelihatan tidak pernah serik, namun kali ini dia hanya dipenjara selama 14 jam. Sebelum dipenjara Linsday Lohan sempat bersama ibu dan peguamnya. Sidang media yang diadakan oleh Linsday dihadiri oleh ratusan pemberita dan wartawan. Sebelum ini Linsday gagal didalam ujian dadah Narkoba. -Reuter
Read more >>
Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords