[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

Memaparkan catatan dengan label Artis Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artis Malaysia. Papar semua catatan

13 Mac 2011

Gambar teman wanita Syamsul Yusof?!!!.....

Kongsi 1 comments
13 Mac 2011


Tak dapat dipastikan pula gambar ni dimana dan siapa gerangan perempuan yang bersama pengarah muda, Syamsul Yusof. Perempuan ni nampak cantik, cun dan ada pakej pula tu. Kalau betul lah ini kekasih baru Syamsul, memang cocok dan sepdanlah, macam pinang dibelah lapan. Tunggu dan lihat sahajalah, ada juga 'statement' Syamsul tu. Tapi kat media lah, dalam pencarian Facebook dan Twitter, Syamsul kelihatan belum lagi 'Sign-up'.


Laporan asal : izyan.com
Read more >>

12 Mac 2011

Gambar Shila OIAM pakai tudung...

Kongsi 0 comments
12 mac 2011



Nie gambar Shylla Amzah aka anak usahawan jutawan ND Lala ketika dia memakai tudung. Bukan senang tau nak tengok bekas peserta One In A Million nie memakai tudung. Cun wokkk. Cuba bandingkan dengan gambar Shylla Amzah @ Shila OIAM yang biasa. Confirm yang ni luar biasa kan. Layannn...




Read more >>

11 Mac 2011

Rezeki Gbob selepas terkeluar RL5 !!!....

Kongsi 0 comments
11 Mac 2011



Gbob atau nama sebenarnya Mohd Hamizi Hashim menceritakan tentang rezekinya selepas beberapa minggu tersingkir daripada RL5 :

"Sebenarnya sebelum terima tawaran berlakon dalam filem 'Papa, I Love U' ini, saya sudah pun berlakon dalam filem Cinta Beriang dan telemovie Hantu Gigi. Tak sangka pula kedatangan saya ke pejabat MIG terus membuahkan hasil apabila saya terus ditawarkan untuk menjadi artis dibawah naunganya."

"Tentu sekali saya amat terkejut, apatah lagi saya peserta yang pertama tersingkir tetapi saya amat berbesar hati dan mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada David kerana memberi saya peluang yang tidak ternilai ini."

"Saya anggap ini rezeki keluarga sayalah. Saya pun anak pertama dalam keluarga, jadi saya punya tanggungjawab yang cukup besar untuk membantu keluarga saya. Harap saya dapat kongsi kebahagaiaan dan rezeki saya dengan mereka,"


Komen David Teo atas penerimaan Gbob kedalam MIG :

"Saya sentiasa bersikap terbuka kepada peserta-peserta RL5 ini kerana bagi saya mereka sudah ada pakej. Mereka juga berbakat tetapi bakat mereka ini perlu diasah lagi. Ini kerana mereka sudah diajar untuk berani berhadapan dengan orang ramai untuk menjadi seorang pelakon."

" Namun apa yang saya suka tentang Gbob, dia mempunyai karektor serta identitinya yang tersendiri. Bukan mudah untuk mencari wajah yang comel dengan bentuk badan sebesarnya yang ada keyakinan diri untuk berlakon."



Laporan asal : murai
Read more >>

Komen David Teo tentang pengunduran Shaheizy Sam dari Metrowealth!!!...

Kongsi 0 comments
11 Mac 2011



Komen Ketua Pengarah Operasi Metrowealth, David Teo, tentang isu Shaheizy Sam mahu meninggalkan Metrowealth :

“Sam berpuas hati dengan apa yang dia dapat ketika majlis pemberian bonus tersebut. Begitu juga dengan lain-lain penerima, seperti Bob (Ismail Bob Hashim) yang mendapat sebuah kenderaan, juga yang lain-lain,”

“Mekanisma pemberian bonus kepada penerima itu semua adalah rahsia perniagaan, jadi tidak perlu diceritakan dan dijelaskan. Apa yang penting, orang yang menerimanya berpuas hati.”

“Spekulasi berkaitan masalah dalam pemberian bonus Shaheizy Sam timbul mungkin kerana ada pihak yang inginkan dia (Sam), tidak dapat, dan mula mereka cerita untuk memburukkan hubungan di antara saya (Metrowealth) dan Sam.”

“Orang luar yang tiada berkaitan kalau dia tidak dapat apa yang ada di sini, datanglah untuk menyertai Metrowealth,”

“Saya bukan seperti Shaw Brothers yang telah membuat keuntungan dan dibawa pulang ke Hong Kong. Saya membuat keuntungan dari industri perfileman dan masih tinggal di Malaysia, untuk berkongsi keuntungan dengan yang lain-lain.”

“Majlis penyampaian bonus tempohari merupakan satu tanda keikhlasan dan kejujuran syarikat, untuk dijadikan contoh kepada industri. Ini semua berdasarkan konsep kongsi rezeki,”


Berikut adalah kenyataan Lisa Surihani, antara pelakon wanita popular yang diurus oleh Metrowealth :

“Memang setiap pelakon perlu memberikan komitmen, terutamanya dalam mempromosikan filem, selain berlakon. Ianya sudah termaktub di dalam kontrak. Jadinya, jika ada antara artis yang tidak dapat memberikan komitmen, bonus yang diberi mungkin berbeza dari yang lain.”



Laporan asal : gua.com
Read more >>

Eira Syazira di ganggu makhluk halus?!...

Kongsi 2 comments
11 Mac 2011


Komen Eira Syazira ketika mengalami gangguan?

"Sebenarnya kami menjalani penggambaran drama bersiri tersebut di sebuah rumah usang dan khabarnya rumah itu agak keras. Ada sejarah dalam rumah tersebut yang mana pemiliknya juga meninggal dunia dalam rumah itu."

"Saya baru sampai di rumah tersebut dan disebabkan terlalu lapar saya terus makan menggunakan pinggan yang ada dalam rumah itu tanpa meminta izin terlebih dahulu . Saya ingat jurusolek dah minta izin sebelum guna. Akibatnya badan saya jadi sakit dan sangat keras."

"Pergi klinik, doktor tak dapat kesan penyakit saya dan kemudiannya saya telah dibawa berubat di pusat perubatan tradisional. Di sana saya diberitahu bahawa saya telah mengalami gangguan sebab menggunakan pinggan tersebut tanpa minta izin,"


Komennya ketika membawakan watak Kemboja dalam drama bersiri Kemboja Puteh?

"Saya menjadi roh yang mahu menuntut bela atas kematian saya. Jadi setelah membawakan watak ini, ia secara tak langsung ia menghantui saya. Saya agak kerap stressed dan suka bersendiri. Sebab kita berlakon pun dekat rumah yang agak keras."

"Tapi dari sudut lain, drama ini agak mudah untuk saya jayakan kerana saya tak perlu tukar baju berkali-kali. Saya hanya memakai baju yang sama iaitu putih kerana saya hanya perlu kerap menjelma dalam bentuk roh,"

"Memang cerita ini sebuah kisah seram tapi kita masih selitkan mesej yang berguna buat tontonan umum. Dalam cerita ini kita tunjuk setiap perbuatan yang jahat itu pasti akan mendapat balasan. Cerita ini diinspirasikan mengikut filem Nang Nak tapi acuannya tidak sama,"


Laporan asal : murai
Read more >>

10 Mac 2011

Shaheizy Sam di khianati MIG???.....

Kongsi 0 comments
10 Mac 2011


Shaheizy Sam khabarnya sedang keadaan serba salah sama ada mahu keluar daripada syarikat naungannya, MIG.

Menurut sumber, Sam rasa terkilan sebab bonus rumah yang diberikan oleh MIG kepadanya baru-baru ni itu sebenarnya bukanlah satu bonus yang ikhlas.

Rumah itu bukan dibeli sepenuhnya oleh MIG, tetapi Sam perlu membayarnya berdasarkan pencapaiannya selepas ini. Ini bermakna bonus Sam tahun-tahun hadapan akan ditolak untuk membayar harga rumah tersebut.
Justify Full
Namun, cerita disebelah pihak pula, masalah Sam dengan MIG sebenarnya berlaku di sebabkan oleh hasutan seseorang yang dengki degan keakraban mereka, dan mula mencucuk Sam dengan pelbagai fitnah terhadap MIG.

Biasalah bila orang dah semakin berjaya, makin ramailah yang dengki dan mula nak menabur fitnah. Dalam kes ini tak tahu siapa yang betul dan siapa yang salah, hanya Sam dan MIG sahaja yang ada jawapannya.

Harap perkara ini boleh diselesaikan dengan cara yang baik, tak perlu gaduh-gaduh.


Laporan asal : Manggaonline.com
Read more >>

Komen Amy Mastura tentang masa depan dunia lakonannya!...

Kongsi 0 comments
10 Mac 2011



Apa komen Amy Mastura tentang dunia lakonannya?.

“Saya masih belum sedia untuk mengundur diri dari dunia nyanyian dan lakonan. Selagi masih diperlukan dalam industri, saya tetap akan berada di sini. Umur bukanlah penghalang untuk saya meneruskan kerjaya ini.”

“Saya memilih watak bukan kerana demanding atau sebagainya, tetapi saya mahu ia sesuai dengan umur dan status saya sekarang ini. Begitu juga dengan menyanyi. Saya masih mahu melakukannya. Selagi peminat masih memberi sokongan, saya akan teruskan ‘kerja’ ini."


"Buat masa ini saya tidak ada rancangan untuk bersara daripada bidang seni. Biarlah masa yang menentukan. Seandainya, suatu hari nanti saya sudah tidak diperlukan, barulah saya akan mengundurkan diri.”



Apa komen Amy mewakili rangkaian Infinity Kose yang merupakan produk anti-penuaan?.


“Saya pun tidak sangka pihak Kose sudi memberi kepercayaan kepada saya untuk mewakili produk mereka. Dalam masa yang sama, saya rasa berbesar hati kerana ini kali pertama Kose melantik duta berbangsa Melayu."

"Saya setuju untuk menjadi duta mereka kerana mendapati produk Kose sangat sesuai dengan kulit saya. Semuanya bermula apabila pihak Kose menjemput saya untuk mencuba rawatan wajah di tempat mereka."


"Setelah rawatan selesai saya dapati wajah saya tidak menjadi kemerah-merahan atau bengkak seperti yang pernah saya alami sebelum ini. Hasil rawatan ini cukup memuaskan. Bahkan, saya boleh menghadiri satu temu janji selepas itu. Jadi, apabila mereka tawarkan saya menjadi duta, saya tidak ada alasan untuk menolak.”


“Baru sehari menggunakan produk ini saya dapati ia sudah menunjukkan kesan positif. Kulit wajah saya nampak lebih cerah dan lebih lembap. Saya percaya jika digunakan secara berterusan, kesannya pasti lebih ketara dan memberangsangkan.”


Selain Kose, Amy Mastura juga adalah duta kepada beberapa produk lain seperti Omega, Lux, Quaker Oats, Takasima dan Lifebuoy.



Laporan asal : gua.com
Read more >>

Gambar terbaru Sazzy Falak mengandung 7 bulan !!!...

Kongsi 0 comments
10 Mac 2011


Nie merupakan gambar terbaru Sazzy Falak yang kelihatan berseri-seri sementara menanti kandungan anak kembar yang sekarang dikandunginya selamat dilahirkan. Kelihatan semakin membesar perutnya tu tapi itu tak menhalang untuk dia terus akktif dalam dunia hiburan nie. Dijangkakan dia akan bersalin pada Mei nie untuk mendapatkan dua anak perempuan sekali gus!. Dikatakan sekarang dia sedang mengendalikan bengkel lakonan dan pengacaraan.

Apa-apa pun diharapkan Sazzy akan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya. Semoga berjaya dalam kerjaya dan yang penting sekali adalah keluarga tersayang. Jaga kesihatan agar kandungan bayi comel tu tak terjejas nanti. May God bless you!



Adidas telah menghadiahkan 2 pasang kasut untuk bayi kembar perempuannya nanti...



Laporan asal : ohbulan.com
Read more >>

Komen wartawan hiburan bila Aznil kembali jadi hos AF!.....

Kongsi 0 comments
10 Mac 2011


Berikut adalah reaksi wartawan hiburan terhadap kembalinya Pak Nil sebagai hos AF9 :

Che' Az (Wartawan Malay Mail)

"It will be good. Macam semua orang kata, Pak Nil kembali kepada tempat asalnya yang banyak menaikkan namanya dalam bidang pengacaraan. Saya yakin, AF9 bakal mendapat rating yang bagus kali ini berbanding musim lepas yang boleh dikatakan agak teruk dan boring. Ini juga satu penutup yang bagus dan saya berharap Pak Nil dapat membawa beban yang diminta penonton setia AF. Harapan orang terhadap dirinya sekarang tidak sama seperti Pak Nil masa mula-mula jadi hos AF."

Fariza Saidin (Wartawan Senior, Majalah Perempuan)

"Memang tepat sekali pilihan Astro apabila mengambil Pak Nil semula sebagai hos AF9. Dia yang pertama memulakan jadi eloklah kalau dia juga yang menutup tirai AF. Pembawakan AF yang ada pada Aznil lebih menaikkkan standard AF. Pengacara lain tak sampai tahap yang ada pada Aznil sepertimana diperlukan AF. Saya setuju sangat pihak Astro ambil semula Aznil untuk jadi hos AF9. Aznil juga mampu mewakili pelbagai peringkat umur. Dia ada peminat tersendiri dan paling bagus bila dia dapat beraksi secara spontan dalam menarik emosi penonton. Dia boleh mengembalikan semula nostalgia AF."

Murshid Eunos (Wartawan Harian Metro)

"Selama 3 tahun Aznil tiada dalam AF, program ini seakan hilang seri dan sengatnya. Kini, dia kembali semual dan saya percaya dia mampu membawa semula kegemilangan AF. Lagi pun, AF begitu sinonim dengan Aznil. Disebabkan ini adalah AF yang terakhir, Aznil patut menutupnya dan saya berharap dia mampu mengulang semual zaman kegemilangan AF seperti AF1 dan AF2."

Isma Budiey (Blogger Sensasi Selebriti)

"Disebabkan Aznil sudah lama tidak muncul, mungkin peminat yang membesar dengan AF akan kembali menjadi penonton setia AF9. Bagi saya, 70 peratus AF ada pada Aznil. Dia begitu sinonim dengan AF. Dia juga mampu memberikan impak selain memberikan suntikan baru dalam AF9 dengan ideanya yang bernas. Dia juga sumber inspirasi untuk AF. Saya yakin, rating AF9 akan naik."

Muzlina Abu Bakar (Pengarang Hiburan Utusan Malaysia)

"Ibarat sirih pulang ke ganggang. Begitulah yang boleh saya katakan dengan kembalinya Aznil sebagai hos AF9. Bagi saya, dia mampu menceriakan semula AF. Saya cakap sebegini kerana saya mengikut program realiti ini sejak dari AF1 hinggalah AF8. Bukan saya mahu menidakkan keupayaan pengacara yang sebelum ini, tetapi terus-terang saya katakan sentuhan dari Aznil untuk AF memang ada kelainannya. Dia mampu buat kita ketawa dan dia juga mampu buat kita menangis bila menonton AF. Dia punya touch tersendiri yang mampu menyentuh jiwa kita semua. Dia spontan dan itulah yang mampu menghidupkan AF."



Laporan asal : murai
Read more >>

9 Mac 2011

Komen Maya Karin tentang gosip dengan Datuk Seri Effendi!!!.....

Kongsi 0 comments
9 Mac 2011


Berikut adalah komen Maya Karin apabila diajukan gosip mengenai dirinya yang dikaitkan bersama Datuk Seri Effendi Norwawi.

"Mana mungkin saya ada hubungan dengan Datuk Seri Effendi. Memang tak logik kerana saya sendiri memang berkawan baik dengan anaknya, Elyna. Malah, saya juga selalu melepak di rumah Elyna. Takkanlah saya nak buat macam itu."

"Saya dan Elyna sangat rapat. Kami juga berkawan rapat dengan Jeslina Hashim dan beberapa lagi kawan perempuan yang lain.Tak mungkin saya akan tergamak bercinta dengan bapa kawan sendiri dan suami orang pula itu. No way!."

"Saya tak mungkin akan berkawan dengan suami orang. Semua orang tahu Datuk Seri itu suami kepada Datin Seri Tiara Jacquelina dan saya harap sangat orang yang menyebarkan gosip itu berfikir dua atau tiga kali sebelum menyebarkannya. Saya sendiri kenal baik dengan Datin Seri Tiara dan cerita ini sangat mengarut."

"Saya masih bersendiri dan selesa begini. Masa kini adalah untuk kerjaya dan saya masih belum terfikir lagi untuk mengisi kekosongan hati ini. Saya sangat sibuk dengan kerja dan kalau ada, biarlah cinta itu datang dengan sendirinya, Barulah saya akan menerimanya dengan hati yang terbuka.Tapi buat masa ini hati saya masih belum terisi."

"Saya pergi bulan lalu bercuti ke Jepun bersama Jeslina Hashim dan suaminya. Saya sangat gembira dan teruja kerana suasana di sana. Ia sangat menyeronokkan. Paling istimewa apabila saya berkesempatan bermain ski. Percutiaan itu satu momen indah yang tak mungkin dapat saya lupakan."



Laporan asal : murai
Read more >>

Foto perkahwinan adik Datuk Siti!.....

Kongsi 0 comments
9 Mac 2011


Nie merupakan gambar sekitar perkahwinan adik kepada Datuk Siti Nurhaliza bernama Muhammad Ali berusia 30 tahun. Seluruh ahli keluarga Siti termasuk suami, Datuk K, Saerah dan Saida serta suaminya turut hadir. Dilihat semua ber posing anggun bila gambar-gambar mereka dirakamkan. Maklumlah majlis kahwin. Kepada Muhammad Ali di ucapkan selamat pengantin baru, semoga kekal hingga akhir hayat.....

























Laporan asal : izyan.com
Read more >>

Komen Remy Ishak bila ditemukan dengan Maya Karin.....

Kongsi 1 comments
9 Mac 2011


Komen Remy Ishak setelah digandingkan bersama Maya Karin dalam teater muzikal Natrah :

"Saya sangat gementar bila mendapat tahu bakal bergandingan dengan Maya dalam filem ini, malah masa ujibakat pertama yang dibuat oleh Osman Ali sewaktu mahu mencari hero untuk filem ini, saya hadir dengan perasaan yang sangat gugup dan gementar."

"Pertama kali saya mengenali Maya adalah sewaktu sama-sama berlakon dalam filem Anak Halal, waktu itu saya memandang Maya dan semua pelakon dalam filem itu sebagai pelakon yang sangat hebat dan perasaan hormat itu masih kekal ada dalam hati saya sehingga sekarang, itu membuatkan saya semakin gementar bila berlakon dengannya.

"Ia menyebabkan saya sukar membawakan watak romantik dalam filem ini dan sampai hari ini, kalau ada bersama dia dalam majlis sekalipun saya masih ada perasaan sebegitu,"

Menceritakan tentang pengalaman berlakon di utara tanah air, menurut Remny pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan adalah :

"Memang gembira berlakon di Kedah, orang di sana memang banyak menyokong kami. Selain tu, Osman Ali pun bijak mencari idea-idea lokasi yang menarik, tapi ada juga beberapa adegan yang agak memeritkan bagi kami."

"Sewaktu babak menolak kereta tu, keadaan cuaca terlalu panas sampaikan semua pelakon menjadi semakin hitam, manakala bila di malam hari pula kami terpaksa berhadapan dengan nyamuk yang luar biasa besarnya di sana."




Lapora asal : manggaonline.com
Read more >>

Sah Yasmin Hani bercinta dengan Sha'arin!!!...

Kongsi 1 comments
9 Mac 2011


Dimaklumkan kini bahawa pengacara Yasmin Hani sebenarnya sudah bersedia untuk bergelar suri di hati Sha'arin. Soal bila waktunya tak pasti lagi.

Tabik sungguh dengan sikap telus pelakon dan pengacara cantik, Yasmin Hani tentang hubungan cintanya dengan bekas pemain drum Black Rose, Sha'arin.

Sempat juga Yasmin berkongsi cerita yang dia sebenarnya memang di alam percintaan. Cintanya dengan Sha'arin memang sejati dan tiada tolok tandingnya. Tiada siapa yang dapat menggantikan tempat Sha'arin.

Mana taknya, di luar sana ramai yang menggembar-gemburkan hubungan mereka. Malah ada yang mengatakan yang bukan-bukan tentang hubungan mereka itu, maklum sajalah, bukankah Sha'arin adalah bekas suami kepada aktres Ida Nerina?

Kalau sudah ditakdirkan jodoh, tentu tak ke mana. Mungkin juga ini adalah ketentuan Illahi untuk mereka berdua bersama. Tunggu dan lihat sajalah.

Apa yang sudah lepas biarlah berlalu. Sekarang adalah lembaran baru buat kehidupan Sha'arin dan Ida sendiri. Inilah yang dinamakan takdir. Redha sajalah.

Yasmin langsung tidak kisah dengan kata-kata orang di luar sana. Dia secara terbuka dan rela hati memberitahu yang dia dan Sha'arin memang sama-sama cinta mencitai.




Laporan asal : murai.com
Read more >>

8 Mac 2011

Komen Hafiz AF8 setelah putus cinta!.....

Kongsi 0 comments
8 Mac 2011



Komen Hafiz tentang hubungan cintanya :

"Dulu saya tidak pernah mengaku tentang hubungan saya dan dia, mungkin kerana fikirkan soal cinta, tapi sekarang ini secara jujurnya saya mengaku bahawa kami pernah bercinta beberapa bulan yang lalu, tetapi sekarang ini sudah pun berpisah.

"Sebab perpisahan? tak perlulah saya jelaskan, yang penting kami masih lagi berhubung dan berkawan. Saya mengenali Fifi sebelum saya menyertai AF8 lagi. Setelah lama berkawan, barulah kami ambil keputusan untuk bercinta, tapi malangnya hubungan itu tidak lama.

"Semua orang pernah bercinta, begitu juga dengan saya sekarang, cuma saya masih belum bersedia untuk umumkannya pada umum. Lagipun umur saya baru sahaja menjangkau 21 tahun, jadi tak manis kalau asyik bercerita soal cinta,"


Populariti :

"Saya mengaku, antara Akim, Aril dan saya, sayalah yang paling kurang mendapat publisiti. Bukan saya sengajakan namun, rezeki mereka lebih banyak di bidang yang lain. Seperti Akim dan Aril, kedua-dua mereka banyak berlakon dan ada yang mengacara, jadi muka mereka sering keluar di televisyen berbanding saya.

"Saya tak kisah, yang penting lagu-lagu saya diterima dan peminat masih mengenali saya sebagai Hafiz yang dulu.

"Ramai yang ingatkan saya, apabila AF9 keluar nanti maka peminat saya akan lari kepada pelajar-pelajar yang baru, dan bila ada juara baru yang muncul nanti, maka juara lama akan dilupakan, tetapi ia tidak melemahkan semangat saya.

"Saya tidak rasa tergugat dengan mereka, malah saya jadikan itu semua satu saingan yang sihat, selain saya yakin peminat-peminat saya sebelum ini akan tetap menyokong saya,"



Laporan asal : manggaonline.com
Read more >>

Komen Aznil sekembalinya ke AF!.....

Kongsi 1 comments
8 Mac 2011


Pemilihan hos AF9 telah pun diumumkan oleh pengurus saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi ketika sidang media yang telah diadakan di Double Tree By Hilton, Kuala Lumpur, petang semalam.

Secara rasmi Aznil Hj Nawawi dipilih sebagai pengendali Akademi Fantasia Musim Ke-9 (AF) yang juga merupakan penganjuran terakhir program realiti hiburan Astro nie. Selain menjadi hos konsert AF9 yang bermula 2 April nie, Aznil juga secara langsung menjadi hos Diari AF9 tersebut.

Disini kita dapatkan komen Pak Nil melalui portal hiburan murai.com.my terhadap pemilihan semulanya sebagai hos AF nie. Jom kita layan interviev murai dengan Pak Nil nie...


MURAI: Sebelum ini Pak Nil pernah mengatakan tidak mahu lagi menjadi pengacara AF. Apa yang membuatkan Pak Nil untuk kembali memegang jawatan itu dalam AF9?

AZNIL: Pak Nil adalah pekerja Astro. Sebagai seorang pekerja, Pak Nil kena selalu bersedia untuk menerima apa sahaja arahan daripada majikan. Begitu juga ketika Pak Nil diminta untuk menjadi pengkritik dalam AF musim lalu. Jadi Pak Nil lakukan kerana tanggungjawab. Kini AF9 mahukan Pak Nil kembali untuk menutup sejarah AF kerana ini adalah AF yang terakhir. Jadi, Pak Nil terima tanggungjawab ini dan kembali mengacarakan AF. Antara sebab lain Pak Nil kembali adalah kerana permintaan peminat program ini serta pelanggan-pelanggan Astro.


MURAI: Pada tahun lalu, Pak Nil menjadi pengkritik tetap AF8. Adakah Pak Nil sepatutnya kembali sebagai pengacara pada musim lepas?

AZNIL: Pak Nil tidak pernah ditawarkan untuk menjadi pengacara AF selepas Pak Nil berhenti pada musim AF5.


MURAI: Difahamkan sebelum ini, Pak Nil menarik diri dari AF disebabkan Pak Nil tidak sanggup melayan lagi dengan ragam depan dan sebalik tabir AF. Bagaimana pula dengan tahun ini? Bukankah caranya juga mesti sama seperti penganjuran AF sebelum ini?

AZNIL : Sebab utama Pak Nil meninggalkan AF adalah kerana ingin memberi peluang kepada AF mendapat sentuhan pengacara lain pula. Mungkin ketika itu pergerakan dan corak persembahan Pak Nil sudah boleh dibaca kerana telah 5 tahun berturut-turut Pak Nil mengendalikan AF.

Dalam pada itu, ada juga peminat-peminat yang menyarankan beberapa nama pengacara lain yang patut menjadi pengacara AF. Peka atas permintaan penonton, Pak Nil berbincang dengan pihak pengurusan. Hasil daripada perbincangan itu, kami bersetuju agar pentas AF dibuka kepada pengacara lain.

Pentas AF adalah pentas yang sangat istimewa selain mempunyai cabaran yang unik. Inilah peluang untuk pengacara lain merasakan pengalaman ini. Lagipun, setiap pengacara mempunyai cara mereka tersendiri. Jadi, ini dapat mewarnakan lagi AF dengan warna yang baru.


MURAI: Sejak 3 tahun Pak Nil menjadi penonton AF, apakah kelemahan yang tidak sepatutnya berlaku menerusi musim lepas?

AZNIL: Sebagai penonton, Pak Nil seronok melihat perubahan yang cuba diketengahkan oleh AF selepas Pak Nil berhenti. Siapa yang mengatakan AF selepas Pak Nil gagal? Kalau gagal, kenapa rating AF masih antara rating yang tertinggi dan masih lagi dapat melahirkan bintang yang hebat seperti Hafiz, Aril, Akim, Nubhan, Stacy, Shahir dan Adira. Seperti diketika zaman Pak Nil mengacarakan AF pun kami cuba melakukan pembaharuan. Ada yang berjaya dan ada yang gagal. AF juga tidak gagal kerana AF masih lagi dianggap program realiti pencarian bakat nombor satu di negara ini.


MURAI: Sungguhpun ramai yang menyokong Pak Nil kembali dalam AF9, tetapi masih ada segelintir suara yang berpendapat sebaliknya. Mereka berpendapat akan timbul rasa muak disebabkan Pak Nil terlalu kerap menjadi pengacara dalam mana-mana program Astro. Jadi apakah starategi Pak Nil untuk mengatasi masalah ini?

AZNIL: Biasalah dalam apa kerja sekalipun memang akan ada suara-suara sumbang yang akan terus bercakap. Susah nak puaskan hati ramai pihak. Dah nama pun bekerja. Jika arahan datang, pasti mereka telah lakukan kajian sebab dan kesan sebelum Pak Nil diambil untuk dijadikan pengacara sesebuah rancangan terbitan Astro. Pak Nil cuma buat kerja Pak Nil dalam memberikan sentuhan yang berbeza untuk program yang berbeza. Lagipun, takkan kita yang percaya pada kewujudan Tuhan akan bertindak untuk menolak rezeki yang diberikanNya. Siapa kita untuk mempersoalkan rezeki orang.


MURAI: Selain menjadi hos AF9, Pak Nil masih lagi bergelar penyampai pagi Era serta beberapa program yang lain. Boleh kongsi sedikit bagaimana Pak Nil mengatur jadual Pak Nil?

AZNIL: Pak Nil pun kadang-kadang tertanya-tanya mana datangnya kudrat yang ada pada Pak Nil yang dah hampir mencecah 50 tahun ni. Rasanya, masa Pak Nil muda pun tak sesibuk ini. Takpelah. Pak Nil tak mahu komplen sebab takut Tuhan tarik balik rezeki kerana tak bersyukur. Yang penting, Pak Nil dapat tidur yang cukup dan sekurang-kurangnya dalam 6 jam sehari. Al-maklumlah, Pak Nil bangun awal pagi pukul 4 pagi sebab kerja di radio masuk jam 5.30 pagi. Habis tugas di radio terus akan bergegas ke Diari AF sampai Maghrib. Balik terus tidur. Sabtu konsert AF pula dan Ahad kena beri ruang aktiviti Ganyang Aedes atau duduk di rumah saja.


MURAI: Sebagai hos AF, Pak Nil cukup dikenali sebagai seorang yang rajin turun padang sehingga Pak Nil lebih tahu apa yang berlaku kepada pelajar AF. Adakah Pak Nil akan bertindak seperti dulu?

AZNIL: Ya. Paknil lebih senang begitu kerana Pak Nil pun jadi hos Diari AF juga. Alang-alang dah berada di sana, biar Paknil pantau mereka supaya senang kendalikan mereka di pentas konsert. Lagipun, Pak Nil adalah penasihat produksi Astro. Jadi, Pak Nil pun turut terlibat jugak dalam perancangan AF.


MURAI: Sebagai orang kuat dalam AF9, bolehkah Pak Nil berikan pandangan tersendiri tentang isu pemilihan pengetua AF9? Adakah wajar tindakan mengambil orang luar sebagai pengetua? Patutkah tindakan memboikot itu diteruskan lagi?

AZNIL: Bagi Pak Nil, tak kisah sama ada orang tempatan atau pun luar. Yang penting pengalamannya. Kalau berbaloi menceduk pengalaman berharga apa salahnya.
Isu sempadan sangat subjektif. Sebelum ni pun, Ramli Sarip juga berasal dari negara seberang tetap ianya tidak dijadikan isu.


MURAI: Peminat sudah cukup kenal dengan sentuhan Pak Nil dalam AF. Malah, ada yang boleh membaca cara Pak Nil mengacarakan AF. Apakah kelainan Pak Nil untuk musim kali ini?

AZNIL: AF9 kali ini lebih padat kerana peruntukan masa yang tidak panjang seperti zaman Pak Nil di AF1 hingga AF5. Jadi agak terhad juga untuk membuat gimik dan kejutan yang meleret-leret. Begitu juga ketika penyingkiran. Mungkin kali ini Paknil terpaksa menggunakan aplikasi teknik yang berbeza. Yang penting, ia akan berikan tenaga yang segar dan bertindak secara spontan. Itu mungkin lebih mendekati cara Paknil.


MURAI: Sebelum ini, pernah didengari bahawa Pak Nil mahu cari pelapis dalam bidang pengacaraan. Tidakkah Pak Nil mahu menggunakan platform AF9 ini dengan mengundang beberapa calon pengacara baru yang boleh menjadi pelapis Pak Nil? Jika ada, boleh tak Pak Nil senaraikan?

AZNIL: Pak Nil tidak boleh membuat keputusan dengan sewenang-wenangnya dalam hal-hal yang melibatkan produksi. Namun, idea ini boleh dicadangkan. Pun begitu, ia masih terpulang kepada pihak penerbitan, penaja dan pengacara itu sendiri. Pak Nil sendiri tidak ada masalah untuk berkerjasama dengan mana-mana hos baru.


Read more >>

Video persembahan Salma Mentor 5 : Gempak!!!.....

Kongsi 0 comments
8 Mac 2011


Perghhhh!!!...meremang bulu roma den bila dengar vokal protege kak Erra Fazira nie!. Terbaik dari ladanglah protege Erra Fazira nie. Gila gempak suara dia time nyanyi lagu dari Jacklyn Victor – 'Bertamu Di Kalbu' tu. Style dia macam artis pro lah. High note si Salma nie memang power wok!, celah gigi jer dia bawak lagu tur. Rasanya title Juara Mentor 5 dah boleh bagi jer dia bawak balik malam tadi dah. Tak yah lawan-lawan lagi nie. Buang masa jerrr. Haha...Memang ngetop punyalahhh!.

Apa kata kita layan lagi sampai muntah performence si Salmah nie...Jap! JenTik nak g toilet jap.
Korang layan lahhh...



Amacam???.....
Read more >>

Aznil pengecara AF9!!!.....

Kongsi 0 comments
8 Mac 2011


Dengan ini, segala desas desus tentang siapakah yang bakal mengisi kerusi panas sebagai pengacara Akademi Fantasia 9 terjawab sudah di sidang media AF9 yang diadakan di Hotel DoubleTree Kuala Lumpur.

Program AF musim ini akan dikemudikan sepenuhnya oleh pengacara hebat Aznil Hj Nawawi bakal bersiaran langsung pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam bermula 2 April ini di saluran 104.

Pada jam 3 petang 7 Mac 2011, Astro Ria telah mengumumkan Aznil Hj Nawawi untuk menggegarkan pentas Akademi Fantasia sebagai pengacara musim terakhir.

Tahniah di ucapkan buat pengacara nombor satu Malaysia yang telah dilantik semula menjadi pengacara Akademi Fantasia musim ke-9.



Laporan asal : budiey.com
Read more >>

7 Mac 2011

Bapa Youk Bunkface meninggal dunia.....

Kongsi 1 comments
7 Mac 2011


Berita mengejutkan dan menyedihkan yang baru sahaja di terima, bapa kepada pemuzik dari kumpulan Bunkface, Youk telah meninggal dunia pada jam 1 tenghari tadi di KPJ Shah Alam, Seksyen 18. Diberitakan, ayah Youk telah dimasukkan ke hospital dan diberi rawatan False Alarm dan keadaan pada masa tu memang dalam kritikal.

Berita ini disahkan oleh Youk sendiri melalui akaun Twitternya:

@Youk_Jaafar: Abah saya telah selamat kembali ke rahmatullah.alfatihah.smoga beliau ditempatkn org yg beriman.amin.

Alfatihah. Semoga roh allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Amin.


Laporan asal : budiey.com
Read more >>

Adira AF8 lesbian???.....

Kongsi 5 comments
7 Mac 2011



Gosip dan berita artis kontroversi AF8 nie semakin hebat di perkatakan. Dengan dibuktikan lagi gambar yang semakin hangat tersebar di internet akan menguatkan lagi spekulasi ini. Kalau tak ada angin takkan pokok bergoyang kannn. Berikut adalah statement Zubir mengenai kisah nie. Sama ada betul atau tak tu Tuhan yang maha mengetahui. Tapi mengikut pengalaman yang ada setakat nie, biasanya gosip liar yang kita dengar akhirnya benar-benar terbukti. Nak kata fitnah pun tak boleh jugak, sebab lebih 60% kes-kes kontroversi nie akhirnya terbongkar kebenarannya. Jom lah kita layan story Zubir nie...

entah berapa kali cerita negatif naib juara af8 adira dibisikkan ke telinga zubir. sudah berapa kali juga zubir menasihatkan adira supaya memelihara setiap tutur kata dan tingkah lakunya supaya tidak menjadi buah mulut orang. Tapi kali ini tetap orang bercakap mengenai sisi gelap adira. bagi zubir mungkin adira berasa dirinya x buat apa2 salah atau mungkin tidak pernah serik.

~terbaru ada sumber yang menyampaikan cerita kepada zubir, adira kini dikatakan menjalin cinta songsang!selepas gosip putus cinta dengan iwan af8 berakhir, adira dikatakan berkawan rapat dan kini khabarnya sedang menyulam cinta dengan seorang pengkid.

~khabarnya pengkid yang berusia awal 20an itu masih menjalani latihan amali di sebuah stesen tv. selepas dirisik pengkid itu dikenali sebagai nama zack. selain masih menjalani latihan amali, zack dikatakan melakukan kerja separuh masa sebagai pengurus pentas

~kata sumber, adira dikatakan banyak berhabis wang ringgit sepanjang menjalin hubungan mesra dengan pengkid tersebut. kononya baru2 ini adira turut membelikan ipad untuk dihadiahkan kepada zack. pada masa yg sama ramai mata yang memandang kelibat adira mengikut zack ke lokasi pentas program realiti berkenaan baru2 ini, bukan sekali 2 tapi banyak kali. pada mulanya ramai menyangka adira dan zack sekadar teman baik, tapi lama kelamaan hubungan itu bertambah rapat dan boleh dikategorikan mereka sebenarnya menjalin hubungan songsang!.

sekiranya benar apa yang disampaikan ke telinga ini, zubir harap adira cepat2 sedar kesilapan itu, NAMUN JIKA SEKADAR GOSIP LIAR ABAIKAN SAJA OK. mungkin orang saja nak buat fitnah terhadap adira.pun begitu pada masa yang sama zubir harap pihak pengurusan adira boleh menasihatkan adira sekiranya benar ada bukti dia sebenarnya menjalinkan hubungan terlarang bersama pengkid. sayang jika karier adira musnah disebabkan cinta songsang. bagi zubir,masa depan adira dalam industri seni terlalu cerah, selain dikurniakan suara yang lunak,dia juga ada pakej yang diingini industri.

ruangan zubir~berita harian..


Laporan asal : zoomartis
Read more >>

Diana Danielle belajar lakonan sampai ke US!!!.....

Kongsi 1 comments
7 Mac 2011



Pelakon muda yang manis dan cantik, Diana Danielle bakal melanjutkan pelajarannya dalam bidang lakonan di Sekolah Filem dan Lakonan Akademi Filem New York di Los Angeles Amerika Syarikat pada bulan April 2011 (5 April bertolak). Wow begitu teruja sekali Diana Danielle dengan berita ini. Mana tidak, baru jer Diana tamat kuliahnya di matrikulasi dalam jurusan Biosains di Universiti Nottingham, Semenyih, Selangor.

Dengar cerita kelas lakonan di akademi itu hanya mempunyai enam hingga lapan pelajar dalam sebuah kelas. Selain daripada itu, semua pelajar akan mendapat latihan peribadi dan disiplin ketat sebelum memulakan karier dalam filem dan televisyen. Tak pe lah Diana sabar jerk dengan jadual tue, asalkan dapat meningkatkan kemahiran dan juga pengalaman Diana di sana dan pulang menjadi filem star yang lebih masyukk. hihi.. -Sumber berita msTar



Laporan asal : izyan.com
Read more >>
Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords