[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

Memaparkan catatan dengan label Britney Spears. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Britney Spears. Papar semua catatan

12 Mac 2011

Kenapa Britney Spears terus popular?...

Kongsi 0 comments
12 Mac 2011


Walaupun semakin ramai pendatang baru berbakat di dunia hibran kini seperti Lady Gaga, Katy Perry dan ramai lagi, namun terbukti nama Britney Spears masih tetap diminati dan masih berada di puncak.

Meskipun senyap selama beberapa tahun, Britney Spears masih mampu mempertahankan singgah sananya selaku icon pop princess. Karya terbarunya ‘Hold It Against Me’ kini menduduki carta pertama serupa ketika dia melancarkan album ‘Circus’ pada tahun 2008 lalu.

Beberapa pesaingnya seperti Christina Aguilera dan Jessica Simpson juga masih tak mampu menyaingi kehebatan bekas kekasih Justin Timberlake ni.

”Christina mampu bernyanyi lebih baik darinya, namun Britney memiliki banyak lagu yang lebih bagus. Hal itu disebabkan Britney bekerjasama dengan produser, penulis lagu dan pembuat video klip terbaik didunia. sebab tu dia lebih cenderung sebagai icon pop dunia,” ujar David Schulhof dari Entertainment Expert and Chief Executive Officer, E2 Group LLC.

“Dunia entertainment adalah satu-satunya industri dimana kamu adalah seorang yang biasa-biasa saja atau bahkan cenderung mengerikan, namun kamu boleh menjadi yang terbaik bergantung dengan apa yang telah kamu lakukan,” lanjutnya lagi.



Read more >>

11 Mac 2011

Gambar tatu Britney Spears di bahagian sulit!!!.....

Kongsi 1 comments
11 Mac 2011


Tatu di bahagian peribadi biasanya hanya boleh dilihat oleh orang terdekat. Tapi tak bagi Britney Spears. Kali ni diva pop tu bersedia 'mempamerkan' tatu istimewanya di bahagian peribadi. Mmm, di sebelah mana tu ya?

Britney akan menjadi model cover untuk majalah Out edisi April. Penyanyi Hold It Against Me ni akan mempamirkan salah satu foto paling sensual dalam majalah nie. Dengan berbikini hitam lengan panjang yang terbuka di bahagian paha, Britney telah mengizinkan peminatnya melihat tatu yang selama ini 'disembunyikannya' di bahagian paha dekat kelengkangnya.

Tato tu bergambar bintang dan salib dengan ukuran yang tidak terlalu besar. Para peminatnya pun tak pernah melihatnya walaupun dia sering berpakaian seksi, Britney sering menutup bahagian ni.


Melalui pose dan pakaiannya, ini membuktikan bahawa isu yang mengatakan ukuran tubuhnya tak lagi sempurna tu tak benar. Terbukti bahawa penyanyi ni masih memiliki tubuh yang indah walau sudah lama tak muncul kerana sibuk dengan dua anaknya.


Read more >>

7 Mac 2011

Britney Spears melakukan gangguan seksual terhadap pengawal peribadi!!!...

Kongsi 2 comments
7 Mac 2011


Bekas pengawal peribadi Britney Spears, Fernando Flores telah melaporkan perilaku penyanyi 'Toxic' tu ke mahkamah di Los Angeles kerana melakukan gangguan seksual terhadap dirinya. Selain menuntut RM44 juta, Fernando juga membawa sejumlah bukti berupa gambar bogel Britney.

Bukti yang dikemukakan Fernando adalah beberapa gambar bogel Britney yang dikirimkan kepadanya melalui internet pada April 2010. Gambar bogel tersebut dianggapnya sebagai satu gangguan seksual.

Selain itu, Britney sering melakukan gangguan seksual lain di hadapannya, seperti goyang striptease untuk merangsang Fernando. Penyanyi berusia 29 tahun tu juga dituduh pernah melakukan kekerasan terhadap anaknya sendiri di depan Fernando.

Fernando yang sebelumnya berkerja sebagai polis, telah membuat laporan kes tersebut pada September 2010 lalu. Bukti terbaru berupa gambar bogel Britney ini juga akan dibawa ke pengadilan.

"Ada beberapa gambar dia (Britney) telanjang, memperlihatkan tubuhnya dan ia berharap akan membuatnya terangsang," kata teman Fernando seperti dilapor The Sun, hari ni(6/3/2011).

Sementara tu, Britney dilihat membantah semua tuduhan yang ditujukan kepadanya. Ketika ini bekas kekasih Justin Timberlake tu sedang sibuk mempromosikan album terbarunya yang berjudul 'Femme Fatale'.



Laporan asal : detikhot
Read more >>

6 Mac 2011

Britney Spears bersara dari nyanyian!!!.....

Kongsi 0 comments
6 Mac 2011


Setelah melancarkan single terbarunya yang berjudul Hold It Agaisnt Me, Britney Spears dikhabarkan mempunyai rancangan untuk bersara dari arena muzik. Kabar ni akan mengejutkan industri muzik dunia, ini kerana Britney baru saja mengeluarkan album barunya yang berjudul FEMME FATALE.

Britney memberi alasan pengunduran dirinya dari dunia muzik kerana merasa kecewa dan dirinya tak bahagia. Britney kini fokus untuk membesarkan dua anaknya, Sean Preston dan Jayden James dari hasil perkawinan dengan bekas suaminya Kevin Frederline.

Menurut interview yang dilakukan oleh V Magazine, Britney mengatakan, "Saya akan menjadi ibu sepenuhnya yang mana itu akan membuatkan saya senang. Saya akan sentiasa rindukan peminat saya serta semua yang saya cintai, tetapi saya pasti tidak akan mebenarkan foto saya diambil ketika saya pergi kemana-mana."

Britney juga menegaskan bahawa ketika sedang bersama keluarga, dia ingin privasi untuk dirinya serta anak-anaknya.

"Ketika saya menjadi seorang Ibu saya ingin lebih banyak privasi untuk diri sendiri serta anak-anak. Saya memerlukan keselesaan," tegasnya.

Britney yang pernah mengalami gangguan pada Januari 2008 lalu kini telah berada di bawah perlindungan ayahnya, Jamie Spears.


Read more >>
Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords