[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan

17 Mac 2011

Michele Obama tulis tentang kebun dalam Rumah Putih.

Kongsi 0 comments
17 Mac 2011


Michelle Obama akan menulis buku tentang kebun dan dapur yang dibuatnya di Rumah Putih. Michelle juga sekaligus mempromosikan makanan sihat. perkara ni dilaporkan oleh kumpulan penerbit Crown semalam(16/3).

Buku yang belum diberi tajuk tu akan diterbitkan pada April 2012. Buku tu akan menceritakan bagaimana Michelle terfikir untuk membuat kebun yang tanamannya boleh dimakan di White House South Lawn.

Penerbit Crown yang juga dari penerbit Random House, mengatakan Michelle juga akan berkongsi beberapa resepi sihat kegemaran keluarganya.

Penerbit mengatakan, Michelle tak akan menerima keuntungan dari penjualan buku ni kerana semua hasil penjualan buku tu akan didermakan untuk amal.

Buku tu juga akan dimuatkan dengan foto taman Obama di Rumah Putih, taman masyarakat lainnya di kota dan taman-taman sekolah di seluruh Amerika.

The first lady has been a strong advocate of healthy eating and exercise and in February 2010 launched her "Let's Move!" initiative aimed at beating child obesity and improving the quality of food in U.S. schools.

Michelle mendukung gerakan makan sihat dan bersukan. Februari 2010 Michelle melancarkan kempen nasionalnya “Let’s Move!”, iaitu sebuah inisiatif untuk mencegah kegemukan anak dan meningkatkan kualiti makanan sekolah-sekolah di Amerika.


Read more >>

14 Mac 2011

Barack Obama diejek kerana telinga besar.

Kongsi 0 comments
14 Mac 2011



Presiden Barack Obama mengaku pernah menjadi korban ejekan kawan-kawannya di sekolah waktu kanak-kanak dulu.

"Saya harus mengatakan bahawa dengan telinga besar dan nama yang saya miliki sekarang, saya tidak kebal dan saya bukannya tak cedera," kata Obama di Rumah Putih.

Presiden Obama mengatakan bahawa orang dewasa sering memikirkan bahawa buli adalah satu situasi masa kecil yang cukup biasa, tetapi sebenarnya kesan psikologi dari masalah buli nie memberi kesan hingga dewasa.

Dalam beberapa tahun terakhir ni, sejumlah remaja di Amerika Serikat telah membunuh diri kerana menjadi mangsa pembulian yang berpanjangan.

Obama mengingatkan dalam ucapannya di Rumah Putih bahawa buli kini tidak lagi hanya terbatas ketika di sekolah, tetapi dilihat semakin meluas sehingga ke kiriman pesanan ringkas atau komputer di rumah.


Read more >>

25 Feb 2011

Seharian di Merlimau.....

Kongsi 1 comments
25 Feb 2011


Nampaknya hari nie JenTik tak dapat lah nak update isu sangat sebab sibuk gi round-round area Merlimau, Melaka nie. Saje wat-wat sibuk kat sini, yelah esok kan proses pernamaan calon akan di jalan kan kat sini bagi Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau.

Saje-saje je tengok politik nie macam mana. Seronok jugak sekali-sekala rasa suasana meriah Pilihan Raya nie. macam-macam kerenah orang kita boleh jumpa. Walaupun Pilihan Raya nya dijalan kan 6/3/2011, tapi hari nie pun setiap orang area Merlimau, Melaka nie dah merasakan bahangnya. Suasana meriah nie di tambah pula dengan bendera-bendera dan poster-poster kempen membuatkan suasana menjadi warna-warni. Kiri kanan semua orang dok cerita politik jer satu hari nie. Kepada yang fanatik atau tegar pada sesuatu parti tu jangan pula gatal nak di tegur. Cari pasal namanya tu...

Takpelah, kepada semua yang terlibat dan berhak mengundi di DUN Merlimau nie, tunaikan lah hak anda dengan sebaiknya. Buat pernilaian yang tepat bagi menentukan masa depan kome semua. Dah penat-penat round tadi seharian kehulu kehilir, jadi adalah sedikit bingkisan yang dapat JenTik kongsikan bersama kepada penduduk-penduduk di bawah pemerintahan DUN Hot Malays. Sooo...kita layan jelah gambar-gambar suasana yang sempat JenTik rakamkan di Merlimau tadi. Check It Out!!!.....














Read more >>

20 Okt 2010

Gambar Sharizat Jalil betulkan bra

Kongsi 7 comments
Gambar Sharizat Jalil sedang membetulkan branya. Pada masa ini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia, datuk Sharizat Jalil sedang dalam perjalanan ke toilet berhampiran di dalam sebuah bangunan. Sambil beliau melarikan diri dari wartawan yang ramai beliau cuba men 'selesa' kan dirinya sambil membetulkan branya yang mungkin pada kedudukan yang kurang baik pada masa itu. Mungkin nasi lemak 50 sennya terkeluar dari mangkuk kot he he he. korang tengok jelah ha ha ha.

Sila klik untuk membesarkan image supaya nasi lemak Shahrizat Jalil akan mengalami peningkatan nilai dalam Seringgit atau dua he he he.




Read more >>

28 Sep 2010

Malaysia kekal bersama APCO

Kongsi 0 comments

Serangan pasukan Komando Laut Israel ke atas kapal-kapal Freedom Fortilla yang membawa bantuan kemanusiaan pada 31 Mei 2010 telah mengundang kritik antarabangsa yang hebat. Operasi yang dinamakan sebagai Operation Sea Breezeatau Operation Sky Winds oleh Angkatan Pertahanan Israel telah mengorbankan sembilan aktivis dari seluruh dunia, dan puluhan lagi tercedera termasuk tujuh anggota tentera Israel.

Namun, kita lihat seluruh dunia hanya mampu mengkritik dan menyelar. Jaguh "war on terrorism" Amerika Syarikat menutup sebelah mata apabila keganasan dilakukan oleh Israel, tetapi tidak senang duduk apabila Iran mengumumkan pembangunan senjata Nuklear.

Entah mengapa Israel tidak disenaraikan sebagai pengganas antarabangsa. Mengikut undang-undang antarabangsa, Israel sudah cukup syarat untuk dikategorikan sebagai pengganas antarabangsa. Malah mengikut undang-undang Amerika Syarikat pun, Israel menepati definisi pengganas seperti tertera dalam US Federal Criminal Code. Sungguhpun demikian, tidak ada apa-apa tindakan ketenteraan dibuat ke atas Israel. Barangkali kerana Israel tidak mempunyai simpanan minyak yang banyak? Atau kerana Congress dikawal oleh The Jewish Lobby?

Suara paling lantang bukan dari Malaysia

Amerika Syarikat tanpa segan silu melalui Congress 20 Mei 2010 telah meluluskan hampir USD205 Juta untuk membantu Israel dalam membina "sistem pertahanan" Iron Dome. Perbelanjaan tersebut diluluskan dengan undi 410 menyokong, 4 bantahan dan 8 tidak hadir / berkecuali. Pelik tapi benar, Amerika Syarikat memberi dana kepada Israel untuk membina sistem pertahanan yang canggih untuk melawan militia-militia Palestin yang bersenjatakan batu dan bahan ledak dan sukarelawan antarabangsa yang menyertai misi kemanusiaan ke Gaza.

Apa yang lebih menghairankan adalah fakta bahawa suara paling lantang melawan Israel bukannya dari Malaysia yang tidak habis mengutuk, mengkritik dan menghina kezaliman Israel, akan tetapi dari presiden Venezuela, Hugos Chavez. Pemimpin Amerika Latin ini melalui kerajaannya telah menghantar bantuan kemanusiaan ke Palestin. Venezuela turut menerajui usaha-usaha kemanusiaan ke Palestin, di mana Venezuela bersama komuniti Arab, Islam dan Amerika Latin telah membekalkan ubatan, makanan, air bersih, susu dan sebagainya kepada mangsa-mangsa kezaliman Israel di Gaza.

Pada Ogos yang lalu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-Moon telah mengumumkan bahawa U.N akan menjalankan satu siasatan terhadap serangan tersebut. Satu laporan oleh United Nations Human Rights Council yang diterbitkan pada 22 September 2010, melaporkan bahawa Israel telah bertindak melampau, dan telah menunjukkan tahap kekejaman yang tidak boleh diterima. Tentera Israel barangkali boleh dibandingkan dengan Timbalan Pendakwaraya dalam Inkues kematian Teo Beng Hock apabila menyatakan bahawa mereka telah menemui pisau dapur, klab bola lisut, lastik atau ketapel bersama guli, baju kalis peluru, topeng gas serta alat penglihatan gelap di atas kapal Mavi Marmara.

Persamaan dengan Malaysia

Tentera Israel menjustifikasi serangan mereka dengan mendakwa bahawa "serangan" ke atas tentera Israel itu telah dirancang dari awal. Ini bukan perkara yang menghairankan, kerana Israel memang terkenal dengan reaksi yang melampau terhadap kanak-kanak, wanita dan orang tua Palestin yang tidak bersenjata. Mungkin kedayusan Israel sebegitu rupa sehingga pisau dapur boleh menggugat keselamatan Israel. Tidak menjadi suatu perkara yang pelik bagi rakyat Malaysia kerana kerajaan kita lebih hebat lagi sehinggakan komik pun boleh dianggap membahayakan keselamatan negara. Mungkin tidak lama lagi tulisan kami juga dikelaskan sebagai menggugat keselamatan dalam negeri.

Kami juga tidak boleh nafikan bahawa tekanan dan kritikan antarabangsa telah berjaya memaksa Israel dan Mesir untuk membuka sekatan laluan ke Gaza di mana semua barangan bukan senjata boleh dibawa masuk ke Gaza. Menteri luar Israel Avigdor Lieberman mencadangkan agar tanggungjawab menjaga sempadan Gaza diberikan kepada komuniti antarabangsa, dan cadangan ini membangkitkan persoalan mengapa tidak diserahkan sahaja kepada Hamas? Gaza masih memerlukan bantuan untuk pulih daripada kesengsaraan yang sedang dialaminya. Kami berpendapat wang RM35 juta yang digunakan untuk projek Malaysian Pavillion lebih bermanfaat jika digunakan untuk membantu rakyat Palestin.

Israel yang selama ini biadap, dan kejam terhadap jirannya sudah mula menunjukkan kebiadapan terhadap komuniti antarabangsa. Kami khuatir, regim Zionis ini akan menindas negara-negara lain juga apabila sudah cukup kuat dan tidak memerlukan sokongan Amerika Syarikat. Sampai bila lagi akan rakyat Palestin dibuli? Sampai bila lagi seluruh Liga Arab berdiam diri tatkala rakyat Palestin merayu akan perlindungan? Sampai bila lagi Malaysia akan melanjutkan kontrak APCO World Wide?

sumber: http://merdekareview.com/bm/news.php?n=11130


Read more >>
Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords