[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

Memaparkan catatan dengan label Lady Gaga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lady Gaga. Papar semua catatan

16 Mac 2011

Gelang Lady Gaga semakin laris.

Kongsi 0 comments
16 Mac 2011



Selepas bencana gempa dan tsunami yang melanda Jepun, Lady Gaga dilihat terus bertindak merancang dan menjual gelang amalnya. Kutipan penjualan gelang tersebut kini sudah mencapai RM 770,000.

Seperti dilapor People, hari ni (16/3/2011), gelang yang direka 'Mother Monster' tu telah dijual dengan harga US$ 5 secara online. Gelang berwarna putih tersebut ditulis dengan tulisan merah 'We Pray For Japan'. Turut ditulis ialah tulisan dalam bahasa Jepun dengan makna yang sama. Simbol Gaga, 'The Claw' juga dicetak di gelang tersebut.

Gaga atau nama penuhnya Stefani Joanne Angelina Germanotta tu dilihat selalu update berita penjualan gelangnya melalui Twitter. Hingga kini, penjualan gelang amal Gaga masih lagi dibuka.

Selain Gaga, banyak selebriti lain yang juga bergerak secara aktif untuk membantu meringankan mangsa tsunami Jepun. Katy Perry, Justin Bieber, Yoko Ono dan Kanye West juga menyerukan kepada semua para fans masing-masing untuk ikut beramal.



Read more >>

13 Mac 2011

Lady Gaga bantu mangsa Tsunami dengan penjualan 'Gelang Doa'

Kongsi 0 comments
13 Mac 2011



Lady Gaga dilihat sungguh prihatin dengan musibah tsunami di Negeri Matahari Terbit tu. Dia dikatakan ingin membantu para korban dan mangsa-mangsa yang terjejas disana. Antara cara yang dia lakukan untuk mendapatkan dana bagi disalurkan kesana ialah dengan mereka bentuk gelang doa untuk dijual kepada orang ramai.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh Gaga sendiri melalui akaun Twitter pribadinya. Disitu Gaga turut memberikan gambar reka bentuk gelangnya.

"I Designed a Japan Prayer Bracelet. Buy It/Donate here and ALL proceeds will go to Tsunami Relief Efforts," tulis Gaga.

Gelang yang direka Gaga tersebut berwarna putih dan ditulis dengan ayat 'We Pray For Japan' dan gelang tersebut telah dijual dengan harga USD 5 secara online. Menurut Gaga, seluruh hasil jualan dan kutipan gelang tersebut akan disalurkan ke Jepun.



Read more >>

12 Mac 2011

Lady Gaga ciplak lagu orang!...

Kongsi 1 comments
12 Mac 2011


Kontroversi tentang isu ciplak kini muncul apabila lagu baru Born This Way milik Lady Gaga dikatakan menciplak lagu Be Happy milik SNSD. Sebuah audio di Youtube telah membandingkan dua buah lagu tersebut. Memang kelihatan karya baru Born This Way ni yang baru dilancarkan bulan Februari lalu telah menimbulkan kecurigaan bahawa Lady Gaga telah melakukan peniruan kerana lagu Be Happy sudah keluar sejak tahun 2010 dan merupakan salah satu track di album kedua SNSD.

Respon dari peminat ada yang menyatakan memang ada persamaan antara kedua lagu tu dan ada yang mengatakan tidak setuju dengan tuduhan ni dan tidak mungkin lagu itu diciplak,"Lady Gaga membuat komposisi lagunya sendiri. Ini dibuat olehnya, dan ini tidak mirip sama sekali dan ini mungkin hanya kebetulan," respon mereka.

E-Tribe, komposer lagu ni pun akhirnya mengeluarkan kenyataan. Ia merasa memang ada persamaan dalam dua lagu tersebut dan cuba menghubungi pihak Lady Gaga.

"Pagi ini ada orang mengatakan padaku ada laporan bahwa Lady Gaga menciplak Be Happy dari SNSD. Aku mendengarkan, dan aku benar-benar merasakan persamaan. Cara lagu ini dinyanyikan dan arrangement sememangnya serupa! Saat ini aku tengah mencuba hubungi label rakaman Lady Gaga untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut," katanya



Read more >>

10 Mac 2011

Lady Gaga saman kedai ais krim!.....

Kongsi 0 comments
10 Mac 2011


Lady Gaga mengancam akan menyaman sebuah kedai ais krim di London kerana produk ais krim susu ibu di situ telah diberi nama "Baby Gaga", kata pemilik kedai tu semalam.

Matt O'Connor, pemilik
The Icecreamists di Covent Garden, mengatakan dia telah menerima surat dari peguam Gaga yang memberitahukan bahwa penyanyi tu akan menyaman dia atas nama itu.

"Dia mengancam akan menyaman dan mengatakan dia akan menyita aset peribadi dan hartanah saya," katanya.

Peguam Lady Gaga, Mishcon de Reya, mengatakan mereka tidak akan berkompromi.

Westminster Council minggu lalu dikatakan ingin menyita syarikat ais krim "Baby Gaga" kerana mendapati akan menyebabkan masalah kesihatan, tetapi masalah tu dah selesai.

"Kami telah membuat pemeriksaan pada produk itu, tapi semuanya ok," kata anggota kabinet Westminster Council untuk perniagaan Brian Connell dalam sebuah kenyataan.

O'Connor mengatakan kepada Reuters yang dia mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap dewan kerana menjatuhkan reputasinya.

"Mereka membuat kenyataan bahawa ais krim kami tidak selamat," katanya, setalah menyatakan bahawa itu adalah reaksi keterlaluan untuk makanan yang paling baik di dunia.




Read more >>

5 Mac 2011

Gambar terbaru Lady Gaga!.....

Kongsi 1 comments
5 Mac 2011



Gambar terbaru Lady Gaga ni menunjukkan dia memakai seluar dalam dibuat dari kulit binatang dan memakai stokin jala ketika meninggalkan hotelnya pada hari Jumaat (4 Mac) di Toronto, Kanada.

Malam sebelumnya, penyanyi 24 tahun nie telah mengundang 'YouTube Sensation' Maria Aragon di konsertnya untuk bersama-sama menyanyikan lagu hitnya yang terbaru "Born This Way."

Awal minggu ni, Gaga telah menghadiri Paris Fashion Week, di mana dia berjalan landasan catwalk di pameran Thierry Mugler dan juga turut menyanyikan lagu barunya "Government Hooker".

Layannn.....








Read more >>

4 Mac 2011

Lady Gaga tunjuk isyarat lucah!!!.....

Kongsi 0 comments
4 Mac 2011


Roadshow Lady Gaga singgah di Kanada setelah berlepas dari Paris baru-baru nie. Dia kesana adalah untuk sesi fotografi model yang diadakan di landasan lapangan terbang di Toronto yang ketika tu dibawah suhu sifar. Mungkin waktu tu 'mood' Gaga tak berapa elok menyebabkan orang yang menyambutnya mendapat hadiah istimewa khas darinya ketika turun dari jet peribadi.

Dilihat
fotografer ternama Terry Richardson yang bertanggung jawab menguruskan sesi fotografinya di situ. Gaga dilihat memakai baju kulit, seluar ketat ungu dan kasut bot kulit tinggi.

Gaga juga pernah menghiasi muka depan majalah terkenal Vogue dan Rolling Stone pada edisi musim panas lalu, di mana dia menutup badannya dengan daging. Baru-baru nie dia diterbangkan ke New York dan LA untuk undangan di Ellen DeGeneres Show dan Good Morning America atas kejayaan single terbarunya 'Born This Way'.





Read more >>

2 Mac 2011

Lady Gaga hilang dara umur 17 tahun!!!.....

Kongsi 0 comments
2 Mac 2011




Seperti dilaporkan majalah Grazia hari nie, Lady Gaga menceritakan pengalaman pertamanya saat bercinta. Penyanyi yang dilahirkan 28 Mac 1986 itu menceritakan pengalaman tersebut sebagai 'hal paling buruk'. Gaga mengaku yang dia telah kehilangan daranya sejak usianya 17 tahun.

"Aku mempunyai dara sehingga umur 17 tahun. Aku harus katakan, waktu tu aku tak bersedia dan itu adalah pengalaman yang sangat buruk," ungkap Gaga.

Lady Gaga atau nama penuhnya Stefani Joanne Angelina Germanotta mula mengubah persepsinya tentang seks sejak dia mengenal balaks barunya, Luc Carl. Menurutnya, kenikmatan bercinta baru akan terasa jika kedua pasangan memiliki dasar cinta yang kuat.

"Seks bagiku penting untuk mengetahui bahawa aku berada dalam hubungan yang erat atau tidak. Jadi, seks sebagai sumber cinta bagiku," jelas Gaga yang baru je melancarkan single terbarunya 'Born This Way'.



Read more >>

25 Feb 2011

Fesyen terbaru Lady Gaga

Kongsi 0 comments
25 Feb 2011


Gambar nie di ambil masa Lady Gaga pergi menonton persembahan GREEN DAY New York Show American Idiot malam tadi. Mungkin selepas dia dari Madison Square Gardens dia terus kesitu kerana pakaiannya sama seperti di Madison Square Gardens. Dia dilihat tidak memakai seluar kecuali seluar dalam sahaja dan stokin jaring ikan yang turut menampakkan tatu naganya di peha. Dia turut memakai sarung tangan tanpa jari, berjaket hitam serta cermin mata hitam. Nampak ker malam-malam pakai 'spek itam' turrr. Apa yang JenTik pelik tu boleh pulak dia jalan pakai kasut ala-ala badut tur. Tak ter'pleot' pulak tur.

Selepas persembahan, Lady Gaga terus berjumpa vokalis Green Day iaitu Billie Joe Armstrong dan terus memeluknya serta memberi ciuman. Selepas tu mereka memanggil semua peminat untuk bergambar bersama. Gaga juga sempat mengambil masa untuk menyapa dan mengucapkan selamat kepada kaki tangan yang menjayakan konsert tersebut.






Read more >>

24 Feb 2011

Gambar Lady Gaga layan peminat.....

Kongsi 0 comments
24 Feb 2011


Tengoklah macam mana cara Lady Gaga nie melayan peminatnya. Sampai macam tu sekali nak sain autograf punya pasal.

Lelaki malang tu disewa untuk menjemput Gaga dari pementasanya di Madison Square Gardens. Letih jugak dia mengharungi orang ramai dan kawan yang belakang terpaksa memegang Gaga, takut-takut tercampak keluar kena tarik orang ramai.

Pihak keselamatan yang menjaga Gaga terpaksa sentiasa berjaga-jaga kerana mereka selalu mengalami masa-masa tak terduga. Tau-tau jar kena
ambush dengan orang ramai di mana-mana saja walaupun ditempat-tempat yang tak dijangka. Apatah lagi sekarang nie Gaga sedang hot dengan comeback nya 'Born This Way'. Single ni telah mendapat rating tertinggi sehingga menjadi video paling banyak ditonton di You Tube dan album terlaris setakat nie.




Laporan asal : thesun.uk
Read more >>

22 Feb 2011

Gambar terbaru Lady Gaga

Kongsi 1 comments
Ayuh kita layan gambar-gambar terbaru lady Gaga nie di pementasannya semalam. Lady Gaga menimbulkan kontroversi lagi dengan memakai pakaian getah 'transparent' yang menampakkan tubuh badan dia.

Penyanyi 24 tahun nie tampil di Atlantic City, New Jersey dengan membuatkan penonton sentiasa berimeginasi terhadap penampilannya. Dia hanya memakai pelekat putih menyilang putingnya dan berseluar dalam putih sambil menari dan diarak oleh penari dikelilingnya.
Jom...layannnnn...Zasssss!











Read more >>

20 Feb 2011

Tabiat buruk Lady Gaga

Kongsi 0 comments
Persembahan erotik dan fesyen pelik-pelik adalah imej sinonim si Lady Gaga nie. Tapi bukan setakat tu jer, malah dia nie ada beberapa tabiat buruk. Antara tabiat buruk yang sukar dia nie nak buang ialah menghisap ganja dan minum minuman keras.

Lady Gaga atau nama sebenarnya Stefani Joanne Angelina Germanotta itu sengaja membuat pengumuman kepada peminat-peminatnya kerana dia seronok berkata begitu dan tak mau hipokrit ataupun berbohong kepada peminatnya. Tapi dia jugak turut mengingatkan para peminatnya supaya jangan mengikut perangai buruknya tu. Kalau tak nak peminat ikut, janganlah wat perangai kannn...

Ketika Anugerah Grammy Ke-53 pada Ahad lepas, Gaga berjaya meraih tiga anugerah bagi kategori Best Pop Vocal Album, Best Female Pop Vocal Performance dan Best Short Form Music Video.

JenTik : Kalau kepala tak sedap, lagu yang dibuat pun tak sedap agaknya. Patutlah persembahan pun macam nak ke bulan, rupanya dia memang hari-hari pegi bulan pun.....

Read more >>

19 Feb 2011

Single Lady Gaga pecah rekod jualan terpantas

Kongsi 0 comments
Kini peminat-peminat boleh menarik nafas lega setelah sekian lama menunggu dengan sabar untuk Lady Gaga mengeluarkan single terbarunya. Sekarang ni kat mana-mana pun dah mula memutarkan lagu-lagu single terbarunya tu.

Semalam pagi (18 Februari), iTunes Apple telah mengumumkan bahawa "Born This Way" sekarang nie rasmi sebagai jualan terpantas dalam sejarah kedai iTunes tersebut. Mau berjela-jela orang beratur nak dapatkan single terbaru Gaga nie.

Mengikut berita terbaru, lagu Gaga nie telah mencapai tempat # 1 penjualan di kedai-kedai iTunes di semua 23 buah negara yang telah menjualnya. Jumlah yang terjual lebih dari 1 juta hanya dalam masa lima hari sahaja.

Apa yamg mendapat perhatian penuh ialah single nie jugak terus landing ke tempat yang # 1 di chart Billboard Hot 100 dan memecah rekod dalam sejarah 52 tahun Billboard.


JenTik : Kalau orang dah 'feymes' nie, jual tuttttt pun orang berebut...tol ak?



Read more >>

17 Feb 2011

Gambar terbaru Lady Gaga

Kongsi 1 comments
Laaa nie kita layan gambar terbaru Lady Gaga ketika dia keluar dari studio rakaman di Manhattan semalam petang (16 Feb 2011). Pandai jer dia ni ambil perhatian orang kan. Ntah berapa juta agaknya dia bayar gaji designer dia tu yer.

Penyanyi yang 'feymes' dengan lagu 'Poker Face' kali nie dilihat memakai beret dengan manik bertabur, bra hitam, jaket kulit, seluar ketat yang berlubang-lubang macam roti kirai dan berkasut but tinggi ala-ala koboi Mexico

Semakin hari nampaknya semakin memuncak kemahsyuran si Gaga nie. Apa benda yang dia buat pun tetap meenjadi pujaan peminatnya. Koreografer Gaga, Laurieanne Gibson baru-baru ini menyatakan kepada MTV bahawa single akan datang Gaga memang fokus kepada permintaan peminat-peminatnya. Single terbaru tu bertajuk 'Born This Way' memang megikuti cita rasa para peminatnya.

Apa yang ditekankan Laurieanne ialah single terbaru Gaga ni nanti adalah pengalaman yang boleh mengubah hidup peminat-peminatnya kerana apa yang dihasilkan itu adalah suatu yang tertinggi dalam seni vokal dan tarian. Katanya peminat akan terkejut dengan hasilnya nanti.

Apabila ditanya tentang polong yang digunakan Gaga ketika tiba dianugerah Grammy hari tu, Laurieanne mengatakan sebenarnya itu kapal. Gaga telah membuatkan dia pening dan memerlukan masa untuk merancang apa yang dia ingin lakukan. Setelah dua minggu barulah dia dapat ideanya yang terbaik tu.

Laaa nie kita layan dululah gambar terbaru si Gaga nie.....















Read more >>

14 Feb 2011

Lady Gaga naik U.F.O

Kongsi 0 comments
Ramai gak orang terkejut bila tiba-tiba ada objek pelik landing kat Staples Center , Los Angeles nie time Grammy Award semalam. Dah macam UFO pun ada. Terkezut juga orang ramai time tunggu 'alien' tu keluar. Mana tau kene fire ke kang. Sekali keluar rupanya Lady Gaga daaa...Orang kat red carpet tu tempat ber posing, yang si Lady Gaga nie boleh pulak bawak dia punya UFO landing kat situ. macam-macam hal lah alien sorang nih. Laaa ni apa kata kita layan gambar-gambar manusia pelik muka bumi sorang nie ketika tiba di majlis Grammy semalam. Check it out...













Read more >>

9 Feb 2011

Gambar rumah Lady Gaga dulu dan kini

Kongsi 1 comments
Oklah, apa kata laaaaa ni kita gi jalan-jalan tengok rumah Lady Gaga iaitu dimana tempat dia tinggal sebelum dia popular dulu. Disini Lady Gaga menunjukkan di mana apartemen lamanya. Lady Gaga atau nama sebenarnya Stefani Germanotta menunjukkan blok apartemen di New York di mana dia tinggal selama tiga tahun sebelum dia popular. Tengokkk!...Ongputih pun ingat asal-usul.

Tapi kini dia telah menyewa sebuah rumah besar dengan harga USD$ 25,000 sebulan di Bel Air, California. Disana dia tinggal bersama teman lelakinya Luc Carl. Rumah tahap shoping complex wooo... Nak pusing pun kena naik moto nih.








Inilah tempat tinggal Lady Gaga selama tiga tahun sebelum 'femes'


Inilah rumah terbaru yang disewa Lady Gaga dengan harga USD 25,000 sebulan


Read more >>
Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords