[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

Memaparkan catatan dengan label Slash. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Slash. Papar semua catatan

15 Mac 2011

Slash lelong harta!

Kongsi 3 comments
15 Mac 2011



Gitaris rock terkenal, Saul Hudson atau lebih dikenali sebagai Slash kini dikatakan ingin menjual beberapa harta yang dimilikinya.

Ternyata Slash sengaja menjual harta bendanya yang akan disalurkan untuk badan amal. Antara barang yang dijual oleh Slash adalah topi yang menjadi identiti khasnya, serta 14 gitar miliknya. Ini ternyata bukanlah Slash sedang mengalami masalah hutang seperti yang diuar-uarkan hingga jatuh dan akhirnya menjual semua barang-barangnya tu.

Bukan setakat tu, bekas gitaris Guns N Roses ni juga telah menjual kereta Corvettenya yang berharga RM 340,000. Antara beberapa barang lain yang menjadi rebutan adalah ukiran kayu berbentuk ular Cobra, mesin pinball model South Park dan miniatur mainan dinosaur.

Idea untuk menjual barang-barang ni sebenarnya wujud dari isterinya, Perla Hudson. Perla mengatakan bahawa sungguh sukar untuk menyuruh Slash menjual 150 gitarnya dan akhirnya hanya 14 gitar saja yang hanya nak dijualnya.

Acara lelongan ni rancangannya akan diadakan pada 26 Mac di Los Angeles dan hasilnya akan disumbangkan kepada yayasan amal kanak-kanak.


Read more >>

Slash batal konsert di Jepun.

Kongsi 0 comments
15 Mac 2011


Bekas gitaris 'Guns N' Rosses', Slash dikatakan akan membatalkan tiga konsertnya di Jepun. Pembatalan tu kerana disebabkan tsunami yang telah melanda negeri Sakura tu pada 11 Mac 2011 lalu.

Telah dijadualkan sebelum tu yang gitaris rambut ketak nie akan membuat konsert pertamanya di Tokyo's Studio Coast venue pada 16 dan 17 Mac 2011 dan Bay Hall di Yokohama sehari selepas tu.

"Tidak mungkin bagi kita untuk melakukan konsert di Tokyo & Yokohama mengikut jadual yang asal," tulis Slash di twitter-nya seperti dilapor aceshowbiz, hari ni(15/3/2011).

Namun ia berjanji akan segera kembali jika keadaan Jepun sudah kembali stabil. "Kami akan cuba untuk menjadual kembali secepat mungkin," tulisnya lagi.

Jepun telah dilanda gempa bumi berkekuatan 9,0 skala richter. Beberapa minit selepas tu tsunami telah menghentam beberapa kawasan pinggir pantai. Hingga kini dikatakan lebih dari 2000 orang telah hilang.


Read more >>
Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords