[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

Memaparkan catatan dengan label Upin Ipin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Upin Ipin. Papar semua catatan

30 Sep 2010

Hari Raya bersama Upin Ipin

Kongsi 0 comments

Istimewa kepada semua ahli Kelab Upin & Ipin kerana anda semua dijemput untuk memeriahkan majlis Hari Raya bersama Kelab Upin & Ipin yang akan dilangsungkan pada 2 Oktober 2010 ini bertempat diperkarangan tempat letak kereta Les' Copaque Production. Kepada peminat Upin & Ipin yang masih belum menjadi ahli pula jangan risau, kerana pendaftaran akan dibuka pada hari tersebut. Pasti meriah kerana pada tahun ini pihak Les' Copaque telah mengaturkan pelbagai aktiviti menarik termasuklah kemunculan beberapa maskot baru seperti Mail dan Ehsan. Wah, macam agaknya suasana bila kesemua maskot ni sudah berkumpul. Pastikan anda tidak melepaskan peluang ini.

Tempat : Perkarangan Les' Copaque Production
Tarikh : 2 Oktober 2010
Masa : 2 Petang - 6 Petang
Bayaran : *RM10 seorang (Ahli)
*RM15 seorang (Bukan Ahli)
(Kanak - kanak bawah 7 tahun percuma)
(RSVP melalui telefon +60355120012 atau emel
kelabupindanipin@lescopaque.com
)
(** Tempat adalah terhad)


Datanglah ke majlis Hari Raya Kelab Upin & Ipin




Suasana Hari Raya Kelab Upin & Ipin pada tahun lepas
Suasana Hari Raya Kelab
Upin & Ipin pada tahun lepas

Selain itu juga, yang menarik pada tahun ini ialah sesi ujibakat untuk rancangan Kelab Upin & Ipin yang turut dijalankan pada masa yang sama. Kalau ada adik-adik yang boleh berlakon, menyanyi atau apa saja, jangan malu atau segan. Manalah tahu satu hari nanti adik boleh menjadi terkenal seperti personaliti TV yang lain. Sesi ujibakat ini pula, dijalankan selama 2 hari iaitu pada 2 dan 3 Oktober ini.

Sesi Ujibakat rancangan Kelab
Upin & Ipin 2 minggu lepas

Sesi Ujibakat rancangan Kelab
Upin & Ipin 2 minggu lepas


Jangan lepaskan peluang ini untuk beramah mesra bersama maskot serta pelakon suara Upin & Ipin disamping pelbagai aktviti menarik yang lain. Semoga dengan kehadiran semua peminat Upin & Ipin dapatlah memeriahkan aktiviti ini lagi.


Gengmovie

Read more >>

"Sahabat Selamanya" Soundtrack Upin Ipin nyanyian PADI band

Kongsi 0 comments




Animasi Upin Ipin telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa termasuk di Indonesia. Ramai peminat di sana khususnya kanak-kanak dilihat begitu obses dengan siri animasi itu. Ibu bapa juga tidak terkecuali untuk menonton animasi Upin Ipin di dalam melayan karenah anak-anak mereka. Tidak terkecuali juga anak-anak kepada pemuzik dan vokalis kumpulan muzik terkenal Indonesia iaitu kumpulan Padi, mereka turut mengakui bahawa anak-anak mereka turut sama meminati animasi Upin Ipin.

Malahan Kumpulan padi turut sama terlibat dengan animasi itu. Mereka akan menyanyikan sebuah lagu bertajuk "Sahabat selamanya" untuk soundtrack Filem Upin Ipin. Vokalis kumpulan itu mengakui menonton animasi Upin Ipin kerana ia diminati anak.

"Kita punya anak kecil, otomatis kita menonton 'Upin & Ipin'. Kita terinspirasi sama semangat anak-anak, mereka bertengkar lalu bisa baikan lagi," Kata Fadly, vokalis kumpulan PADI, sewaktu ditemui di Pisa Menteng, Jakarta Pusat, hari Rabu lalu. (29/9/2010)

Tambahnya, Dia prihatin kepada minda kanak-kanak yang sudah sekian lama tercemar dengan lagu-lagu orang dewasa. Justeru itu mereka ingin memeriahkan semula koleksi lagu kanak-kanak yang dilihat semakin tenggelam sejak sekian lama.

Read more >>
Related Posts with Thumbnails
 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords