[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

Memaparkan catatan dengan label Rozita Che Wan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rozita Che Wan. Papar semua catatan

6 Okt 2010

Perihal desas desus persiapan kahwin Rozita Che Wan

Kongsi 0 comments
SHAH ALAM: Aktres jelita, Rozita Che Wan (gambar) menafikan telah bercuti selama sebulan sejak akhir Ramadan lalu kerana sibuk untuk menguruskan perihal persiapan perkahwinan.

Rozita berkata dia berehat dari sebarang aktiviti seni kerana mahu memberi semangat kepada anak keduanya bernama Aniq Ezzra,12, yang menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada minggu lepas.

"Selepas Ramadan saya rehat untuk tumpukan perhatian kepada anak saya yang baru sahaja selesai peperiksaan UPSR dan kini dia sibuk dengan peperiksaan sekolah agama pula.

"Saya mahu beri semangat kepada dia sepanjang menjalani peperiksaan tersebut. Saya mahu dia lulus cemerlang dan dapat mengikut jejak langkah abangnya, Ammar Affendi yang sekarang belajar di tingkatan dua, sekolah berasrama penuh," katanya yang bakal memulakan penggambaran drama Kempink pada minggu hadapan.

Jelas Rozita, keutamaan persekolahan anak-anaknya menjadi sebab utama untuk dia mengundurkan diri dari dunia lakonan ini.

Malah dia juga menafikan desas-desus bahawa dia sedang membuat persiapan perkahwinan ketika ini.

"Ke mana-mana sahaja orang akan tanya tentang perkahwinan saya. Ada juga yang cakap saya cuti sebulan ini sebab sibuk uruskan persiapan perkahwinan.

"Saya memang sedang berkawan dengan seseorang tetapi bukan bermakna akan berkahwin dalam masa terdekat ini seperti yang dikhabarkan oleh media," katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka mStar, Selasa.

Dalam pada itu, Rozita memberitahu keputusannya untuk berhenti dari bidang ini merupakan satu berita kegembiraan bagi anak-anaknya.

"Sejak saya mula berlakon lagi mereka banyak kali merungut dan suruh agar saya berhenti atau kerja semula di pejabat. Bila dapat tahu saya mahu berhenti berlakon merekalah yang paling gembira sekali.

"Namun saya bersyukur selama ini anak-anak memahami situasi saya sebagai seorang pelakon dan tidak mempersoalkan berita-berita tentang saya yang keluar di akhbar," ujarnya.

Sumber: mStar
Read more >>

1 Okt 2010

Rozita Che Wan bersara tahun depan

Kongsi 1 comments

Pasti ramai yang terkejut dengan kenyataan aktres jelita, Rozita Che Wan, 37,yang akan bersara dari bidang lakonan menjelang tahun hadapan. Rentetan hasratnya itu, timbul khabar angin yang mendakwa Rozita akan menamatkan zaman jandanya tidak lama lagi.

Bagaimanapun, itu bukanlah alasan utama pelakon berbulu mata lentik dan bertubuh seksi ini ingin bersara awal dari bidang lakonan. Bagi Rozita, hasratnya itu sudah dirancang sejak awal lagi.

“Saya dah letakkan ‘target’ nak berlakon ini tak lama dan saya rasa cukuplah empat tahun saya dalam industri ini. Lagipun usia saya juga semakin bertambah dan rasa dah tua.

“Sebenarnya, tahun lepas lagi saya dah rasa penat nak berlakon. Tapi, memandangkan duit tak cukup lagi, maka saya terus berlakon lagi hinggalah penghujung tahun ini,” katanya yang mula menempa nama menerusi drama Cinta Terhalang yang pernah disiarkan di TV2.

Pelakon yang popular dengan drama Kiah Pekasam dan Kuih Goyang Seha ini juga tidak menafikan, fitnah dan gosip yang tidak putus-putus menghambat dirinya menjadi antara penyebab dia bersara awal dari dunia glamor itu.

“Sejak awal saya berlakon lagi, dah macam-macam perkara buruk yang orang kata tentang saya. Sehingga saya rasa Rozita Che Wan ini terlalu banyak cerita buruk daripada cerita baik dan terlalu banyak orang tak suka daripada yang suka.

“Bukannya merajuk, tapi saya memang terasa hati sangat dengan apa yang berlaku. Bila terlalu banyak orang bercakap buruk tentang saya, ia dah jadi satu doa. Jadi cara yang terbaik, biarlah saya bersara dari industri

“Lagipun saya nak hidup aman, tanpa gosip atau pun publisiti,” luah Rozita yang akan beralih ke dunia perniagaan sejurus bersara dari lakonan.



Tidak salah berkawan dengan Shahir

Sungguhpun hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum bersara sepenuhnya dari bidang lakonan, masih ada gosip-gosip cinta yang mengekori pelakon jelita ini.

Dia yang pernah digosipkan dengan aktor Zizan Nin dan pemain bola sepak Selangor, Asraruddin Putra Omar, digosipkan pula dengan anak muda dari program realiti Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8) iaitu Shahir.

Biarpun pada mulanya Rozita enggan mengulas tentang gosipnya dengan juara AF8 itu, namun setelah diajukan beberapa kali tentang perkara itu, akhirnya dia membuka mulut.

“Saya dan Shahir tak ada apa-apa hubungan istimewa. Tapi tak ada masalah kalau kami berkawan kerana saya bebas berkawan dengan sesiapapun dan tak ada limit, selagi saya belum bergelar isteri orang.

“Shahir yang saya kenal, memang pemalu orangnya. Ketika kami menjalani penggambaran Lawaknya Fantasia Raya, usahkan nak bercakap, nak duduk sebelah pun tidak. ‘SMS’ yang dihantar pun hanya untuk bertanya khabar sahaja,” katanya yang telah mengenali Shahir secara dekat sejak anak muda itu berada dalam akademi lagi.

Menyentuh tentang jodoh, aktres kelahiran Alor Setar, Kedah, ini berkata, dia tidak menolak sekiranya dijodohkan dengan calon yang lebih muda darinya. Asalkan, pemuda itu bersungguh-sungguh mencintai dirinya.

“Kalau muda pun apa salahnya dan yang penting dia juga dapat menerima anak-anak saya, ” katanya yang tidak berminat dengan lelaki berusia meskipun yang kaya raya.

Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata lelaki ini menjelaskan, buat masa ini hatinya masih belum dimiliki sesiapa malah dia kini juga semakin selesa hidup menjanda.

“Status janda ini memang banyak dugaan, banyak fitnahnya. Tapi tak semestinya kita kena berkahwin untuk tutup semua gosip. Lagipun belum ada jodoh yang sesuai. Tak kahwin pun tak apa, sebab dah ada anak-anak yang boleh bahagiakan saya,” kata Rozita yang terlibat dengan tiga drama bersiri, Camping (TV3), Kuih Goyang Shafiq (TV3) dan Kiah Pekasam (Astro) sebelum bersara dari lakonan. -SH


Read more >>

17 Sep 2010

Gambar persandingan Rozita Che Wan

Kongsi 5 comments

Mesti korang tertanya-tanya kan, dengan siapa pulak Rozita Che Wan si awek seksi berbody mantap ni bersanding ye? Angin tak ada ribut pun tak ada tup tup dah berkahwin pulak. Takkan berkahwin senyap-senyap kot? Tak meriahlah kan? Hehehe... jangan tak tahu ini bukan cerita bohong, ini realiti! Pasangan berpakaian pengantin ini sememangnya adalah Rozita Che Wan korang tengoklah sendiri. Ini juga adalah perkahwinan yang sebenar bukan main-main ataupun drama filem.

Tapi Jangan salah paham pulak, sebenarnya ini bukanlah gambar terbaru Rozita sebaliknya adalah gambar lama beliau semasa perkahwinan beliau dengan suami yang pertama. Siapa gerangan suami Rozita yang dahulu tu tak tahulah pulak, lain betul wajah dia kan? Lihat gambar di bawah ini sila klik untuk membesarkan image.


Read more >>
Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords