[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

Memaparkan catatan dengan label Kerabat Diraja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerabat Diraja. Papar semua catatan

8 Apr 2011

Bakal isteri Putera William kantoi hisap rokok lagi.

Kongsi 0 comments
8 April 2011



Menjelang hari pernikahannya dengan Putera William, Kate Middleton dilihat mengalami tekanan yang cukup berat.

Kerana tekanan nie, Kate pun dilihat mulai merokok lagi.

Seperti dilapor Showbiz Spy semalam, sumber dalaman kerajaan mengatakan yang Kate sangat tertekan waktu ni. Dalam diam-diam, gadis lulusan University of St Andrews tu merokok lagi.

"Hari pernikahannya semakin dekat, ia merokok lagi, lagi dan lagi," kata sumber.

Namun, Kate tidak akan merokok di depan William. Perempuan berusia 29 tahun tu tahu yang William sangat marah bila melihatnya merokok.

"Pernikahan mereka adalah yang terbesar abad ini. Sepertinya tidak akan ada anak muda yang sanggup menghadapi tekanan sepertinya," jelas sumber tersebut.

"Hanya Puteri Diana yang mengetahui tekanan yang dihadapi Kate saat ini," tutup sumber.

Mengikut perancangan pernikahan William dan Kate akan diadakan pada 29 April ni di Gereja Westminster Abbey, London.


Read more >>

26 Mac 2011

iTunes dapat hak siar majlis pernikahan Putera William.

Kongsi 0 comments
26 Mac 2011


Pada 29 April ni seluruh mata dunia akan tertumpu ke Westminster Abbey.

Hari tu adalah hari bersejarah buat seluruh warga Inggeris. Bagi yang tak dapat menghadiri acara ni, masih ada harapan kerana kabarnya majlis ni akan dirakam dan dijual oleh iTunes.

Hasil rakaman royal wedding ni boleh dimiliki hanya beberapa jam selepas majlis berlangsung.

Dari berita yang dilapor Splash News, Decca Records berjaya mendapatkan hak untuk merakam majlis ni ke dalam format audio. Setelah dikeluarkan dalam format digital di iTunes, Decca Records merancang mengedarkan hasil rakaman ni dalam bentuk CD, kaset, dan piringan hitam satu minggu kemudian. Kemungkinan besar format digitalnya pun boleh didapati di beberapa online store selain iTunes.

Decca Records sudah punya pengalaman. Sebelum ni Decca juga pernah merakam majlis pernikahan Putera Charles dan Puteri Diana pada tahun 1981. Decca juga berjaya mengedarkan hasil rakaman acara pemakaman Puteri Diana pada tahun 1997 lalu. Untuk kali ni Decca Records mungkin tak akan mengalami kesulitan.

Dalam berita yang sama juga disebutkan majlis pernikahan di Westminster Abbey ni akan diiringi oleh Paduan Suara Westminster Abbey, London Chamber Orchestra, Chapel Royal Choir, dan fanfare Team dari Central Band of the Royal Air Force.


Read more >>

25 Mac 2011

Kate Middleton teruja dengan gaun Victoria Beckham

Kongsi 1 comments
25 Mac 2011



Kate Middleton mengaku tertarik dengan gaun yang direka oleh Victoria Beckham. Dia berkata akan memakainya ketika berbulan madu nanti.

Kate dikatakan juga ingin memakai gaun malam rekaan Victoria. Rancangannya pasangan tu akan berbulan madu di Australia.

"Victoria mengaku gembira kerana Kate menyukai pakaiannya, dia pun dengan senang hati akan memberikan tips rumah tangga," kata sumber seperti dilapor showbizspy, semalam.

Bukan hanya Kate yang menyanjung Victoria dengan gaun-gaunnya, malah isteri David Beckham tu juga sebelum ni mengaku sangat mengagumi susuk tubuh Kate. Menurutnya ia adalah gadis muda yang cantik dan mempunyai figure yang menarik.

"Sangat terharu bila ia boleh memakai pakaian saya. Saya akan merasa sangat dihormati sekali," kata Victoria.

Putera William dan tunangnya Kate Middleton akan berkahwin pada 29 April 2011 ni. William mengaku sangat suka menyelam di Great Barrier Reef, Queensland, Australia dan akhirnya mengajak Kate untuk berbulan madu di sana.


Read more >>

24 Mac 2011

Putera William dan Kate Middleton dalam filem cinta.

Kongsi 1 comments
24 Mac 2011



Sudah pasti perkahwinan paling popular tahun ni adalah perkahwinan antara Putera William dan Kate Middleton yang akan diadakan pada 29 April ni.

Sejak sebulan yang lalu, kisah tentang dua mempelai ni tak pernah berhenti menghiasi pelbagai media. Kini ada khabar baru lagi. Dikatakan kini sudah ada filem yang akan mepersembahkan kisah asmara Putera William dan Kate Middleton.

Menurut laporan Splash News, filem berjudul WILLIAM AND KATE ni tak di restui oleh pihak kerajaan Inggeris. Filem yang dibuat khusus untuk ditayangkan di rangkaian televisyen Lifetime ni akan dibintangi oleh pelakon New Zealand, Nico Evers-Swindell dan pelakon Inggeris, Camilla Luddington. Nico akan memegang watak Putera William sementara Camilla akan menjadi Kate Middleton.

Filem ni akan mengisahkan tentang 'pencerobohan media' ke dalam kehidupan peribadi dua mempelai yang sedang dilamun cinta ni. Dalam trailer yang sudah tersebar di YouTube ni memperlihatkan Nico sempat berkata, "I just want to keep our relationship private." Di adegan lain terlihat Camilla sedang berendam di bath tub sambil minum segelas wain. Untuk lebih kepastian jom tengok trailer tentang filem nie.

Layannn...



Read more >>

19 Mac 2011

Gaun tembus dalam tunang Putera William dilelong.

Kongsi 0 comments
19 Mac 2011



Pada tahun 2002, Kate Middleton pernah memekai gaun tembus pandang berwarna hitam ketika dia melangkah di atas catwalk St Andrews University.

Itu adalah waktu pertama Putera William mula terpikat pada wanita cantik yang kini sudah berusia 29 tahun tu. Tapi kali ni gaun 'bersejarah' tu telah dilelong dan kutipan yang diterima jauh lebih tinggi dari harga sebenarnya.

Menurut Splash News, gaun ni mulanya bernilai US$50, kini dijual dengan harga US$125.884. Pereka busana ni merasa sangat bangga kerana namanya akan menjadi sebahagian dari sejarah Inggris. "Waktu itu saya tidak tahu siapa Kate Middleton dan bukan saya yang memilih dia untuk mengenakan gaun itu. Benar-benar sebuah kebetulan," kata Charlotte Todd, pereka gaun tersebut.

Asalnya dari fashion show tulah cinta mulai tumbuh di hati Putera William. "Semua orang tahu dari acara peragaan busana itu adalah awalnya kisah asmara mereka," lanjut Charlotte lagi.

"Jadi sebahagian kecil dari kisah diri saya akan menjadi sebahagian dari sejarah kerajaan. Benar-benar gila," tutupnya. Gaun tembus pandang tu telah dilelong dalam rancangan Kerry Taylor Auctions Passion for Fashion bersama gaun yang pernah dipakai Putri Diana dan lingerie milik Duchess of Windsor, Wallis Simpson


Read more >>

18 Mac 2011

Kate Middleton buat pembedahan plastik.

Kongsi 0 comments
18 Mac 2011


Setelah rasmi sebagai tunang Putera William, Kate Middleton kini sekali lagi menarik perhatian masyarakat dunia.

Kabarnya, Kate akan menjalani pembedahan plastik untuk memperbaiki wajahnya.

Seperti dilapor Showbiz Spy hari ni, sumber di kerajaan mendedahkan yang Kate sadar dirinya akan menjadi tumpuan utama para fotografer "Dia (Kate) benar-benar takut terhadap hal itu," kata sumber.

Sumber tersebut mengatakan Kate merancang untuk melakukan pembedahan plastik ringan tak lama lagi. Kemungkinan Kate akan hilang sementara dari sorotan media. "Saat ni Kate sedang mencari ahli bedah yang terbaik di Swiss," tutup sumber.

Kate ingin dilihat sebagai perempuan yang moden di depan umum. Dia juga dikatakan ingin menonjolkan imej glamor dirinya.
dan semua orang akan memperhatikan penampilannya secara teperinci.



Read more >>

17 Mac 2011

Putera William minta hadiah perkahwinan ditukar kepada sumbangan amal.

Kongsi 0 comments
17 Mac 2011



Setelah bencana melanda beberapa wilayah di dunia, para selebriti dilihat sibuk membantu para korban.

Salah satunya adalah Putera William dan Kate Middleton, yang rela mendermakan semua hadiah pernikahannya nanti!

William dan Kate telah menyarankan semua tamu undangan supaya tak membeli hadiah pernikahan, mereka hanya perlu berderma untuk korban gempa bumi di New Zealand. Semua dana yang terkumpul akan dihantar pada Christchurch Earthquake Appeal, New Zealand.

William baru saja mengunjungi wilayah tu dan telah tersentuh dengan bencana dahsyat yang melanda pada bulan Februari lalu yang telah mengakibatkan lebih dari 160 korban nyawa.

"Tersentuh dengan niat baik yang ditunjukkan sejak keduanya mengumumkan pertunangan, Putera William dan Miss Middleton telah meminta semua orang yang ingin memberi mereka hadiah pernikahan, untuk mengalihkannya menjadi sebuah sumbangan amal," kata wakil rasmi dari Buckingham Palace.

Tetamu undangan dan peminat yang ingin memberi hadiah pernikahan berupa dana amal boleh menyalurkannya melalui RoyalWeddingCharityFund.org.


Read more >>

16 Mac 2011

Bapa Kate Middleton sumbang dana untuk pesta perkahwinan anak.

Kongsi 0 comments
16 Mac 2011



Sudah menjadi adat jika orang tua mempelai menanggung perbelanjaan pernikahan anaknya di England kecuali jika dia menikahi seorang anggota kerajaan.

Tetapi orang tua Kate Middleton tak mengindahkan tradisi tersebut dan dikatakan telah menyumbang beratus ribu Pound Sterling untuk pesta pernikahan puterinya tu dengan Putera William, kata sumber terdekat kerajaan kepada Vanity Fair.

“Itu merupakan hal yang mereka inginkan dan William menerimanya dengan senang hati,” kata sumber tersebut.

Orang Tua Kate, Carole dan Michael, bekerja selama berpuluh tahun di dunia penerbangan. Pada tahun 1987, mereka mendirikan syarikat Party Pieces, sebuah syarikat membekal alat-alat kelengkapan pesta dimana Kate dulu juga pernah bekerja di dalamnya.

Sumbangan dari keluarga Middleton tersebut tidak memberi kesan banyak terhadap pesta pernikahan tu kerana pesta tersebut akan menghabiskan dana lebih dari 10 juta dollar.


Read more >>

15 Mac 2011

Tapak perkhemahan disediakan untuk majlis pernikahan Putera William.

Kongsi 0 comments
15 Mac 2011



Untuk majlis pernikahan Putera William dan Kate Middleton, kumpulan penyelenggara akan menyediakan tempat untuk berkhemah. Jadi untuk mereka yang tak ada wang cukup untuk menginap di hotel mahal maka mereka bolehlah memilih untuk berkemah di tapak yang disediakan tersebut.

Tempat tu dinamakan Camp Royale, sempena untuk menyambut pernikahan Putera William dan Kate Middleton ia turut dinamakan "Big Royal Wedding Sleepover". Kawasan tersebut dibuka di Clapham Common di bahagian selatan London. Camp Royale disediakan sebagai tempat alternatif bagi mereka yang ingin ke London untuk meraikan pernikahan Putera William dan Kate Middleton pada 29 April ni.

Big Royal Wedding Sleepover akan dibuka dari 28 April hingga 1 Mei dengan harga 75 pounds untuk tiga malam.

Persatuan penyelenggara menjanjikan tempat berkemah tu akan disediakan tempat mandi panas 24 jam sehari, tandas bersih, dan kawalan keselamatan sehari penuh, serta disediakan teh.

William akan bernikah dengan tunangnya, Kate Middleton pada hari Jumaat, 29 April 2011. Mereka akan dinikahkan di gereja Westminster Abbey. William melamar Kate ketika mereka bercuti di Kenya tahun lalu.

William dan Kate kini keduanya berusia 28 tahun. Bertemu ketika mereka belajar di Universiti St. Andrews, Skotlandia pada 2001. Dua tahun kemudian mereka dikatakan mula bercinta. Pasangan ni telah berpisah pada 2007 kerana Putera William menjalani latihan askar. Tapi dalam beberapa minggu kemudian mereka kembali berhubungan.



Read more >>

14 Mac 2011

Gambar seksi tunang Putera William.

Kongsi 0 comments
14 Mac 2011



Putera William juga punya selera tinggi untuk memilih wanita jadi calon isterinya.

Kate Middleton, bukan hanya cantik tapi juga bertubuh seksi. Sejak bercinta dengan Putera William 8 tahun lalu, Kate terbukti pandai menjaga tubuh. Seorang kawan Puteri Diana, Simone Simmons seperti dilapor UsWeekly, hari ni (14/3), mengatakan Kate telah berubah “dari anak kuliah kepada seorang wanita.”

Foto-foto Kate berbikini ketika bercuti dengan William di Ibiza, Spanyol pada 2006 membuktikan hal itu.

Tak caya?...Cuba try test tengok. Layannn...










Read more >>

12 Mac 2011

Gambar Ratu Elizabeth II bersama 11 Presiden Amerika...

Kongsi 0 comments
12 Mac 2011


Tadi kita dah layan gambar bakal Pemaisuri England kan. Ok, laaa nie kita layan gambar nenek dia pulak. Gambar-gambar nie menunjukkan Ratu Elizabeth II bersama sebelas Presiden Amerika dari yang dulu-dulu hingga lah ke pentadbiran baru nie di bawah kepimpinan Barack Obama. Hingga kini Ratu Elizabeth II masih lagi sihat walafiat dan mungkin nak cukupkan sampai 20 Presiden lagi baru dia.....Oklah, jom layan gambar-gambar Ratu nie dari se cute-cute muka sampailah ke kerut-kerut muka. Layannn...


Ronald Reagan



Barack Obama



George W. Bush



George Bush



Bill Clinton



Jimmy Carter



Gerald Ford



Richard Nixon



John F. Kennedy



John F. Kennedy



Dwight Eisenhower


Read more >>

Gambar lama Kate Middleton...

Kongsi 0 comments
12 Mac 2011



Gambar diatas memperlihatkan si mata biru besar nie, sedang bermain dan berlibur di Lake District. Kelihatan seperti kanak-kanak nakal, bertenaga dan sangat comel. Sapa sangka budak nilah seorang yang bakal menjadi pemaisuri Di Raja Britain satu hari nanti. Gambar dirakamkan ketika Kate Middleton berumur 3 tahun. Selain tu telah disediakan beberapa keping lagi gambar menunjukkan gambar-gambar silam Kate. Sooo, jom lah layan gambar-gambar lama Kate nie...Layannn...






Read more >>

10 Mac 2011

Putera William tinggalkan Kate Middleton?!.....

Kongsi 0 comments
10 Mac 2011


APA!? Kenapa? Apa dah jadi?...

Haha janganlah terkejut. Putera William memang akan meninggalkan calon isterinya tu untuk terbang ke Australia.

William pergi untuk melawat mangsa bencana alam bagi mewakili neneknya untuk menununjukkan keprihatinan Raja England. Demikian laporan yang dinyatakan Reuters, semalam (9/3).

William akan mengunjungi Christchurch pada 17 Mac. Tempat ini telah musnah akibat gempa bumi bulan lalu dan telah mengorbankan 166 orang termasuk rakyat England.

William yang datang mewakili Ratu Elizabeth dijadualkan menghadiri Upacara Memperingati Korban pada 18 Mac. Kemudian akan mengunjungi Greymouth di mana 29 maut pada November lalu dalam bencana terdahsyat sejak 70 tahun lalu.

Selepas tu dia akan terbang ke Australia selama dua hari untuk mengunjungi kota-kota yang ditenggelami banjir di wilayah Queensland yang mengorbankan 35 orang.

Kate tidak turut serta dalam lawatan ini kerana mempersiapkan majlis perkawinan mereka yang dijadualkan 29 April ini.



Read more >>

7 Mac 2011

Suara asli King George VI !!!.....

Kongsi 0 comments
7 Mac 2011


Korang suma dah tengok cerita 'Kings Speech'?. Filem nie telah menceritakan kisah King George VI dalam mengatasi masalah gagapnya. Apa yang lebih hebat ialah filem nie telah meraih beberapa anugerah Oscar.

Tapi itu hanya filem...Korang nak dengar tak suara asli King George VI nie ketika berpidato???...Jom layannn.....




Read more >>

21 Feb 2011

Kad undangan perkahwinan Putera William dan Kate Middleton

Kongsi 3 comments
Semalam kita dah di dedahkan berita yang kad jemputan untuk perkahwinan Putera William dan Kate Middleton sudah pun diedarkan. Sooo, ari nie dapatlah kita tengok macam mana bentuk kad undangan dia orang nie. Sebab arinie kad tu baru sampai ke tangan JenTik, biasalah semalamkan posmen cuti.....

Kalau di lihat bahagian paling atas ada lambang Ratu Elizabeth dakwat emas kerana undangan nie dihantar dalam nama Ratu dan 
memerintahkan semua tetamu hadir pada pernikahan di Westminster Abbey pukul 11 pagi 29 April.

Tetamu yang dijemput dari raja-raja serta pemimpin amal, teman-teman keluarga dan universiti,Perdana Menteri di seluruh 
 dunia. Termasuklah JenTik selaku pemerintah Hot Malays.

Para tamu lelaki diminta untuk mengenakan seragam tentera, tailcoat ataupun business suit. Untuk wanita pulak janji cantekkk dan anggun.


JenTik : Sapa nak itut JenTik gi sana?...Ada satu seat reserve nie...Untuk aweks-aweks malaya mari datang interview...
Nak pakai baju apa pun tak tau nie!...pakai baju tentera kang dia orang ingatkan militan plak...tak pasal-pasal kena tembak...
Read more >>

Kad kahwin Putera William sudah diedar

Kongsi 1 comments
London - Ratu Elizabeth telah mengirim hampir 2.000 kad undangan bercorak emas untuk pernikahan cucunya, Putera William dan Kate Middleton. Perkara tersebut di utuskan oleh badan pengurusan Istana Inggris, Ahad (20/2/2011).

Undangan mula dikirim pada Rabu dan Khamis. Dalam undangan tersebut terdapat lambang Ratu Elizabeth EIIR yang dicap dengan dakwat emas.

Sekitar 1.900 orang dijemput dari keluarga, sahabat dalam dan luar negeri, diplomat, tentera, dan pekerja kemanusiaan. Mereka diminta hadir untuk pernikahan William dan Kate Middleton di Westminster Abbey. Tapi, nama-nama undangan tidak disebut pihak Istana.

Sebanyak 600 undangan akan menghadiri resepsi makan siang dengan Ratu Elizabeth di Buckingham Palace. Sementara, 300 undangan akan dijamu makan malam di rumah Putera Charles.

Kate Middleton dan Putera William mula bercintan pada 2003. Mulanya, awal 2007 mereka memutuskan untuk berpisah. Tapi, akhir 2007 mereka kembali memadu kasih. Akhirnya, bertunang pada November 2010.


Laporan asal : tempointeraktif.com
Read more >>

15 Feb 2011

Baju pengantin : Victoria Beckham reka untuk Pemaisuri England

Kongsi 0 comments
Semakin murahlah rezeki si Victoria Beckham nie nampaknya. Apa taknya, pekahwinan Di-Raja antara Putera William dengan Kate Middleton bakal menggunakan busana yang dicipta khas oleh Victoria sendiri. Victoria akan menyumbangkan koleksi busana musim panasnya kepada Kate Middleton untuk dipilih oleh bakal pemaisuri Britain tu.

Victoria mengulas bahawa Kate memiliki bentuk badan yang cantik dan sangat bersesuaian dengan banyak koleksi yang dia ada. Confirm cun lah!(biasalah ayat marketing). Victoria telah bertemu dengan Kate Middleton pagi semalam di East 63rd Street, London, bagi mempamerkan koleksi-koleksi pakaian dia untuk dipilih sendiri oleh Kate.

Victoria yang sedang mengandung anak ke empat Beckham juga merupakan kawan lama Putera William. Mereka juga turut dapat undangan untuk pernikahan William dan Kate pada 29 April nie. Putera William pun merupakan orang pertama yang mengucapkan tahniah ketika Victoria dan David Beckham mengumumkan Victoria hamil anak keempat mereka. Mereka start kenal pada 1998 time bapa William, Putera Charles memanggil Spice Girl buat persembahan kat Highgrove di Gloucestershire untuk menghiburkan Putera Harry yang time tu umurnya 13 tahun


Read more >>

10 Feb 2011

Kekasih-kekasih Putera William Terdahulu

Kongsi 0 comments
Lebih kurang dua bulan lagi akan menjelangnya hari yang di nanti-nanti oleh rakyat Britain untuk menyaksikan sejarah baru bakal dicipta apabila bakal pewaris takhta mereka iaitu Putera William akan menikahi pemaisurinya secara rasmi. Tarikh keramat 29 April 2011 ini menyaksikan William bakal disatukan dengan pilihan hatinya iaitu Kate Middelton. Okey, laaa ni apa kata kita check semula siapakah aweks-aweks Putera William yang terdahulu sebelum dia bertemu dengan Kate Middleton nih.



1. Rose Farquhar

Rose yang juga kawan Putera Harry adik kepada Putera William nie adalah seorang pelakon dan penyanyi. Rose bertemu dengan William pada tahun 2000. Dia adalah anak Captain Ian Farquhar yang juga orang berpengaruh disana. Rose adalah kekasih serius pertama William.




2. Arabella Musgrave

Arabella bekerja di Gucci sebagai Public Relation. First time berjumpa dengan Putera William pada tahun 2001 di sebuah pertandingan polo. Hubungan mereka adalah antara yang bertahan paling lama tapi akhirnya pasangan ini memutuskan hubungan kerana William melanjutkan pelajaran di St. Andrews. Walaupun mereka sempat bertemu tiap kali William pulang ke London. Tapi hubungan jarak jauh menyukarkan mereka.




3. Carly Massy-Birch


Carly adalah aweks Putera William ketika tinggal dan belajar di St. Andrews. Carly adalah gadis tempatan. Antara faktor William suka dengan dia mungkin sebab senang jumpa kot. Tapi hubungan mereka cuma sementara saja tapi mereka tetap menjadi teman baik selepas tu.




4. Olivia Hunt


Olivia Hunt juga tersangkut dengan Putera William ketika di St. Andrews. Mereka sama-sama belajar disitu. Time William pertama kali jumpa dengan Kate Middleton, ketika tu William masih bersama Olivia. Tapi , Hubungan William dan Olivia terputus pada April 2002. Tak lama pastu sangkut kat Kate pulak.




5.Jecca Craig

Jecca Craig diberitakan berpacaran dengan Putera William pada 2003. Namun sumber yang rapat dengan William menafikannya. Tapi pernah dilaporkan William dan Jecca pernah pura-pura bercinta. Dah tak ada keje kottt.



Read more >>

9 Okt 2010

Gambar Sultan Kelantan sembelih lembu

Kongsi 8 comments
Tahniah diucapkan kepada rakyat Negeri Kelantan, anda sangat beruntung kerana mendapat Sultan yang benar-benar berjiwa rakyat. Di bawah ini KaTaK kongsikan gambar Sultan berjiwa rakyat Sultan Muhammad ke V Tuanku Faris Petra yang sedang menyembelih lembu bersama-sama dengan rakyat jelata. Serono KaTaK lihat sultan macam ni, semoga negeri Kelantan akan lebih aman dan makmur serta bertambah maju!


Read more >>
Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords