
Kini dilihat, suaminya Tom Cruise, menyokong hobinya ni. Tom dikatakan telah memberikan hadiah berupa mesin jahit ketika ulang tahun Katie baru2 nie. "Ibu saya dulu membuat semua langsir dan bantal sendiri. Semua yang dijahit oleh ibu saya membuatkan rumah kami terasa hangat. Oleh itu saya ingin melakukan hal yang sama dengan putri saya. Suami saya sangat menyokong saya hinggakan memberi hadiah mesin jahit pada hari ulang tahun saya, "kata Katie Holmes.
Katie yang berkahwin pada tahun 2006 ni juga mengaku bahawa dia sangat menyukai kerja-kerja kraf tangan. Kadang dia juga menghabiskan masa bersama Suri untuk mencari barang-barang yang menurutnya bagus.
"Ambillah pensil warna, gam, dan kertas yang bagus. Maka anda akan dapat mengubah bilik di rumah anda menjadi tempat yang hangat dan penuh suasana kekeluargaan, "kata Katie seperti dilapor Women's Wear
Pelakon filem Kennedys ni menyatakan bahawa dia cukup gembira menikmati hari-harinya. Walaupun dia dan suaminya cukup sibuk, Katie menganggap kesibukan ni sebagai cabaran. Sebagai seorang wanita, dia terpaksa menjalani dua tanggung jawab iaitu sebagai ibu dan sebagai wanita bekerja.
0 comments:
Catat Ulasan
Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)