[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

Memaparkan catatan dengan label Will Smith. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Will Smith. Papar semua catatan

13 Apr 2011

Keluarga Will Smith juga sama seperti keluarga biasa.

Kongsi 0 comments
13 April 2011


Walaupun dikenali sebagai keluarga bintang, namun Jada Pinkett mengatakan bahawa sebenarnya keluarga Smith adalah keluarga biasa saja.

Aktiviti harian yang mereka jalani adalah aktiviti yang biasa dilakukan oleh keluarga lain. Oleh tu Jada menekankan bahawa sebenarnya keluarga Smith bukan keluarga istimewa.

"Mungkin tidak seorang pun yang percaya. Tapi sungguh keluarga kami ini adalah keluarga yang sangat biasa. Yang lainnya hanya saja kami terlibat dalam urusan yang luar biasa," kata isteri Will Smith tersebut sebagaimana dilapor dari majalah Grazia.

Jada Pinkett juga mengatakan bahawa kehidupan harian mereka juga sangat sama seperti keluarga lain. Mereka biasa berkumpul bersama keluarga untuk melakukan tugasan rumah tangga. Kehidupan mereka juga tidaklah terlalu sibuk.

"Kami banyak menghabiskan waktu bersama. Saya sering melakukan outdoor bersama anak-anak. Tapi ayah mereka jarang ikut, kerana dia memang tidak terlalu suka dengan dengan alam semulajadi," kata Jada.

"Kami sering bermain surfing, jalan-jalan, atau hanya duduk sambil menikmati makanan. Bilik anak-anak juga seperti bilik anak-anak biasa. Sangat berselerak," tutupnya.


Read more >>

18 Mac 2011

Will Smith takut semut!.

Kongsi 0 comments
18 Mac 2011



Bintang HANCOCK ni dikatakan tak suka pergi ke kawasan kampung.

Will Smith sangat jauh berbeza perwatakan dengan isterinya, Jada Pinkett, dan kedua anak mereka Jaden (12) dan Willow (10 tahun) yang sangat menyukai pemandangan alam yang menghijau.

Bila disiasat mengapa Smith terlalu fobia ke kawasan kampung, ternyata bekas suami Sheree Zampino ni rupanya takut pada serangga. Jada Pinkett, mengatakan bahawa suaminya tu sangat jarang melibatkan diri dengan aktiviti outdoor bersama keluarga.

Pernah suatu ketika, Jada cuba mengajak Will menikmati keindahan alam. Namun ketika dirinya asyik menikmati alam, Will malah dilihat terlalu bosan.

“Saya pernah mencuba mengajaknya keluar beriadah. Tapi dilihat fikirannya seolah tak ada disitu. Suami saya takut pada serangga dan spesis sejenisnya," jelas Jada.

"Saya banyak menghabiskan waktu di alam bebas dengan kegiatan seperti mendaki gunung. Saya fikir kegiatan itu akan menambahkan kecintaan kita pada alam," kata Jada lagi.

Walaupun Will engan menyertai keluarganya melakukan aktiviti luar, tapi ni tidak mempengaruhi hubungan keluarga mereka. Keluarga mereka masih dilihat harmoni hingga sekarang.


Read more >>

15 Mac 2011

Will Smith sombong, tolak penerbangan kelas ekonomi.

Kongsi 0 comments
15 Mac 2011


Biasa mendapat kemudahan kelas satu, sering kali para selebriti menjadi 'anti' hidup sederhana dengan kualiti hidup rendah. Hal ni juga berlaku pada Will Smith.

Dia telah dilaporkan menolak untuk duduk di kelas ekonomi ketika terbang dari Dublin ke Manchester. Bintang MEN IN BLACK ni dijadualkan harus terbang dari Dublin, Irlandia, menuju Manchester dengan pesawat Aer Lingus.

Tapi, ketika pihak pengurusan memberitahunya tempat duduk yang tinggal hanya kelas ekonomi yang paling murah, Smith pun pun terus menolaknya.

Selepas tu, Smith yang berada di England bersama isteri dan dua anaknya pun menyewa sebuah pesawat jet pribadi berharga £10,000 kerana ingin membawa puterinya Willow Smith yang menjadi bintang jemputan di konsert Justin Bieber

"Keputusan Smith ini membuat beberapa orang terganggu, kerana terdengar sedikit sombong. Semuanya pelik kerana penerbangan ini singkat (hanya 50 menit) dan kelas ekonomi masih sangat selesa," kata seorang sumber dari Aer Lingus. "Well, not comfy enough for Will, apparently!"


Read more >>
Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords