Walau ada banyak pihak yang meragui janji Lindsay, tapi aktres tu tetap mengaku tidak pernah melanggar tempoh pemerhatian keatas dirinya yang dikenakan oleh mahkamah.
Tapi ! aktres muda yang sedang dalam pemerhatian tu kini mengalami kontroversi lagi apabila baru saja dirakam gambarnya sedang menghadiri sebuah pesta di New York. Turut dilaporkan bahawa Lohan telah melanggar masa pemerhatian dengan minum alkohol.
Mendengar 'tuduhan' ni, Lindsay pun menapikan berita tu dengan cukup keras, seperti kenyataannya pada TMZ. "Aku tidak minum.... Aku tidak minum....!!!"
Bintang MEAN GIRLS ni baru saja selesai menjalani rawatan di pusat pemulihan dadah dan alkohol. Dalam masa pemerhatian ni Lindsay mesti menjalani beberapa percubaan untuk mengetahui kadar alkohol dalam tubuhnya. Antara kes lain, Lindsay juga sedang terbelenggu dengan kes rumit tentang pencurian rantai mahal yang dituduhkan keatasnya.
0 comments:
Catat Ulasan
Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)