[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

Memaparkan catatan dengan label Artis Bollywood. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artis Bollywood. Papar semua catatan

18 Mac 2011

Salman akan dipenjara 10 tahun.

Kongsi 1 comments
18 Mac 2011


Kes pelanggaran yang dialami Salman Khan pada tahun 2002 rupanya tak berakhir dengan baik.

Tidak dijangka kes tu kini diungkit kembali malah dikatakan hukuman yang akan dikenakan pada Salman juga akan semakin berat. Kemunkinan besar Salman akan dihukum dengan 10 tahun penjara.

September 2002 lalu, Salman yang memandu SUV nya telah melanggar sebuah kedai roti di Mumbai dan orang-orang yang tidur di kaki lima. Akibatnya, 1 orang mati dan 4 lainnya cedera parah.

Atas kejadian ni Salman sepatutnya menjalani hukuman 2 tahun penjara kalau terbukti dia benar-benar bersalah.

Tapi setelah kes nya tu tergantung selama bertahun-tahun, pihak penuntut telah membuat tuntutan atas pelanggaran tu berdasarkan akta yang lebih berat.

Berdasarkan akta baru tu nanti, Salman diancam hukuman 10 tahun penjara.

Kes ni akan mula dibahaskan di mahkamah 22 Mac ni iaitu menunggu pembelaan dari peguam Salman.


Read more >>

13 Mac 2011

Hrithik Roshan terpaksa tambah 10 Kilogram untuk watak baru.

Kongsi 0 comments
13 Mac 2011



Diet Hrithik Roshan kini: 20 putih telur; dua dada ayam; ikan; minuman berprotein; multivitamin dan lain-lain.

Nie merupakan diet yang menjadi makanan harian Hrithik Roshan untuk watak terbarunya dalam filem “Agneepath” arahan Vijay Deenanath Chauhan, produser Karan Johar. Roshan Junior (Hrithik Roshan) telah turun berat badan untuk filem arahan Sanjay Leela Bhansali iaitu “Guzaarish” dan kini dia harus aktif makan dengan kerap untuk meningkatkan semula berat badan dan menghilangkan kerut-merut yang tak diingini sebelum dia mula shooting “Agneepath” tersebut.

Dikatakan berat tumbuh aktor tersebut akan naik dari 72kg hingga 84 kilogram untuk menyempurnakan wataknya tu. Beberapa orang dalam mengatakan Roshan mengikuti pola makan itu dengan aktif. Ia akan makan selepas dua hingga tiga jam dan bersenam selama dua jam setiap hari.

Seperti dilaporkan satu tabloid, pelatih Hrithik mengatakan, “Kehadiran Hrithik akan sangat kentara dan dia akan sentiasa memakai baju lengan panjang di ‘Agneepath’. Tapi ada dua adegan ia memperlihatkan tubuhnya di filem itu. Hrithik sangat tekun menjalani latihannya kini dan akan teruskan berlatih walaupun pada pukul 01:30 tengah hari.”



Read more >>

Akshay Kumar dari playboy ke penasihat perkahwinan.

Kongsi 0 comments
13 Mac 2011



Dulu sebelum dia bernikah dengan Twinkle Khanna, Akshay Kumar dikenal sebagai playboy di Bollywood. Dalam filem terbarunya, “Thank You” arahan Anees Bazmee, Akshay akan memegang watak sebagai Raj, penasihat perkawinan yang banyak membantu isteri-isteri yang ditipu suami mereka.

“Thank You” yang juga turut dibintangi oleh Suniel Shetty, Irrfan Khan dan Bobby Deol. Seorang sumber mengatakan, “Akshay dulu sering berlakon sebagai lelaki mata keranjang dan suka berfoya-foya. Tapi di ‘Thank You’, watak Akshay terlalu berlainan. Sama ada dia sudah kawin atau belum, ini sungguh mengejutkan, dan ini akan terungkap di puncak filem itu.”

Dalam filem itu Akshay akan dibenci oleh para kaum adam tetapi kaum hawa mencintai dia kerana telah mengajar mereka bagaimana membaca tanda-tanda bahawa suami mereka menipu atau tidak, dan bagaimana menangkap basah suami mereka.

Read more >>

Sanjay Dutt beli Harley Davidson baru...

Kongsi 0 comments
13 Mac 2011



Sanjay Dutt adalah antara bintang filem Bollywood yang mempunya hobi memandu motorsikal kuasa besar untuk mengelilingi kota. Baru-baru ni, dia dilihat menunggang motosikalnya ke panggung wayang untuk menonton filem tengah malam. Bila membuka topi keledar terlihat yang memakai motor tu adalah Sanjay Dutt, yang baru saja membeli motor impiannya, Harley Davidson Fat Boy baru!

Sanjay Dutt memang penggemar motosikal berkuasa besar. Dia telah menjual Fat Boy lamanya, yang jarang dipakai kerana tak ada masa dan menggantinya dengan Fat Boy model baru ni.



Read more >>

12 Mac 2011

Kareena Kapoor membela hak wanita!...

Kongsi 0 comments
12 Mac 2011


Perempuan sering menjadi mangsa jenayah dan penganiayaan di seluruh penjuru dunia. Aktres Bollywood, Kareena Kapoor kini dilihat sedang berkampen menyelamatkan hak perempuan di India.

Pelakon 'Kabhi Khushi Kabhie Gham' tu setuju untuk menjadi pengacara rancangan berkaitan perempuan di stasyen televisyen NDTV. Menurut sumber, aktres berusia 30 tahun tu memang sangat prihatin dengan semua masalah yang dialami perempuan.

"Mengapa di negara kita setiap perempuan dilarang dalam status sosial ekonomi. Apakah bermasalah jika perempuan boleh berjalan dengan bebas tanpa merasa takut disakiti atau pun diserang?" kata sumber yang dilapor Hindustan Times, Jumaat (11/3/2011).

Di India, banyak pembunuhan terjadi di jalanan terhadap perempuan. Belum lagi rompak dan kes aniaya. Aktres ni juga meminta sokongan rakyat untuk ikut menyokong dalam sebuah petisyen. Petisyen tersebut kemudiannya akan disampaikan ke presiden.

"Ada beberapa isu yang menjadi kerisauan besar Kareena," kata sumber.

Bukan hanya kali ini saja Kareena terlibat dalam kegiatan sosial. Sebelum nie pun Kareena pernah ikut menggutip dana untuk mangsa gempa bumi pada 2004. Ia juga ikut membantu program kebersihan India dan pengaliran elektrik ke daerah-daerah mundur.



Read more >>

6 Mac 2011

Rubina Ali hilang tempat tinggal kerana kebakaran!.....

Kongsi 0 comments
6 Mac 2011


Pelakon cilik Rubina Ali kini kehilangan tempat tinggalnya akibat kebakaran yang menimpa warga Bandra, Jumat (4/3).

Tak hanya kehilangan tempat tinggal, pemegang watak Latika masa kecil dalam filem 'Slumdog Millionaire' ni juga kehilangan barang-barang yang menjadi kenangannya.

“Saya kehilangan semuanya, termasuk kenangan filem saya,” katanya kepada Indian Express, Sabtu (5/3).

Aktres 12 tahun ni mengaku yang dia sedang berada di dalam rumah ketika peristiwa tu terjadi.

Bukan rumahnya saja yang musnah, malah sejumlah rumah lain di kawasan penempatan di Garibnagar itu turut hangus di jilat api.

Lebih dari dari 3 orang dikatakan cedera dan ratusan orang kehilangan tempat tinggal dalam insiden ni.

“Tak ada yang datang menolong kami,” lanjut Rubina.


Banyak kenangan telah hilang dari rumahnya ditepi landasan kereta api tu. Dia selesa tinggal disitu walaupun telah meraih populariti antarabangsa.

“Kami hanya dapat menyelamatkan beberapa helai pakaian. Foto-foto saya di Oscar dan kenangan-kenangan lain telah hilang semuanya,” ujarnya pada Reuters, Sabtu (5/3).

Tahun 2008 dulu, Rubina telah terlibat dalam pembikinan filem 'Slumdog Millionaire' yang berjaya meraih 8 penghargaan Oscar. Filem arahan Danny Boyle ni menjadi filem pertama Rubina yang menembusi pasaran antarabangsa.



Laporan asal : tabloidbintang.com
Read more >>

24 Feb 2011

Bos Playboy nikah 16 Jun.....

Kongsi 0 comments
24 Feb 2011


Pemilik majalah Playboy, Hugh Hefner baru-baru nie telah mengumumkan tarikh pernikahan dengan tunangannya, Crystal Harris. Hugh akan bernikah dengan model playboy yang baru berusia 24 tahun tu pada 18 Jun nie.

Seperti dilaporkan Showbiz Spy, Khamis (24/2/2011), hal nie telah diakui sendiri oleh Crystal. Pasangan yang memiliki perbezaan umur 60 tahun tu akan bernikah di Playboy Mansion.

Menurut Crystal, pesta pernikahannya dengan Hugh akan disambut gilang gemilang. Mereka hanya mengundang rakan dan keluarga terdekat sahaja.

Dua anak Hugh dari pernikahan keduanya dengan Kimberley Conrad, Marston (20) dan Cooper (19) akan menjadi pengapit mereka. Bos Playboy berusia 84 tahun tu jugak mengundang dua anak dari pernikahan pertamanya, Christie (48) dan David (45).

Hugh dan Crystal dikatakan dah bersama selama 2 tahun setengah. Penikahan nie adalah yang ketiga bagi Hugh.



Laporan asal : detikhot.com
Read more >>

11 Feb 2011

Isu gaduh : Salman Khan dan Shahrukh Khan enggan damai

Kongsi 0 comments
Ape bende lah dah tua-tua pun nak gado-gado. Dah dekat tiga tahun depa ni dikatakan tidak bertegur sapa. Apa nak jadi lah dengan Salman Khan dengan Shahrukh Khan nie. Nampaknya kedua-dua ikon ni belum lagi menampakkan tanda-tanda untuk berbaik semula. Besar sangat kot kesnya.

Pernah juga Aamir Khan cuba untuk mendamaikan depa berdua nie.
Time tu depa nie dijemput ke majlis perkahwinan aktor Imran Khan dengan Avantika Malik. Aamir saje jer setting time bagi depa ni sampai serentak agar dapat bertemu muka. Tapi gagal juga sebab keduanya sampai waktu yang berlainan. Salman datang terlalu awal dan segera pergi dari majlis bahkan sengaja lalu jalan belakang supaya tidak bertemu dengan Shahrukh. Manakala Shahrukh pula datang lewat. Dia juga meminta maaf kat Aamir kerana kelewatannya.

Ceritanya, punca mereka ni gado sebab Salman
offer Shahrukh berlakon dalam filem dia yang bertajuk 'Mr and Mrs Khanna'. Last-last Shahrukh tolak offer tu sebab dia dah terima offer lain time tu. Tu yang Salman kecewa sangat dan hangin satu badan. Tapi Shahrukh dikabarkan dah minta maaf kat Salman. Alaaa, small matter lah abang. Ini macam kes budak-budak jer. Jangan gado-gado maaa...


Read more >>

7 Feb 2011

Salman Khan tukar nama Bollywood

Kongsi 0 comments


Nampaknya sebelum mati betul-betul bang Salman Khan nak meninggalkan nama...Apa yang dia nak buat nie seolah-olah ingin menjenamakan semula industri perfileman mereka yang selama ini tersohor dengan nama Bollywood...Salman betul tak setuju dengan panggilan Bollywood untuk industri mereka ni...Dia ingin menggantikan nama Bollywood menjadi Hi-FI...Rasa macam nak berkaraoke plak dengar nama tuuu.....

Katanya Hi-FI ni singkatan dari Hindi Film Industry...Kerana katanya dia pun tidak tahu dari mana nama Bollywood ni di ambil.....

Mungkin baginya nama Bollywood tu tak gempak agaknya...Yelah, dah macam terikut-ikut nama industri Mat Salleh pulak kan.....

Salman dah mula bertapak dalam industri ni sejak 1988...Lama tuuu...Kalau ada anak dah bujang punnn...Jadi bila lagi nak menunjukkan ke 'otai'an nya kannn.....

"Saya benci nama Bollywood... Apa maksudnya itu? Menggelikan,"...Ujar Salman dalam Twitter-nya.....



Read more >>
Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords