Hari tu adalah hari bersejarah buat seluruh warga Inggeris. Bagi yang tak dapat menghadiri acara ni, masih ada harapan kerana kabarnya majlis ni akan dirakam dan dijual oleh iTunes.
Hasil rakaman royal wedding ni boleh dimiliki hanya beberapa jam selepas majlis berlangsung.
Dari berita yang dilapor Splash News, Decca Records berjaya mendapatkan hak untuk merakam majlis ni ke dalam format audio. Setelah dikeluarkan dalam format digital di iTunes, Decca Records merancang mengedarkan hasil rakaman ni dalam bentuk CD, kaset, dan piringan hitam satu minggu kemudian. Kemungkinan besar format digitalnya pun boleh didapati di beberapa online store selain iTunes.
Decca Records sudah punya pengalaman. Sebelum ni Decca juga pernah merakam majlis pernikahan Putera Charles dan Puteri Diana pada tahun 1981. Decca juga berjaya mengedarkan hasil rakaman acara pemakaman Puteri Diana pada tahun 1997 lalu. Untuk kali ni Decca Records mungkin tak akan mengalami kesulitan.
Dalam berita yang sama juga disebutkan majlis pernikahan di Westminster Abbey ni akan diiringi oleh Paduan Suara Westminster Abbey, London Chamber Orchestra, Chapel Royal Choir, dan fanfare Team dari Central Band of the Royal Air Force.
0 comments:
Catat Ulasan
Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)