Walaupun belum lagi X-MEN: FIRST CLASS ditayangkan, namun sambungan sekuel filem mutan ni iaitu X4 dan X5 kini sudah siap menjalani penggambaran.
Setelah proses perbincangan yang panjang tentang sekuel X-MEN berjudul X4 ni pada September 2009, produser Lauren Shuler-Donner akhirnya mengumumkan bahawa filem keempat superhero mutan ni memang akan ada sambungannya. Malah X5 pun sudah disiapkan untuk menghibur para peminat yang masih belum puas.
"Kami mengajukan hal ini pada Fox dan mereka menyukai idea itu. Maka X4 pula akan bersambung ke X5," kata produser tersebut.
Dalam wawancara yang sama juga Lauren menyatakan bahawa X4 akan menjadi lanjutan filem populer sebelumnya, X-MEN: THE LAST STAND dan X5 pula adalah sambungan sekuel X4.
Tungguuu.....
0 comments:
Catat Ulasan
Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)