[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

25 Mac 2011

Natalie Portman takut kuman.

Kongsi
25 Mac 2011


Bintang filem BLACK SWAN yang kini sedang hamil anak pertamanya dilaporkan sangat bimbang dengan kuman di persekitaranya.

Natalie Portman dikatakan sentiasa membawa pembersih antiseptik tangan kemanapun dia pergi untuk memastikan dirinya berkeadaan bersih menjelang kelahiran bayinya.

"Menjelang kelahiran bayinya, Natalie sedikit waspada dengan kuman. Dia selalu membawa pembersihan tangan kemana-mana. Dia tidak suka berjabat tangan, dan juga tidak suka berdiri terlalu dekat dengan orang lain, "kata seorang sumber.

Namun tunangannya, Benjamin Millepied, dilihat menyokong tindakan Natalie ni. Dia malah menyediakan peranti pembasmi kuman yang ditempatkan dalam rumah mereka di Los Angeles.

"Ben sangat hebat! Dia mampu membahagiakan Natalie," tambah sumber tersebut lagi sebagaimana dilapor majalah National Enquirer.

Natalie antara artis yang terlalu takut dengan kuman. Begitu juga dengan Jennifer Lopez ketika melahirkan bayi kembarnya pada tahun 2008. Jennifer telah memasang dispenser berisi hand-lotion anti kuman untuk para tetamu yang ingin menjenguk anaknya supaya bebas dari kuman.

Begitu juga pasangan Gwyneth Paltrow dan Chris Martin. Mereka tidak mengizinkan seorang tetamu pun menjenguk bayinya kecuali mereka telah mencuci tangan mereka dengan sabun antiseptik yang mereka telah sediakan.


0 comments:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords