[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

Memaparkan catatan dengan label Miley Cyrus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Miley Cyrus. Papar semua catatan

8 Apr 2011

Miley Cyrus gian 'cup cake'.

Kongsi 1 comments
8 April 2011



Penyanyi dan aktres Miley Cyrus dilihat sungguh bersemangat menikmati jamuan yang dihidangkan di belakang pentas Nickelodeon Kids’ Choice Awards pada hari Sabtu (02/04/2011) lalu.

Selidik punya selidik, rupanya Miley Cyrus telah dihidangkan makanan kegemarannya di sana, iaitu cupcake!.

"Miley datang bersama seorang pengurusnya dan selepas itu menyuruh pengurusnya tersebut untuk berhenti sebentar di meja cupcake. Lalu dia mengambil cupcake mini perisa strawberry merah," kata seorang sumber, sebagaimana dilapor dari laman web HollywoodLife.

"Anda tidak tahu, waktu itu Miley seperti gian cupcake saja," lanjut sumber tersebut.

Sumber tersebut juga mengatakan bahawa Miley sempat menceritakan tentang ibunya yang juga sama-sama mempunyai masalah dengan cupcake. Bekas pasangannya Liam Hemsworth dan ibunya juga adalah penggemar fanatik cupcake. Katanya mereka juga akan perlahap apabila dihidangkan pelbagai cupcake di depan mata.


Read more >>

18 Mac 2011

Oraang tua Miley Cyrus batal cerai.

Kongsi 0 comments
18 Mac 2011



Setelah berbagai masalah dan tekanan yang melanda, Miley Cyrus akhirnya kini dapat bernafas lega dan bahagia.

Satu khabar terdekat bintang Disney ni telah memberitahu bahawa rancangan perceraian kedua orang tuanya kini telah dibatalkan!.

Hal ni sudah dipersetujui oleh ayahnya, Billy Ray Cyrus, dalam sebuah wawancara dengan The View. Billy menyatakan bahawa dia telah memutuskan untuk memberikan satu lagi peluang buat perkahwinannya dengan Tish Cyrus.

"Aku telah membatalkan perceraian. Aku ingin menyatukan keluargaku kembali. Keadaannya sudah sebaik dulu. Aku merasa aku memiliki Miley kembali. Aku merasa kami adalah ayah dan anak sebelum HANNAH MONTANA," katanya.

Dulu Billy telah menyalahkan filem ni sebagai penyebab hancurnya keluarga mereka. Kini Billy juga menyatakan bahawa populariti telah menjadi penyebab semua tu berlaku.

"HANNAH MONTANA tidak menghancurkan keluargaku, tapi populariti. Bila kau sudah 'naik' (dalam populariti), kau akan merasa seperti diikat di sebuah roket," katanya.


Read more >>

16 Mac 2011

Miley Cyrus herdik paparazzi, pertahan ibu.

Kongsi 0 comments
16 Mac 2011


Miley Cyrus dikatakan telah berang pada seorang paparazzi yang cuba mengambil gambar ibunya. Bintang 'Hannah Montana' tu pun terus menghampiri paparazzi tersebut lantas cuba merampas kameranya.

Seperti dilapor Aceshowbiz, hari ni(16/3/2011) peristiwa tersebut berlaku pada 9 Mac lalu ketika Miley sedang makan dengan ibunya di California Chicken Cafe, Hollywood. Ketika Miley meninggalkan restoran, seorang paparazzi dikatakan cuba mendekati ibunya untuk mengambil gambar.

Dengan tangkas sekali, aktres berusia 18 tahun tu terus menjerit dan menghampiri paparazzi tersebut. "Apakah kamu serius? Kamu telah melukai ibu aku dengan kameramu," kata Miley.

Paparazzi yang terkejut dengan tindakan tersebut terus membantah tuduhan Miley tu. Dia mengatakan yang dia tidak mengganggu dan telah menghormati ibu Miley. Miley yang memakai jaket kulit hitam, kacamata besar dan seluar ketat kemudian cuba memberikan peringatan.

"Jangan pernah berpikir untuk melakukan itu. Serius. Itu sangat gila," ancamnya sambil menuding ke arah paparazzi tersebut.



Read more >>

6 Mac 2011

Miley Cyrus rindu Hannah Montana.....

Kongsi 0 comments
6 Mac 2011


Aktres dan penyanyi Miley Cyrus mula popular sejak dia memegang wataknya dalam siri 'Hannah Montana'. Kini, Miley mengaku yang dia sangat rindu dengan watak lamanya tersebut.

Dalam siri tu, Miley memegang dua watak iaitu sebagai gadis biasa Miley Stewart dan watak bintang pop Hannah Montana. Siri tu mula ditayangkan sejak 2006 dan berakhir pada Mei 2010.

"Yea!, saya sangat rindukan dengan segala sesuatu tentang Hannah Montana," kata Miley ketika tampil di talk show bersama Jimmy Fallon, seperti dilapor Showbiz Spy, hari ini.

Tapi, Miley mengaku yang dia tak mahu mengekalkan imejnya sebagai Hannah. Miley mula mengubah penampilannya sejak 2009 iaitu ketika dia melancarkan album 'The Time of Our Lives'. Miley dilihat lebih ingin dikenali sebagai bintang pop dan bukan lagi sebagai artis cilik. Ini terbukti bila dilihat dari penampilan Miley yang semakin sering mengenakan pakaian yang seksi.


Read more >>

18 Feb 2011

Miley Cyrus merepek meraban.......

Kongsi 0 comments
Miley Cyrus yang sebelum nie dilabel sebagai ikon paling buruk dunia hiburan tampil di temu bual Contact Music, Jumat (18/02/2011). Dia berkata yang dia sekarang ni tidak boleh tidur malam kerana resah dengan kemiskinan yang melanda dunia. Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!...Seram dengar dia cakap. Kalah Barack Obama. Baik punya topeng budak nie. Dia punya manis cakap tu sampai yang dengar ni boleh kena kencing manis lah.

Aktres merangkap penyanyi berusia 18 tahun nie ingin menjadi pekerja sosial kat Indonesia katanya. Bintang 'Hannah Montana' tu plan nak menyediakan air bersih bagi penduduk miskin. Ia jugak nak berkunjung ke kampung-kampung pedalaman di Indonesia. Dah macam nak masuk bertanding jawatan YB pulak. YB kita pun tak sibuk macam dia. Buang tebiat betul budak nie.

Menurut Miley, "saya tidak boleh tidur di malam hari karana saya begitu bersemangat melakukan hal-hal baik untuk dunia ni, dan cuba mengubah dunia." ungkapnya. Harap semua tak termuntahlah bila dengar kata-kata dia tu yer. Diri sendiri porak peranda nak ubah dunia konon. Haduh...haduh...

Miley merepek lagi dengan berkata dia nak merealisasikan impiannya tu dalam secepat mungkin. Kalau lambat nanti susah. Ntah apalah maksud dia tu yek.

Tapi, penyanyi remaja itu mengaku sekarang nie jadualnya sudah penuh sepanjang 2011 ini. Plak!...Rasanya Contact Music nie salah time lah interview dia nie. Time minah tu lalok dia interview nya. Memanglah dunia nie ana yang punya...

Sebenarnya nie adalah misi sosial Miley untuk menampilkan imej baik kepada para peminatnya. Miley sebelum nie ranking teratas sebagai artis paling berpengaruh terburuk. Tapi macam orang tak tau nilai dia tu macam mana. Kalau nak buat baik sekalipun ceritalah perkara yang logik. Nie cakap pun nak menyanyi payahlah. Dahlah malas lah ulas cite budak nie. Dah macam kita nie pun dalam alam fantasi jugak. Ariosss

Read more >>

3 Feb 2011

Kontroversi terbaru bintang Hannah Montana

Kongsi 0 comments
Apa dah jadi kepada Miley Cyrus nieee!. Kini semakin ramai remaja perempuan telah memilihnya sebagai model terburuk.




Miley Cyrus ketika keluar di sekitar Hollywood sambil mempamerkan tatu barunya





Malah kini kisah Miley mengalahkan kontroversi dari Lindsay Lohan dan Demi Lovato - walaupun keduanya pernah masuk pusat pemulihan pada tahun 2010.

Kontroversi video merokok, berhibur dengan sangat ghairah dengan teman lelaki di kelab malam selain minum minuman keras walaupun dibawah umur dan kini menambah koleksi kontroversinya dengan mendedahkan tatu keempatnya.




Miley begitu ghairah ditempat awam bersama dengan bekas teman lelakinya Liam Hemsworth



Bintang yang pernah digelar 'Clean Star' ini membuat tatu lain untuk menambah koleksi seni tubuhnya dan beberapa tindikan.

Dia nampaknya sengaja ingin mempamerkan tatunya itu kepada khalayak ramai dengan mengenakan T-shirt yang berlubang di sisi agar mudah dilihat.

Selain itu, Miley yang terkenal dengan watak Hannah Montana ini juga mempunyai beberapa tindikan, termasuk beberapa di telinganya, pusatnya dan hidung.




Seni tubuh: bintang The Hannah Montana mempunyai tatu LOVE di telinganya serta beberapa tindikan


Survei yang dilakukan oleh laman AOL. Miley menerima lebih daripada 58 peratus daripada 99.000 suara untuk selebriti yang pengaruh peling buruk.

Juga di top 10 selebriti berpengaruh buruk adalah bintang Teen Mom, Amber Portwood. Rapper Kanye West dan Chace Crawford pelakon Gossip Girl yang ditangkap kerana memiliki dadah.


Laporan asal: Daily Mail







Read more >>
Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords