[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

Memaparkan catatan dengan label David Bekham. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label David Bekham. Papar semua catatan

23 Feb 2011

Anak Beckham tujuk bakat pada Usher...

Kongsi 0 comments
23 Feb 2011


Ketika Usher selesai melakukan persembahan, anak-anak david Beckham dah sedia menantinya di belakang panggung dan menahan Usher hanya untuk memperlihatkan kemampuan breakdance mereka.

Seperti dilaporkan Contact Music, Rabu (23/2/2011), saksi mengatakan Brooklyn (11), Romeo (8), dan Cruz (5) telah memamerkan aksi breakdance mereka kepada Usher di belakang panggung.

Menurut saksi, "Segera setelah mereka melihat Usher, mereka berlari dan memeluknya. Kemudian mereka menghentikan langkah Usher untuk menunjukkan kepadanya tarian break dance yang pernah ditampilkan Usher."

Ketiga anak David memang teramat sangat meminati Usher. Bahkan, David pernah meminta Usher untuk mengajar tarian kepada anak-anak dia.

Menurut Usher, dia mendapat call dari David dua bulan lepas. Dalam perbualan itu David telah meminta Usher megajarkan anak-anaknya tarian tersebut.



Laporan asal : detikhot.com
Read more >>

Gambar terbaru David Beckham

Kongsi 1 comments
23 Feb 2011




Nie gambar terbaru DAVID Beckham yang dirakamkan di sebuah pesta di London Fashion Week semalam. Bekas kapten Inggris itu kelihatan sangat smart dengan pakaian navy pin-stripe suit nya.

Victoria nampak cantik dengan gaun sutera hitam. Beckham dan VICTORIA yang sedang hamil menghadiri majlis di Liberty Store untuk LOVE, Liberty & Alexander Wang Event.

David baru selesai mengikuti latihan enam minggu dengan pasukan Harry Redknapp di Tottenham Hotspur FC

Sekarang dia akan balik ke Amerika untuk menyertai kembali rakan sepasukannya di LA Galaxy dan mula bersedia menanti kelahiran anak keempatnya.

Dijangkakan bayi mereka akan lahir musim panas ni dan Posh, 36, memang pernah mengumumkan sebelum nie yang dia mahukan lagi anak. Kerana dia dah lama mengidamkan anak perempuan selepas BROOKLYN, 11, ROMEO, lapan, dan CRUZ lima tahun.



Read more >>

17 Feb 2011

Isu pelacur : David Beckham saman

Kongsi 0 comments
Selepas si Victoria hari tu dapat tender mereka pakaian Di Raja Britain, laaa nie keluarga David Beckham dapat lagi rezeki baru. Baru-baru nie David Backham pulak dapat ganti rugi sekitar 500,000 Pound Sterling atas tuntutan pencemaran nama baiknya. Beckham telah menang dalam permohonan ganti rugi itu terhadap seorang penerbit majalah In Touch di Jerman yang menerbitkan sebuah berita palsu.

Apa yang dilaporkan oleh In Touch sebelum nie ialah menuduh Beckham telah menyewa seorang pelacur bernama Nici. Dalam laporan itu gak menyatakan Beckham telah menyewa Nici dengan harga dua ribu Pound Sterling kat sebuah hotel di New York. Beckham telah membawa kes ini ke mahkamah di Jerman kerana majalah itu diterbitkan kat sana.

Pernah jugak Beckham membawa tuntutannya tu kat Los Angeles Amerika, tapi hakim tolak tuntutan tu sebab katanya alasan penerbit tu kukuh dan tak terbukti berniat jahat untuk menjatuhkan Beckham. Tapi bila dibawa ke Jerman, nampaknya tuntutannya diterima di negara tu. Tapi walau pun Beckham dah menang kat Jerman, dia tetap tak puas hati lagi dan nak buat tuntutan jugak kat Amerika sampai berjaya. JenTik rasa last-last nanti Beckham ni mati kena timbus dengan duit lah.


Read more >>

7 Feb 2011

Anak baru Beckham

Kongsi 0 comments


Hmmm...Nampaknya semakin terbuktilah kejantanan David Beckham ni kan kawan-kawan...Dia dijangka akan menerima anak ke empat tidak lama lagi...Manakala anak yang sedang dikandung oleh Victoria itu telah disahkan perempuan...

Pasangan Becks akhirnya mengetahui jantina sang bayi setelah melakukan 4D scan di Rivers Hospital, Sawbridgeworth, Inggris...

Pasangan itu sebelum ini mengatakan betul-betul mengharap untuk mendapatkan anak perempuan...Dan segala impian mereka kini benar-benar tercapai...

Nampaknya semakin lengkaplah keluarga Becks sekarang dan menjangkakan itu adalah anak terakhir untuk mereka...Mereka sudah memiliki tiga anak laki-laki...Brooklyn (11), Romeo (8) dan Cruz (5)...

Jadi , mana-mana peminat yang berangan nak tengok team bola sepak anak-anak Beckham terpaksalah melupakan hasrat tu yeaaa...Memandangkan Beckham nak empat anak jerrr...

Read more >>

2 Okt 2010

Lagi tuduhan curang David Beckham

Kongsi 0 comments

Sherry Shabani (gambar di bawah) dan suaminya Joseph Kambiz kini di dalam proses penceraian. Shabani seorang pereka barangan kemas yang memberikan perkhidmatan mereka barangan kemas untuk ramai selebriti-selebriti terkenal telah menerima tuntutan cerai daripada suaminya Kambiz seorang jutawan terkenal yang memulakan kerjayanya sebagai seorang peguam.

Di dalam satu kenyataan, Kambiz telah menuduh isterinya mempunyai hubungan sulit bersama bintang bola sepak England iaitu David Beckham. Walau bagaimanapun isterinya Shabani menafikan keras dakwaan itu. Shabani mendakwa bahawa suaminya itu telah gila kerana pernah dikatakan cuba melanggar David Bekham menggunakan keretanya di saat bintang bola sepak itu menurunkan anaknya di sebuah sekolah yang sama dengan tempat persekolahan anak pasangan Shabani dan Kambiz.

Selepas satu pertelingkahan, Polis telah dipanggil dan Kambiz beriya-iya ingin memberikan kenyataannya kepada Polis. Kambiz mendakwa Shabani memiliki hubungan sulit dengan David Beckham. Kambiz ingin menyebarkan kenyataan tersebut kepada sidang media dan ingin menghebohkan perkara itu ke pengetahuan umum.

David Bekham pula saat ditemui pemberita, tanpa merujuk kepada nama Kambiz ataupun Shabani dia mengatakan bahawa ini satu lagi konspirasi untuk memburukkan namanya. Beliau berkata ini adalah cerita palsu yang sengaja diada-adakan.

Di bawah ini gambar Shabani yang dimaksudkan, sila klik gambar untuk membesarkan image.





Read more >>
Related Posts with Thumbnails
 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords