[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

Memaparkan catatan dengan label Filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Filem. Papar semua catatan

1 Apr 2011

Batman meneruskan lagi tugasnya tahun hadapan!

Kongsi 1 comments
1 April 2011


Pengumuman tentang berakhirnya kisah Batman dalam filem terakhirnya kini disangkal pabila wujudnya THE DARK KNIGHT RISES sebagai penebus semula kekecewaan semua penggemar siri superhero tu.

Warner Bros rupanya tak sungguh-sungguh 'mengakhiri' riwayat si superhero ni berikutan ada khabar angin mengatakan filem nie akan disambung lagi.

Hal ni diungkapkan oleh bos Warner Bros sendiri, Jeff Robinov, yang juga turut menyatakan bahawa Christopher Nolan masih turut terlibat dalam filem nie walaupun tak lagi menjadi pengarahnya.

"Kami memang akan melancarkan Batman ketiga malah selepas itu juga kami harus memunculkan Batman lagi. Chris Nolan dan Emma Thomas (isterinya) juga akan menjadi produser untuk filem itu, jadi akan ada perbincangan dengan mereka tentang lanjutan filem ini," kata Robinov.

Selain Batman, dia juga menyatakan bahawa filem superhero lain seperti The Flash dan Wonder Woman juga akan diteruskan setelah Warner Bros selesai berbincang dengan JUSTICE LEAGUE.

Sebelum nie, filem ketiga Batman tersebut rencananya akan ditayangkan pada tahun 2013. Tapi apa yang pasti THE DARK KNIGHT RISES nie telah dijadualkan tayangannya pada 20 Julai 2012 akan datang dengan menampilkan beberapa bintang handalan seperti Christian Bale, Anne Hathaway dan Tom Hardy.


Read more >>

31 Mac 2011

Filem X-Men 4 dan X-Men 5 sedia menemui peminat.

Kongsi 0 comments
31 Mac 2011


Kini dikatakan para produser Fox benar-benar ingin memuaskan hati para peminat filem superhero X-MEN.

Walaupun belum lagi X-MEN: FIRST CLASS ditayangkan, namun sambungan sekuel filem mutan ni iaitu X4 dan X5 kini sudah siap menjalani penggambaran.

Setelah proses perbincangan yang panjang tentang sekuel X-MEN berjudul X4 ni pada September 2009, produser Lauren Shuler-Donner akhirnya mengumumkan bahawa filem keempat superhero mutan ni memang akan ada sambungannya. Malah X5 pun sudah disiapkan untuk menghibur para peminat yang masih belum puas.

"Kami mengajukan hal ini pada Fox dan mereka menyukai idea itu. Maka X4 pula akan bersambung ke X5," kata produser tersebut.

Dalam wawancara yang sama juga Lauren menyatakan bahawa X4 akan menjadi lanjutan filem populer sebelumnya, X-MEN: THE LAST STAND dan X5 pula adalah sambungan sekuel X4.

Tungguuu.....

Read more >>

19 Mac 2011

Wonder Woman design baru.

Kongsi 0 comments
19 Mac 2011



WONDER WOMAN kini dengan wajah 'baru'!.

Superhero cantik ni dulu terkenal dengan kostum merah dan seluar dalam pendek berwarna biru tapi tahun ni dia akan berkostum baru yang dilihat lebih seksi walaupun tak perlu buka-bukaan.

Adrianne Palicki pemegang watak WONDER WOMAN, untuk pertama kalinya mepamerkan kostum baru super hero tu dengan kostum ketat berwarna merah dan biru berdasarkan material PVC. Kostum ni dilihat sama dari kostum dahulunya, cuma ada beberapa perubahan yang membuatnya tampak lebih moden.

Layannn.....



Read more >>

Gambar kesilapan dalam filem-filem James Bond.

Kongsi 1 comments
19 Mac 2011


James Bond 007 adalah karakter fiksyen yang dicipta pada tahun 1953 oleh penulis Ian Fleming.

Karakter tersebut ditampilkan dalam dua belas novel dan dua koleksi cerita pendek. Karakter tu kini telah diadaptasi ke filem dan menjadi karakter paling berjaya secara finansial franchise untuk filem berbahasa Inggris. Proses ni dimulakan pada tahun 1962.

Walaupun James Bond sentiasa digarap mengunakan teknologi terkini mengikut perkembangan zamannya, tapi ternyata para producer tak dapat mengelakkan beberapa kesilapan kecil yang akhirnya dapat dikesan oleh para pemerhati filem.

Walaupun kesilapan minimum ni biasanya tak disedari oleh penonton, tapi atas kesilapan minimum ni juga telah memalukan production mereka yang sentiasa menghabiskan budget besar untuk menyiapkan setiap filem tu.

Laaa ni telah disediakan beberapa gambar yang menunjukkan kesilapan-kesilapan kecil didalam filem James Bond dari siri awal filem ni diterbitkan sehinggalah filem-filem terbaru mereka. layannn...























Read more >>

Pengarah tarik diri dari 'THE WOLVERINE'.

Kongsi 0 comments
19 Mac 2011


Sekuel THE WOLVERINE akan berbeza selepas ni.

Ini kerana Darren Aronofsky yang menjadi pengarah sejak tahun lalu telah menyatakan hasratnya untuk mengundur diri dari filem yang dibintangi Hugh Jackman ni.

Apa alasan Darren?

Nampak seperti seorang profesional yang rela mengorbankan apa saja untuk kariernya. Tapi ternyata alasan Darren melepaskan peluang ni adalah kerana keluarga. Ketika dirinya harus memilih antara keluarga atau karier, Darren lebih memilih keluarganya.

"Setelah berbincang tentang filem ini bersama Fox, bagiku jelas produksi THE WOLVERINE akan membuatku berada di luar negara hampir satu tahun. Aku tidak selesa berada jauh dari keluarga selama itu," kata Darren.

Darren, yang memiliki seorang anak lelaki berusia 5 tahun dari bekas kekasihnya Rachel Weisz, juga menyatakan, "Aku sedih kerana tak turut serta melihat projek ini berjalan, kerana jalan ceritanya sangat menarik dan aku juga sangat suka bekerja bersama sahabatku, Hugh Jackman."

Pihak produser juga sangat kecewa dengan penarikan diri Darren dari filem ni. "Walapun kami memang kecewa kerana Darren tak terlibat dalam THE WOLVERINE, tapi kami memahami dan menghormati alasannya. Setelah bekerja dalam THE WRESTLER dan BLACK SWAN dengan Darren, kami tahu dia punya bakat luar biasa dan kami tak sabar untuk bekerja sama lagi di masa depan," kata juru cakap Fox.

Walaupun Darren tarik diri, tapi Jackman dan Fox yakin bahawa mereka akan menyelesaikan THE WOLVERINE dengan sebaik mungkin. Shooting akan diadakan di Jepun, sesuai dengan plot yang sudah dirancang dengan teliti.


Read more >>

18 Mac 2011

Preview ' SCREAM 4' !

Kongsi 0 comments
18 Mac 2011



1) 'SCREAM' awalnya dijangkakan sebuah trilogi namun sejak muncul bahagian ketiga, khabar angin bakal munculnya bahagian keempat sudah mula diperkatakan.

2) Bahagian keempat berjudul 'SCREAM 4' diterbitkan selepas sebelas tahun dari bahagian ketiga yang ditayangkan pada tahun 2000.

3) Setelah jadi khabar angin cukup lama, David Arquette, Courteney Cox, dan Neve Campbell akhirnya rasmi untuk kembali dalam 'SCREAM 4' ni.

4) Wes Craven yang mengarahkan tiga filem awalnya pun telah bersedia menduduki kerusi pengarah pada projek kali ni.

5) Filem ni sepatutnya ditayangkan pada bulan Oktober 2010, tapi kerana masih ada bahagian yang belum sempurna, maka jadual tayangan terpaksa ditunda hingga 15 April 2011.

6) Scout Taylor-Compton dan Shane Dawson telah mengikuti audition untuk filem ni.

7) Awalnya Ashley Greene diminta menjadi pelakon utama namun akhirnya watak tu diberikan kepada Emma Roberts.

8) Lake Bell mulanya pasti turut berlakon tapi akhirnya dia undur diri waktu shooting sudah berjalan. wataknya kemudian diambil alih oleh Marley Shelton.

9) Lauren Graham juga undur diri saat akhir ketika filem ni sudah mula shooting. Mary McDonnell kemudian menggantikan posisinya.

10) Ketika table reading sudah dimulakan (25 Jun 2010) seluruh pelakon diminta berhenti pada muka surat 75 agar tidak seorang pun tahu kisah akhir untuk filem ni.

11) 'SCREAM 4' adalah satu-satunya filem horor yang berjaya kerana tetap menggunakan pelakon yang sama untuk karakter-karakter utamanya.

12) 'SCREAM 4' ni mempunyai jarak 15 tahun dari filem pertamanya yang ditayangkan pada 1996.

13) Wes Craven berkata dia tak mau menjadi pengarah kecuali jika jalan cerita filem ni lebih bagus dari bahagian pertama dulu.

14) Wes Craven juga muncul sebagai Cameo dalam filem ni. Dia telah meminta peminatnya untuk memberi buah fikiran apa yang mereka ingin tontonkan melalui Twitter.

15) Trailer pertama filem ni telah muncul dalam acara Spike TV Scream Awards 2010.

16) Ada khabar angin mengatakan Patrick Dempsey bakal meneruskan karakter yang dia pegang dalam 'SCREAM 3', tapi tu mungkin hanya rumor.

17) Dalam filem ni Anthony Anderson diberi watak sebagai Deputy Perkins. Anderson juga pernah muncul dalam beberapa siri 'SCARY MOVIE'. 'SCARY MOVIE' pertama adalah adaptasi dari 'SCREAM'


Read more >>

17 Mac 2011

Daredevil kembali!.

Kongsi 0 comments
17 Mac 2011


Peminat superhero bakal sekali lagi 'menikmati' kisah superhero buta, DAREDEVIL tak lama lagi. David Slade, pengarahnya sedang merancang 'membangkitkan kembali' watak superhero ni!

Projek ni sebenarnya sudah diluluskan 20th Century Fox and Regency sejak awal 2010 lagi, tapi pemilihan David Slade baru diumumkan awal tahun ni.

Fox juga menyatakan bahawa para fans jangan mengharap filem barunya tu adalah sambungan dari filem DAREDEVIL asal tahun 2003 tu.

Mungkin dalam filem barunya nanti, Fox akan membawa kisah 'kelahiran kembali' pahlawan, tanpa menambahkan material dari filem sebelumnya yang diarahkan oleh Mark Steven Johnson.

Seperti yang dilapor THR, filem tu akan diadaptasi dari komik Born Again yang ditulis oleh Frank Miller. Kingpin of Crime diceritakan mulai mengetahui identiti superhero dan berusaha menghancurkan hidupnya dengan rancangan sistematik.

David Slade juga sudah menghasilkan banyak karya epik sepanjang kerjayanya sebagai pengarah. Antaranya ialah 30 DAYS OF NIGHT, THE TWILIGHT SAGA: ECLIPSE, THE WOLVERINE, dan banyak lagi. Namun penglibatan Ben Affleck sebagai aktor utama seperti filem terdahulunya masih belum dapat dipastikan.


Read more >>

16 Mac 2011

Persaingan 3 wanita merebut tempat sebagai kekasih Batman.

Kongsi 0 comments
16 Mac 2011



Film Batman terbaru bertajuk ‘Dark Knight Rises’ akan segera memulakan penggambaran tak lama lagi. Pengarahnya, Christopher Nolan kini sedang sibuk memilih selebriti cantik yang akan memegang watak dalam filem tersebut.

Nolan sudah mempunyai senarai beberapa nama aktres yang akan dipanggilnya untuk casting. Antara nama-nama yang disebut-sebut adalah Keira Knightley, Anne Hathaway dan Jessica Biel. Ketiga-tiga aktres senior tu akan digandingkan dengan dua pendatang baru iaitu Kate Mara dan Charlotte Riley.

Menurut satu akhbar Hollywoood, Nolan hingga kini masih lagi sibuk memilih pelakon yang sesuai untuk digandingkan dengan hero dalam filem Batman tersebut. Seperti berita yang dilaporkan Popeater, Nolan tetap memilih Knightley, Hathaway dan Biel sebagai calon terkuatnya ketika ni. Sementara tu, Riley dikatakan sudah siap menjalani screen test dua minggu lepas.

Dari nama-nama aktres tersebut, Nolan akan memilih dua orang aktres yang masing-masing akan memegang watak wanita jahat dan kekasih Batman.

Christian Bale dilihat tiada persaingan untuk wataknya sebagai Batman dalam filem terbaru ni. Bale pernah mengatakan bahawa filem ni adalah watak terakhirnya sebagai Batman. Dia telah mengumumkan hal tersebut untuk memastikan yang dia tidak akan lagi terlibat dengan Batman.


Read more >>

12 Mac 2011

Studio Harry Potter terbakar!...

Kongsi 0 comments
12 Mac 2011


Kru dan staff HARRY POTTER telah mendapat effect yang real dalam beberapa adegan pertarungan berlatar belakangkan api diantara Harry dan Dumbledore melawan Voldemort. Ini kerana studio tempat shooting filem popular ni benar-benar terbakar.

Bomba segera dipanggil pada Kamis (10/3) menuju ke studio Leavesden Film milik Warner Bros yang berada di Hertfordshire, UK. Di sinilah tempatnya HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS PART II dirakamkan.

Bomba dilaporkan bekerja keras selama lebih 1 jam untuk memadamkan api yang merebak. Punca dan kerugian akibat kebakaran ni belum lagi diketahui.

"Nasib baik blok yang terbakar sedang kosong kerana masih dibaik pulih. Tapi akan jadi lebih parah jika bomba tidak bertindak cepat," kata salah satu staf studio pada Daily Mirror.

Studio ni dirancang juga akan dibuka untuk pelawat mulai tahun depan. Studio ni diberi nama 'The Making of Harry Potter', para peminat akan dapat melihat setting, kostum, maupun prop yang digunakan dalam filem kegemaran mereka ni.



Read more >>

11 Mac 2011

Judul filem Harry Potter paling laris!!!.....

Kongsi 0 comments
11 Mac 2011


Dari tujuh filem Harry Potter yang telah ditayangkan, ternyata "Harry Potter and Deathly Hallows Part 1" dilihat paling laris dan mendapat kutipan terbesar di pasaran antarabangsa.

Filem tu telah mengaut keuntungan sebanyak US$657.24 juta mengalahkan keuntungan "Harry Potter Potter and the Philosopher’s Stone" pada 2001 yang mengaut US$657 juta di seluruh dunia. Ini telah dinyatakan oleh Warner Bros semalam, sebagaimana dilapor The Hollywood Reporter.

"Tentu sangat sukar menembus rekod pendapatan filem sebelumnya dan film (Harry Potter) ini telah melalui perjalanan yang luar biasa," kata Jeff Robinov, Presiden Warner Bros Pictures Group.

Filem sekuel Harry Potter yang terakhir ialah Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2 akan ditayangkan pada November nie.

Jika digabungkan pendapatan filem Harry Potter I - VII, maka filem sekuel Harry Potter tu menjadi filem terlaris sepanjang masa dengan kutipan sebanyak 6.37 trilion dolar AS.



Read more >>

Filem baru 'Tomb Rider' ditayangkan 2013!!!.....

Kongsi 0 comments
11 Mac 2011



Masih belum dipastikan lagi siapa yang akan menggantikan Angelina Jolie sebagai Lara Croft untuk filem 'Tomb Raider' akan datang. GK Films tetap mengumumkan filem tersebut akan ditayangkan pada 2013 akan datang.

"Kita sudah tidak sabar untuk merakamkan filem yang sudah sangat berjaya itu," kata produser Graham King, seperti dilapor Aceshowbiz, Selasa (8/3/2011).

King menceritakan versi baru 'Tomb Raider' nie akan menampilkan musuh baru Lara Croft. Desas desus menyatakan Olivia Wilde akan memegang watak sebagai Lara dalam filen ni, tapi ketika dipastikan, dia telah membantahnya.

Sampai laaa ni, King masih lagi mencari pengarah yang sesuai untuk mengarahkan filem tersebut. Kabarnya, King lebih tertarik dengan pengarah baru daripada yang berpengalaman.

'Tomb Raider' pertama ditayangkan pada 2001. Selepas tu, sekuelnya 'Tomb Raider: The Cradle of Life' pada 2003. Dua filem tersebut telah mengaut keuntungan hingga US$ 423 juta dan berjaya membawa nama Angelina Jolie ke senarai aktres top Hollywood


Read more >>

6 Mac 2011

'G.I. Joe 2' dipawagam 2012!.....

Kongsi 0 comments
6 Mac 2011


'G.I. Joe: The Rise of Cobra' antara filem yang berjaya ketika ditayangkan pada 2009 lalu dan berhasil mengaut pendapatan sehingga US$ 302 juta. Sekuel terbarunya juga dijangkakan bakal menyusul pada Ogos 2012 akan datang.

Menurut Aceshowbiz hari ni, untuk produksi 'G.I. Joe 2', Paramount Pictures akan mengundang sutradara Jon Chu. Ini kerana Jon telah berjaya dalam pengarahan film Justin Bieber 'Never Say Never' dan 'Step Up 2'.

Tapi dijangkakan tak semua karakter yang ada di filem pertamanya akan kembali beraksi di 'G.I. Joe 2' ni. Karakter yang masih dikekalkan iaitu, Snake Eyes, Storm Shadow dan Duke.

Aktor Channing Tatum dipertanggung jawabkan untuk kembali memegang watak utamanya sebagai Duke. Begitu juga dengan Lee Byung-hun dan Ray Park. Ini kerana Paramount Pictures tak mau mengambil ramai aktor atau aktres top yang akan melibatkan kos yang tinggi.

Rhett Reese dan Paul Wernick yang berjaya dengan 'Zombieland' adalah individu yang bertanggung jawab menulis naskah filem tersebut.



Laporan asal : detikhot
Read more >>

24 Feb 2011

Filem-filem 2011.....

Kongsi 1 comments
24 Feb 2011



Laaa nie apa kata kita usha-usha tentang info dunia perfileman kita. Sooo, blehlah kita spend duit awal-awal jangan kasi kacau, khas untuk beli tiket wayang sahaja. Kiralah berapa banyak filem tu, pastu darab dengan RM8 dapatlah berapa. Jadi itu duit kasi simpan tepi awal-awal yer. Jangan kacau!. Nak topup bleh mintak duit dengan aweks yer. Duit nie khas untuk support filem-filem tempatan kita. Kalau nak tengok dengan aweks suruh depa beli tiket sendiri!!!...Nanti kang takut lari budget. Takut tak dapat tengok cerita yang lain plak.

Kat sini, JenTik senaraikan filem2 yang akan ke pawagam pada 2011 nie.

Sebanyak 23 buah filem, akan di tayangkan pada tahun nie.


SENARAI FILEM 2011

1)Khurafat

2)Dalam Botol

3)Haq

4)Sini Ada Hantu

5)Ratu The Movie

6)Hikayat Merong Mahawangsa

7)Dimensi Cinta

8)Misteri Jalan Lama

9)Hanyut

10)Misteri Dendam Balan-balan The Movie

11)Alamaya

12)Mantera

13)Libas

14)Appalam

15)Kantoi

16)Johnny Bikin Filem

17)Syirik

18)Eee… Hantu!!!!

19)Shh.. Dia Datang

20)Berani Punya Budak

21)Gentayangan

22)CCTV

23)Rasuk

Enjoy your popcorn!


Read more >>

Dragon Ball kembali di NTV7!!!.....

Kongsi 1 comments
24 Feb 2011


DRAGON BALL KEMBALI DI NTV7!!!......
Dragon Ball (ドラゴンボール) adalah sebuah komik dan anime Jepun yang popular di seluruh dunia. Atok-atok dan nenek-nenek pun suka tengok cerita yang dikarang oleh Akira Toriyama dari tahun 1984 sampai 1995 nie. Komiknya terdiri dari 42 siri. Dragon Ball menceritakan tentang seorang budak bernama Goku yang hidup di tengah gunung sendirian. Dia bertemu dengan Bulma, seorang gadis muda yang bijak. Mereka berusaha mengumpulkan 7 bola ajaib yang boleh mengabulkan semua keinginan. Bola-bola tersebut dinamakan Dragon Ball.


Keterangan: Dragon Ball adalah 7 bijik bola kristal yang tersebar di seluruh dunia, bola tersebut berwarna jingga dan terdapat titik bintang untuk menentukan bilangannya. Apabila seseorang berhasil mengumpulkan 7 bijik Dragon Ball tu maka akan muncul seko dewa naga yang mampu mengabulkan apa saja permintaan, bahkan termasuk menghidupkan orang mati.

Dalam perjalanannya bersama Bulma untuk mencari Dragon Ball, Goku telah berhadapan dengan banyak rintangan, salah satunya adalah dari kumpulan 'Red Ribbon'. Kelompok ni pun mempunyai keinginan yang sama dengan Goku dan Bulma.
Check It Out!!!.....


Read more >>

21 Feb 2011

Filem baru Spiderman akan ke pawagam

Kongsi 1 comments
Sejak tahun lepas lagi filem Spider-Man terbaru dah menjadi buah mulut di seluruh dunia. Makanya dijangkakan bulan Julai 2012 filem ni akan mula ditayangkan di pawagam seluruh dunia.

Filem ni masih dalam pembikinan dan proses pengambaran dalam bentuk 3D. Ada yang berkata filem ni akan menceritakan Peter Parker (Spider-Man) time zaman sekolah sama macam filem pertama 'Spider-Man' tahun 2002.

Columbia Pictures mengumumkan tajuk filem Spider-Man tu ialah'The Amazing Spider-Man' pada 14 Februari 2011 di Culver City, California.

Walaupun mengisahkan waktu sekolah seperti siri 2002 tapi mungkin cara penceritaannya berlainan dan yang paling penting watak Mary Jane takde dalam filem ni.

Watak Peter Parker dibawakan oleh Andrew Garfield. Kalau sebelum nie Mary Jane menjadi gadis impian Peter Parker tetapi bukan untuk filem terbaru ni. Heroin terbaru tersebut ialah Gwen Stacy lakonan Emma Stone. Dalam komik Gwen adalah cinta pertama Peter Parker sebelum Mary Jane. Musuh Spider-Man kali ini ialah Lizard lakonan Rhys Ifans dan Proto-Goblin lakonan dari pelakon Bollywood iaitu Irrfan Khan.

Filem ini diarahkan oleh Marc Webb. Filem arahan pertama dia ialah filem '(500) Days of Summer' tahun 2009. Filem 'The Amazing Spider-Man' adalah filem arahannya yang kedua. Walaupun dia pengarah yang kurang pengalaman, tapi telah mendapat pujian dari kalangan karyawan dan peminat filem Hollywood.



Laporan asal : murai.com
Read more >>

19 Feb 2011

Genre porno : Untuk Filem Harry Potter akan datang

Kongsi 0 comments
Filem 'Harry Potter' merupakan antara filem-filem terbaik yang pernah dihasilkan oleh Hollywood. Setiap siri yang diterbitkan pasti 'gempak' punyalah. Sampaikan penulis bukunya pun boleh kaya raya. Laaa ni sibuk pulak katanya yang filem nie nak diterbitkan dalam genre porno???...Wowwwww!

Sebenarnya apa yang dilihat adalah industri filem porno Hollywood tak ingin menyia-nyiakan ke'
popular'an 'Harry Potter' nie. Jadi mereka cuba untuk menggarapkan kisah Harry, Hermione dan Ron untuk diadaptasi menjadi sebuah filem porno.

Menurut Aceshowbiz, Jumat (18/2/2011), perusahaan filem-filem porno
Hustler Video kini dalam proses untuk menerbitkan'This Ain't Harry Potter XXX'. Apa yang gempaaak lagi dia orang nak buat filem tu dalam format 3D.

Sebenarnya sebelum nie pun dia orang dah terbitkan beberapa edisi filem-filem porno yang di adaptasi dari filem-filem komersial lain contohnya
'This Ain't Avatar XXX 3D' dan 'This Ain't Ghostbusters XXX 3D parodies'. Makanya dia orang nie nak teruskan lah tren yang juga mendapat sambutan hangat tu. Tak payah pening-pening kepala, confirm meletup punyalah. Mungkin tu lah yang difikirkan oleh pengarah Hustler, Drew Rosenfeld.

Dalam 'This Ain't Harry Potter XXX' nie dia orang akan menampilkan kehidupan Harry ketika mereka semua sudah dewasa.

'This Ain't Harry Potter XXX' mengikut plan akan ditayangkan pada 2011 ini. Sooooo....

Read more >>

Hollywood memberhentikan pengedaran filem, banyak panggung wayang akan di tutup

Kongsi 0 comments
Lepas nie confirm pihak yang mengimport dan menayangkan film asing akan mengalami kerugian besar. Antara syarikat yang akan mengalami kerugian contohnya 21 Cineplex dan akan menyebabkan ratusan panggung wayangnya yang banyak menayangkan fillem-filem asing terpaksa ditutup.

Contohnya di Indonesia saja ada sekitar 500 panggung yang dimiliki 21 cineplex. Sebagai pihak yang diberi hak untuk menayangkan filem import dia akan kehilangan ratusan judul filem setiap tahun. Kalau tak ada filem-filem asing nie memang mengganggur lah panggung wayang semua. Sebab biasanya filem yang dibuat oleh sesebuah negara tu berapa banyak je setahun kan. Maka memang harus ditutup jelah gamaknya. Kalau nak tunggu filem tempatan memang pensan.

Sedangkan produksi filem Indonesia waktu nie belum dapat memenuhi panggung yang ada. Sampai laaa ini filem tempatan baru mampu memproduksikan 50-60 judul setahun. Hmmm...banyak jugak filem indon nie yea.

Apa yang bakal menjadi masalah besar ialah nasib 10 ribu pekerja 21 Cineplex di Indonesia dan keluarganya akan terancam.

Hal nie di katakan oleh jurucakap pihak 21 Cineplex sendiri Noorca Masardi semalam (18/2/2011).


Read more >>

18 Feb 2011

'Bad Boy 3' akan ke pawagam

Kongsi 1 comments
Kini filem 'Bod Boys 3' yang bergenrekan komedi aksi dikatakan sudah mula di produksikan menurut salah seorang bintang dalam filem tersebut, Martin Lawrence. Lawrence mengatakan saat ini skrip 'Bad Boys 3' sedang dibuat. Dalam 'Bad Boys 3' itu nanti aktor berusia 45 tahun nie akan berpasangan semula dengan Will Smith seperti sebelum nie. Menurut katanya lagi, Will jugak dah bersetuju untuk menyambung watak lamanya itu dalam film tersebut. Papehal pun 'Bad Boy' memang class!

First time 'Bad Boys' selaku filem aksi ni telah di produksikan pada 1995. Kemudian filem tersebut dibuat sekuelnya lapan tahun selepas tu dan berjaya menduduki carta teratas box office di banyak negara.

Lawrence menyampaikan kabar tersebut ketika dia sedang mempromosikan filem terbarunya, 'Big Momma's: Like Father Like Son' yang telah berada di pawagam. .

Lawrence yang memegang watak sebagai Marcus Burnett dalam filem 'Bad Boys' adalah seorang detektif di Miami, Amerika Syarikat. Dia dan rakannya, Mike Lowrey (Will Smith) selalu menumpaskan jaringan dadah meskipun dengan caranya yang nampak mengarut.
Sooo, wait and see okey!!!


Read more >>

Smallville disambung dalam Superboy

Kongsi 0 comments

Berita baik untuk penggemar Smallville!...Sedia maklum minggu lalu, semua peminat siri tv Smallville mengetahui bahawa Michael Rosenbaum akan kembali sebagai Lex Luthor untuk siri terakhir Smallville.

Nampaknya sekarang kita ada berita yang lebih baik iaitu ada keMUNGKINan siri kegemaran ramai ini akan bersambung untuk mengisahkan kehidupan selepas Smallville. Mengikut perancangan ia akan disambung dalam siri Superboy.

Seiring dengan Lex, Superboy juga akan diperkenalkan kepada dunia di akhir siri Smallville nanti. Jadi ini akan memudahkan siri Superboy itu menyesuaikan diri bila ianya ditayangkan kelak. Sooo, sama-samalah kita tunggu yer...
Check it out!!!


Read more >>

28 Sep 2010

Hari ke empat MAGIKA kutip RM 1.3 Juta

Kongsi 0 comments


PETALING JAYA: Selepas empat hari ditayangkan di pawagam-pawagam di Malaysia dan Brunei, filem Magika telah berjaya memperoleh kutipan sekitar RM1.3 juta.

Penerbit filem tersebut dari KRU Studios, Norman Abdul Halim (gambar), bersyukur dengan sambutan yang diberikan oleh penonton sekali gus membuktikan genre muzikal mendapat tempat di hati masyarakat tempatan.

“KRU Studios berharap perolehan bagi Magika akan terus meningkat berdasarkan maklum balas yang amat positif di Facebook serta pengkritik filem.

“Kami menjangkakan jumlah ini akan terus meningkat pada minggu akan datang kerana faktor ‘hujung bulan’ dan selesainya perayaan Hari Raya.

“Dengan sambutan untuk sesuatu konsep yang baru seperti ini, kami percaya filem-filem yang akan dipasarkan kelak seperti ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ akan diterima ramai, kerana kelainan yang dapat diberikan kepada penonton filem tempatan,” katanya dalam kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online, Isnin.

Filem arahan Edry Abdul Halim itu mula ditayangkan pada 23 September lalu.

Filem bercorak muzikal fantasi tersebut mengisahkan perjalanan Ayu dan Malik di dunia fantasi bernama magika selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi buta.

Sewaktu berada di alam Magika, mereka bertemu dengan watak-watak mitos yang sebelum ini hanya diketahui menerusi pembacaan sahaja.

Antara cerita dongeng rakyat yang di ketengahkan dalam Magika seperti kewujudan watak Badang, Nenek Kebayan, Puteri Gunung Ledang, Bunian, Pak Pandir, Pokok Bersaudara, Bawang Putih Bawang Merah, Awang Kenit, Mahsuri, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Nujum Pak Belalang dan Hang Tuah.

Magika menampilkan artis terkenal seperti Diana Danielle, M. Nasir, Ziana Zain, Ning Baizura, Mawi, Aznil Hj Nawawi, Fauziah Ahmad Daud dan Sharifah Amani.

Salah satu lagunya, Penyembuh Rindu nyanyian duet Mawi dan Diana Danielle sedang rancak dimainkan di corong-corong radio.

Lagu-lagu lain yang dimuatkan ialah Gebang (Maya Karin), Asal Menjadi Cantik (Ning), Rahsia Awet Muda (Ziana), Kita Bersaudara (KRU), Mana Nak Lari (Aleya, Amani, Adibah dan Ziana) dan Naga Tasik Chini (M. Nasir, Mawi, Diana dan Fimie).

Sumber: mStar

Read more >>
Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords