[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

Memaparkan catatan dengan label Fazura. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fazura. Papar semua catatan

6 Mac 2011

Silikon payudara pecah : Lagi komen Fazura.....

Kongsi 0 comments
6 Mac 2011


DIA selebriti terkenal, disebut-sebut sebagai antara pelakon berkarakter di layar perak.

Ekoran kredibiliti, pakej kejelitaan semulajadi miliknya, dia dilantik pula sebagai duta pelaris bermacam-macam produk.

Sensasi Nur Fazura Sharifudin diwarnai cerita mahkamah, penyebaran video lucah yang dikaitkan dengan namanya serta kisah cinta kerabat diraja.

Tiba-tiba terbongkar cerita kononnya implan silikon payu dara Fazura pecah sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital untuk satu rawatan kecemasan.

Apabila perkataan 'silikonnya pecah' digunakan dalam sebuah portal hiburan, mudah untuk pembaca berteka-teki, pernahkah aktres cantik itu melakukan pembedahan memasukkan silikon untuk mencantikkan payu dara miliknya.

Dia juga didakwa ada mendapatkan rawatan di Hospital Serdang atas komplikasi yang dihadapi.

Tidak mahu memberikan ulasan menerusi talian telefon, pencarian media untuk mendapatkan pelakon berusia 27 tahun itu berakhir di majlis pelancaran wangian terbaru, Herve Leger Femme, satu daripada rangkaian wangian Avon di ibu negara.

"Aset saya asli, buat apa hendak memakai silikon semata-mata untuk kelihatan menarik," itu jawab Fazura menafikan sekeras-kerasnya isu silikon pecah seperti yang dibangkitkan di laman-laman Internet.

"Sewaktu saya dihubungi oleh salah seorang rakan, saya hanya ketawa sahaja kerana merasa sangat lucu dan tidak sangka cerita sebegitu tiba-tiba muncul ke atas diri saya.

"Saya memang malas hendak melayan cerita bodoh begitu. Pada saya, itu satu perkara yang sememangnya langsung tidak masuk akal," katanya.


Mahu menamatkan cerita yang dirasakan datang daripada pihak yang cemburu dengan hidupnya, Fazura tidak berniat mengambil sebarang tindakan.

Dia sendiri tidak pernah mencari musuh dengan sesiapa dan tidak suka untuk mencampuri urusan orang lain.

"Saya bukan hendak menuduh sesiapa, cuma saya rasa mungkin pihak yang sengaja dengki dan mereka-reka cerita ini adalah dari kalangan teman-teman wanita saya sendiri," katanya yang bersedia memaafkan siapa pun penyebar berita palsu itu.

Tutup kisah silikon pecah, Pelakon Harapan Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-17 itu turut diterjah soal keterbukaan terhadap kritikan dan persoalan pihak media.

Telah ada bisik-bisik mendakwa Fazura kini cepat melenting seolah-olah kisah peribadinya langsung tidak boleh disentuh oleh media.

Sekali lagi dakwaan itu dinafikan bagaimanapun luahnya, dia tidak gemar apabila ada pihak yang sengaja mengungkit semula kisah silamnya.

"Saya cukup rimas apabila ada yang suka mengungkit-ungkit kisah silam.

"Dalam hidup ini, kita perlu memandang ke hadapan dan tidak perlulah bangkitkan lagi perkara yang telah berlaku," dia bertegas.

Jika itulah permintaan Fazura, keputusannya harus dihormati kerana setiap individu berhak ke atas dirinya, dan hak kemanusiaan Fazura itu tidak boleh dipersoalkan sesiapa.

Sampai ke tahap ini, pelakon berprofil tinggi seperti Fazura mungkin merasakan hidupnya bukan lagi untuk paparan di dada media seperti di awal kemunculannya dahulu.



Laporan asal : kosmo
Read more >>

4 Mac 2011

Komen Fazura tentang silikonnya yang pecah!.....

Kongsi 1 comments
4 Feb 2011


"Semua yang ada pada diri saya adalah asli dan tulen. Tak pernah saya melakukan sebarang pembedahan plastik pada diri saya. Gosip yang mengatakan silikon payu dara saya pecah adalah cerita yang amat memalukan dan bodoh," kata aktres popular Fazura mengulas tentang gosip silikon di dadanya yang pecah dan terpaksa menerima rawatan di Hospital Serdang, Selangor, baru- baru ini.

Menganggap penyebaran gosip itu dilakukan oleh individu yang iri hati kepadanya, pelakon filem Gol Dan Gincu, itu berkata, dia telah pun memaafkan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Tambah Fazura, setiap perbuatan yang buruk itu akan dibalas semula oleh Yang Maha Esa.

"Saya malas nak layan benda-benda remeh dan bodoh ini. Bagi saya ini merupakan perbuatan orang yang dengki pada kejayaan diri saya.

"Saya dah maafkan individu-individu tersebut. Cuma saya nak ingatkan mereka, setiap perbuatan yang dilakukan, pastinya akan kembali atau dipulang semula pada mereka," katanya yang seratus peratus tidak mempercayai amalan pembedahan plastik demi kecantikan.

Ditemui petang semalam pada majlis pelancaran haruman baru Avon, Fazura mengakui gosip sedemikian tidak akan sekali-kali melelahkan dirinya.

"Sebelum ini pun pernah keluar cerita pasal video lucah saya kemudian cerita silikon pecah pula yang digembar-gemburkan. Ia dah jadi benda ni dah normal dan biasa pada saya. Waktu mula-mula dengar pun, saya hanya mampu ketawa dan menganggap ianya satu jenaka," ujarnya sambil ketawa.

Ditanya mengenai sikapnya yang dikatakan kini cepat melenting serta kerapkali meluahkan perasan tak puas hati menerusi twitter berikutan penulisan tentang dirinya,, Fazura menjelaskan perkara tersebut berlaku disebabkan rimas dengan penulisan yang acap kali membongkar kisah lalunya.

"Saya tak melenting cuma rimas pada cerita-cerita yang ditulis lebih fokus pada perkara- perkara yang tak baik. Ada yang fokus pada kisah lama-lama dah bertahun-tahun diungkit-ungkit semula.

"Mereka nak ingat tentang apa juga berkaitan diri saya, itu terpulang pada mereka. Tapi saya rimas dan terkilan, kalau boleh fokuslah pada benda-benda baru. Lebih baik macam itu kan,"katanya mengakhiri perbualan.



Laporan asal : murai.com
Read more >>

3 Mac 2011

Silikon payudara Fazura pecah : Komen pihak pengurusan.....

Kongsi 2 comments
3 Mac 2011


KUALA LUMPUR, 3 MAC 2011: Kecoh seketika apabila desas- desus mengatakan pelakon jelita Fazura telah dimasukkan ke hospital baru-baru ini akibat silikonnya pecah.

Menganggap dakwaan itu sesuatu yang pelik dan langsung tidak masuk akal, pihak pengurusan Fazura memberi tahu portal murai.com.my bahawa pelakon Pisau Cukur itu berada dalam keadaan sihat sejahtera, malah dakwaan mengatakan dia menggunakan silikon adalah fitnah semata-mata.

Pihak berkenaan juga berkata, ketika dimaklumkan berkenaan berita itu kelmarin, Fazura ada bersamanya dan juga beberapa lagi individu penting yang akan menjayakan penggambaran 3 drama bersiri di kota Mekah tidak lama lagi.

"Ketika menerima cerita ini dari seorang teman, saya, Fazura, Erma Fatima dan Datin Ziela Jalil sedang meeting di restoran Aseana KLCC, berbincang tentang jadual penggambaran drama Tahajut Cinta dan 2 lagi drama yang akan diadakan di Mekah tidak lama lagi.

"Bila Fazura terbaca saja cerita itu dari telefonya, dia tergelak besar. Bukan saja dia, malah saya, Ziela Jalil dan Erma turut tergelak apabila diberi tahu cerita tak berasas ini," katanya ketika dihubungi menerusi talian telefon.

Sumber itu berkata, mana mungkin Fazura boleh berada di tengah-tengah tumpuan khalayak sekiranya silikonnya pecah.

Ianya sekaligus menjadikan perkhabaran berkenaan adalah gosip semata-mata bagi menjatuhkan maruahnya.

Bercerita mengenai kerjasamanya bersama pengarah berkaliber Erma Fatima, sumber terdekat itu berkata sebenarnya sudah lama artisnya itu mendambakan kerjasama dengan pengarah filem Embun berkenaan.

Malah katanya, ketika tawaran melakonkan drama bersiri bersama-sama pengarah itu, Fazura melahirkan trasa gembira apatah lagi apabila penggambarannya akan diadakan di kota suci Mekah.

"Sepatutnya penggambaran drama bersiri ini sudah dijalankan bulan Februari yang lalu, kemudian ditunda lagi kerana masalah visa. Maka Fazura berfikir adalah baik untuk bertemu bersama-sama mereka bagi membincangkan penyelesaian.

" Itu sebabnya kami berada di restoran Aseana. Tak sangka pula dilayangkan gosip yang tidak berasas macam ni. Apapun. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan mereka akan terbang ke Mekah tidak lama lagi bagi menjalani pengambaran 3 drama bersiri 13 episod," katanya.


Read more >>

22 Feb 2011

Isu visa : Fazura risau tak dapat ke Mekah

Kongsi 0 comments
22 Feb 2011



SAYA bimbang tentang visa. Hingga kini, saya masih menunggu,” begitu ungkapan ringkas aktres cantik Fazura. Pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin itu sebenarnya melahirkan kegusarannya tentang pemergiannya ke Mekah menjelang 3 Mac ini.

Dia sebenarnya bakal menjalani penggambaran selama dua minggu untuk dua drama arahan pengarah terkenal, Erma Fatima iaitu Tahajud Cinta dan Pahitnya Madu.

Apa yang ketara, riak risau pada wajahnya itu silih berganti dengan keterujaan pada dirinya yang dalam masa yang sama berkesempatan untuk mengerjakan umrah di sana nanti.

“Saya harap, semuanya berjalan lancar. Janganlah ada apa-apa halangan. Rasa terkilan kerana tidak dapat menunaikan umrah semasa Umie Aida bernikah di Mekah dulu, masih berbekas.”

“Jadi kali ini walaupun saya pergi kerana kerja, saya bersyukur kerana awal tahun saya dimulakan dengan pergi ke Mekah, saya harap ia berjalan lancar,” katanya.

Menganggap tahun 2011 penuh dengan aura positif buat dirinya, Fazura menegaskan bahawa dia akan lebih memilih dan hanya melakonkan watak yang berbeza daripada apa yang pernah dilakonkan sebelum ini.

“Sebab itu saya terima tawaran untuk berlakon dalam dua drama arahan Erma, Tahajud Cinta dan Pahitnya Madu yang masing-masing memaparkan watak yang bakal mencabar dan memberi pengalaman baru buat saya,” ungkapnya.

Di Mekah nanti, kata Fazura dengan mata bersinar-sinar, dia mahu berdoa agar segalanya menjadi terbaik buat dirinya serta keluarga.

Bab jodoh, ungkap Fazura, sudah tentu dia mendoakan agar diberikan jodoh yang terbaik memandangkan umurnya yang semakin meningkat.

“Namun, itu tidak membuatkan saya meletakkan batas masa yang tertentu. Apa yang pasti, bukan dalam masa terdekat ini,” tegasnya.

Bintang Lux selepas sedekad

Ramona Rahman, Joanna Bassey, Sheila Majid, Erra Fazira, Amy Mastura dan kini, Fazura menyertai barisan selebriti popular tempatan sebagai bintang Lux.

Setelah sekian lama wajah artis tempatan tidak diangkat sebagai duta, jurucakap atau pelaris produk tersebut, tawaran yang bukan calang-calang itu ternyata sesuatu yang mengujakan buat Fazura.



Mengikat kontrak selama setahun, Fazura memberitahu, ia adalah satu tanggungjawab yang amat besar kepadanya setiap kali terpilih sebagai duta produk.

“Tambahan pula, menjadi muka hadapan produk antarabangsa. Tekanannya memang tinggi memandangkan sebelum ini, selebriti yang terpilih adalah artis luar negara yang berprofil tinggi,” tuturnya ketika ditemui selepas majlis memperkenalkannya sebagai duta baru Lux di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Seperti mimpi yang menjadi kenyataan, jelas Fazura, sejak dahulu, dia memang amat menggemari produk Lux terutama rangkaian sabun mandian.

Bercerita lanjut, dia mendapat tawaran tersebut daripada Lux sejak Oktober tahun lepas. Namun, Fazura mengambil pendekatan ‘tunggu sampai jadi, baru cerita’.

“Saya terima tawaran ini atas banyak sebab dan antaranya, saya memang sukakan produk ini. Saya sendiri percaya kalau kita sukakan sesuatu, faedahnya akan datang dengan sendiri,” jelasnya.

Kali terakhir wajah artis Malaysia menjadi pelaris produk Lux adalah 10 tahun lalu, iaitu Amy Mastura pada tahun 2000.

“Cukup lama dan pemilihan saya ini seolah-olah come back oleh Lux bersama selebriti dari Malaysia,” katanya yang tidak putus-putus melayan peminat yang hadir pada majlis tersebut.

Dalam pada itu, Fazura menjelaskan, dia masih menjadi duta produk kecantikan Nutox Oxyfusion dan Avon.

Katanya, bukan mudah untuk menjadi seorang duta produk. Namun disebab dia sendiri gemarkan produk-produk tersebut, ia langsung memudahkan untuk dirinya menerima tawaran menjadi jurucakapnya.

“Saya ambil pendekatan suka dan cintakan produk tersebut dahulu. Kemudian baru boleh bercerita tentang produk tersebut tanpa masalah,” ujarnya.




Laporan asal : kosmo.com

Read more >>

20 Feb 2011

Fazura pergi umrah minta cepat jodoh

Kongsi 3 comments
Menerima tawaran untuk berlakon dalam dua drama arahan pengarah, Erma Fatima merupakan suatu peluang berganda dan tidak ternilai buat pelakon jelita, Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura, 28.

Apa tidaknya, penggambaran bagi kedua-dua drama yang berjudul Pahitnya Madu dan Tahajudnya Cinta itu akan dilakukan di Tanah Suci Mekah dan ia secara tidak langsung membuka peluang kepada duta baru Lux ini untuk menunaikan ibadah Umrah di sana.

Bakal berangkat ke sana pada 3 Mac 2011 ini, Fazura berharap tempoh selama 20 hari berada di sana akan dapat digunakan dengan sebaik-baiknya demi untuk menyucikan serta menenangkan jiwanya untuk menunaikan ibadah tersbeut buat kali yang kedua.

"Sebenarnya dah lama saya berniat untuk ke Mekah selepas mengunjunginya dan menunaikannya ketika usia 12 tahun. Dari situ, saya sentiasa teringin dan rindu untuk ke sana lagi. Biarpun saya akan ke sana atas tuntutan kerja, namun saya tidak akan melepaskan kesempatan ini untuk menunaikan Umrah," katanya.

Setiap orang yang ke tanah suci pasti menyimpan hajat yang mahu diterima oleh Allah. Begitu juga dengan Fazura. Selain mahu menyucikan jiwanya dengan amal ibadah, dia juga ingin memohon kesejahteraan buat dirinya, keluarga dan peminat-pemiantnya.

Namun apa yang pasti, dalam usianya yang kini sudah hampir menginjak ke angka 30-an , Fazura turut berhajat supaya jodohnya akan dipermudahkan dengan secepat mungkin.

"Hajat yang pertama, sudah tentu saya mahu cepat dipertemukan jodoh dengan lelaki yang baik dan yang soleh. Usia saya pun dah 28 tahun. Saya rasa saya dah cukup bersedia untuk mendirikan berumah tangga tetapi mungkin masa itu belum sampai lagi.

"Kalau nak cakap target bila saya akan kahwin, saya memang tidak pernah menentukannya kerana semuanya saya serahkan kepada Tuhan. Namun apa yang pasti saya tiada apa-apa perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat ini," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, bila menyentuh mengenai status sebenar hubungan cintanya dengan seorang kerabat diraja dari negeri selatan Semenajung Malaysia, Fazura terus cepat-cepat mengelak dan tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

"Terus-terang saya katakan, saya tidak berapa gemar untuk bercakap mengenai hal peribadi saya berbanding kerjaya.Saya takut sesuatu perkara itu diperbesar-besarkan kerana orang lebih suka bercakap mengenai keburukan orang itu daripada kebaikan orang lain.

"Lagipun, saya ni jenis yang tak suka menerima publisiti murahan yang sememangnya tiada kena-- mengena dengan kerjaya saya. Kini saya lebih suka berdiam diri dan hanya menjawab serta memberitahu perkara yang perlu sahaja,"tambahnya lagi.

Selain, bakal muncul dalam dua drama araha Erma Fatima tersebut, Fazura juga akan kembali ke layar perak menerusi filem Bujang Terlajak arahan Prof. Razak Maiden pada akhir tahun ini.

Laporan asal : murai.com

Read more >>

24 Okt 2010

Fazura ketiak basah kaki berkudis

Kongsi 15 comments
Ketiak siapa yang basah tu? Ketiak siapa lagi kalau bukan ketiak artis cun ni, si Fazura. Biasalah sibuk sangat nak melayan peminat sampai Fazura tak sedar yang ketiak dia dah basah. Basah kenapa ye? Tentulah basah kerana peluh yang keluar dari liang-liang di bawah ketiaknya.

Pasti ke liang-liang di bawah ketiak Fazura yang basah tu? Em mungkin juga liang dari payudaranya yang berhampiran dengan ketiak itu pun turut menyumbang kepada kebasahan ketiak Fazura kah kah kah.

Agaknya Fazura lupa nak pakai deodoran kot, itu yang peluhnya mencuranh-curah sampai mengubahkan warna baju pinknya itu. Apa pun korang enjoylah layan gambar ni yek.

Oh tak cukup dengan ketiak basah, rupanya ada lagi kecacatan yang mampu mengubah persepsi peminat terhadap si Fazura yang jelita ni. Rupanya warna kulit kaki Fazura pun tak berapa elok nampaknya. Berbelang-belang macam kesan luka kena getah pisang! Kah kah kah...

Ish takkan pulak Fazura makan pisang kat kaki kot? Ini tentu kesan kudis masa lepas. Hmmm lawa-lawa artis macam Fazura ni tak sangka ye kaki dia berkudis? Tapi apa pun Fazura tetap hot kalau tengok dari jauh la kah kah kah...

Bawah ni gambar apa pulak? kah kah kah sampai macam ni sekali ye Fazura punya tangan? ingat cukup ketiak basah dan kaki berkudis je? Tangan pun sampai macam tu sekali kah kah kah.... Apapun terimalah seadanya Fazura! Cukuplah setakat nampak cantik dari Jauh je he he he...

Read more >>
Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords