[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

Memaparkan catatan dengan label Krisdayanti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Krisdayanti. Papar semua catatan

15 Mac 2011

Krisdayanti dan Raul Lemos semakin berani!.

Kongsi 0 comments
15 Mac 2011


Pernikahan Krisdayanti bersama Raul Lemos hanya menghitung hari. Pasangan yang sedang mabuk cinta tu dah tak malu untuk memperlihatkan kemesraan di depan umum.

Sebelum rancangan pernikahannya, KD dan Raul jarang bersama di hadapan umum. Jika ditanya tentang kisah percintaannya, penyanyi 'Pilihlah Aku' tu milih untuk tidak memberi komen.

Kini, kemesraan KD dan Raul makin jelas dilihat ketika proses shooting video klip 'Nurlela' yang dinyanyikan oleh rakan KD, Iis Dahlia. Raul yang memakai baju putih dan seluar pendek jeans dilihat setia menemani calon isterinya tu. Wajah kebahagiaan juga terpancar dari wajah KD yang nampak cantik mengenakan gaun berwarna hijau.

Kakak KD, Yuni Shara juga turut tampil sebagai model dalam video klip tersebut. Kini proses shooting masih lagi berlangsung di Studio Sparc, Jalan Raya Bogor, Jakarta Timur.

KD dan Raul akan bernikah pada 20 Mac ni di Masjid Sahid Nurul Iman di Hotel Grand Sahid, Jakarta Pusat. Sementara majlisnya pula akan diadakan pada 25 Mac di Ballroom Hotel Mulia Senayan.


Read more >>

13 Mac 2011

Bakal suami Krisdayanti pakai Tuxedo untuk majlis pernikahan.

Kongsi 0 comments
13 Mac 2011


Kini semakin rancak persiapan pernikahan kedua Krisdayanti dengan kekasihnya, Raul Lemos dilakukan. Raul kini sedang mempersiapkan busana pernikahannya iaitu busana tuxedo yang lebih sesuai dengan badannya atau slim fit.

Ini diberitahu designer busana pernikahan Raul sendiri iaitu Amin Brutus ketika ditemui di butiknya di Grand Indonesia,Jakarta Pusat, Jumat (11/3/2011) malam. Tuxedo Raul telah dibuat sejak 2 bulan lalu.

"Untuk tuxedo mintanya warna hitam, karena miminya (KD) pakai gaun internasional. Tapi kalau akad saya sesuain dengan warna dari bunda Anne (desainer KD) yang silver," kata Amin.

Menurut Amin, Raul meminati rekabentuk tuxedo yang 'ngam-ngam' dengan badan dia. Raul tidak suka dengan pakaian yang terlalu longgar.

"Aku coba fitting, dia senang banget. Dia tuh nggak demen potonganya longgar-longgar," tutup Amin.

Dalam pernikahan KD-Raul, Amin telah ditugaskan untuk menyiapkan 2 busana. Satu untuk majlis dan satu untuk pernikahan.



Read more >>

12 Mac 2011

Raul Lemos berhutang untuk nikahi Krisdayanti?!...

Kongsi 0 comments
12 Mac 2011


Raul Lemos kini heboh dikatakan memiliki banyak hutang menjelang majlis pernikahannya dengan Krisdayanti. Tapi khabar tu telah dibantah keras oleh usahawan yang berasal dari Timor Leste tersebut.

Satu sumber yang mengaku sebagai saudara bekas isteri Raul, Ata, mengatakan Raul kini memiliki banyak hutang di beberapa buah bank. Namun Raul membantah tuduhan tersebut, malah Raul juga mengaku tidak mengenali lelaki bernama Aloy tu.

"Saya tidak dikejar sama kreditor. Saya nggak marah. Untuk menanggapi dia (Aloy) bukan level saya itu," kata Raul ketika menjawab tuduhan tersebut.

Raul dan KD yang ditemui di Roemah Penganten by Anne Avantie, Grand Indonesia, Jakarta Pusat, semalam (11/3/2011). Terlihat cahaya kebahagian di raut wajah Raul dan KD yang kini sedang sibuk untuk persiapan pernikahan tu.

"Kami bahagia karena mau menikah. Saya optimis (membangun rumah tangga dengan KD)," tutup Raul.


Read more >>

8 Mac 2011

Isu Kahwin : Krisdayanti daftar nikah juga akhirnya!!!...

Kongsi 1 comments
9 Mac 2011


Awalnya Krisdayanti dan Raul Lemos merancang akan melangsungkan akad nikahnya di Masjid Sahid Nurul Iman pada 20 Mac 2011. Tapi akhirnya menukar tarikh pernikahan tersebut pada 25 Mac iaitu sehari selepas ulang tahun KD.

Pernikahan penyanyi Krisdayanti dan Raul Lemos nampaknya akan segera diadakan. Ini dibuktikan dengan pendaftaran nikah-kahwinnya di Kantor Kelurahan Gandaria Utara.

"Tadi nyuruh orang ke sini dan udah ditandatangani oleh Pak Lurah, persyaratannya juga sudah lengkap. Tadi datang jam 2 siang," kata Sri Safta Rengga, seketeri Lurah Gandaria Utara ketika dihubungi melalui telefon.

Sri Safta juga menyebutkan semua maklumat nikah KD sudah lengkap. Termasuk surat percerainya dengan suami lama, Anang Hermansyah.

Adik kepada Yuni Shara tersebut mendaftar pernikahannya hari nie (8/3/2011) dalam pukul 14.00 WIB. Tapi KD tak datang ke pejabat tersebut dan hanya mengirimkan data-data dan maklumat nikah kepada salah seorang keluarganya.



Laporan asal : yiela.com
Read more >>

7 Mac 2011

Siti Nurhaliza di undang ke majlis persandingan Krisdayanti!.....

Kongsi 0 comments
7 Mac 2011


Umum semua sudah mengetahui bahawa penghibur popular seberang, Kris Dayanti bakal menamatkan zaman janda bersama kekasih hatinya usahawan Raul Lemos pada penghujung bulan ini.

Malah semua sudah sedia maklum, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza merupakan sabahat baik KD. Mengakui telah pun menerima jemputan KD, Siti berkata akan menghadiri majlis tersebut meskipun jadual aktiviti hariannya agak padat.

"Saya telah pun mendapat undangan perkahwinan KD. Tak silap saya dia akan nikah pada 20 Mac ini dan majlis resepsi pula akan didakan pada 25 Mac.

"Walaupun saya sibuk saya akan tetap menghadiri majlis tersebut. Semua tahukan dia merupakan sabahat baik saya. Malahan dia juga pernah hadir ke majlis perkahwinan saya dahulu. Jadi pastinya sebagai rakan saya juga akan hadir," katanya memberitahu murai.com.my.

Malah kata Siti, dia juga tidak keberatan untuk menghiburkan tetamu yang ada pada majlis tersebut. Jelas pelantun lagu Biar Rahsia ini, senarai lagu yang akan dinyanyikan masih lagi belum dipilih.

"Kalau saya dah pergi pastinya saya akan menyampaikan beberapa buah lagu. Lagu apa yang akan dinyanyikan belum ditentukan lagi tapi pastinya lagu-lagu cintalah. Tak akan nak nyanyi lagu putus cinta pula," katanya sambil ketawa.

Perkahwinan bersama Raul merupakan yang kedua buat KD. Sebelum ini, KD pernah berkahwin dengan komposer terkenal Anang dan dikurniakan dua cahaya mata.

Apa yang pasti, jelas Siti, dia mengharapkan agar perkahwinan kedua KD itu akan berkekalan sampai ke akhir hayat.



Read more >>

5 Mac 2011

Majlis persandingan Krisdayanti di Hotel Mulia, Senayan, Jakarta Selatan?!!!.....

Kongsi 0 comments
5 Mac 2011


Nampaknya gosip yang mengatakan bahawa penyanyi diva Indonesia, Krisdayanti (KD) akan melangsungkan pernikahannya dengan usahawan Timor Leste, Raul Lemos sempena hari ulang tahun kelahirannya pada 24 Mac 2011 sudah mula menampakkan kebenarannya.

Ini kerana jiran tetangganya di Pondok Pinang, Jakarta Selatan telah pun memecahkan rahsia tersebut.

Malah, mereka juga memberitahu bahawa KD juga kini sibuk mencetak kad undangan perkahwinannya. Namun, sebelum kad kahwin itu dicetak, pihak KD telah berjumpa dengan komuniti jiran tetangganya dan mencatatkan nama mereka untuk menyusuk daftar undangan.

Bukan setakat itu saja, mereka turut memberitahu bahawa majlis pernikahan di antara KD dengan kekasihnya, Raul yang juga adalah seorang duda bakal dilangsungkan di Hotel Mulia, Senayan, Jakarta Selatan. Dalam majlis itu, KD bakal mengenakan pakaian pengantin rekaan Anne Avantie yang bersifat sederhana



Laporan asal : murai.com
Read more >>

1 Mac 2011

Baju pengantin Krisdayanti percuma.....

Kongsi 0 comments
1 Mac 2011


Gaun pernikahan Krisdayanti yang dikatakan sederhana tu sebenarnya tak dibayar dengan wang. KD tidak mengeluarkan wang walau satu sen pun untuk mendapatkan gaun yang eksklusif tu.

Hal tu disampaikan Anne ketika ditemui di 'Roemah Penganten by Anne Avantie' di Grand Indonesia, Semalam. Anne membantah bila ditanya dia telah dibayar mahal untuk mereka gaun pernikahan KD tu.

Menurutnya lagi gaun tu sangat sederhana. Berita yang mengatakan bahawa gaun tu mahal adalah sangat tidak benar sekali. Anne mengakui telah mengenali KD lebih kurang 10 tahun yang lalu. Hubungan mereka sangat rapat. Kadang-kadang time Anne menganjurkan fashion show, KD turut membantunya sebagai model.

Jadi untuk gaun pengantin KD, ia sememangnya free off charge!. Tapi dikemudian hari Anne akan banyak event. Pasti akan memerlukan KD jugak. Sooo, masa tu show pun free off charge jugaklah. Pandai betoi dia berniaga kan. Bagi segantang, kaut seguni.


Read more >>

23 Feb 2011

Kris Dayanti bergambar pra perkahwinan dalam diam...

Kongsi 0 comments
23 Feb 2011



Kris Dayanti (KD) kini terus menjadi buruan dan tumpuan pihak media hiburan di Indonesia. Nie semua gara-gara pendedahan dibuat yang mengatakan mereka akan melangsungkan pernikahan bulan depan. Menurut sumber kecoh mengatakan yang mereka akan memilih tarikh sama seperti tarikh ulang tahun kelahiran KD iaitu 24 Mac 2011.

Yang membuatkan media tak duduk diam kerana KD masih tidak memberikan apa-apa komen bila ditanyakan tentang persoalan tersebut.

Lagi yang membuatkan media panas hati kerana KD dalam diam-diam telah pun menjayakan sesi fotografi pra perkahwinan bersama Raul kat Dili, Timor Leste, baru-baru nie. Perkara nie telah pun diakui oleh Ivan Gunawan iaitu selaku designer busana yang digunakan KD time fotografi tue. KD telah pun mengenakan satu gaun pengantin dan satu gaun koktel pada sesi fotografi tersebut.

JenTik : Kepada semua media harap bersabar melayan kerenah diva nie yea. Diva ker...Gaknye KD nak wat suprise katak kot. Bagi suma media terkejut sampai melompat!



Laporan asal : murai.com
Read more >>

17 Feb 2011

Isu pernikahan : Krisdayanti masih rahsia tarikh nikah

Kongsi 1 comments
Nampaknya jandanya si Anang Hermansyah nie sedang dalam keadaan berdebar-debar menanti kedatangan hari bahagianya tak lama lagi. Kelihatan Krisdayanti begitu sibuk sekarang nie untuk persiapan pernikahan dengan pacarnya iaitu Raul Lemos. Dia semakin berdebar kerana setiap masa ada saja orang yang sibuk bertayakan tentang pernikahannya tu. Tapi menurutnya persediaan untuk acara pernikahan dah pun hampir siap, cuma persediaan mental sahaja yang mengganggu mereka berdua.

Apa yang menambah pening kepalanya ialah ramai orang terutamanya peminat dan wartawan sibuk bertanya bila tarikh untuk dia melangsungkan pernikahannya tu. Yelah, kata persediaan semua dah siap. Tapi tarikh yang penting tu masih dirahsiakan lagi. Itu namanya dia sendiri yang cari penyakit.

Tapi spekulasi banyak mengatakan bahawa mereka berrdua akan memilih tarikh mengikut hari ulang tahun KD pada 24 Mac akn datang. Biasalah, tarikh perkahwinan memang biasanya akan dikaitkan dengan tarikh bersejarah sesaorang tu kan. Tapi menurut KD gosip tu adalah tak benar sama sekali.


Read more >>

8 Okt 2010

Krisdayanti ingin menjual rumahnya

Kongsi 0 comments


Jakarta- Sebuah rumah milik krisdayanti yang terletak di kawasan elit Pondok Indah, Jakarta Selatan ingin dijual oleh beliau. Isteri Raul Lemos yang terdengar berita itu menyatakan kesudiannya untuk membeli rumah milik penyanyi terkenal itu.

Rumah penyanyi yang popular dengan lagu 'mencintaimu' itu dikatakan berharga Rp 5 miliar. Namun begitu isteri Raul Lemos tidak mempercayainya kerana dia benar-benar tahu tentang harga sebenar rumah itu.

"Ah masa sih, sampe Rp 5 miliar? Orang dia belinya aja cuma Rp 1,2 miliar. Rumah itu dulu ditawar Rp 2,2 miliar, tapi dia beli dengan harga Rp 1,2 miliar," kata Ata (Isteri Raul Lemos).

Ata dan Raul Lemos dikatakan kini di dalam proses menguruskan penceraian mereka di Timu Leste. Keputusan penceraian itu dijangka ditetapkan pada 21 Disember 2010.



Read more >>
Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords