[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

Memaparkan catatan dengan label Michael Jackson. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Michael Jackson. Papar semua catatan

18 Mac 2011

Bukti rakaman pembunuhan Michael Jackson hilang!.

Kongsi 0 comments
18 Mac 2011


Dr. Conrad Murray merupakan doktor pribadi kepada Michael Jackson masih terkejut di atas kes kematian Michael Jackson. Kes ni yang diidentifikasikan meninggal akibat keracunan ubat-ubatan.

Peguam Murray, J. Michael Flanagan, berkata dia telah meminta rakaman video di rumah Michael untuk membuktikan bahawa anak guamnya, Murray tidak bersalah. Tapi pihaknya kini mengalami masalah besar! Bukti tersebut dikatakan telah hilang!.

Asalnya, untuk membuktikan bahawa Murray adalah bersalah dalam kes ni, polis telah mencari rakaman untuk membuat rekonstruksi kejadian di hari kematian Michael.

Tapi ternyata tidak ada bukti yang kukuh disitu, maka polis gagal membuktikan bahawa Murray bersalah.

Kerana dikatakan rakaman tersebut dapat menolong Dr. Murray dari disabitkan kesalahan, maka peguam Dr. Murray ingin meminta salinan rakaman tersebut daripada hakim. Namun apa yang menjadi masalah sekarang ialah rakaman yang berisi rekonstruksi kematian Michael Jackson tersebut kini dikatakan telah hilang.

Ini sangat mengecewakan pihak Murray yang sebenarnya ingin cepat menyelesaikan kes ni kerana kesulitan dana.

“Kami harus segera melakukannya secepat mungkin. Kami tidak punya cukup dana untuk menangguhkan kes ini,” kata Flanagan.


Read more >>

17 Mac 2011

Michael Jackson akan berdiri di stadium Fulham.

Kongsi 0 comments
17 Mac 2011



Bulan depan raja pop Michael Jackson akan “datang” ke pusat latihan Fulham.

King of Pop tu akan berdiri di Stadium Craven Cottage. Seperti dilapor dari website rasmi Fulham, selubung patung Michael Jackson akan dibuka pada hari Sabtu (3/4/2011) pukul 12 tengahhari oleh chairman club Mohamed Al Fayed.

Peletakan patung penyanyi yang meninggal pada Jun 2009 tu diilhamkan oleh Al Fayed, sebagai bentuk penghormatan atas persahabatan antara mereka.

Mulanya patung mendiang Jackson tu rancangnya hendak diletak di gedung Harrods milik Al Fayed. Tapi Al Fayed kini telah menjual Harrods dan kemudian lokasi baru ditetapkan iaitu di Craven Cottage.

Patung tersebut akan berdiri di tepi Sungai Thames, berada di antara Riverside dan Hammersmith di Craven Cottage.

“Michael Jackson merupakan legenda sejati. Dia adalah kawan saya, seseorang di mana saya telah banyak kenangan indah dengannya. Ia meninggal dengan cara yang tragis,” kata Al Fayed.

“Saya berharap banyak peminat dia yang akan mengunjungi patung di Cottage dan penyokong Fulham akan berbangga dengan kehadiran penghibur terbaik di dunia tu dan di antara mereka adalah peminat terbaik di dunia,” tutup Fayed.

Dilapor dari Yahoosports, Jackson pernah mengunjungi Craven Cottage, duduk di sebelah Al Fayed dan ketika tu memakai baju warna hitam dan putih


Read more >>

26 Feb 2011

Anak Michael Jackson cerita tentang kerjaya.....

Kongsi 0 comments
26 Feb 2011


Maskipun mereka kehilangan ayah mereka sekali lagi pada tahun 2009, namun itu tak mematahkan semangat anak-anak Michael. Dengan berbekalkan tapak yang kukuh kini mereka nampaknya pantas ingin merebut peluang untuk mengejar kerjaya dalam industri hiburan.

Dalam sebuah wawancara dengan ABC News, putera Raja Pop yang sulung, Prince, mengatakan, "Saya dah melihat beberapa peluang dalam perniagaan persembahan. Kebanyakan menguntungkan"

Putri MJ, Paris kini sedang mempertimbangkan peluang dalam seni lakonan. Dia menjelaskan, "Saya sedang berfikir tentang audition untuk shooting minggu depan."

Sementara putra bungsu MJ, Prince Michael tidak mendedahkan tentang kerjaya impiannya lagi. Mungkin usianya belum mencapai tahap kematangan untuknya berfikir tentang masa depan. Katherine nenek mereka mengakui bahawa cucu bongsunya tu suka berdandan dan bergaya.




Laporan asal : celebritygossip.net
Read more >>

18 Feb 2011

Michael Jackson sedang berurus niaga???

Kongsi 0 comments
Setelah dibuat kajian tentang berapa banyak wang yang Michael Jackson berhutang ketika dia meninggal dunia pada tarikh 25 Jun 2009 dan berapa banyak pula warisan yang telah ditinggalkan, jumlahnya bole kita termenung jap.

Menurut dokumen, Michael Jackson mempunyai lebih dari USD400 juta tanggungan hutang ketika dia meninggal. Tapi sejak tu gak MJ Estate telah menjana lebih daripada USD310.000.000. Malah jumlah tu akan semakin meningkat mengikut waktu.

Dokumen menunjukkan sekitar USD 159 juta telah dihabiskan untuk membayar balik pelbagai hutang, cukai pendapatan dan beban lain.

Antara contoh untuk menjana pendapatan lagi, hasil ladang juga digunakan untuk menaikkan taraf untuk ladang keluarga Havenhurs di Encino, CA.

Dengan wang-wang itu jugak mereka gunakan masa membayar kos rawatan ketika sakit, pengebumian ketika mati dan kos upacara peringatan Micheal.

Dokumen jugak menunjukkan waris menerima tuntutan hutang lebih dari 65 agensi dengan beberapa hutang dikenakan bunga yang tersangat tinggi kadarnya.

Pengurusan MJ mengakui ladang masih menanggung serta menghadapi beberapa perkara dan tuntutan undang-undang dari beberapa negara lain.

Orang dah mati pun boleh cari duit lagi. Kita yang idup ni pun masih terkial-kial.


Read more >>
Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords