
Vokalis Slipknot, Corey Taylor mengaku setelah kehilangan Paul dirinya sangat takut untuk kembali ke pentas. Bayang-bayang rakan rapatnya tu masih terpatri di benaknya.
"Ini akan menjadi persembahan pertama kami, kami akan benar-benar diuji. Ini sangat sukar, dia masih terbayang di benak saya," katanya seperti dilapor aceshowbiz semalam
Rancangannya band metal tersebut akan memulakan konsert tour Eropah mereka di Sonisphere musim panas ni. Sejak ketiadaan Paul, Slipknot telah bercuti selama beberapa bulan.
"Saya takut mati dan saya tak dapat membayangkan apa yang akan terjadi nanti, pasti akan penuh dengan emosi," lanjutnya.
Paul Gray dijumpai mati pada 24 Mei 2010 di sebuah hotel di Des Moines, Iowa.
Menurut hasil otopsi, Paul meninggal kerana overdose.
0 comments:
Catat Ulasan
Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)