[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

28 Feb 2011

Gambar terbaru Jessica Alba.....

Kongsi 0 comments
28 Feb 2011


Gambar terbaru Jessica Alba nie dirakamkan ketika dia sedang keluar untuk bersarapan pagi bersama suaminya Cash Warren dan putri mereka Honor pada hari Sabtu (26 Februari) di Los Angeles.

Kemudian pada hari yang sama, Jessica dan Honor ,2, menghadiri pesta pra-Oscar di Coldwater Canyon Park.

Sehari sebelumnya, pelakon 29 tahun yang sedang hamil anak ke-2 nie menghadiri sesi latihan di West Hollywood.

Layannnnn...








Read more >>

Gambar teman wanita Fiq Mentor?!!!.....

Kongsi 0 comments
28 Feb 2011


Dah jadik kebiasaan, sesiapapun yang jadi buah hati atau pendamping kepada seseorang selebriti, ia pastinya akan mendapat perhatian wartawan hiburan atau pun masyarakat.

Murai Batu rasa, sebab itulah ada ramai di kalangan artis tersebut yang terpaksa main sorok-sorok dengan wartawan untuk menutup cerita benar tentang kewujudan buah hati mereka itu.

Ada tu, sampai lari lintang pukang apabila terserempak dengan wartawan. Siap sanggup sembunyi dalam toilet lagi.

Walaupun macam tu, ada jugak pemegang title wartawan hiburan ni yang tetap boleh menghidu atau mendapat tahu tentang kisah percintaan sang artis. Haa.. jangan main-main tau.

Yelah, sekarang ni pun dah ramai paparazzi di Malaysia. Jadi tidak hairanlah paparazi ini sanggup cari duit dengan menyebarkan berita-berita sebegini kepada wartawan hiburan untuk disebarkan pula kepada pihak umum.

Pun begitu, bagi Murai Batu tak salah sebenarnya, kalau kisah cintan-cintun ini dikongsi bersama peminat, cuma janganlah ianya dilakukan secara berlebih-lebihan pula.

Peminat pun nak ambil tahu jugak siapakah bakal suami dan isteri kepada artis kesayangan mereka.

Nanti kalau tak disukai peminat, silap-silap hari bulan, artis itu tidak laku lagi selepas kahwin. Tapi jangan terlebih sudah. Cukuplah sekadar mengaku dan menjelaskan perhubungan tersebut.

Wah..dan macam doktor cinta pula Murai Batu nikan? Apa sekalipun, kali ini, Murai Batu nak story mory tentang kisah juara Mentor musim ke-2 iaitu Fiq. Agak lama Murai Batu tak dengar kisah dia. Paling-paling pun, Murai Batu hanya tahu dia sekarang tengah duk sibuk mempromosikan single terbarunya berjudul Tragis.

Sebelum itu, Fiq pernah berjaya melayakkan diri dalam peringkat separuh akhir Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25) menerusi lagu Manifestasi Cinta dendangannya bersama kumpulan nasyid Mirwana dulu.

Kini, Murai batu dengar kehidupan Fiq semakin bahagia. Malah, semenjak protege Amy Search ini sudah mempunyai buah hati, senyumannya pun makin melebar sekarang ini.

Menurut sumber Murai Batu, kekasih hati Fiq ni bernama Fiona. Dengar cerita, Fiona yang cantik ini adalah seorang model. Malah, wajahnya sering menghiasi majalah fesyen tempatan.

Apa yang memanaskan cerita kali ini, sebelum dikatakan bercinta dengan Fiq, Fiona pernah melayari bahtera cinta bersama dengan bekas finalis Pencarian Majalah Maskulin iaitu Ariey Mustapha.

Tapi, mungkin percintaan mereka tidak kesampain kot. Apa pun, Murai Batu sendiri masih rambang lagi benarkah Fiona buah hati Fiq. Namun, melihat dari aksi gambar yang Murai Batu terima, mereka boleh dikategorikan sebagai orang yang tengah dilamun cinta.

Jika benar mereka bercinta, Murai Batu doakan pasangan ini bahagia sampai ke jinjang pelamin.



Laporan asal : murai.com
Read more >>

Zed Zaidi dan kekasih baru?.....

Kongsi 0 comments
28 Feb 2011


Baru-baru ni ManggaMuda terserempak dengan aktor drama popular Zed Zaidi di sebuah shopping mall dekat Damansara.

Walaupun dia tidak sedar kehadiran ManggaMuda ketika itu, ManggaMuda sengaja tidak mahu pergi mendekatinya sebab ketika itu Zed Zaidi ditemani oleh seorang wanita.

Dari lenggok gayanya, ManggaMuda lihat mereka ini seperti pasangan kekasih. Apa tidaknya, dari cara mereka berjalan berpimpinan tangan dan bergurau, jelas mentafsirkan mereka berdua ini sedang hangat bercinta.

Wajah Zed Zaidi juga kelihatan ceria semacam, jadi ManggaMuda duga mereka ini sedang mengenali hati masing-masing. Hmm..tidak hairanlah mengapa berat badan Zed sekarang ini naik mendadak, rupa-rupanya hati tengah berbunga..

Sebelum ni, banyak juga gosip mengenai Zed dengan beberapa perempuan, tetapi jarang benar lelaki ini dikaitkan dengan artis. Malah, wanita yang ManggaMuda temui itu juga, rasanya bukan daripada kalangan artis, kerana ManggaMuda belum pernah melihat wajah wanita itu di mana-mana saluran televisyen ataupun majalah.

Nak tahu siapa wanita itu, nanti ManggaMuda cuba risik-risik pada Zed, mana tahu mereka dalam diam sudah merancang untuk berkahwin?



Read more >>

Christiano Ronaldo akan berkahwin!!!.....

Kongsi 0 comments
28 Feb 2011

Christiano Ronaldo sekarang dikatakan dah bersedia menjadi ayah untuk kali keduanya. Dikatakan girlfriend nya yang comei loteh tu sedang hamil sekarang. Bintang bola sepak, 26, tu dikatakan sedang mempersiapkan pernikahannya pada musim panas selepas merancangnya bersama model pakaian dalam, Irina Shayk Hari Valentine yang lalu. Ronaldo dikatakan sangat mengharapkan anak yang sedang dikandung oleh model 25 tahun yang berasal dari Russia tu.

Akhbar Correio da Manha mengatakan bahawa perut Irina dilihat telah adanya benjolan kecil serta kini mempamerkan cincin berlian pertunangannya. Seorang kawan bekas bintang Manchester United berkata kepada akhbar tu,"Cristiano suka menjadi ayah. Irina juga menunjukkan keinginan untuk menjadi seorang ibu. Mereka telah bincang tentang perkahwinan."

Cristiano menginginkan satu yang sangat istimewa dan romantis, dan pada Hari Valentine lalu dia pergi ke New York untuk membuat kejutan kepada Irina. Ronaldo meminta Irina untuk menikahinya. Jika benar mereka nak kahwin, ibu Ronaldo, Dolores ingin pasangan tu berkahwin di kota asal pemain bola sepak tu di Funchal, Pulau Madeira Portugal. Temannya berkata ada banyak pilihan terbuka, tetapi kalau ikut kepada ibu Ronaldo perkahwinan akan diadakan di Madeira. Ibunya ingin upacara mengikut tradisional agama mereka. Tapi Cristiano dan Irina belum membuat keputusan lagi.

Menurut rakan lagi, berkahwin dan mempunyai keluarga selalu menjadi salah satu tujuan, dan waktunya telah datang kepada Ronaldo. Dia selalu cerita tentang Irina dan boleh dilihat di matanya betapa dia mencintai Irina dan sanggup meredah 4,000 batu perjalanan dari Barcelona ke New York untuk menyambut Hari Valentine

Irina, 25, didapati memakai cincin berlian berkilau baru selepas mereka menikmati makan malam romantis di Big Apple.

Ronaldo yang meninggalkan Manchester United untuk ke Real Madrid dengan sebuah rekod dunia perpindahan 80 juta pound, telah bercinta dengan Irina 5' 10" dan bermata hijau selama sepuluh bulan yang lalu. Bintang yang bergaji 250,000£ mempunyai anak pertama berusia lapan bulan, Cristiano Ronaldo Jr kini di Portugal tinggal bersama neneknya Dolores. Ronaldo menjadi seorang ayah pada tarikh 17 Jun lalu.





Laporan asal : dailymail
Read more >>

27 Feb 2011

Eksclusif : Pendedahan tatu terbaru Beckham.....

Kongsi 1 comments
27 Feb 2011


Lagenda England, DAVID Beckham, 35, telah mendedahkan design tatunya yang terbaru kepada dunia semalam melalui laman rasmi Facebook nya. Peminat telah menunggu sejak Disember untuk melihat desain tu.

Becks telah mendedahkan tatu barunya tu melambangkan dirinya sebagai Jesus.
Design Jesus dibawa tiga malaikat kecil dan Becks mengatakan itu mewakili Brooklyn, Romeo dan Cruz yang bermaksud akan menyokong dia suatu hari nanti.


Bintang LA Galaxy ni mengatakan tatu tu ideanya sendiri untuk menunjukkan perasaannya. Asalnya dia tidak bercadang untuk memiliki tato, tapi kadang-kadang bangun tidur bila terfikir satu idea dia tak tahu macam mana cara untuk menzahirkan maksud dan mendedahkan bagaimana perasaannya tu. Kebanyakan tatunya ada kenangan dan hal-hal yang bererti baginya. Semua tatu ada maknanya masing-masing.

Becks kini mempunyai sekurang-kurangnya 19 tatu di seluruh tubuhnya. Yang banyak di dada lengan dan belakangnya.





Read more >>

Anugerah Harvard untuk Shakira!.....

Kongsi 1 comments
27 Feb 2011


Selepas Sharon Stone, Will Smith, Jackie Chan, dan Herbie Hancock kini penghargaan Harvard di anugerahkan pula kepada Shakira. Selaku Unicef Goodwill Ambassador, Shakira juga telah berjasa mendirikan Barefoot Foundation untuk kajian zat makanan dan meningkatkan tahap pendidikan di wilayah miskin Colombia yang juga negara asalnya. Penghargaan ini dikurniakan dari Harvard University melalui The Harvard Foundation.

Penghargaan Artist of the Year 2011 tersebut diterimanya 26 Febuari 2011. Anugerah diterima Shakira dinilai Harvard University yang menjadi pusat ilmu dan seni budaya.

Selain bakti yang pernah dia lakukan, salah satu faktor lagi yang melayakkan Shakira menerima anugerah nie adalah kerana dia berjaya diperingkat antarabangsa dengan menjual lebih 50 juta copy albumnya di seluruh dunia kata S. Allen Counter yang juga merupakan Pengarah Harvard Foundation.





Laporan asal : tempointeraktif.com
Read more >>

Chris Brown bantai Rihanna : Komen Chris setelah setahun

Kongsi 0 comments
27 Feb 2011


Selepas setahun lebih tragedi Chris Brown memukul Rihanna berlalu, kini Chris membuat komen di Twittter nya. Nie pun disebabkan ramai yang mempertikaikan semula apa yang pernah Chris lakukan pada bekas girlfriend nya Rihanna. Ramai yang tak puas hati terutamanya peminat fanatik penyanyi lagu 'Umbrella' tu bila melihat artis kesayangan mereka diperlakukan sebegitu sehingga habis seluruh mukanya lebam dan berdarah.

Chris mengatakan timbulnya isu nie semua kerana ada pihak yang cuba ingin menyabotajnya, terutama sekali kerana waktu nie dia baru saja mengeluarkan album. Ngam-ngam dia lancarkan album barunya 'F.A.M.E' gambar-gambar lama ketika dia menyiksa Rihanna dalam kereta tu pun keluar semula.

Isu kes nie pun dah selesai dan Chris dah pun mendapat hukuman yang setimpal. Tapi Chris percaya walaupun cubaan sabotaj itu akan mengganggu sedikit sebanyak pengaruhnya ketika nie, tapi baginya tak ada siapa yang akan menghalang takdir dan ketentuan Tuhan. Walaupun sebelum tu kata-katanya agak kesat bila membidas kemunculan virus-virus tu semua, tapi akhirnya dia memadam semua kenyataan kesat tu dan ganti dengan ucapan-ucapan yang lebih positif. Biasalah orang, cakap dulu baru fikir.



Laporan asal : detikhot.com
Read more >>

Daphne dan Islam.....

Kongsi 2 comments
27 Feb 2011


Dahlia Daphne Elianor M Iking,

" Takdir bagaimana pun telah membuka hati saya untuk mendalami agama Islam. Rakan-rakan mualaf saya juga banyak bercerita tentang keindahan dan kesucian Islam. Rasa ingin tahu semakin memuncak dan saya banyak bertanya kepada ustaz kalau ada soalan bermain di fikiran tentang hal-hal berkaitan agama. Saya memang tak ada masalah untuk sebarang pengajaran yang menunjukan arah kebaikan. Juga dari situ saya mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam hujung tahun lepas. Saya tak mahu memeluk agama Islam kerana disebabkan individu tertentu. Ia sememangnya ikhlas. Saya dengan rela hati melakukan perkara tersebut. Alhamdulillah, pengalaman tersebut cukup indah buat saya."


JenTik : Masa mereka mencari permata itu, kita dah pun mengenggam permata itu. Tapi masa mereka mengutip permata itu, kita dah pun buang permata itu.
Back to Quran wahai Muslimin.....

Read more >>

Mulan dah bersalin?!!!.....

Kongsi 0 comments
27 Feb 2011


Khabarnya Mulan Jameela dah selamat melahirkan anak ketiganya di Rumah Sakit Pondok Indah (RSPI), Jakarta Selatan. Tapi bila di tanyakan pada pihak yang bertanggung jawab keatas hospital tersebut, nyatanya pihak RSPI menidakkannya sama sekali.

Tapi menurut detikhot mereka mempunyai bukti pada papan pendaftaran nama pesakit RSPI wujudnya nama Miss W. Tapi JenTik tak dapat lagi bukti tu. Nak tuduh pun tak guna lah kan. Kebetulan, nama asal Mulan adalah Wulansari. Apa yang pasti wartawan masih lagi di pintu RSPI berusaha bagaimana untuk mendapatkan kesahihan cerita tersebut.

Apa yang pasti RSPI terus menyangkal dakwaan yang Mulan berada di hospital tersebut. Namun menurut satu sumber, "Iya, ada Mulan di lantai 3 tapi tidak semua orang bisa masuk, apalagi wartawan," ujar sumber tu. Maksudnya kini Mulan sedang mendapat rawatan di tingkat 3 hospital tersebut. Menurutnya lagi bilik yang mana menempatkan Mulan tu sungguh eksklusif sekali berbanding bilik lain di hospital tersebut.




Laporan asal : detikhot.com
Read more >>

Gambar terbaru Yuna !.....

Kongsi 1 comments
27 Feb 2011


Laaa nie kita kongsi gambar Yuna masa dia kat UK dengan US k. Yuna kesana pada 14 Feb 2011 yang lepas untuk melebarkan lagi bakatnya di peringkat antarabangsa. Penerimaan di kedua-dua buah negara besar nie nampaknya baik dan mereka sangat mengagumi bakat besar yang ada pada diri Yuna. Nampaknya semakin hari semakin terbukti bahawa negara kita Malaysia memliki banyak bakat-bakat hebat yang mencapai tahap antarabangsa. Ini dapat dinilai kerana semakin ramai artis-artis tempatan kita keluar dan berani melangkah dengan yakin mempromosi muzik mereka khasnya dan Malaysia amnya di mata dunia. Atas yang demikian, ia sekali gus telah meletakkan industri muzik tanah air kita sebaris dengan industri muzik-muzik hebat luar. Jadi kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya letak atau nilai dulu muzik kita sebelum menerima muzik luar. Kasut Gombak kan bagusss!...
Sooo! apa lagi, layannn.....









Laporan asal : izyan.com
Read more >>

Siti Sarah sah jadi isteri Shuib!.....

Kongsi 0 comments
27 Feb 2011


KUALA LUMPUR, 26 FEB 2011: Setelah menjalinkan hubungan cinta lebih setahun, akhirnya pasangan merpati dua sejoli penyanyi, Siti Sarah Raissuddin dan ahli kumpulan Sepah, Shahmira Muhammad atau Shuib selamat disatukan dengan ikatan perkahwinan yang sah.

Malah dengan hanya sekali lafaz, Siti Sarah telah sah menjadi isteri kepada Shuib dalam majlis yang cukup sederhana yang berlangsung di Jeumpa D'Ramo, Bangsar, sekitar jam 5.50 petang tadi.

Mempelai yang mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat serta ditata rias oleh Deq Sha ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Perseketuan, Mohd Nizar Mohd Nadzir.

Selain disaksikan oleh ramai tetamu dan media yang hadir, pernikahan mereka disaksikan oleh bapa Sarah sendiri iaitu Raissuddin Hamzah dan ibunya Nooriaini Mohamad yang merestui perkahiwinan satu-satunya puteri mereka.

Siti Sarah yang bersalaman dan menerima kucupan mesra di dahi juga telah menerima sebentuk cincin bertatahkan berlian yang disarungkan ke jari manisnya oleh Shuib bagi melengkapi upacara membatalkan air sembahyang pada petang tadi.

Pihak perempuan yang menerima mas kahwin secara tunai sebanyak RM1000 dan lima dulang hantaran turut membalas juga lima dulang hantaran kepada pihak lelaki. Antara hantaran yang diterima Siti Sarah seperti kitab Al-Quran Telekong, barangan penjagaan diri dan wangian, tepak sireh dan kek perkahwinan dari Blooming Cake.

Manakala hantaran berbalas dari pihak perempuan kepada suaminya pula adalah seperti Al-Quran dan sejadah, barangan penjagaan diri dan wangian, sireh junjung, kek dari Blooming Cake dan sebentuk cincin. Namun wang hantaran telah dirahsiakan atas kehendak keluarga kedua-dua belah pihak.

Ditemui portal murai.com.my selepas majlis akad nikah, Shuib yang lega selepas diijabkabulkan berkongsi bibit-bibit cintanya bersama Siti Sarah selama dia mengenali isterinya itu.

"Sarah merupakan orang yang pertama membuka hati saya untuk serius dalam perhubungan. Dialah satu-sataunya wanita yang dapat menambat hati saya untuk terus mahu bersama dengannya untuk selama-lamanya.

"Dia sangat istimewa dalam hidup saya. Selepas saya kenal dia, dia telah buat saya menjadi insane yang lebih baik dan mula fikir mengenai masa hadapan. Sikap manjanya membuatkan saya tak mampu untuk berjauhan dengannya," luah Shuib.

Sementara itu, Sarah yang tersenyum disamping sumainya ketika di temu bual bagaimanapun memberitahu Shuib dan dirinya mempunyia satu arah yang sama yang membuatkan dirinya yakin untuk bersama Shuib untuk selamanya.

"Saya susah untuk menerima cinta dalam hidup saya. Tak mudah untuk saya berikannya begitu sahaja tetapi bila saya benar-benar cintakan seseorang, orang itu akan saya genggam erat untuk selamanya.

"Saya kagum dengan kesungguhan Shuib untuk mendapatkan saya. Dia seorang yang penyabar, jujur dan sangat telus dalam perhubungan. Apa yang paling penting kami mempunyai satu jalan yang sama untuk kami tuju. Namun apakah persamaan itu biarlah kami berdua sahaja yang tahu,"jelas Sarah yang tersenyum manis

Majlis nikah yang serba sederhana serta indah itu telah dihadiri oleh bapa hanya sanak saudara terdekat dari kedua -dua belah pihak dan cuma kelihatan beberapa tetamu selebiriti seperti Sharifah Shahira dan suami, Ijoy serta composer Aidit Alfian Mohd Dom.



Read more >>

26 Feb 2011

Anak Michael Jackson cerita tentang kerjaya.....

Kongsi 0 comments
26 Feb 2011


Maskipun mereka kehilangan ayah mereka sekali lagi pada tahun 2009, namun itu tak mematahkan semangat anak-anak Michael. Dengan berbekalkan tapak yang kukuh kini mereka nampaknya pantas ingin merebut peluang untuk mengejar kerjaya dalam industri hiburan.

Dalam sebuah wawancara dengan ABC News, putera Raja Pop yang sulung, Prince, mengatakan, "Saya dah melihat beberapa peluang dalam perniagaan persembahan. Kebanyakan menguntungkan"

Putri MJ, Paris kini sedang mempertimbangkan peluang dalam seni lakonan. Dia menjelaskan, "Saya sedang berfikir tentang audition untuk shooting minggu depan."

Sementara putra bungsu MJ, Prince Michael tidak mendedahkan tentang kerjaya impiannya lagi. Mungkin usianya belum mencapai tahap kematangan untuknya berfikir tentang masa depan. Katherine nenek mereka mengakui bahawa cucu bongsunya tu suka berdandan dan bergaya.




Laporan asal : celebritygossip.net
Read more >>

Gambar terbaru Jessica Alba.....

Kongsi 1 comments
26 Feb 2011


Nampaknya Jessica Alba betul-betul cuba untuk kelihatan normal dengan menutup imejnya yang kini sedang hamil mengandungkan anak ke dua nya. Gambar terbaru nie di rakamkan 25/2/2011 ketika Jessica Alba di lihat dalam perjalanan menuju ke sebuah gym di Los Angeles, CA.

Dalam keadaannya yang cuba menyembunyikan potongan badan, dia nampak lucu memakai seluar putih dan baju besar berwarna hijau muda yang sedaya upaya cuba untuk menutup benjolan perutnya sambil membawa sebuah beg besar dan berkasut sukan.

Semalam telah diumumkan bahawa Jesicca Alba akan membuat penampilan khasnya di siaran pasca-Oscar tahunan, "Jimmy Kimmel Live:. After The Academy Awards"

Antara selebriti lain yang dikabarkan akan tampil bersama dengan Jessica adalah Tom Hanks, Cee Lo Green, Eva Longoria, Kelly Ripa, Minka Kelly dan Sofia Vergara.



Laporan asal : Celebrity-gossip.net
Read more >>

Gambar terbaru Bob Lokman di Penamaan Calon DUN Merlimau

Kongsi 2 comments
26 Feb 2011


Laaa nie kita layan gambar terbaru Bob Lokman ok...Gambar nie JenTik baru rakamkan sekitar 15 minit yang lalu di Penamaan Calon Pilihan Raya DUN Merlimau, Melaka nie. Bob telah mendapat perhatian melebihi calon bertanding nampaknya. JenTik memang sengaja mencari Bob Lokman kerana pada firasat JenTik Bob mesti datang sini punyalah. Ketika gambar dirakamkan,Bob sedang berada di dalam kelompok besar Parti Pakatan Rakyat sambil memberikan semangat terhadap penyokong yang berpanas terik. Layannn.....







Read more >>

Rossa jatuh pentas!!!.....

Kongsi 0 comments
26 Feb 2011


Penyanyi Rossa mengalami kemalangan ketika malam perayaan ulang tahun ke-3 sebuah stesyen televisyen berita di Jakarta Convention Center, Jakarta Pusat, Khamis (24/2).

Ketika turun dari pentas dia baru selesai menyanyikan satu lagu berjudul Ku Menunggu. Ketika tu Rossa terus jatuh terguling diatas anak tangga. Bunyi akibat Rossa terjatuh di atas lantai cukup keras dan mengejutkan. Rossa segera di bantu sejumlah kru dan petugas.

Ketika keluar dari JCC, Rossa segera menuju ke kereta Alphard nya dengan tertatih-tatih dan dipapah oleh seorang perempuan sambil Rossa menolak untuk ditemuramah. "Maaf, saya habis jatuh," Jelas Rossa dengan wajah menahan sakit.

Ketika ditanya apakah insiden ni akan mengganggu konsert Erwin Gutawa yang akan diadakan Sabtu, Rossa memberitahu yang tetap akan tampil. "Insya Allah saya menyanyi," katanya.



Laporan asal : tempointeraktif.com
Read more >>

Cameron Diaz gian tengok cerita lucah!!!.....

Kongsi 0 comments
26 Feb 2011


Aktres Cameron Diaz mengaku yang dia sangat suka menonton filem porno. Biasanya bekas kekasih Justin Timberlake nie akan menonton filem-filem tersebut di dalam hotel.

Seperti dilaporkan Female First, Jumat (25/2/2011), Cameron suka dengan layanan hotel yang dapat menjaga 'rahsia kecilnya' tu. Staff hotel pun tak mampu menulis judul filem porno yang ditonton Cameron untuk menghilangkan ketagihan seksnya tu.

"Aku suka filem porno. Kamu tahu apa yang aku suka dari hotel? Betapa berhati-hatinya mereka (menjaga kerahasiaan)," kata bintang 'Charlie's Angels' tu.

Cameron memang suka mendedahkan soal kehidupan seksnya. Sebelum nie juga aktres berusia 38 tahun tu memberi tahu kalau dirinya tak tahan, maka dia akan ke luar negeri untuk bertemu dengan kekasihnya, dan.....

"Saya dah tidak dapat mengira berapa kali saya menaiki pesawat untuk pergi bercinta," kata Cameron yang kini berpacaran dengan pemain baseball, Alex Rodriguez tu.



Read more >>

Konsep pernikahan Pasha Ungu.....

Kongsi 0 comments
26 Feb 2011


Vokalis band Ungu, Pasha akan melangsungkan pernikahan dengan Adelia Wilhelmina pada 27 Mac 2011 nie. Konsep perkahwinan mereka ialah warna ungu. Hal nie disampaikan oleh designer baju pengantin Pasha dan Adelia, Ferry Sunarto ketika dihubungi detikhot, Jumat (25/2/2011). Ferry menjelaskan tentang busana yang akan dipakai Pasha dan Adelia. Konsep pernikahan mereka adalah seperti berikut :

(DH)Bagaimana konsep pernikahan Pasha dan Adelia pada 27 Mac 2011 nanti?
(FS)Konsepnya adalah mengikut cadangan Pasha. Mereka kebetulan kooperatif sekali. Mereka datang membawa konsep yang bagus. Kita tinggal buat saja. Pasha mau nampak lebih glamour dan tentang warna semuanya moden, berkelas, dan elegan. Dia memilih warna ungu untuk resepsi. Dalam hal ini bukan karena Pasha band ungu ya. Aku lihat dia ingin menampilkan yang agung dan berkelas. Dan warna ungu itu melambangkan keagungan

(DH)Bagaimana dengan baju Adelia?
(FS)Bajunya mengikut konsep klasik. Busananya akan ada seperti ekor yang cukup panjang. Aku di sini memutuskan juga warna ungu. Tapi bukan ungu kayak royal purple, bukan ungu tua kerana ungu moden bukan yang tua. Mungkin lebih sesuai kepada acaranya yang siang hari bukan malam hari.

(DH)Nikahnya pula?
(FS)Tetap konsepnya moden juga, kesan Islam, dan mengikut adat. Pasha juga sangat taat pada agama dengan baik. Adelia pula bukan yang pakai jilbab juga, cuma lebih ke sopan. Kerana Adelia kulitnya sangat putih jadi warnanya old white atau putih gading. Dan semua itu bahannya diimport.

(DH)Kabarnya mereka menghabiskan belanja ratusan juta(Rupiah yerrr) untuk busana ini?
(FS)Ah rahsia, Pasha juga kan mahu yang terbaik, dan baju itu hasil dari kerja saya kerana 80 peratus buatannya itu adalah pengerjaan tangan. Masalah budget saya tak bisa dedahkannya.



Read more >>

Siti Sarah dan Shuib Sepah nikah hari nie!!!.....

Kongsi 0 comments
26 Feb 2011


Penyanyi lincah Siti Sarah Raissuddin akan menamatkan zaman bujangnya hari nie. Dia dan tunangnya Shuib (Sepah) akan bernikah di sebuah banglo di Bangsar, Kuala Lumpur petang nie(26 Februari).

Kisah cinta Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad pernah menjadi bualan. Ada yang terkejut bila terserempak dengan mereka yang kelihatan sangat mesra. Akhirnya mereka mengaku bercinta dan tidak lama selepas itu mengikat tali pertunangan.

Nampaknya mereka tak tunggu lama untuk diikat sebagai suami isteri. Baguslah tu. Kalau tunggu lama-lama nanti takut ada berlaku macam-macam hal yang tidak sedap didengar.

Sarah pernah bertunang lama dengan bekas tunangnya dulu, akhirnya ikatan mereka putus sebelum sempat ke jenjang pelamin. Mungkin dia tidak mahu perkara sama berlaku... sebab itu sedia bernikah awal.

Semoga mereka akan terus berjaya dalam bidang seni masing-masing. Sarah sudah lama tak muncul dengan lagu baru, tapi dia masih aktif memenuhi undangan mengadakan persembahan. Sepah juga sedang mencipta nama sebagai pelakon dan pelawak.



Laporan asal : manggaonline.com
Read more >>

Scha sedia kahwini Awal Ashaari!!!......

Kongsi 0 comments
26 Feb 2011


Hampir dua tahun bercinta, pelakon, Scha dan Awal Ashaari dikhabarkan bakal melangsungkan pertunangan tidak lama lagi. Malah, pasangan ini juga dikatakan sudah menempah busana untuk digayakan di hari pertunangan itu.

Namun, ketika ditemui di sidang media Anugerah Bintang Popular 2010 baru-baru ini, Scha menafikan berita pertunangannya itu.

Memang merancang untuk bertunang dan masih mencari masa yang sesuai, Scha bagaimanapun menafikan cerita dia sudah menempah pakaian.

"Saya dan Awal memang ada merancang untuk bertunang, tapi kerana terlalu sibuk dengan macam-macam perkara yang berkaitan dengan kerja, jadi kami tidak ada masa untuk membincangkannya secara terperinci.

"Cerita saya sudah menempah pakaian pertunangan itu sebenarnya tidak benar, dan saya sendiri tidak pernah pergi berjumpa dengan mana-mana pereka fesyen untuk berbincang tentang pakaian pertunangan.

"Saya dan Awal pasti akan bertunang, hanya waktu dan tarikh yang sesuai saja yang belum diketahui, tapi Insya-Allah, jika ia akan berlaku dalam tahun ini juga.

"Tentang majlis, saya dan Awal tidak merancang untuk membuatnya secara besar-besaran, cukuplah sekiranya ia berlangsung dengan keadaan yang ringkas tetapi ia dihadiri oleh orang-orang yang cukup rapat dengan saya,"jelas Scha.

Halangan Keluarga

Menebak tentang khabar yang mengatakan hubungan mereka dihalang oleh keluarga di kedua-dua belah pihak, Scha menafikan tentang perkara itu.

"Itu semua fitnah, antara saya dan keluarga Awal memang baik dan saya sayang keluarganya sama seperti keluarga saya sendiri, begitu juga dengan keluarga saya, mereka sangat menyayangi dan mengambil berat tentang Awal.

"Hubungan kami memang rapat, dan mereka juga sudah berjumpa antara satu sama lain, tetapi bukanlah dalam keadaan yang formal, biasanya kami hanya pergi makan-makan bersama.

"Takkan saya berani bercerita tentang pertunangan dan perkahwinan sekiranya ada masalah sebegini? setakat ini hubungan kami hanya di jarakkan oleh faktor pekerjaan, bukan masalah-masalah berkaitan dengan kerja,"jelasnya lagi.

Kerjaya

Disisi lain, Scha bakal muncul dalam sebuah drama Mimi Mencari Cinta, sebuah drama Astro yang menampilkan Scha sebagai seorang wanita yang sopan.

"Drama ini sememangnya lari dari kebiasaan watak yang saya tampilkan, kalau kebiasaanya saya membawa watak yang ala-ala tomboy, tetapi untuk drama ini, saya akan jadi lebih sopan.

"Ini peluang untuk saya buktikan bahawa saya juga boleh membawakan pelbagai watak lain, saya harap peminat dapat menerimanya,"cerita Scha.




Laporan asal : manggaonline.com
Read more >>

25 Feb 2011

Seharian di Merlimau.....

Kongsi 1 comments
25 Feb 2011


Nampaknya hari nie JenTik tak dapat lah nak update isu sangat sebab sibuk gi round-round area Merlimau, Melaka nie. Saje wat-wat sibuk kat sini, yelah esok kan proses pernamaan calon akan di jalan kan kat sini bagi Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau.

Saje-saje je tengok politik nie macam mana. Seronok jugak sekali-sekala rasa suasana meriah Pilihan Raya nie. macam-macam kerenah orang kita boleh jumpa. Walaupun Pilihan Raya nya dijalan kan 6/3/2011, tapi hari nie pun setiap orang area Merlimau, Melaka nie dah merasakan bahangnya. Suasana meriah nie di tambah pula dengan bendera-bendera dan poster-poster kempen membuatkan suasana menjadi warna-warni. Kiri kanan semua orang dok cerita politik jer satu hari nie. Kepada yang fanatik atau tegar pada sesuatu parti tu jangan pula gatal nak di tegur. Cari pasal namanya tu...

Takpelah, kepada semua yang terlibat dan berhak mengundi di DUN Merlimau nie, tunaikan lah hak anda dengan sebaiknya. Buat pernilaian yang tepat bagi menentukan masa depan kome semua. Dah penat-penat round tadi seharian kehulu kehilir, jadi adalah sedikit bingkisan yang dapat JenTik kongsikan bersama kepada penduduk-penduduk di bawah pemerintahan DUN Hot Malays. Sooo...kita layan jelah gambar-gambar suasana yang sempat JenTik rakamkan di Merlimau tadi. Check It Out!!!.....














Read more >>
Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords