[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

Memaparkan catatan dengan label Iron Maiden. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Iron Maiden. Papar semua catatan

19 Mac 2011

Iron Maiden jual t-shirt untuk tsunami.

Kongsi 0 comments
19 Mac 2011



Walaupun konsertnya di Jepun terpaksa ditunda kerana tsunami, namun hal ni tak mematahkan semangat anggota Iron Maiden yang dilihat lebih aktif mengumpul dana amal untuk warga Jepun.

Band rock yang berasal dari UK ni sedang sibuk menjual t-shirt limited edition mereka untuk membuat sumbangan bagi membantu para korban bencana di Jepun.

Ketika gempa dan tsunami melanda pada Jumat (11/3) lalu, band ni juga waktu tu sedang dalam perjalanan ke Tokyo untuk mengadakan konsert disana. Iron Maiden akhirnya terpaksa menukar arah penerbangan mereka ke Nagoya untuk mengelak dari bencana.

Kedua-dua konsert mereka memang terpaksa dibatalkan, tapi anggota Iron Maiden memutuskan untuk menjual t-shirt disetiap konsert mereka untuk membantu Palang Merah Jepun yang kini sedang bekerja keras mengumpulkan dana bagi membantu para korban.

Baju ni menampilkan Eddie maskot mereka dengan logo band di bahagian depan. Di bahagian belakang pula ada sebuah tulisan berbunyi, "Japan 2011. The Final Frontier."

Read more >>

18 Feb 2011

Konsert Iron Maiden di Indonesia gempak!!!

Kongsi 3 comments
Kumpulan heavy metal, Iron Maiden memberi nafas baru kepada pecinta muzik rock Indonesia. Konsert diadakan di Pantai Karnaval Ancol, Jakarta, Kamis (17/2/2011) semalam. Indonesia merupakan salah sebuah negara yang dipilih dalam rangka tour dunia Iron Maiden yang bertajuk 'The Final Frontier World Tour' Asian-Australian 2011. Iron Maiden kini dah pun berusia 35 tahun. Dah tua-tua pun power lagi dia orang nih.

4000 orang ahli 'Trooper Indonesia' telah hadir iaitu sebuah kelab penyokong mereka di sana. Jumlah keseluruhan yang hadir melebihi 20,000 orang.

Konsert bermula sekitar 9.30 malam waktu tempatan. Iron Maiden membuka konsert mereka dengan lagu 'The Final Frontier'. Vokalis Iron Maiden, Bruce Dickinson keluar dengan baju hitam tanpa lengan dan berseluar askar disamping mengenakan ikatan di kepala.

Dalam persembahan mereka sempat menceritakan perjalanan mereka mengelilingi dunia menggunakan pesawat sendiri khasnya ke Asia dan Australia untuk memperkenalkan album baru mereka. Semua penonton pun riuh mengikuti lirik demi lirik lagu yang mereka mainkan. Ditambah pulak dengan layar besar yang berukuran sekitar 30 x 10 meter.

Iron Maiden menghiburkan peminat Indonesia dengan lebih dari 20 lagu hitsnya. Salah satu lagu yang diikuti oleh ramai penonton adalah lagu 'Fear of the Dark'.

Di akhir persembahan Bruce memperkenalkan satu persatu ahli kumpulannya bermula dari Steve Harris, Bruce Dickinson, Dave Murray, Adrian Smith, Janick Gers dan Nicko McBrainke. Selesai saja lagu terakhirnya, Bruce melemparkan pengikat kepalanya kepada penonton. Pertunjukan berakhir sekitar pukul 11.30 malam waktu tempatan.


Read more >>

17 Feb 2011

Peminat Iron Maiden berkumpul di lapangan terbang

Kongsi 0 comments
Nampaknya penantian rakyat Indonesia semakin memuncak kerana menantikan ketibaaan sebuah band heavy metal dunia iaitu 'Iron Maiden' landing kat Terminal 2D Lapangan Terbang Soekarno-Hatta. Memang meriah gila lah kat lapangan terbang tu kerana ramai peminat Iron Maiden dah berkumpul untuk menyambut ketibaan band tu.

Apa yang di gambarkan keadaan disana ramai manusia yang bermuka ganaz, rambut mengerbang, berjaket kulit, berkasut but sedang berkumpul untuk menyerbu Bruce Dickinson dan kawan-kawan ketika mendarat di Indonesia. Jangan kena langgar katebang sudahhh...Barulah rock sampai mati.

Menurut pengguna yang sering bekunjung ke Lapangan Terbang Soekarno-Hatta berkata pemandangan macam tu tidak pernah dilihat disitu. Keadaan ini juga telah mengundang perhatian tersendiri dari pengunjung lapangan terbang tersebut. Iron Maiden akan tiba di Indonesia dengan pesawat pribadi mereka sendiri. Mengikut papan informasi, mereka memulakan penerbangan dari Singapura.Tetapi sehingga pukul 1.42 waktu tempatan, Iron Maiden belum jugak mendarat. Mengikut plan kapal terbangnya mendarat pukul 12.50 waktu tempatan. Langit jem kottt ada katebang lain 'eksiden'. Let's ROCKIN!!!


Read more >>
Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords