[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

Memaparkan catatan dengan label Ahli Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ahli Sukan. Papar semua catatan

17 Mac 2011

Rio Ferdinand peminat Jutin Bieber.

Kongsi 0 comments
17 Mac 2011



Pemain bola sepak Manchester United, Rio Ferdinand, mengatakan bahawa dia mungkin juga mula turut mengidolakan Justin Beiber dan sekaligus jadi anggota Belieber iaitu kelab para peminat Beiber.

Dalam Twitternya Ferdinand menulis, "Saya sekarang following @justinbieber. Dia kini benar-benar FENOMENA .. harus menghargai peranannya .. masuk dunia muzik perniagaan+penjualannya satu dunia #success"

Dalam posting lainnya Ferdinand menulis, "@justinbieber + tweeps apakah saya telah menjadi Belieber?! Haha! The kid is a business - #fact"

Ferdinand kini sedang berehat kerana mengalami kecederaan. Sementara rakan sepasukannya yang lain sedang mempersiapkan diri untuk pertandingan liga juara-juara dengan Marseille (semalam).


Read more >>

14 Mac 2011

David Beckham segera mahu pulang ke England.

Kongsi 0 comments
14 Mac 2011



Kampung halaman kita adalah tempat yang paling selesa bagi kita. Begitu juga England yang merupakan negara asal untuk David dan Victoria Beckham. Selepas berkunjung ke Rumah Sakit Anak Los Angeles, Beckham berkata yang dia akan kembali menetap di negara asalnya, England.

Pasangan terkenal tu merancang akan kembali ke kediaman mereka Beckingham Palace di Hertfordshire, secepat mungkin setelah kontrak David bersama LA Galaxy tamat.

“David dan Victoria selesa tinggal di Amerika dan kini telah menjadi rumah kedua bagi mereka. Mereka sayangkan Los Angeles. Tapi kontrak David akan tamat tak lama lagi dan mereka mula memikirkan masa depan mereka.,” kata seorang sumber pada News of the World.

“Ia (Beckham) ingin menutup kariernya di kelab Inggris, tapi tidak menutup kemungkinan ke kelab lain. Victoria sedih kerana sudah memiliki banyak teman di California dan ia suka dengan gaya hidup di sana, tapi dia juga sangat merindukan keluarganya di England,” menurut sumber lain.

Victoria merasa risau dengan ketiga anaknya yang semakin remaja. Dia dan suaminya ingin anak mereka bersekolah di sekolah Inggris ketika mereka remaja nanti.



Read more >>

13 Mac 2011

David Beckham ajar anak di rumah sakit.

Kongsi 0 comments
13 Mac 2011


Anak-anak orang terkenal dan kaya pasti jarang terdedah bersosial dan bebas. Mereka pasti tidak merasakan susahnya dunia. Untuk itu, David dan Victoria Beckham mendidik anaknya untuk tetap rendah diri melalui kunjungan yang dibuat ke rumah sakit.

Pasangan suami isteri tersebut telah membawa ketiga-tiga anaknya (Brooklyn, Romeo, dan Cruz) melawat rumah sakit untuk mengajarkan kepada anaknya tu supaya tetap rendah diri. Mereka hendak menunjukkan kepada anaknya tentang gambaran ketika sebuah keluarga ditimpa bencana dan masalah.

“Mereka telah berkunjung ke rumah sakit dan yang penting sekali bagi mereka ialah untuk tahu apa itu kehidupan,” kata Beckham dalam majlis DAYBREAK ketika berkunjung ke Rumah Sakit Anak Los Angeles.

Menurut David Beckham, penting bagi anaknya untuk tahu betapa sukarnya orang tua yang anaknya sedang sakit dan tidak memiliki umur panjang.



Read more >>

12 Mac 2011

It's A Baby Girl! - David Beckham

Kongsi 0 comments
12 Mac 2011


Setelah sekian lama menyembunyikan jantina bakal bayinya dari media, akhirnya David Beckham dan Victoria Beckham mengumumkan bahawa mereka mendapatkan apa yang selama nie mereka nantikan. A baby girl!.

Kini mereka memiliki 3 orang anak yang kesemuanya lelaki, Brooklyn, Romeo, dan Cruz. Setelah mendapat kepastian jantina anak keempat mereka ni adalah perempuan,ni merupakan kabar bahagia dan mengejutkan buat mereka sekeluarga.

"Kami sangat bahagia menunggu kelahiran bayi sekali lagi, dan kali pertama kami mengatakan kelaminnya perempuan. Kami sangat seronok. Tentu saja, punya 3 putra, dan akan punya satu lagi, ada bayi perempuan di sana (perut Victoria), yang sangat mengejutkan," kata David dengan riak bahagianya.

Namun bukan hanya David sorang yang berbahagia dengan kabar baik ni, tapi juga ketiga abang lelakinya, yang dah tak sabar menunggu adik baru mereka. Victoria juga dalam keadaan sihat ketika menjalani kehamilan keempatnya ni.



Read more >>

Latihan Mike Tyson : Bertarung dengan 4 harimau!...

Kongsi 0 comments
12 Mac 2011


Siapa legenda tinju paling kontroversi?! Tak lain tak bukan confirm jawapannya pasti Mike Tyson kannn. Sememangnya dia dikenali kerana kegarangan dan ketangkasannya di atas gelanggang tinju yang banyak menyebabkan lawannya tewas KO. Apa rahsianya dia boleh sekuat tu?

Tyson, yang sekarang telah bersara dan mula terjebak dalam dunia hiburan pula. Tyson mengaku bahawa rahsia kekuatannya ketika zaman kegemilangannya dulu adalah terletak pada latihan rutin yang dilakukannya setiap hari iaitu dengan bertarung bersama harimau peliaraannya!

"Aku mempertahankan staminaku dengan bertarung dengan empat harimauku. Aku memukul mereka di bahagian vital dan muka. Rasanya seperti memukul dinding simen," kata Tyson santai.

Wah, apa harimau-harimau tuh tak marah ke Tyson? "Mereka menyukainya," jawab bekas petinju tu.

Selain sebagai teman latihan, harimau-harimau ini telah membawa rejeki lain untuk Tyson. Atas kehebatannya menawan harimau, Tyson telah menjadi bintang undangan dalam THE HANGOVER sebagai pemilik harimau yang hebat.



Read more >>
Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords