[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

30 Sep 2010

Hari Raya bersama Upin Ipin

Kongsi 0 comments

Istimewa kepada semua ahli Kelab Upin & Ipin kerana anda semua dijemput untuk memeriahkan majlis Hari Raya bersama Kelab Upin & Ipin yang akan dilangsungkan pada 2 Oktober 2010 ini bertempat diperkarangan tempat letak kereta Les' Copaque Production. Kepada peminat Upin & Ipin yang masih belum menjadi ahli pula jangan risau, kerana pendaftaran akan dibuka pada hari tersebut. Pasti meriah kerana pada tahun ini pihak Les' Copaque telah mengaturkan pelbagai aktiviti menarik termasuklah kemunculan beberapa maskot baru seperti Mail dan Ehsan. Wah, macam agaknya suasana bila kesemua maskot ni sudah berkumpul. Pastikan anda tidak melepaskan peluang ini.

Tempat : Perkarangan Les' Copaque Production
Tarikh : 2 Oktober 2010
Masa : 2 Petang - 6 Petang
Bayaran : *RM10 seorang (Ahli)
*RM15 seorang (Bukan Ahli)
(Kanak - kanak bawah 7 tahun percuma)
(RSVP melalui telefon +60355120012 atau emel
kelabupindanipin@lescopaque.com
)
(** Tempat adalah terhad)


Datanglah ke majlis Hari Raya Kelab Upin & Ipin




Suasana Hari Raya Kelab Upin & Ipin pada tahun lepas
Suasana Hari Raya Kelab
Upin & Ipin pada tahun lepas

Selain itu juga, yang menarik pada tahun ini ialah sesi ujibakat untuk rancangan Kelab Upin & Ipin yang turut dijalankan pada masa yang sama. Kalau ada adik-adik yang boleh berlakon, menyanyi atau apa saja, jangan malu atau segan. Manalah tahu satu hari nanti adik boleh menjadi terkenal seperti personaliti TV yang lain. Sesi ujibakat ini pula, dijalankan selama 2 hari iaitu pada 2 dan 3 Oktober ini.

Sesi Ujibakat rancangan Kelab
Upin & Ipin 2 minggu lepas

Sesi Ujibakat rancangan Kelab
Upin & Ipin 2 minggu lepas


Jangan lepaskan peluang ini untuk beramah mesra bersama maskot serta pelakon suara Upin & Ipin disamping pelbagai aktviti menarik yang lain. Semoga dengan kehadiran semua peminat Upin & Ipin dapatlah memeriahkan aktiviti ini lagi.


Gengmovie

Read more >>

"Sahabat Selamanya" Soundtrack Upin Ipin nyanyian PADI band

Kongsi 0 comments




Animasi Upin Ipin telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa termasuk di Indonesia. Ramai peminat di sana khususnya kanak-kanak dilihat begitu obses dengan siri animasi itu. Ibu bapa juga tidak terkecuali untuk menonton animasi Upin Ipin di dalam melayan karenah anak-anak mereka. Tidak terkecuali juga anak-anak kepada pemuzik dan vokalis kumpulan muzik terkenal Indonesia iaitu kumpulan Padi, mereka turut mengakui bahawa anak-anak mereka turut sama meminati animasi Upin Ipin.

Malahan Kumpulan padi turut sama terlibat dengan animasi itu. Mereka akan menyanyikan sebuah lagu bertajuk "Sahabat selamanya" untuk soundtrack Filem Upin Ipin. Vokalis kumpulan itu mengakui menonton animasi Upin Ipin kerana ia diminati anak.

"Kita punya anak kecil, otomatis kita menonton 'Upin & Ipin'. Kita terinspirasi sama semangat anak-anak, mereka bertengkar lalu bisa baikan lagi," Kata Fadly, vokalis kumpulan PADI, sewaktu ditemui di Pisa Menteng, Jakarta Pusat, hari Rabu lalu. (29/9/2010)

Tambahnya, Dia prihatin kepada minda kanak-kanak yang sudah sekian lama tercemar dengan lagu-lagu orang dewasa. Justeru itu mereka ingin memeriahkan semula koleksi lagu kanak-kanak yang dilihat semakin tenggelam sejak sekian lama.

Read more >>

29 Sep 2010

Pak Pandir dan Luncai

Kongsi 1 comments


Setelah berbulan lamanya mencari harta karun di belakang rumahnya, akhirnya Pak Pandir berjaya menemukan jongkong emas seberat 15 kilogram yang tertanam di bawah jamban rumah jirannya. Dengan penuh perasaan gembira Pak Pandir membawa pulang emas tersebut.

Sampai di rumah, tiba-tiba Pak Pandir merasa bimbang kalau-kalau sahabat baiknya Luncai mengetahui tentang harta yang dijumpainya, pasti Luncai akan mengambil emas itu. Hasil buah fikiran itiknya, Pak Pandir mendapat idea untuk menanam emas itu di taman permainan kanak-kanak di pekan berhampiran tempat tinggalnya.

Pak Pandir menggali lubang yang besar untuk memasukkan harta karunnya itu. Setelah selesai menimbus harta karunnya, bimbang hartanya diketahui orang, dia pun meletakkan papan tanda bertulis "Di sini tiada harta karun Pak Pandir". Lega hatinya, Pak Pandir pun pulang dengan perasaan gembira.

Malam itu sedang Luncai di dalam perjalanan untuk mencuri duit di masjid berhampiran, dia ternampak papan tanda Pak Pandir. Apa lagi, dia pun terus mengorek tanah dan mendapatkan emas yang tersimpan di situ. Bimbang perbuatannya diketahui Pak Pandir, untuk 'cover line', luncai menimbus semula lubang tersebut dan meletakkan satu lagi papan tanda bertulis "BUKAN LUNCAI YANG AMBIK!".




Read more >>

Dengan US$ 540 ribu Eva Longoria sudi follow twitter anda

Kongsi 0 comments


Anda memiliki site microblogging di twitter? Pasti seronok kalau ada artis terkenal yang sudi untuk mengikuti (follow) Twitter anda bukan? Apatah lagi sekiranya pelakon terkenal Desperate Housewives seperti Eva Longoria yang mengekori anda, tentu hebat bukan?

Ya pelakon itu sudi untuk mengikuti Twitter anda malah dia siap sedia untuk bertemu dengan anda sekiranya anda mempunyai wang sebanyak US$ 540 ribu untuk diberikan kepadanya. Almaklumlah pelakon terkenal bertaraf Holywood, tentu sekali bayarannya bukanlah seringgit atau dua.

Namun begitu Eva berbuat demikian bukanlah semata-mata untuk mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan popularitinya. Sebaliknya tidak satu sen pun duit itu akan masuk ke koceknya (kata dialah). Duit yang diperolehi akan didermakan untuk tabung bencana Haiti. Duit tersebut akan didermakan kepada sebuah yayasan yang bernama Ahomenhaiti untuk membangun kembali The Miriam Center, tempat untuk para anak penderita autisme dan cerebral palsy.


Read more >>

28 Sep 2010

Heidi Klum yang seksi

Kongsi 0 comments
Heidi Klum memberikan pose di hadapan kamera ketika menghadiri amfAR Milano 2010 di Milan Fashion Week Womenswear Spring/Summer 2001, Milan, Italia, pada hari Isnin (27/9/2010) yang lalu.

Heidi Klum masih tidak kerang seksinya walaupun sudah melahirkan anak yang ke tiga.


Supermodel yang seringkali memberikan pose bogel, sudah kembali berpakaian seksi meskipun belum sampai setahun melahirkan anaknya yang ke empat. Malah dengan yakin dia melakukan catwalk dengan badannya yang kelihatan semakin langsing.






Read more >>

Malaysia kekal bersama APCO

Kongsi 0 comments

Serangan pasukan Komando Laut Israel ke atas kapal-kapal Freedom Fortilla yang membawa bantuan kemanusiaan pada 31 Mei 2010 telah mengundang kritik antarabangsa yang hebat. Operasi yang dinamakan sebagai Operation Sea Breezeatau Operation Sky Winds oleh Angkatan Pertahanan Israel telah mengorbankan sembilan aktivis dari seluruh dunia, dan puluhan lagi tercedera termasuk tujuh anggota tentera Israel.

Namun, kita lihat seluruh dunia hanya mampu mengkritik dan menyelar. Jaguh "war on terrorism" Amerika Syarikat menutup sebelah mata apabila keganasan dilakukan oleh Israel, tetapi tidak senang duduk apabila Iran mengumumkan pembangunan senjata Nuklear.

Entah mengapa Israel tidak disenaraikan sebagai pengganas antarabangsa. Mengikut undang-undang antarabangsa, Israel sudah cukup syarat untuk dikategorikan sebagai pengganas antarabangsa. Malah mengikut undang-undang Amerika Syarikat pun, Israel menepati definisi pengganas seperti tertera dalam US Federal Criminal Code. Sungguhpun demikian, tidak ada apa-apa tindakan ketenteraan dibuat ke atas Israel. Barangkali kerana Israel tidak mempunyai simpanan minyak yang banyak? Atau kerana Congress dikawal oleh The Jewish Lobby?

Suara paling lantang bukan dari Malaysia

Amerika Syarikat tanpa segan silu melalui Congress 20 Mei 2010 telah meluluskan hampir USD205 Juta untuk membantu Israel dalam membina "sistem pertahanan" Iron Dome. Perbelanjaan tersebut diluluskan dengan undi 410 menyokong, 4 bantahan dan 8 tidak hadir / berkecuali. Pelik tapi benar, Amerika Syarikat memberi dana kepada Israel untuk membina sistem pertahanan yang canggih untuk melawan militia-militia Palestin yang bersenjatakan batu dan bahan ledak dan sukarelawan antarabangsa yang menyertai misi kemanusiaan ke Gaza.

Apa yang lebih menghairankan adalah fakta bahawa suara paling lantang melawan Israel bukannya dari Malaysia yang tidak habis mengutuk, mengkritik dan menghina kezaliman Israel, akan tetapi dari presiden Venezuela, Hugos Chavez. Pemimpin Amerika Latin ini melalui kerajaannya telah menghantar bantuan kemanusiaan ke Palestin. Venezuela turut menerajui usaha-usaha kemanusiaan ke Palestin, di mana Venezuela bersama komuniti Arab, Islam dan Amerika Latin telah membekalkan ubatan, makanan, air bersih, susu dan sebagainya kepada mangsa-mangsa kezaliman Israel di Gaza.

Pada Ogos yang lalu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-Moon telah mengumumkan bahawa U.N akan menjalankan satu siasatan terhadap serangan tersebut. Satu laporan oleh United Nations Human Rights Council yang diterbitkan pada 22 September 2010, melaporkan bahawa Israel telah bertindak melampau, dan telah menunjukkan tahap kekejaman yang tidak boleh diterima. Tentera Israel barangkali boleh dibandingkan dengan Timbalan Pendakwaraya dalam Inkues kematian Teo Beng Hock apabila menyatakan bahawa mereka telah menemui pisau dapur, klab bola lisut, lastik atau ketapel bersama guli, baju kalis peluru, topeng gas serta alat penglihatan gelap di atas kapal Mavi Marmara.

Persamaan dengan Malaysia

Tentera Israel menjustifikasi serangan mereka dengan mendakwa bahawa "serangan" ke atas tentera Israel itu telah dirancang dari awal. Ini bukan perkara yang menghairankan, kerana Israel memang terkenal dengan reaksi yang melampau terhadap kanak-kanak, wanita dan orang tua Palestin yang tidak bersenjata. Mungkin kedayusan Israel sebegitu rupa sehingga pisau dapur boleh menggugat keselamatan Israel. Tidak menjadi suatu perkara yang pelik bagi rakyat Malaysia kerana kerajaan kita lebih hebat lagi sehinggakan komik pun boleh dianggap membahayakan keselamatan negara. Mungkin tidak lama lagi tulisan kami juga dikelaskan sebagai menggugat keselamatan dalam negeri.

Kami juga tidak boleh nafikan bahawa tekanan dan kritikan antarabangsa telah berjaya memaksa Israel dan Mesir untuk membuka sekatan laluan ke Gaza di mana semua barangan bukan senjata boleh dibawa masuk ke Gaza. Menteri luar Israel Avigdor Lieberman mencadangkan agar tanggungjawab menjaga sempadan Gaza diberikan kepada komuniti antarabangsa, dan cadangan ini membangkitkan persoalan mengapa tidak diserahkan sahaja kepada Hamas? Gaza masih memerlukan bantuan untuk pulih daripada kesengsaraan yang sedang dialaminya. Kami berpendapat wang RM35 juta yang digunakan untuk projek Malaysian Pavillion lebih bermanfaat jika digunakan untuk membantu rakyat Palestin.

Israel yang selama ini biadap, dan kejam terhadap jirannya sudah mula menunjukkan kebiadapan terhadap komuniti antarabangsa. Kami khuatir, regim Zionis ini akan menindas negara-negara lain juga apabila sudah cukup kuat dan tidak memerlukan sokongan Amerika Syarikat. Sampai bila lagi akan rakyat Palestin dibuli? Sampai bila lagi seluruh Liga Arab berdiam diri tatkala rakyat Palestin merayu akan perlindungan? Sampai bila lagi Malaysia akan melanjutkan kontrak APCO World Wide?

sumber: http://merdekareview.com/bm/news.php?n=11130


Read more >>

Kisah Mat Rempit

Kongsi 2 comments

Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!



Read more >>

Daerah 100% Wajib Kondom

Kongsi 1 comments
>


Sebuah kawasan di Papua New Guinea mewajibkan para penduduk untuk menggunakan kondom setiap kali melakukan hubungan seks walaupun dengan isteri sendiri. Masalah HIV dan AIDS yang terus meningkat di salah sebuah bandar bernama Jayapura di Papua akibat aktiviti seks bebas menyebabkan wujudnya pintu gerbang sebegini. Bandar ini diistiharkan sebagai kawasan hitam berkenaan gejala HIV dan Aids. Adalah dimaklumkan aktiviti seks penduduk di sini sudah tidak terkawal, kebanyakkan mereka melakukan seks semenjak sekolah rendah lagi.


Mengapakah perkara sebegini rupa boleh terjadi? Di manakah silapnya? Adakah salah ibu mengandung? Adakah silap individu itu sendiri? Kalau budak seusia sekolah rendah sudah melakukan hubungan seks, pada waktu bila agaknya mereka belajar melakukannya? mungkin semenjak tadika? Tidak mungkin lebih awal dari itu! Mungkin sewaktu masih merangkak lagi mereka sudah belajar bagaimana melakukan seks...



Read more >>

Hari ke empat MAGIKA kutip RM 1.3 Juta

Kongsi 0 comments


PETALING JAYA: Selepas empat hari ditayangkan di pawagam-pawagam di Malaysia dan Brunei, filem Magika telah berjaya memperoleh kutipan sekitar RM1.3 juta.

Penerbit filem tersebut dari KRU Studios, Norman Abdul Halim (gambar), bersyukur dengan sambutan yang diberikan oleh penonton sekali gus membuktikan genre muzikal mendapat tempat di hati masyarakat tempatan.

“KRU Studios berharap perolehan bagi Magika akan terus meningkat berdasarkan maklum balas yang amat positif di Facebook serta pengkritik filem.

“Kami menjangkakan jumlah ini akan terus meningkat pada minggu akan datang kerana faktor ‘hujung bulan’ dan selesainya perayaan Hari Raya.

“Dengan sambutan untuk sesuatu konsep yang baru seperti ini, kami percaya filem-filem yang akan dipasarkan kelak seperti ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ akan diterima ramai, kerana kelainan yang dapat diberikan kepada penonton filem tempatan,” katanya dalam kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online, Isnin.

Filem arahan Edry Abdul Halim itu mula ditayangkan pada 23 September lalu.

Filem bercorak muzikal fantasi tersebut mengisahkan perjalanan Ayu dan Malik di dunia fantasi bernama magika selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi buta.

Sewaktu berada di alam Magika, mereka bertemu dengan watak-watak mitos yang sebelum ini hanya diketahui menerusi pembacaan sahaja.

Antara cerita dongeng rakyat yang di ketengahkan dalam Magika seperti kewujudan watak Badang, Nenek Kebayan, Puteri Gunung Ledang, Bunian, Pak Pandir, Pokok Bersaudara, Bawang Putih Bawang Merah, Awang Kenit, Mahsuri, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Nujum Pak Belalang dan Hang Tuah.

Magika menampilkan artis terkenal seperti Diana Danielle, M. Nasir, Ziana Zain, Ning Baizura, Mawi, Aznil Hj Nawawi, Fauziah Ahmad Daud dan Sharifah Amani.

Salah satu lagunya, Penyembuh Rindu nyanyian duet Mawi dan Diana Danielle sedang rancak dimainkan di corong-corong radio.

Lagu-lagu lain yang dimuatkan ialah Gebang (Maya Karin), Asal Menjadi Cantik (Ning), Rahsia Awet Muda (Ziana), Kita Bersaudara (KRU), Mana Nak Lari (Aleya, Amani, Adibah dan Ziana) dan Naga Tasik Chini (M. Nasir, Mawi, Diana dan Fimie).

Sumber: mStar

Read more >>

Arnold Schwarzenegger curang kepada isterinya

Kongsi 1 comments


Seorang wartawan telah berjaya membongkar rahsia peribadi Arnold Schwarsenegger di dalam salah satu buku penulisannya, The Governator, di mana di dalam buku itu membongkarkan bahawa Arnold kerap kali berlaku curang dengan isterinya, bernama Maria Shriver.

Selain itu di dalam buku itu juga, Arnold dikatakan selalu menghabiskan masanya selama sekurang-kurangnya dua jam di dalam sebuah bilik di rumah agam Playboy.

Dakwaan wartawan tersebut yang dikenali dengan nama Ian Halperin, adalah berkemungkinan besar, pemilik Playboy, Hugh Hefner, memiliki pita video hubungan intim antara Arnold dan seorang wanita di dalam bilik tersebut.

Halperin juga menyatakan dalam buku tersebut dengan memberi gambaran seorang penerbit wanita pernah berjumpa dengan Arnold di sebuah bar di Santa Monica pada tahun 2006.

Seorang lagi wanita yang enggan memberitahu identitinya berkata: "Saya terkejut kerana dia sudahpun berkahwin dan dia kerap kali mengajak saya balik ke rumahnya.

"Dia memujuk saya dan rakan-rakan lain dengan memberi alkohol serta memberi isyarat lucah," katanya.

Beberapa bulan kemudian, wanita itu telah menghadiri sebuah parti Playboy di rumah agam tersebut dan Arnold turut menghadirinya.

Wanita itu melihat Arnold telah membawa masuk seorang model Playboy ke sebuah bilik selama dua jam.

"Saya percaya, Hefner pasti meletakkan kamera litar tertutup (CCTV) untuk tujuan keselamatan bagi setiap bilik rumah agam itu.

"Saya harap video itu tersebar dan isterinya dapat melihat perbuatan suaminya itu," kata wanita itu lagi.

Read more >>

Gambar Lisa Surihani: Jangan Pandang Belakang Congkak 2

Kongsi 1 comments
Awek manis bernama Lisa Surihani ni tetap nampak cantik walaupun berlakon pegang watak muka bengis, cuma hilang wajah ayu dia kan? Apapun peminat-peminat Lisa pasti tetap akan terus meminati dan menyokong Lisa walau apa jua watak yang dipegang oleh beliau.

.
Selepas "Jangan Pandang Belakang Congkak" (JPBC) yang ditayangkan tahun lalu berjaya mendapat kutipanbox office mencecah RM6.3 juta, pengarah Ahmad Idham sememangnya tidak menoleh ke belakang sebaliknya mara ke hadapan dan muncul dengan sekuel "JPBC". Bakal ditayangkan di pawagam pada 7 Oktober 2010, "JPBC 2" menyaksikan kemunculan hot mama Nora Danish selain mengekalkan barisan pelakon seperti Lisa Surihani, Cat Farish, Azlee Jaafar, Mazlan Pet-Pet dan Pak Piee.




Read more >>

Gambar Nora Danish berkemban

Kongsi 2 comments
Semalam Nora Danish muncul di dalam akhbar Kosmo Online menyatakan pendapatnya tentang berkemban. Di dalam temubual bersama wartawan Kosmo online, Nora meluahkan rasa kurang selesanya berhubung arahan pengarah Filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2 Ahmad Idham, agar dia berlakon di dalam salah satu babak di dalam keadaan berkemban.

Berkemban boleh menampakkan keseksian seseorang wanita. Rasanya wanita dulu-dulu lebih kerap berkemban berbanding wanita sekarang. Tetapi saya tidak suka berkemban. Apabila disuruh berkemban dalam Jangan Pandang Belakang Congkak II, saya minta agar bahagian bahu yang terdedah ditutup dengan kain supaya tidaklah terlalu seksi.


Kali ini Hot Malays ingin kongsikan kepada anda, gambar Hot mama, Nora Danish di dalam keadaan berkemban. Jaga-jaga ye jangan sampai berdarah hidung pulak. Sila klik untuk membesarkan image. Layanz...

Read more >>

27 Sep 2010

Komunikasi Makhluk asing: Rakyat Malaysia wakili bumi

Kongsi 8 comments


Untuk berkomunikasi dengan makhluk asing di angkasa lepas, penduduk bumi pastinya memerlukan wakil yang dilantik khas untuk berinteraksi dengan entiti berkenaan. Sekiranya terdapat makhluk asing yang ingin berinteraksi dengan penduduk bumi, maka bekas Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman, 58 juga seorang rakyat Malaysia bakal menjadi orang yang mula-mula sekali bertemu dengan makhluk asing secara rasminya.

Tanggungjawab itu diberikan kepada Mazlan secara rasminya oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selaras dengan kedudukannya sebagai Ketua Pengarah di Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas PBB yang beribu pejabat di Vienna, Austria.

Menurut laman web berita utama Australia, www.news.com.au, Mazlan akan menjelaskan peranan terbarunya ketika menyampaikan ceramah pada persidangan saintifik Universiti St. Andrews di Pusat Antarabangsa Kavli Royal Society, London pada minggu depan.

Pada persidangan itu, beliau dijadual berucap kepada para delegasi berhubung penemuan-penemuan terbaru berkaitan ratusan planet baru yang ditemui dalam sistem cakerawala.

Ia mungkin ada kaitan dengan kemungkinan manusia mampu berkomunikasi dengan makhluk asing.

Read more >>

Linsday Lohan masuk lokap lagi

Kongsi 0 comments

Linsday Lohan sempat merasai kehidupan di dalam lokap di Lynwood, California, pada hari Jumaat (24/9/2010) yang lalu. Namun dia bernasib baik kerana dapat semula menghirup udara segar setelah membayar wang ikat jamin sebanyak US$ 300 ribu. Pelakon yang sering keluar masuk penjara itu kelihatan tidak pernah serik, namun kali ini dia hanya dipenjara selama 14 jam. Sebelum dipenjara Linsday Lohan sempat bersama ibu dan peguamnya. Sidang media yang diadakan oleh Linsday dihadiri oleh ratusan pemberita dan wartawan. Sebelum ini Linsday gagal didalam ujian dadah Narkoba. -Reuter
Read more >>

Tony Fernandes Stim dipeluk pramugari

Kongsi 5 comments

Amboi boleh tahan juga ye kerja sebagai pramugari ni, ada juga 'part time job' main peluk peluk. Memang macam ni ke kerja pramugari? Memang diarahkan untuk buat macam tu atau si individu tu yang memang gatal nak ambil kesempatan peluk orang kaya dan terkenal macam Tony Fernandes? Apapun Malay Hots kali ini ingin berkongsikan sekeping gambar yang sudah agak lama tersebar di internet, dari sudut akhlaknya memang terlalulah tak manisnya bila tengok si pramugari Air Asia ni peluk Tony sampai macam tu rapat. Namun dari sudut lain pulak nampak juga kejantanan Tony tercabar bila dipeluk begitu erat.

Korang tengoklah sendiri gambar kat bawah ni, macam mana yang dikatakan kejantanan Tony tercabar. Jom layanz...



Read more >>

Bunga Citra Lestari tidak percaya sudah jadi ibu

Kongsi 0 comments


Bunga Citra Lestari dan suaminya Ashraf Sinclair disifatkan sebagai terlalu bahagia dengan kehadiran Noah Sinclair yang menjadi nama pilihan pasangan itu bagi anak lelaki pertama mereka. Malah Bunga Citra Lestari seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia kini sudah bergelar ibu.

"Yang pasti nggak bisa diungkapin dengan kata-kata deh. Dari mulai lahir kita masih nggak percaya sampai sekarang itu anak kita," ujar Bunga emasa ditemui di Brawijaya Women and Children Hospital, Cipete, Jakarta Selatan, Minggu lalu (26/9/2010)
Bunga Citra Lestari bertekad untuk memberikan segalanya yang terbaik untuk putera sulong mereka itu. Malah beliau sanggup tidak tidur untuk menyusukan anak kesayangan pasangan itu.

"Begadang bolak-balik bangun tidur jadi kurang tidur, masih satu jam sekali harus nyusuin. Ini sebuah pengalaman baru," jelasnya.
Apabila ditanya tentang nama anaknya, dia memilih untuk tidak mendedahkan kepada media memandangkan nama itu belum seratus peratus pasti. Dia hanya akan mengumumkan namanya apabila nama itu sudah secara rasminya tercatat di akta kelahiran (surat beranak).
"Nanti kalau sudah ditulis di akta pasti akan diumumin," Jelasnya
Read more >>

7 Fakta menarik tentang baju daging Lady Gaga

Kongsi 4 comments

Tentu ada yang tertanya-tanya, apakah baju daging yang dikenakan oleh Lady GaGa itu diperbuat daripada daging yang asli. Kalau nak tahu kebenarannya, sila semak 7 fakta tentang baju daging Lady GaGa yang telah direka oleh pereka fesyen, Franc Fernandez ini.

1. Baju daging Lady GaGa menggunakan 100% daging asli
Bukan hanya setakat baju semata-mata, namun baik kasut, tas tangan serta crown atau tiara yang dikenakan oleh Lady GaGa dalam acara itu diperbuat daripada daging asli .

2. Baju daging Lady GaGa tidak berbau hamis atau busuk
Mungkin ramai yang menganggap baju daging yang dikenakan oleh Lady GaGa ini mempunyai bau daging yang sangat kuat serta tidak menyenangkan hidung.
Namun, percaya atau tidak, baju daging ini langsung tidak berbau hamis atau pun busuk. Malah, Lady GaGa sendiri memberitahu bahawa bau daripada baju dagingnya itu sangat manis. Orang yang duduk disekeliling Lady GaGa juga memberitahu bahawa baju daging Lady GaGa tidak berbau busuk.

3. Baju daging Lady GaGa ini sangat berat!
Daging memang jauh lebih berat jika dibandingkan dengan kain, Apatah lagi bila ia menggunakan 100 peratus daging mentah yang asli. Maka, tidak hairanlah kalau baju daging Lady GaGa ini mencapai berat 22.67 kilogram. Hmmm...Patutlah Lady GaGa macam susah nak bergerak pada malam tu. Tapi, walau macamana pun, ia bukanlah satu halangan untuk Lady GaGa bergaya sakan pada malam itu.

4. Daging mentah di baju Lady GaGa harganya murah
Daging yang digunakan untuk membuat bahan baju Lady Gaga ini ternyata murah saja harganya. Ianya juga bukanlah dari jenis daging Gred A. Inilah yang telah dinyatakan oleh tukang jual daging, Peter Cacioppo.

5. Baju daging ini selesa dipakai!
Pada awalnya, pereka fesyen baju daging ini Franc Fernandez bimbang kalau-kalau baju daging ini akan membuatkan Lady GaGa berasa tidak selesa untuk memakainya. Tapi, Lady GaGa beritahu, itu baju paling nyaman yang dikenakannya pada malam itu. Hmmm, betul ke apa yang Lady GaGa cakap ni? Ataukah ia sekadar propa semata-mata?

6. Baju daging Lady GaGa tidak menggunakan bahan pengawet!
Bunyinya macam tidak munasabah. Tapi, hakikatnya, baju daging Lady GaGa ini langsung tidak menggunakan sebarang bahan pengawet untuk menjadikan ia tahan serta tidak berbau. Hebat ya?

7. Baju daging Lady GaGa tidak mempuyai darah
Ini satu lagi persoalan yang mungkin boleh mengundang rasa pelik atau hairan pada semua orang. Tapi, kalau diperhatikan betul-betul, memang tidak ada kesan darah yang menitis keluar dari baju daging Lady GaGa. Bak kata Franc, daging yang digunakan untuk membuat baju Lady GaGa ini bukan saja sangat liat dan kuat tetapi juga bersih.

Read more >>

26 Sep 2010

Misha Omar bernikah jadi isteri kedua

Kongsi 2 comments


Khabar angin yang mengatakan bahawa Misha Omar bernikah menjadi isteri kedua sememangnya sudah lama bertiup. Berita tersebut sudah tersebar sejak setahun yang lalu. Kabar angin tersebut menyatakan Misha Omar telah berkahwin dengan sorang ahli perniagaan berjaya dan terkenal dari Kelantan. Malah turut dikhabarkan kononnya penyanyi berusia 28 tahun itu pernah diserang oleh isteri pertama ahli perniagaan itu. Dibawah ini disertakan temubual bersama tuan punya badan, iaitu Misha Omar sendiri, bagi mengesahkan kesahihan berita ini.

Sebetulnya, anda sudah bergelar isteri atau belum?

MISHA: Tidak, saya tidak berkahwin seperti yang digembar-gemburkan. Malah, cerita ini sebenarnya sudah lama dibawa orang. Sejak bulan enam tahun lepas. Saya berani cakap sebab saya memang tak buat (kahwin).

Kalau betul saya berkahwin, saya akan berterus-terang. Sekarang, saya seperti didesak untuk menyatakan benda yang saya tidak lakukan.

Saya ubahsuai rumah kerana serangan anak-anai pun orang masih kata sebab saya nak buat majlis perkahwinan.




Anda kenal dengan ahli perniagaan yang dimaksudkan?

Saya memang kenal dengan lelaki yang dikatakan ‘suami’ saya itu. Saya menjual kereta Mercedes milik saya kepadanya. Memang ada berurusan tetapi kerana transaksi penjualan kereta. Persahabatan kami terjalin atas dasar itu.


Ada pihak yang turut mendedahkan nama jurunikah dan tempat anda berkahwin. Boleh komen?

Nama imam yang disebut itu saya kenal kerana saya membayar zakat dengannya. Malah, keluarga saya juga kenal baik dengan ‘tukang nikah’ tersebut.

Saya cabar mereka untuk tunjukkan bukti atau surat yang menyatakan saya sudah bernikah.

Saya sedih kerana orang turut melibatkan keluarga dan ibu. Ibu saya sendiri menangis dan minta penjelasan daripada saya.


Pernah diserang oleh isteri seseorang atau keluarganya?

Tidak pernah walaupun dengan satu panggilan telefon.


Apa pandangan peribadi anda terhadap poligami? Maklumlah anda juga digosipkan menjadi isteri kedua kepda seorang ahli perniagaan.

Selepas melalui pelbagai perkara dalam kehidupan, saya rasa saya berhak memiliki suami. Soal jodoh memang di tangan Tuhan. Pada penghujung hari kelak, semua Tuhan yang tentukan, jadi saya tidak berani cakap.


Pandangan anda tentang lelaki yang berpoligami?

Lelaki yang mahu berpoligami harus berani. Bukan menikus dan bernikah di Siam kemudian diam.

Dia juga harus terbuka dan berani berhadapan dengan keluarganya, keluarga bakal isteri dan juga isterinya sendiri.



Anda tidak akan berkahwin secara senyap-senyap seperti yang diuar-uarkan umum?

Kalau pun nanti berlaku atau siapa pun lelaki itu atau menjadi isteri yang ke berapa, saya janji akan beritahu.

Saya bukan jenis orang yang suka sorokkan perkahwinan. Saya tahu saya keluar dengan berita begini kerana khalayak mahu lihat saya berkahwin.
Read more >>

25 Sep 2010

Lagi kisah baju daging Lady Gaga

Kongsi 4 comments


Gambar Lady Gaga yang membuat kerja gila mengenakan beberapa kilo daging segar di dalam suatu majlis penganugerahan (MTV Video Music Award) di New York baru-baru ini. Beliau berjaya mencuri tumpuan media-media antarabangsa apabila melakukan tindakan 'gila' mengenakan pakaian itu. Bagaimanalah rasanya berpakaian macam tu ye? Tak pernah dibuat orang. Biasanya daging dijadikan bahan makanan, tetapi minah saleh gila ni buat pakaian daripada makanan. Maka Lady Gaga telah berjaya mencipta sejarah tersendiri dengan menambah satu lagi fung daging lembu, iaitu, sebagai pakaian.


Macam mana lah agaknya bau baju Lady ni? Tanpa teknik awetan yang betul, mungkin pakaiannya akan menghasilkan bau bangkai!

Read more >>

John Travolta bisexual rupanya

Kongsi 0 comments


John Travolta dikatakan sebagai seorang bisexual (menyukai pasangan lelaki dan wanita), malah pelakon terkenal yang turut membintangi filem The Taking of Pelham 123 itu dikatakan melakukan hubungan seks dengan lelaki.

Seperti yang dilaporkan di dalam Showbiz Spy, Sabtu (25/9/2010), Robert Randolph, seorang penulis buku mengenai kebudayaan gay di Hollywood, berkata bahawa John telah belaku curang terhadap isterinya, Kelly Preston. Malah Robert juga mengatakan bahawa John telah melakukan hubungan seks dengan lebih dari enam lelaki di Hollywood.

"Saya tidak ragu untuk mengatakan bahawa John adalah seorang penagih seks, saya telah mendengar sendiri dari ramai lelaki yang telah melakukan hubungan seks bersama John". Ujarnya sebagai dipetik mengesahkan kenyataan ini.

Robert dijangka akan tampil dengan sebuah lagi buku berjudul 'Tracking Travolta'. Buku tersebut menampilkan pengakuan dari lelaki-lelaki yang pernah melakukan hubungan seks dengan John.
Read more >>

Norman dan Memey terus berkhalwat

Kongsi 3 comments
Read more >>

Tom Cruise simpan tahi berak pertama anaknya

Kongsi 4 comments


Pelik tapi benar, sesuatu yang agak sukar dipercayai apabila dikatakan Tom Cruise telah mengabadikan tahi kepunyaan anak kesayangannya Suri Cruise. Tahi yang diabadikan dengan cara menyalutnya menggunakan emas itu dipercayai adalah tahi pertama yang keluar dari dubur Suri. Maka dek kerana terlalu 'excited' terhadap tahi anaknya itu, Tom Cruise telah menyalut 'tahi pertama' anaknya itu menggunakan emas. Sekali imbas kelihatan tahi bersalut emas itu sebagai sebuah cenderamata.



Read more >>

24 Sep 2010

Jepun usir Paris Hilton

Kongsi 0 comments


Paris Hilton terpaksa membatalkan lawatannya ke Asia termasuk ke Indonesia dan Malaysia berikutan kerajaan Jepun menghalangnya daripada memasuki negara itu. Larangan tersebut dipercayai berkaitan dengan pengakuan bersalahnya sebelum ini di atas tuduhan memiliki kokain di Las Vegas. Paris Hilton pulang ke U.S dengan menaikki jet pribadi yang disewa khas.


Read more >>

Bunga Citra Lestari dikurniakan putera

Kongsi 0 comments

Wah comelnya, anak siapa tu? hehe... Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari dan Ashraf Sinclair yang baru sahaja menimang cahaya mata pertama. Pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada 8 November 2008 ini telah memilih nama Noah Sinclair untuk putera sulong mereka ini.

Read more >>
Related Posts with Thumbnails
Terdapat ralat dalam alat ini

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords