[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

Memaparkan catatan dengan label Siti Sarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Siti Sarah. Papar semua catatan

27 Feb 2011

Siti Sarah sah jadi isteri Shuib!.....

Kongsi 0 comments
27 Feb 2011


KUALA LUMPUR, 26 FEB 2011: Setelah menjalinkan hubungan cinta lebih setahun, akhirnya pasangan merpati dua sejoli penyanyi, Siti Sarah Raissuddin dan ahli kumpulan Sepah, Shahmira Muhammad atau Shuib selamat disatukan dengan ikatan perkahwinan yang sah.

Malah dengan hanya sekali lafaz, Siti Sarah telah sah menjadi isteri kepada Shuib dalam majlis yang cukup sederhana yang berlangsung di Jeumpa D'Ramo, Bangsar, sekitar jam 5.50 petang tadi.

Mempelai yang mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat serta ditata rias oleh Deq Sha ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Perseketuan, Mohd Nizar Mohd Nadzir.

Selain disaksikan oleh ramai tetamu dan media yang hadir, pernikahan mereka disaksikan oleh bapa Sarah sendiri iaitu Raissuddin Hamzah dan ibunya Nooriaini Mohamad yang merestui perkahiwinan satu-satunya puteri mereka.

Siti Sarah yang bersalaman dan menerima kucupan mesra di dahi juga telah menerima sebentuk cincin bertatahkan berlian yang disarungkan ke jari manisnya oleh Shuib bagi melengkapi upacara membatalkan air sembahyang pada petang tadi.

Pihak perempuan yang menerima mas kahwin secara tunai sebanyak RM1000 dan lima dulang hantaran turut membalas juga lima dulang hantaran kepada pihak lelaki. Antara hantaran yang diterima Siti Sarah seperti kitab Al-Quran Telekong, barangan penjagaan diri dan wangian, tepak sireh dan kek perkahwinan dari Blooming Cake.

Manakala hantaran berbalas dari pihak perempuan kepada suaminya pula adalah seperti Al-Quran dan sejadah, barangan penjagaan diri dan wangian, sireh junjung, kek dari Blooming Cake dan sebentuk cincin. Namun wang hantaran telah dirahsiakan atas kehendak keluarga kedua-dua belah pihak.

Ditemui portal murai.com.my selepas majlis akad nikah, Shuib yang lega selepas diijabkabulkan berkongsi bibit-bibit cintanya bersama Siti Sarah selama dia mengenali isterinya itu.

"Sarah merupakan orang yang pertama membuka hati saya untuk serius dalam perhubungan. Dialah satu-sataunya wanita yang dapat menambat hati saya untuk terus mahu bersama dengannya untuk selama-lamanya.

"Dia sangat istimewa dalam hidup saya. Selepas saya kenal dia, dia telah buat saya menjadi insane yang lebih baik dan mula fikir mengenai masa hadapan. Sikap manjanya membuatkan saya tak mampu untuk berjauhan dengannya," luah Shuib.

Sementara itu, Sarah yang tersenyum disamping sumainya ketika di temu bual bagaimanapun memberitahu Shuib dan dirinya mempunyia satu arah yang sama yang membuatkan dirinya yakin untuk bersama Shuib untuk selamanya.

"Saya susah untuk menerima cinta dalam hidup saya. Tak mudah untuk saya berikannya begitu sahaja tetapi bila saya benar-benar cintakan seseorang, orang itu akan saya genggam erat untuk selamanya.

"Saya kagum dengan kesungguhan Shuib untuk mendapatkan saya. Dia seorang yang penyabar, jujur dan sangat telus dalam perhubungan. Apa yang paling penting kami mempunyai satu jalan yang sama untuk kami tuju. Namun apakah persamaan itu biarlah kami berdua sahaja yang tahu,"jelas Sarah yang tersenyum manis

Majlis nikah yang serba sederhana serta indah itu telah dihadiri oleh bapa hanya sanak saudara terdekat dari kedua -dua belah pihak dan cuma kelihatan beberapa tetamu selebiriti seperti Sharifah Shahira dan suami, Ijoy serta composer Aidit Alfian Mohd Dom.



Read more >>

26 Feb 2011

Siti Sarah dan Shuib Sepah nikah hari nie!!!.....

Kongsi 0 comments
26 Feb 2011


Penyanyi lincah Siti Sarah Raissuddin akan menamatkan zaman bujangnya hari nie. Dia dan tunangnya Shuib (Sepah) akan bernikah di sebuah banglo di Bangsar, Kuala Lumpur petang nie(26 Februari).

Kisah cinta Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad pernah menjadi bualan. Ada yang terkejut bila terserempak dengan mereka yang kelihatan sangat mesra. Akhirnya mereka mengaku bercinta dan tidak lama selepas itu mengikat tali pertunangan.

Nampaknya mereka tak tunggu lama untuk diikat sebagai suami isteri. Baguslah tu. Kalau tunggu lama-lama nanti takut ada berlaku macam-macam hal yang tidak sedap didengar.

Sarah pernah bertunang lama dengan bekas tunangnya dulu, akhirnya ikatan mereka putus sebelum sempat ke jenjang pelamin. Mungkin dia tidak mahu perkara sama berlaku... sebab itu sedia bernikah awal.

Semoga mereka akan terus berjaya dalam bidang seni masing-masing. Sarah sudah lama tak muncul dengan lagu baru, tapi dia masih aktif memenuhi undangan mengadakan persembahan. Sepah juga sedang mencipta nama sebagai pelakon dan pelawak.



Laporan asal : manggaonline.com
Read more >>

24 Feb 2011

Syuib, Sarah duduk rumah baru lepas kahwin.....

Kongsi 1 comments
24 Feb 2011


KUALA LUMPUR, 24 FEB 2011: Hanya tinggal satu hari lebih saja bagi pelakon dan pelawak, Shuib yang juga anggota kumpulan Sepah menanti detik-detik bahagia untuk mengakhiri zaman bujangnya.

Bakal diijabkabulkan dengan penyanyi popular, Sarah Raissudin yang juga tunangnya di Hotel Jeumpa D'ramo, Bukit Bangsar pada 26 Februari 2011, Shuib yang ditemui murai.com.my
memberitahu bahawa segala persiapan untuk majlis pernikahannya kini telah pun berjalan seperti apa yang diharapkan.

"Alhamdulilah, semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun kami masing-masing sibuk bekerja, namun ia masih tak menghalang kami untuk membuat serba-sedikit persiapan untuk melangsungkan pernikahan kami ini.

"Namun, tentang soal pemilihan tema majlis pernikahan serta perkahwinan dan sebagainya, saya banyak serahkan perkara ini kepada Sarah untuk membuat keputusan kerana dia lebih mahir dalam ba-bab yang sebegini. Apa yang saya tahu tema penikahan kami nanti akan menggabungkan konsep Inggeris dan Melayu.

" Setakat ini semua persiapan sudah pun hampir lengkap. Yang perlu saya perlengkapkan sekarang ini adalah persediaan diri saya untuk melangkah ke alam perkahwinan. Bukan senang untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan saya perlu bersedia dari sekarang," katanya lagi.

Lebih selesa merahsiakan jumlah wang hantaran yang bakal diserahkan kepada Sarah kelak, Shuib bagaimanapun memberitahu, pihak akan menyerahkan 5 dulang hantaran kepada pihak keluarga Sarah.

"Tentang jumlah wang hantaran, rasanya tak perlulah saya beritahu kerana ianya sangat personal. Cukuplah dengan sikap terbukaan saya selama ini," tambahnya lagi

Memilih untuk mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat dan Deq Sha pada hari berbbahagia tersebut, Shuib memberitahu, dia dan bakal isterinya itu akan berpindah dan duduk bersama di rumah baru mereka di Puchong, Selangor.

"Insya Allah, jika tiada aral melintang, kami akan berpindah di rumah yang baru selepas nikah nanti. Saya mahu kami mulakan hidup yang baru dalam suasana yang juga baru. Sebab, saya sendiri pun belum pernah tinggal di rumah itu. Lagipun, saya memang sediakan rumah itu khas untuk bakal isteri saya," jelasnya.

Menjalinkan hubungan cinta selama lebih satu tahun, Shuib mengakui Sarah seorang yang sangat disenangi oleh keluarganya sejak mereka dipertemukan.

"Keluarga saya sangat sukakan Sarah. Kami juga tidak pernah ada masalah dengan keluarga masing-masing. Itu yang membuatkan saya senang hati. Malah sikapnya yang pandai ambil hati orang tua, telah membuatkan hubungan dia dan keluarga saya sangat akrab.

"Saya juga sukakan Sarah kerana sikap manja yang ada padanya itu. Saya juga sukakan masakanya. Dia memang seorang yang pandai memasak," kata Shuib yang sudah merancang untuk berbulan madu ke Pulau Perhentian bersama Sarah nanti.



Read more >>

20 Feb 2011

Isu perkahwinan : Siti Sarah dan Shuib Sepah nikah 26 Februari ini!!!

Kongsi 1 comments
Tahniah diucapkan kepada pasangan Siti Sarah Raisuddin dan Shahmira Muhammad atau Shuib (Raja Lawak) yang bakal melangsungkan pernikahan pada hari Sabtu, 26 Februari ini di Jeumpa' D'Ramo, Bangsar Kuala Lumpur.

Pasangan ini telahpun mengikat hubungan cinta mereka dengan ikatan pertunangan pada November yang lalu dan sudah menjalinkan hubungan cinta semenjang tahun 2009 lagi.

Biarpun di awal perkenalan dan percintaan mereka, Sarah lebih banyak mendiamkan diri daripada bercerita tentang hubungan mereka berbanding Shuib yang lebih banyak berterus terang.

Mungkin kerana kegagalan hubungan bersama bekas tunangnya yang lalu, membuatkan Sarah berjaga-jaga dalam menjelaskan kisah cintanya kepada umum.

Apa pun itu kisah lama, yang penting kini Sarah bakal memulakan hidup barunya bersama Shuib. Selamat pengantin baru dan semoga Siti Sarah dan Shuib berbahagia hingga ke akhir hayat.

Laporan asal : manggaonline.com
Read more >>
Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords