[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

Memaparkan catatan dengan label Ana Raffali. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ana Raffali. Papar semua catatan

19 Feb 2011

RM35,000 Ana Raffali bukan untuk kahwin

Kongsi 1 comments
BERJAYA membawa pulang RM35,000 dan sebuah trofi setelah lagu Tolong Ingatkan Aku yang menjadi juara dalam Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL 25) baru-baru ini, Ana Raffali berjanji mahu membuat sebuah majlis kenduri kesyukuran untuk peminat, pihak media dan juga orang ramai yang banyak membantunya dalam karier nyanyian.

Jelas Ana, dia mahu berkongsi rezeki yang diperolehinya itu bersama penyokong yang sentiasa percaya pada bakatnya.

Akui Ana, itu sahaja agenda yang bermain dalam fikirannya buat masa ini. Dia langsung tidak terfikir menggunakan wang kemenangan itu untuk melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat seperti yang didakwa.

“Saya mahu buat kenduri kesyukuran dengan menjamu peminat yang sentiasa menyokong saya selama ini. Ini adalah tanda terima kasih saya kepada mereka. Ikut perancangan, saya nak nak buat dua majlis, satu untuk mereka yang menjadi tulang belakang kejayaan saya di AJL dan satu lagi bersama peminat.

“Mengenai isu kahwin pula, saya rasa apa yang saya capai pada hari ini masih belum cukup membantu keluarga. Banyak yang perlu saya usahakan lagi bagi membantu keluarga. Saya bukannya daripada keluarga yang mewah. Ayah saya seorang pesara dan ibu pula hanya suri rumah,” terang Ana ketika ditemui pada Majlis penghargaan meraikan pemenang AJL 25 di Sri Pentas baru-baru ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai teman lelaki, Ana tidak menafikan dia mempunyai seseorang yang rapatnya dengan dirinya. Malah, Ana mengakui dia merahsiakan tentang teman lelaki sebelum ini atas nasihat pihak pengurusan.

“Bukan sengaja mahu menyembunyikan kepada peminat, tetapi pihak pengurusan saya menasihatkan supaya bercerita soal karier sahaja. Lagipun, individu yang dikatakan ‘teman lelaki’ itu sebenarnya adalah teman yang rapat dengan saya dan dia banyak menyokong saya sebelum saya dikenali umum,” ujarnya yang akan melancarkan kelab peminat tidak lama lagi selepas mendapat sambutan dalam laman sosial Facebook.

Katanya lagi, dia akan menggunakan nama ‘The Marhaens’ untuk kelab peminatnya kerana ia bermaksud rakyat jelata.

“Nama itu memang sesuai digunakan sebagai simbolik kepada peminat-peminat saya. Tetapi saya tidak pasti sama ada akan ramai atau tidak peminat yang akan menyertai kelab peminat itu,” katanya yang mempunyai 142,000 rakan dalam Facebook miliknya.

Pemilik nama Ana Nur Hidayah Mohd Raffali ini juga sempat memberitahu yang dia akan muncul dengan single terbaru dalam masa terdekat ini.

“Single berjudul Sehabis Baik ini digubah oleh saya untuk filem terbaru arahan Othman Hafsham, Karipap-Karipap Cinta yang mengisahkan tentang seorang gadis yang ingin belajar membuat karipap dan akhirnya bertemu cinta sejatinya.

“Walaupun lagu ini menceritakan kisah cinta dalam filem tersebut, tetapi lirik lagu ini juga bersangkut paut dengan apa yang saya lalui ketika AJL25. Ia adalah luahan perasan saya,” katanya yang menulis lagu itu selepas dinobatkan sebagai juara AJL25.

Selain Ana Raffali, Meet Uncle Hussien dan Faizal Tahir turut hadir menerima cek masing-masing pada majlis yang serba ringkas dan santai itu.

Turut hadir untuk menerima wang kemenangan ialah komposer Ajai dan Sheikh Qalam yang mencipta lagu Noktah Cinta.

Hafiz pula tidak hadir kerana difahamkan berada di Kuching, Sarawak.
Laporan asal : kosmo

Read more >>

15 Feb 2011

Ana Raffali menang AJL terus kahwin???

Kongsi 1 comments
Dengarnya Ana Raffali nak buat kenduri untuk penyokong, peminat dan semua yang terlibat kerana telah membawanya hingga ke peringkat tertinggi seperti sekarang nie. Keluarga dia pun nampaknya gembira tak hengat terutama sekali time menang AJL hari tu. Itu pasal lah Ana pun semakin bersemangat sekarang nie walaupun masih kedengaran suara-suara sumbang meragui kemenangannya tempoh hari.

Sekarang nie berita terbaru yang kuat bertiup mengatakan yang dia akan menamatkan zaman bujangnya pada akhir tahun nie. Tapi bila ditanya dia terus menyangkal tentang kebenaran majlis tu. Tapi dia memang mengaku ada berkawan rapat dengan seorang lelaki tapi masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Lagi satu katanya dia tak boleh dedahkan teman lelakinya tu atas nasihat syarikat yang dia bernaung. Tapi yang penting sekali katanya di nak bantu keluarga dulu sebab dia bukan dari golongan orang yang berada pun...Bagus sangat lah tu kak oiii. Jangan tau-tau dah nikah kat Siam senyap-senyap sudah. Ponggah kanggg.

Tapi dia masih lagi menganggap orang yang dimaksudkan tu hanya teman biasa saja. Macam biasalah...Itu sajelah alasan yang sering digunakan bila mana-mana artis ni kita tanyakan tentang hubungan cinta mereka. Tapi nanti tup-tup ada saje cerita kontroversi keluar.

Berkenaan kenduri kesyukuran, dia masih lagi memilih tarikh yang sesuai untuk melangsungkan kenduri tu dan pada hari yang sama juga dia nak melancarkan kelab penyokongnya sekali. Tapi mungkin bukan dalam masa terdekat ni kot sebab dia sekarang ni terlalu sibuk dengan program-program yang telah di atur. Biasalah, dah popular kannn. Cuma jangan di lupa janji tu sudah.



Read more >>
Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords