[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

10 Mac 2011

Komen Amy Mastura tentang masa depan dunia lakonannya!...

Kongsi
10 Mac 2011



Apa komen Amy Mastura tentang dunia lakonannya?.

“Saya masih belum sedia untuk mengundur diri dari dunia nyanyian dan lakonan. Selagi masih diperlukan dalam industri, saya tetap akan berada di sini. Umur bukanlah penghalang untuk saya meneruskan kerjaya ini.”

“Saya memilih watak bukan kerana demanding atau sebagainya, tetapi saya mahu ia sesuai dengan umur dan status saya sekarang ini. Begitu juga dengan menyanyi. Saya masih mahu melakukannya. Selagi peminat masih memberi sokongan, saya akan teruskan ‘kerja’ ini."


"Buat masa ini saya tidak ada rancangan untuk bersara daripada bidang seni. Biarlah masa yang menentukan. Seandainya, suatu hari nanti saya sudah tidak diperlukan, barulah saya akan mengundurkan diri.”



Apa komen Amy mewakili rangkaian Infinity Kose yang merupakan produk anti-penuaan?.


“Saya pun tidak sangka pihak Kose sudi memberi kepercayaan kepada saya untuk mewakili produk mereka. Dalam masa yang sama, saya rasa berbesar hati kerana ini kali pertama Kose melantik duta berbangsa Melayu."

"Saya setuju untuk menjadi duta mereka kerana mendapati produk Kose sangat sesuai dengan kulit saya. Semuanya bermula apabila pihak Kose menjemput saya untuk mencuba rawatan wajah di tempat mereka."


"Setelah rawatan selesai saya dapati wajah saya tidak menjadi kemerah-merahan atau bengkak seperti yang pernah saya alami sebelum ini. Hasil rawatan ini cukup memuaskan. Bahkan, saya boleh menghadiri satu temu janji selepas itu. Jadi, apabila mereka tawarkan saya menjadi duta, saya tidak ada alasan untuk menolak.”


“Baru sehari menggunakan produk ini saya dapati ia sudah menunjukkan kesan positif. Kulit wajah saya nampak lebih cerah dan lebih lembap. Saya percaya jika digunakan secara berterusan, kesannya pasti lebih ketara dan memberangsangkan.”


Selain Kose, Amy Mastura juga adalah duta kepada beberapa produk lain seperti Omega, Lux, Quaker Oats, Takasima dan Lifebuoy.



Laporan asal : gua.com

0 comments:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords