[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

10 Mac 2011

Komen wartawan hiburan bila Aznil kembali jadi hos AF!.....

Kongsi
10 Mac 2011


Berikut adalah reaksi wartawan hiburan terhadap kembalinya Pak Nil sebagai hos AF9 :

Che' Az (Wartawan Malay Mail)

"It will be good. Macam semua orang kata, Pak Nil kembali kepada tempat asalnya yang banyak menaikkan namanya dalam bidang pengacaraan. Saya yakin, AF9 bakal mendapat rating yang bagus kali ini berbanding musim lepas yang boleh dikatakan agak teruk dan boring. Ini juga satu penutup yang bagus dan saya berharap Pak Nil dapat membawa beban yang diminta penonton setia AF. Harapan orang terhadap dirinya sekarang tidak sama seperti Pak Nil masa mula-mula jadi hos AF."

Fariza Saidin (Wartawan Senior, Majalah Perempuan)

"Memang tepat sekali pilihan Astro apabila mengambil Pak Nil semula sebagai hos AF9. Dia yang pertama memulakan jadi eloklah kalau dia juga yang menutup tirai AF. Pembawakan AF yang ada pada Aznil lebih menaikkkan standard AF. Pengacara lain tak sampai tahap yang ada pada Aznil sepertimana diperlukan AF. Saya setuju sangat pihak Astro ambil semula Aznil untuk jadi hos AF9. Aznil juga mampu mewakili pelbagai peringkat umur. Dia ada peminat tersendiri dan paling bagus bila dia dapat beraksi secara spontan dalam menarik emosi penonton. Dia boleh mengembalikan semula nostalgia AF."

Murshid Eunos (Wartawan Harian Metro)

"Selama 3 tahun Aznil tiada dalam AF, program ini seakan hilang seri dan sengatnya. Kini, dia kembali semual dan saya percaya dia mampu membawa semula kegemilangan AF. Lagi pun, AF begitu sinonim dengan Aznil. Disebabkan ini adalah AF yang terakhir, Aznil patut menutupnya dan saya berharap dia mampu mengulang semual zaman kegemilangan AF seperti AF1 dan AF2."

Isma Budiey (Blogger Sensasi Selebriti)

"Disebabkan Aznil sudah lama tidak muncul, mungkin peminat yang membesar dengan AF akan kembali menjadi penonton setia AF9. Bagi saya, 70 peratus AF ada pada Aznil. Dia begitu sinonim dengan AF. Dia juga mampu memberikan impak selain memberikan suntikan baru dalam AF9 dengan ideanya yang bernas. Dia juga sumber inspirasi untuk AF. Saya yakin, rating AF9 akan naik."

Muzlina Abu Bakar (Pengarang Hiburan Utusan Malaysia)

"Ibarat sirih pulang ke ganggang. Begitulah yang boleh saya katakan dengan kembalinya Aznil sebagai hos AF9. Bagi saya, dia mampu menceriakan semula AF. Saya cakap sebegini kerana saya mengikut program realiti ini sejak dari AF1 hinggalah AF8. Bukan saya mahu menidakkan keupayaan pengacara yang sebelum ini, tetapi terus-terang saya katakan sentuhan dari Aznil untuk AF memang ada kelainannya. Dia mampu buat kita ketawa dan dia juga mampu buat kita menangis bila menonton AF. Dia punya touch tersendiri yang mampu menyentuh jiwa kita semua. Dia spontan dan itulah yang mampu menghidupkan AF."



Laporan asal : murai

0 comments:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords