[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

11 Mac 2011

Rezeki Gbob selepas terkeluar RL5 !!!....

Kongsi
11 Mac 2011



Gbob atau nama sebenarnya Mohd Hamizi Hashim menceritakan tentang rezekinya selepas beberapa minggu tersingkir daripada RL5 :

"Sebenarnya sebelum terima tawaran berlakon dalam filem 'Papa, I Love U' ini, saya sudah pun berlakon dalam filem Cinta Beriang dan telemovie Hantu Gigi. Tak sangka pula kedatangan saya ke pejabat MIG terus membuahkan hasil apabila saya terus ditawarkan untuk menjadi artis dibawah naunganya."

"Tentu sekali saya amat terkejut, apatah lagi saya peserta yang pertama tersingkir tetapi saya amat berbesar hati dan mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada David kerana memberi saya peluang yang tidak ternilai ini."

"Saya anggap ini rezeki keluarga sayalah. Saya pun anak pertama dalam keluarga, jadi saya punya tanggungjawab yang cukup besar untuk membantu keluarga saya. Harap saya dapat kongsi kebahagaiaan dan rezeki saya dengan mereka,"


Komen David Teo atas penerimaan Gbob kedalam MIG :

"Saya sentiasa bersikap terbuka kepada peserta-peserta RL5 ini kerana bagi saya mereka sudah ada pakej. Mereka juga berbakat tetapi bakat mereka ini perlu diasah lagi. Ini kerana mereka sudah diajar untuk berani berhadapan dengan orang ramai untuk menjadi seorang pelakon."

" Namun apa yang saya suka tentang Gbob, dia mempunyai karektor serta identitinya yang tersendiri. Bukan mudah untuk mencari wajah yang comel dengan bentuk badan sebesarnya yang ada keyakinan diri untuk berlakon."



Laporan asal : murai

0 comments:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords