[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

11 Mac 2011

Komen David Teo tentang pengunduran Shaheizy Sam dari Metrowealth!!!...

Kongsi
11 Mac 2011



Komen Ketua Pengarah Operasi Metrowealth, David Teo, tentang isu Shaheizy Sam mahu meninggalkan Metrowealth :

“Sam berpuas hati dengan apa yang dia dapat ketika majlis pemberian bonus tersebut. Begitu juga dengan lain-lain penerima, seperti Bob (Ismail Bob Hashim) yang mendapat sebuah kenderaan, juga yang lain-lain,”

“Mekanisma pemberian bonus kepada penerima itu semua adalah rahsia perniagaan, jadi tidak perlu diceritakan dan dijelaskan. Apa yang penting, orang yang menerimanya berpuas hati.”

“Spekulasi berkaitan masalah dalam pemberian bonus Shaheizy Sam timbul mungkin kerana ada pihak yang inginkan dia (Sam), tidak dapat, dan mula mereka cerita untuk memburukkan hubungan di antara saya (Metrowealth) dan Sam.”

“Orang luar yang tiada berkaitan kalau dia tidak dapat apa yang ada di sini, datanglah untuk menyertai Metrowealth,”

“Saya bukan seperti Shaw Brothers yang telah membuat keuntungan dan dibawa pulang ke Hong Kong. Saya membuat keuntungan dari industri perfileman dan masih tinggal di Malaysia, untuk berkongsi keuntungan dengan yang lain-lain.”

“Majlis penyampaian bonus tempohari merupakan satu tanda keikhlasan dan kejujuran syarikat, untuk dijadikan contoh kepada industri. Ini semua berdasarkan konsep kongsi rezeki,”


Berikut adalah kenyataan Lisa Surihani, antara pelakon wanita popular yang diurus oleh Metrowealth :

“Memang setiap pelakon perlu memberikan komitmen, terutamanya dalam mempromosikan filem, selain berlakon. Ianya sudah termaktub di dalam kontrak. Jadinya, jika ada antara artis yang tidak dapat memberikan komitmen, bonus yang diberi mungkin berbeza dari yang lain.”



Laporan asal : gua.com

0 comments:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords