[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

18 Mac 2011

Preview ' SCREAM 4' !

Kongsi
18 Mac 2011



1) 'SCREAM' awalnya dijangkakan sebuah trilogi namun sejak muncul bahagian ketiga, khabar angin bakal munculnya bahagian keempat sudah mula diperkatakan.

2) Bahagian keempat berjudul 'SCREAM 4' diterbitkan selepas sebelas tahun dari bahagian ketiga yang ditayangkan pada tahun 2000.

3) Setelah jadi khabar angin cukup lama, David Arquette, Courteney Cox, dan Neve Campbell akhirnya rasmi untuk kembali dalam 'SCREAM 4' ni.

4) Wes Craven yang mengarahkan tiga filem awalnya pun telah bersedia menduduki kerusi pengarah pada projek kali ni.

5) Filem ni sepatutnya ditayangkan pada bulan Oktober 2010, tapi kerana masih ada bahagian yang belum sempurna, maka jadual tayangan terpaksa ditunda hingga 15 April 2011.

6) Scout Taylor-Compton dan Shane Dawson telah mengikuti audition untuk filem ni.

7) Awalnya Ashley Greene diminta menjadi pelakon utama namun akhirnya watak tu diberikan kepada Emma Roberts.

8) Lake Bell mulanya pasti turut berlakon tapi akhirnya dia undur diri waktu shooting sudah berjalan. wataknya kemudian diambil alih oleh Marley Shelton.

9) Lauren Graham juga undur diri saat akhir ketika filem ni sudah mula shooting. Mary McDonnell kemudian menggantikan posisinya.

10) Ketika table reading sudah dimulakan (25 Jun 2010) seluruh pelakon diminta berhenti pada muka surat 75 agar tidak seorang pun tahu kisah akhir untuk filem ni.

11) 'SCREAM 4' adalah satu-satunya filem horor yang berjaya kerana tetap menggunakan pelakon yang sama untuk karakter-karakter utamanya.

12) 'SCREAM 4' ni mempunyai jarak 15 tahun dari filem pertamanya yang ditayangkan pada 1996.

13) Wes Craven berkata dia tak mau menjadi pengarah kecuali jika jalan cerita filem ni lebih bagus dari bahagian pertama dulu.

14) Wes Craven juga muncul sebagai Cameo dalam filem ni. Dia telah meminta peminatnya untuk memberi buah fikiran apa yang mereka ingin tontonkan melalui Twitter.

15) Trailer pertama filem ni telah muncul dalam acara Spike TV Scream Awards 2010.

16) Ada khabar angin mengatakan Patrick Dempsey bakal meneruskan karakter yang dia pegang dalam 'SCREAM 3', tapi tu mungkin hanya rumor.

17) Dalam filem ni Anthony Anderson diberi watak sebagai Deputy Perkins. Anderson juga pernah muncul dalam beberapa siri 'SCARY MOVIE'. 'SCARY MOVIE' pertama adalah adaptasi dari 'SCREAM'


0 comments:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords