
Warner Bros rupanya tak sungguh-sungguh 'mengakhiri' riwayat si superhero ni berikutan ada khabar angin mengatakan filem nie akan disambung lagi.
Hal ni diungkapkan oleh bos Warner Bros sendiri, Jeff Robinov, yang juga turut menyatakan bahawa Christopher Nolan masih turut terlibat dalam filem nie walaupun tak lagi menjadi pengarahnya.
"Kami memang akan melancarkan Batman ketiga malah selepas itu juga kami harus memunculkan Batman lagi. Chris Nolan dan Emma Thomas (isterinya) juga akan menjadi produser untuk filem itu, jadi akan ada perbincangan dengan mereka tentang lanjutan filem ini," kata Robinov.
Selain Batman, dia juga menyatakan bahawa filem superhero lain seperti The Flash dan Wonder Woman juga akan diteruskan setelah Warner Bros selesai berbincang dengan JUSTICE LEAGUE.
Sebelum nie, filem ketiga Batman tersebut rencananya akan ditayangkan pada tahun 2013. Tapi apa yang pasti THE DARK KNIGHT RISES nie telah dijadualkan tayangannya pada 20 Julai 2012 akan datang dengan menampilkan beberapa bintang handalan seperti Christian Bale, Anne Hathaway dan Tom Hardy.
1 comments:
wahhhh baru
Terkini : Apa Itu April Fool?
Catat Ulasan
Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)