[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

28 Sep 2010

Hari ke empat MAGIKA kutip RM 1.3 Juta

Kongsi


PETALING JAYA: Selepas empat hari ditayangkan di pawagam-pawagam di Malaysia dan Brunei, filem Magika telah berjaya memperoleh kutipan sekitar RM1.3 juta.

Penerbit filem tersebut dari KRU Studios, Norman Abdul Halim (gambar), bersyukur dengan sambutan yang diberikan oleh penonton sekali gus membuktikan genre muzikal mendapat tempat di hati masyarakat tempatan.

“KRU Studios berharap perolehan bagi Magika akan terus meningkat berdasarkan maklum balas yang amat positif di Facebook serta pengkritik filem.

“Kami menjangkakan jumlah ini akan terus meningkat pada minggu akan datang kerana faktor ‘hujung bulan’ dan selesainya perayaan Hari Raya.

“Dengan sambutan untuk sesuatu konsep yang baru seperti ini, kami percaya filem-filem yang akan dipasarkan kelak seperti ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ akan diterima ramai, kerana kelainan yang dapat diberikan kepada penonton filem tempatan,” katanya dalam kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online, Isnin.

Filem arahan Edry Abdul Halim itu mula ditayangkan pada 23 September lalu.

Filem bercorak muzikal fantasi tersebut mengisahkan perjalanan Ayu dan Malik di dunia fantasi bernama magika selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi buta.

Sewaktu berada di alam Magika, mereka bertemu dengan watak-watak mitos yang sebelum ini hanya diketahui menerusi pembacaan sahaja.

Antara cerita dongeng rakyat yang di ketengahkan dalam Magika seperti kewujudan watak Badang, Nenek Kebayan, Puteri Gunung Ledang, Bunian, Pak Pandir, Pokok Bersaudara, Bawang Putih Bawang Merah, Awang Kenit, Mahsuri, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Nujum Pak Belalang dan Hang Tuah.

Magika menampilkan artis terkenal seperti Diana Danielle, M. Nasir, Ziana Zain, Ning Baizura, Mawi, Aznil Hj Nawawi, Fauziah Ahmad Daud dan Sharifah Amani.

Salah satu lagunya, Penyembuh Rindu nyanyian duet Mawi dan Diana Danielle sedang rancak dimainkan di corong-corong radio.

Lagu-lagu lain yang dimuatkan ialah Gebang (Maya Karin), Asal Menjadi Cantik (Ning), Rahsia Awet Muda (Ziana), Kita Bersaudara (KRU), Mana Nak Lari (Aleya, Amani, Adibah dan Ziana) dan Naga Tasik Chini (M. Nasir, Mawi, Diana dan Fimie).

Sumber: mStar

0 comments:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords