[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

19 Mac 2011

Pengarah tarik diri dari 'THE WOLVERINE'.

Kongsi
19 Mac 2011


Sekuel THE WOLVERINE akan berbeza selepas ni.

Ini kerana Darren Aronofsky yang menjadi pengarah sejak tahun lalu telah menyatakan hasratnya untuk mengundur diri dari filem yang dibintangi Hugh Jackman ni.

Apa alasan Darren?

Nampak seperti seorang profesional yang rela mengorbankan apa saja untuk kariernya. Tapi ternyata alasan Darren melepaskan peluang ni adalah kerana keluarga. Ketika dirinya harus memilih antara keluarga atau karier, Darren lebih memilih keluarganya.

"Setelah berbincang tentang filem ini bersama Fox, bagiku jelas produksi THE WOLVERINE akan membuatku berada di luar negara hampir satu tahun. Aku tidak selesa berada jauh dari keluarga selama itu," kata Darren.

Darren, yang memiliki seorang anak lelaki berusia 5 tahun dari bekas kekasihnya Rachel Weisz, juga menyatakan, "Aku sedih kerana tak turut serta melihat projek ini berjalan, kerana jalan ceritanya sangat menarik dan aku juga sangat suka bekerja bersama sahabatku, Hugh Jackman."

Pihak produser juga sangat kecewa dengan penarikan diri Darren dari filem ni. "Walapun kami memang kecewa kerana Darren tak terlibat dalam THE WOLVERINE, tapi kami memahami dan menghormati alasannya. Setelah bekerja dalam THE WRESTLER dan BLACK SWAN dengan Darren, kami tahu dia punya bakat luar biasa dan kami tak sabar untuk bekerja sama lagi di masa depan," kata juru cakap Fox.

Walaupun Darren tarik diri, tapi Jackman dan Fox yakin bahawa mereka akan menyelesaikan THE WOLVERINE dengan sebaik mungkin. Shooting akan diadakan di Jepun, sesuai dengan plot yang sudah dirancang dengan teliti.


0 comments:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords