[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

28 Feb 2011

Zed Zaidi dan kekasih baru?.....

Kongsi
28 Feb 2011


Baru-baru ni ManggaMuda terserempak dengan aktor drama popular Zed Zaidi di sebuah shopping mall dekat Damansara.

Walaupun dia tidak sedar kehadiran ManggaMuda ketika itu, ManggaMuda sengaja tidak mahu pergi mendekatinya sebab ketika itu Zed Zaidi ditemani oleh seorang wanita.

Dari lenggok gayanya, ManggaMuda lihat mereka ini seperti pasangan kekasih. Apa tidaknya, dari cara mereka berjalan berpimpinan tangan dan bergurau, jelas mentafsirkan mereka berdua ini sedang hangat bercinta.

Wajah Zed Zaidi juga kelihatan ceria semacam, jadi ManggaMuda duga mereka ini sedang mengenali hati masing-masing. Hmm..tidak hairanlah mengapa berat badan Zed sekarang ini naik mendadak, rupa-rupanya hati tengah berbunga..

Sebelum ni, banyak juga gosip mengenai Zed dengan beberapa perempuan, tetapi jarang benar lelaki ini dikaitkan dengan artis. Malah, wanita yang ManggaMuda temui itu juga, rasanya bukan daripada kalangan artis, kerana ManggaMuda belum pernah melihat wajah wanita itu di mana-mana saluran televisyen ataupun majalah.

Nak tahu siapa wanita itu, nanti ManggaMuda cuba risik-risik pada Zed, mana tahu mereka dalam diam sudah merancang untuk berkahwin?



0 comments:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails
Terdapat ralat dalam alat ini

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords