
" Takdir bagaimana pun telah membuka hati saya untuk mendalami agama Islam. Rakan-rakan mualaf saya juga banyak bercerita tentang keindahan dan kesucian Islam. Rasa ingin tahu semakin memuncak dan saya banyak bertanya kepada ustaz kalau ada soalan bermain di fikiran tentang hal-hal berkaitan agama. Saya memang tak ada masalah untuk sebarang pengajaran yang menunjukan arah kebaikan. Juga dari situ saya mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam hujung tahun lepas. Saya tak mahu memeluk agama Islam kerana disebabkan individu tertentu. Ia sememangnya ikhlas. Saya dengan rela hati melakukan perkara tersebut. Alhamdulillah, pengalaman tersebut cukup indah buat saya."
JenTik : Masa mereka mencari permata itu, kita dah pun mengenggam permata itu. Tapi masa mereka mengutip permata itu, kita dah pun buang permata itu.
Back to Quran wahai Muslimin.....
2 comments:
Masa mereka mencari permata itu, kita dah pun mengenggam permata itu. Tapi masa mereka mengutip permata itu, kita dah pun buang permata itu.
Back to Quran wahai Muslimin.....
:) tersentuh hatiku...
Wahai sekalian Ummat Islam di Malaysia dan seluruh dunia...Bertaqwalah kamu kepada ALLAH dengan sebenar2 Taqwa,sesungguhnya sifat Taqwa itu lebih mendekatkan kamu kepada ALLAH s.w.t. Apekah itu Taqwa?...Taqwa itu ialah berusahalah kamu mengerjakan segala suruhan ALLAH dengan sebaik2 nya dan berusahalah kamu meninggalkan segala larangan ALLAH dengan bersungguh2..semoga kita menjadi hamba ALLAH yang mendapat keredhaan Nya....Insya Allah.
Catat Ulasan
Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)