[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

27 Feb 2011

Siti Sarah sah jadi isteri Shuib!.....

Kongsi
27 Feb 2011


KUALA LUMPUR, 26 FEB 2011: Setelah menjalinkan hubungan cinta lebih setahun, akhirnya pasangan merpati dua sejoli penyanyi, Siti Sarah Raissuddin dan ahli kumpulan Sepah, Shahmira Muhammad atau Shuib selamat disatukan dengan ikatan perkahwinan yang sah.

Malah dengan hanya sekali lafaz, Siti Sarah telah sah menjadi isteri kepada Shuib dalam majlis yang cukup sederhana yang berlangsung di Jeumpa D'Ramo, Bangsar, sekitar jam 5.50 petang tadi.

Mempelai yang mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat serta ditata rias oleh Deq Sha ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Perseketuan, Mohd Nizar Mohd Nadzir.

Selain disaksikan oleh ramai tetamu dan media yang hadir, pernikahan mereka disaksikan oleh bapa Sarah sendiri iaitu Raissuddin Hamzah dan ibunya Nooriaini Mohamad yang merestui perkahiwinan satu-satunya puteri mereka.

Siti Sarah yang bersalaman dan menerima kucupan mesra di dahi juga telah menerima sebentuk cincin bertatahkan berlian yang disarungkan ke jari manisnya oleh Shuib bagi melengkapi upacara membatalkan air sembahyang pada petang tadi.

Pihak perempuan yang menerima mas kahwin secara tunai sebanyak RM1000 dan lima dulang hantaran turut membalas juga lima dulang hantaran kepada pihak lelaki. Antara hantaran yang diterima Siti Sarah seperti kitab Al-Quran Telekong, barangan penjagaan diri dan wangian, tepak sireh dan kek perkahwinan dari Blooming Cake.

Manakala hantaran berbalas dari pihak perempuan kepada suaminya pula adalah seperti Al-Quran dan sejadah, barangan penjagaan diri dan wangian, sireh junjung, kek dari Blooming Cake dan sebentuk cincin. Namun wang hantaran telah dirahsiakan atas kehendak keluarga kedua-dua belah pihak.

Ditemui portal murai.com.my selepas majlis akad nikah, Shuib yang lega selepas diijabkabulkan berkongsi bibit-bibit cintanya bersama Siti Sarah selama dia mengenali isterinya itu.

"Sarah merupakan orang yang pertama membuka hati saya untuk serius dalam perhubungan. Dialah satu-sataunya wanita yang dapat menambat hati saya untuk terus mahu bersama dengannya untuk selama-lamanya.

"Dia sangat istimewa dalam hidup saya. Selepas saya kenal dia, dia telah buat saya menjadi insane yang lebih baik dan mula fikir mengenai masa hadapan. Sikap manjanya membuatkan saya tak mampu untuk berjauhan dengannya," luah Shuib.

Sementara itu, Sarah yang tersenyum disamping sumainya ketika di temu bual bagaimanapun memberitahu Shuib dan dirinya mempunyia satu arah yang sama yang membuatkan dirinya yakin untuk bersama Shuib untuk selamanya.

"Saya susah untuk menerima cinta dalam hidup saya. Tak mudah untuk saya berikannya begitu sahaja tetapi bila saya benar-benar cintakan seseorang, orang itu akan saya genggam erat untuk selamanya.

"Saya kagum dengan kesungguhan Shuib untuk mendapatkan saya. Dia seorang yang penyabar, jujur dan sangat telus dalam perhubungan. Apa yang paling penting kami mempunyai satu jalan yang sama untuk kami tuju. Namun apakah persamaan itu biarlah kami berdua sahaja yang tahu,"jelas Sarah yang tersenyum manis

Majlis nikah yang serba sederhana serta indah itu telah dihadiri oleh bapa hanya sanak saudara terdekat dari kedua -dua belah pihak dan cuma kelihatan beberapa tetamu selebiriti seperti Sharifah Shahira dan suami, Ijoy serta composer Aidit Alfian Mohd Dom.



1 comments:

jaguh88 on 20 Mei 2011 11:55 PG berkata...

Panas Berapi !! Meletop-Letop... Bakal Meledak Tak Lama Lagi !!
Pendapatan Pasif (Tanpa Menaja) RM 9837 Setiap Bulan !!

http://sway2u.blogspot.com
012-571 2456

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails
Terdapat ralat dalam alat ini

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords