[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

28 Feb 2011

Christiano Ronaldo akan berkahwin!!!.....

Kongsi
28 Feb 2011

Christiano Ronaldo sekarang dikatakan dah bersedia menjadi ayah untuk kali keduanya. Dikatakan girlfriend nya yang comei loteh tu sedang hamil sekarang. Bintang bola sepak, 26, tu dikatakan sedang mempersiapkan pernikahannya pada musim panas selepas merancangnya bersama model pakaian dalam, Irina Shayk Hari Valentine yang lalu. Ronaldo dikatakan sangat mengharapkan anak yang sedang dikandung oleh model 25 tahun yang berasal dari Russia tu.

Akhbar Correio da Manha mengatakan bahawa perut Irina dilihat telah adanya benjolan kecil serta kini mempamerkan cincin berlian pertunangannya. Seorang kawan bekas bintang Manchester United berkata kepada akhbar tu,"Cristiano suka menjadi ayah. Irina juga menunjukkan keinginan untuk menjadi seorang ibu. Mereka telah bincang tentang perkahwinan."

Cristiano menginginkan satu yang sangat istimewa dan romantis, dan pada Hari Valentine lalu dia pergi ke New York untuk membuat kejutan kepada Irina. Ronaldo meminta Irina untuk menikahinya. Jika benar mereka nak kahwin, ibu Ronaldo, Dolores ingin pasangan tu berkahwin di kota asal pemain bola sepak tu di Funchal, Pulau Madeira Portugal. Temannya berkata ada banyak pilihan terbuka, tetapi kalau ikut kepada ibu Ronaldo perkahwinan akan diadakan di Madeira. Ibunya ingin upacara mengikut tradisional agama mereka. Tapi Cristiano dan Irina belum membuat keputusan lagi.

Menurut rakan lagi, berkahwin dan mempunyai keluarga selalu menjadi salah satu tujuan, dan waktunya telah datang kepada Ronaldo. Dia selalu cerita tentang Irina dan boleh dilihat di matanya betapa dia mencintai Irina dan sanggup meredah 4,000 batu perjalanan dari Barcelona ke New York untuk menyambut Hari Valentine

Irina, 25, didapati memakai cincin berlian berkilau baru selepas mereka menikmati makan malam romantis di Big Apple.

Ronaldo yang meninggalkan Manchester United untuk ke Real Madrid dengan sebuah rekod dunia perpindahan 80 juta pound, telah bercinta dengan Irina 5' 10" dan bermata hijau selama sepuluh bulan yang lalu. Bintang yang bergaji 250,000£ mempunyai anak pertama berusia lapan bulan, Cristiano Ronaldo Jr kini di Portugal tinggal bersama neneknya Dolores. Ronaldo menjadi seorang ayah pada tarikh 17 Jun lalu.





Laporan asal : dailymail

0 comments:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords