[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

26 Feb 2011

Scha sedia kahwini Awal Ashaari!!!......

Kongsi
26 Feb 2011


Hampir dua tahun bercinta, pelakon, Scha dan Awal Ashaari dikhabarkan bakal melangsungkan pertunangan tidak lama lagi. Malah, pasangan ini juga dikatakan sudah menempah busana untuk digayakan di hari pertunangan itu.

Namun, ketika ditemui di sidang media Anugerah Bintang Popular 2010 baru-baru ini, Scha menafikan berita pertunangannya itu.

Memang merancang untuk bertunang dan masih mencari masa yang sesuai, Scha bagaimanapun menafikan cerita dia sudah menempah pakaian.

"Saya dan Awal memang ada merancang untuk bertunang, tapi kerana terlalu sibuk dengan macam-macam perkara yang berkaitan dengan kerja, jadi kami tidak ada masa untuk membincangkannya secara terperinci.

"Cerita saya sudah menempah pakaian pertunangan itu sebenarnya tidak benar, dan saya sendiri tidak pernah pergi berjumpa dengan mana-mana pereka fesyen untuk berbincang tentang pakaian pertunangan.

"Saya dan Awal pasti akan bertunang, hanya waktu dan tarikh yang sesuai saja yang belum diketahui, tapi Insya-Allah, jika ia akan berlaku dalam tahun ini juga.

"Tentang majlis, saya dan Awal tidak merancang untuk membuatnya secara besar-besaran, cukuplah sekiranya ia berlangsung dengan keadaan yang ringkas tetapi ia dihadiri oleh orang-orang yang cukup rapat dengan saya,"jelas Scha.

Halangan Keluarga

Menebak tentang khabar yang mengatakan hubungan mereka dihalang oleh keluarga di kedua-dua belah pihak, Scha menafikan tentang perkara itu.

"Itu semua fitnah, antara saya dan keluarga Awal memang baik dan saya sayang keluarganya sama seperti keluarga saya sendiri, begitu juga dengan keluarga saya, mereka sangat menyayangi dan mengambil berat tentang Awal.

"Hubungan kami memang rapat, dan mereka juga sudah berjumpa antara satu sama lain, tetapi bukanlah dalam keadaan yang formal, biasanya kami hanya pergi makan-makan bersama.

"Takkan saya berani bercerita tentang pertunangan dan perkahwinan sekiranya ada masalah sebegini? setakat ini hubungan kami hanya di jarakkan oleh faktor pekerjaan, bukan masalah-masalah berkaitan dengan kerja,"jelasnya lagi.

Kerjaya

Disisi lain, Scha bakal muncul dalam sebuah drama Mimi Mencari Cinta, sebuah drama Astro yang menampilkan Scha sebagai seorang wanita yang sopan.

"Drama ini sememangnya lari dari kebiasaan watak yang saya tampilkan, kalau kebiasaanya saya membawa watak yang ala-ala tomboy, tetapi untuk drama ini, saya akan jadi lebih sopan.

"Ini peluang untuk saya buktikan bahawa saya juga boleh membawakan pelbagai watak lain, saya harap peminat dapat menerimanya,"cerita Scha.




Laporan asal : manggaonline.com

0 comments:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords