Lebih kurang dua bulan lagi akan menjelangnya hari yang di nanti-nanti oleh rakyat Britain untuk menyaksikan sejarah baru bakal dicipta apabila bakal pewaris takhta mereka iaitu Putera William akan menikahi pemaisurinya secara rasmi. Tarikh keramat 29 April 2011 ini menyaksikan William bakal disatukan dengan pilihan hatinya iaitu Kate Middelton. Okey, laaa ni apa kata kita check semula siapakah aweks-aweks Putera William yang terdahulu sebelum dia bertemu dengan Kate Middleton nih.
1. Rose Farquhar
Rose yang juga kawan Putera Harry adik kepada Putera William nie adalah seorang pelakon dan penyanyi. Rose bertemu dengan William pada tahun 2000. Dia adalah anak Captain Ian Farquhar yang juga orang berpengaruh disana. Rose adalah kekasih serius pertama William.
2. Arabella Musgrave
Arabella bekerja di Gucci sebagai Public Relation. First time berjumpa dengan Putera William pada tahun 2001 di sebuah pertandingan polo. Hubungan mereka adalah antara yang bertahan paling lama tapi akhirnya pasangan ini memutuskan hubungan kerana William melanjutkan pelajaran di St. Andrews. Walaupun mereka sempat bertemu tiap kali William pulang ke London. Tapi hubungan jarak jauh menyukarkan mereka.
3. Carly Massy-Birch
Carly adalah aweks Putera William ketika tinggal dan belajar di St. Andrews. Carly adalah gadis tempatan. Antara faktor William suka dengan dia mungkin sebab senang jumpa kot. Tapi hubungan mereka cuma sementara saja tapi mereka tetap menjadi teman baik selepas tu.
4. Olivia Hunt
Olivia Hunt juga tersangkut dengan Putera William ketika di St. Andrews. Mereka sama-sama belajar disitu. Time William pertama kali jumpa dengan Kate Middleton, ketika tu William masih bersama Olivia. Tapi , Hubungan William dan Olivia terputus pada April 2002. Tak lama pastu sangkut kat Kate pulak.
5.Jecca Craig
Jecca Craig diberitakan berpacaran dengan Putera William pada 2003. Namun sumber yang rapat dengan William menafikannya. Tapi pernah dilaporkan William dan Jecca pernah pura-pura bercinta. Dah tak ada keje kottt.
0 comments:
Catat Ulasan
Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)