[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

15 Mac 2011

Tapak perkhemahan disediakan untuk majlis pernikahan Putera William.

Kongsi
15 Mac 2011



Untuk majlis pernikahan Putera William dan Kate Middleton, kumpulan penyelenggara akan menyediakan tempat untuk berkhemah. Jadi untuk mereka yang tak ada wang cukup untuk menginap di hotel mahal maka mereka bolehlah memilih untuk berkemah di tapak yang disediakan tersebut.

Tempat tu dinamakan Camp Royale, sempena untuk menyambut pernikahan Putera William dan Kate Middleton ia turut dinamakan "Big Royal Wedding Sleepover". Kawasan tersebut dibuka di Clapham Common di bahagian selatan London. Camp Royale disediakan sebagai tempat alternatif bagi mereka yang ingin ke London untuk meraikan pernikahan Putera William dan Kate Middleton pada 29 April ni.

Big Royal Wedding Sleepover akan dibuka dari 28 April hingga 1 Mei dengan harga 75 pounds untuk tiga malam.

Persatuan penyelenggara menjanjikan tempat berkemah tu akan disediakan tempat mandi panas 24 jam sehari, tandas bersih, dan kawalan keselamatan sehari penuh, serta disediakan teh.

William akan bernikah dengan tunangnya, Kate Middleton pada hari Jumaat, 29 April 2011. Mereka akan dinikahkan di gereja Westminster Abbey. William melamar Kate ketika mereka bercuti di Kenya tahun lalu.

William dan Kate kini keduanya berusia 28 tahun. Bertemu ketika mereka belajar di Universiti St. Andrews, Skotlandia pada 2001. Dua tahun kemudian mereka dikatakan mula bercinta. Pasangan ni telah berpisah pada 2007 kerana Putera William menjalani latihan askar. Tapi dalam beberapa minggu kemudian mereka kembali berhubungan.



0 comments:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords