[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

7 Mac 2011

Siti Nurhaliza di undang ke majlis persandingan Krisdayanti!.....

Kongsi
7 Mac 2011


Umum semua sudah mengetahui bahawa penghibur popular seberang, Kris Dayanti bakal menamatkan zaman janda bersama kekasih hatinya usahawan Raul Lemos pada penghujung bulan ini.

Malah semua sudah sedia maklum, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza merupakan sabahat baik KD. Mengakui telah pun menerima jemputan KD, Siti berkata akan menghadiri majlis tersebut meskipun jadual aktiviti hariannya agak padat.

"Saya telah pun mendapat undangan perkahwinan KD. Tak silap saya dia akan nikah pada 20 Mac ini dan majlis resepsi pula akan didakan pada 25 Mac.

"Walaupun saya sibuk saya akan tetap menghadiri majlis tersebut. Semua tahukan dia merupakan sabahat baik saya. Malahan dia juga pernah hadir ke majlis perkahwinan saya dahulu. Jadi pastinya sebagai rakan saya juga akan hadir," katanya memberitahu murai.com.my.

Malah kata Siti, dia juga tidak keberatan untuk menghiburkan tetamu yang ada pada majlis tersebut. Jelas pelantun lagu Biar Rahsia ini, senarai lagu yang akan dinyanyikan masih lagi belum dipilih.

"Kalau saya dah pergi pastinya saya akan menyampaikan beberapa buah lagu. Lagu apa yang akan dinyanyikan belum ditentukan lagi tapi pastinya lagu-lagu cintalah. Tak akan nak nyanyi lagu putus cinta pula," katanya sambil ketawa.

Perkahwinan bersama Raul merupakan yang kedua buat KD. Sebelum ini, KD pernah berkahwin dengan komposer terkenal Anang dan dikurniakan dua cahaya mata.

Apa yang pasti, jelas Siti, dia mengharapkan agar perkahwinan kedua KD itu akan berkekalan sampai ke akhir hayat.



0 comments:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords