Setelah dibuat kajian tentang berapa banyak wang yang Michael Jackson berhutang ketika dia meninggal dunia pada tarikh 25 Jun 2009 dan berapa banyak pula warisan yang telah ditinggalkan, jumlahnya bole kita termenung jap. Dokumen menunjukkan sekitar USD 159 juta telah dihabiskan untuk membayar balik pelbagai hutang, cukai pendapatan dan beban lain.
Antara contoh untuk menjana pendapatan lagi, hasil ladang juga digunakan untuk menaikkan taraf untuk ladang keluarga Havenhurs di Encino, CA.
Dengan wang-wang itu jugak mereka gunakan masa membayar kos rawatan ketika sakit, pengebumian ketika mati dan kos upacara peringatan Micheal.
Dokumen jugak menunjukkan waris menerima tuntutan hutang lebih dari 65 agensi dengan beberapa hutang dikenakan bunga yang tersangat tinggi kadarnya.
Pengurusan MJ mengakui ladang masih menanggung serta menghadapi beberapa perkara dan tuntutan undang-undang dari beberapa negara lain.
Orang dah mati pun boleh cari duit lagi. Kita yang idup ni pun masih terkial-kial.







0 comments:
Catat Ulasan
Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)