[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

17 Mac 2011

Michael Jackson akan berdiri di stadium Fulham.

Kongsi
17 Mac 2011



Bulan depan raja pop Michael Jackson akan “datang” ke pusat latihan Fulham.

King of Pop tu akan berdiri di Stadium Craven Cottage. Seperti dilapor dari website rasmi Fulham, selubung patung Michael Jackson akan dibuka pada hari Sabtu (3/4/2011) pukul 12 tengahhari oleh chairman club Mohamed Al Fayed.

Peletakan patung penyanyi yang meninggal pada Jun 2009 tu diilhamkan oleh Al Fayed, sebagai bentuk penghormatan atas persahabatan antara mereka.

Mulanya patung mendiang Jackson tu rancangnya hendak diletak di gedung Harrods milik Al Fayed. Tapi Al Fayed kini telah menjual Harrods dan kemudian lokasi baru ditetapkan iaitu di Craven Cottage.

Patung tersebut akan berdiri di tepi Sungai Thames, berada di antara Riverside dan Hammersmith di Craven Cottage.

“Michael Jackson merupakan legenda sejati. Dia adalah kawan saya, seseorang di mana saya telah banyak kenangan indah dengannya. Ia meninggal dengan cara yang tragis,” kata Al Fayed.

“Saya berharap banyak peminat dia yang akan mengunjungi patung di Cottage dan penyokong Fulham akan berbangga dengan kehadiran penghibur terbaik di dunia tu dan di antara mereka adalah peminat terbaik di dunia,” tutup Fayed.

Dilapor dari Yahoosports, Jackson pernah mengunjungi Craven Cottage, duduk di sebelah Al Fayed dan ketika tu memakai baju warna hitam dan putih


0 comments:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords