[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

22 Feb 2011

Isu visa : Fazura risau tak dapat ke Mekah

Kongsi
22 Feb 2011



SAYA bimbang tentang visa. Hingga kini, saya masih menunggu,” begitu ungkapan ringkas aktres cantik Fazura. Pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin itu sebenarnya melahirkan kegusarannya tentang pemergiannya ke Mekah menjelang 3 Mac ini.

Dia sebenarnya bakal menjalani penggambaran selama dua minggu untuk dua drama arahan pengarah terkenal, Erma Fatima iaitu Tahajud Cinta dan Pahitnya Madu.

Apa yang ketara, riak risau pada wajahnya itu silih berganti dengan keterujaan pada dirinya yang dalam masa yang sama berkesempatan untuk mengerjakan umrah di sana nanti.

“Saya harap, semuanya berjalan lancar. Janganlah ada apa-apa halangan. Rasa terkilan kerana tidak dapat menunaikan umrah semasa Umie Aida bernikah di Mekah dulu, masih berbekas.”

“Jadi kali ini walaupun saya pergi kerana kerja, saya bersyukur kerana awal tahun saya dimulakan dengan pergi ke Mekah, saya harap ia berjalan lancar,” katanya.

Menganggap tahun 2011 penuh dengan aura positif buat dirinya, Fazura menegaskan bahawa dia akan lebih memilih dan hanya melakonkan watak yang berbeza daripada apa yang pernah dilakonkan sebelum ini.

“Sebab itu saya terima tawaran untuk berlakon dalam dua drama arahan Erma, Tahajud Cinta dan Pahitnya Madu yang masing-masing memaparkan watak yang bakal mencabar dan memberi pengalaman baru buat saya,” ungkapnya.

Di Mekah nanti, kata Fazura dengan mata bersinar-sinar, dia mahu berdoa agar segalanya menjadi terbaik buat dirinya serta keluarga.

Bab jodoh, ungkap Fazura, sudah tentu dia mendoakan agar diberikan jodoh yang terbaik memandangkan umurnya yang semakin meningkat.

“Namun, itu tidak membuatkan saya meletakkan batas masa yang tertentu. Apa yang pasti, bukan dalam masa terdekat ini,” tegasnya.

Bintang Lux selepas sedekad

Ramona Rahman, Joanna Bassey, Sheila Majid, Erra Fazira, Amy Mastura dan kini, Fazura menyertai barisan selebriti popular tempatan sebagai bintang Lux.

Setelah sekian lama wajah artis tempatan tidak diangkat sebagai duta, jurucakap atau pelaris produk tersebut, tawaran yang bukan calang-calang itu ternyata sesuatu yang mengujakan buat Fazura.



Mengikat kontrak selama setahun, Fazura memberitahu, ia adalah satu tanggungjawab yang amat besar kepadanya setiap kali terpilih sebagai duta produk.

“Tambahan pula, menjadi muka hadapan produk antarabangsa. Tekanannya memang tinggi memandangkan sebelum ini, selebriti yang terpilih adalah artis luar negara yang berprofil tinggi,” tuturnya ketika ditemui selepas majlis memperkenalkannya sebagai duta baru Lux di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Seperti mimpi yang menjadi kenyataan, jelas Fazura, sejak dahulu, dia memang amat menggemari produk Lux terutama rangkaian sabun mandian.

Bercerita lanjut, dia mendapat tawaran tersebut daripada Lux sejak Oktober tahun lepas. Namun, Fazura mengambil pendekatan ‘tunggu sampai jadi, baru cerita’.

“Saya terima tawaran ini atas banyak sebab dan antaranya, saya memang sukakan produk ini. Saya sendiri percaya kalau kita sukakan sesuatu, faedahnya akan datang dengan sendiri,” jelasnya.

Kali terakhir wajah artis Malaysia menjadi pelaris produk Lux adalah 10 tahun lalu, iaitu Amy Mastura pada tahun 2000.

“Cukup lama dan pemilihan saya ini seolah-olah come back oleh Lux bersama selebriti dari Malaysia,” katanya yang tidak putus-putus melayan peminat yang hadir pada majlis tersebut.

Dalam pada itu, Fazura menjelaskan, dia masih menjadi duta produk kecantikan Nutox Oxyfusion dan Avon.

Katanya, bukan mudah untuk menjadi seorang duta produk. Namun disebab dia sendiri gemarkan produk-produk tersebut, ia langsung memudahkan untuk dirinya menerima tawaran menjadi jurucakapnya.

“Saya ambil pendekatan suka dan cintakan produk tersebut dahulu. Kemudian baru boleh bercerita tentang produk tersebut tanpa masalah,” ujarnya.




Laporan asal : kosmo.com

0 comments:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails
Terdapat ralat dalam alat ini

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords